Saturday, May 30, 2009

Ujian Tarbiyah Kehidupan~

Assalamualaikum wbt...

Maaf teman2 semua saya tak dapat mencoret sesuatu yang panjang buat semua, sedikit berhabuk blog ini...tengah bertarung dengan final exam 4th year..Susah bangat kok mau jadi dokter (dibaca dalam slanga Indonesia(^_~)!

Entry dari Saifulislam..Musibah Itu Rahsia Kebaikan menarik hati saya..kesian Ummu saif ada placenta praevea (placenta yang sepatutnya di atas berada di bawah~sila baca obgyn lagi ye!), boleh menyebabkan pendarahan yang banyak..Syafakillah buat Ummu saif..

Entry dari Nurul juga sangat menarik hati saya..blognya ~*Beautiful Moments*~, sebenarnya blognya dari KDU(Kolej Damansara Utama), sampailah Nurul sekarang, nak jadi mommy-to-be dah..banyak suka-duka Nurul yang merupakan bestfren saya sejak form 4 di Kisas lagi yang kami lalui bersama..Nikmat dan Ujian Allah..tajuk entry Nurul yang menyebabkan saya tertarik adalah kata syukur kepada Pemilik diri, Allah swt..Alhamdulillah diboldkan beberapa kali(^_~)!~tasha rindu kamu sebenarnya Nurul..tak lama dah nak balik kita jumpa~Semoga Kal dan Nurul dipermudahkan semuanya!


Alhamdulillah syukur sangat2 tesis saya, dua2 supervisor saya dah approve untuk sidang dan saya pun puas hati dengan hasil tesis saya!lega rasa=)cuma menunggu sidang nanti~Alhamdulillah~

Ujian2 yang datang itu banyak rahsia kebaikan bak kata Ustaz Hasrizal..betul2!walaupun pada awalnya heartache tapi manisnya dapat kita rasa!Mutiara2 perlu kita kutip sebelum menempuh alam yang baru nanti..alam baru?..hehe(~_^)!

Setakat ini saja dari saya~ada OSCE yang perlu distudikan..harap2 dipermudahkan lisan dan kefahaman dan dapat examiner yang baik2(~_^)!OSCE saya hari rabu nanti!

~*Buat adik2 1st, 2nd dan 3rd year!GoodLuck exam~Do things to the best of your ability, then tawakkal a'la Allah swt*~

Saturday, May 23, 2009

Diam


"Iman diam..."

"Aisyah pun diam.."

Suasana diam~

...(~_^)!

----------------------------------------------------------------------------------------


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah~dah selesai semua
papers, maksud saya exam on papers..tinggal SOCA (oral case exam), OSCE (clinical exam) dan sidang tesis..

Seminggu yang lepas saya rasa, tidur saya tak cukup...saya fikir ini exam yang terakhir jadi saya nak buat yang terbaik..semangat saya nak buat yang terbaik sangatlah tinggi kali ini!Alhamdulillah~

Saya tak boleh tulis panjang2~masa dah habis untuk ngeblog~kena studi untuk exam isnin ni!Doakan saya ye(~_~)!Semoga kita sama2 berjaya..Ameen.






----------------------------------------------------------------------------------------


"Aisyah sangat gembira kalau Iman gembira..."

Aisyah senyum dan Iman pun tersenyum~hati riang...Alhamdulillah~


Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru




Assalamualaikum wbt...


Harini 16 Mei adalah Hari Guru di Malaysia..

Special kan Guru atau Cikgu ni?siap ada hari guru..tiada pula Hari doctor ke, engineer ke?hehe..

Sempena Hari Guru harini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru buat kedua IbuBapa saya, A.Hadi bin Alias, Rohana binti Haron dan adik saya Nabila A.Hadi..dengan ucapan ingat Angah di sini (~_^)!


Buat Wan Noraine ~Ninie Selamat Hari Guru juga!(walopon mung nk jadi pensyarah dah~semangat2!).

Buat Teteh Ridza Fadhla (teteh=kakak, dibandung)murrabbiyyah, 'cikgu' saya yang banyak mendidik saya di sini..

Buat semua kawan2, teman2 cikgu2 semua!

1)2 hari lagi nak exam final~doakan saya ye!

2)Buat yang terbaik dalam apa jua yang anda buat~tapi ingat niatnya IKHLAS dan hanya satu ALLAH swt~

3)Semua ada kat umah sekarang, Angah sorang ja xda(termasuklah Iman~!)




Kelas 5/7~2002 (Arwah Abidah Adam paling kanan)
~Selamat Hari Guru Cikgu Farhana(guru kelas 5/7)

Sunday, May 10, 2009

Ma dan Mama(^_^)!

Assalamualaikum wbt...

Harini adalah Hari Ibu..sebenarnya sejak semalam lagi Hari Ibu ini menjadi topik dalam sembang2 dengan kawan2 di sini yang ingatkan semalam hari Ibu..Sebenarnya semalam saya dah mesej Ma untuk ucap Selamat Hari Ibu..

Selepas subuh harini saya mesej lagi, kali ni mesej yang lain pula bunyinya(~_~)!Mesej tersebut special untuk Ma saya,My very2 Best Mother and closest girlfriend, motivator, penasihat, my teacher too..dalam pukul 9am waktu Malaysia, saya telefon Ma, dan masa tu Ma angkat telefon terus cakap "Selamat Hari ibu"(Ma yg ckp dulu~wish kat saya dulu~belum jadi Ibu lagi~bakal(^_~)!..dah tau niat saya menelefon, mesti Ma dah baca mesej pagi tadi, nak telefon pagi2 takut mengganggu Ma..

Saya masih ingat lagi masa pertama kali saya dapat tawaran selepas UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) dari KYSM (sekarang dah ditukar KYUEM) masa di Tingkatan 1..disebabkan saya terlalu bersemangat dan melihatkan saya yang sangat gembira mendapat tawaran sekolah berasrama penuh persendirian tersebut (private school), Ma dengan rasa berat di hati melepaskan saya ke sana walaupun saya adalah anak pertama yang pertama kali akan meninggalkan rumah pada umur 13 Tahun dan masih kecil (sekarang dah besar^_~)!..masa di KYSM saya baru terasa kehilangan, baru terasa saya sangat rindukan rumah dan MA, Abah, dan adik-beradik. Jadi hanya seminggu saya sempat bertahan di KYSM . hehe..Masa balik rumah dan bersekolah di SMKH 1, di Machang, Ma bercerita yang dia tak boleh dengar anaknya (iaitu saya), menangis di telefon~masa dulu2 ye(sekarang?..hehe)

Setelah saya balik dari asrama, Ma dah kata.."nanti Form 4 baru pergi asrama, Form 1 kecik sgt"..
Selepas itu Along ke KISAS dan Ma sangat gembira dengan KISAS sampaikan saya pun diharapkan dapat masuk KISAS, kata Ma:

"Nanti kat KISAS tu ramai ustaz dan ustazah kat sana yang boleh bagi nasihat"

Sebenarnya semua anak-anak Ma masuk kelas aliran Bahasa Arab masa di Sekolah Menengah Hamzah..

Along(nadia), saya, ila(nabila), fizi(hafizi) dan adik(najeeha) semuanya masuk kelas aliran Bahasa Arab masa di SMKH, cuma Along dan saya yang sambung ambil Bahasa Arab Tinggi di KISAS untuk SPM(Sijil Pelajaran Malaysia).(^_^)..Alasan Ma masa itu bila ada teman2nya yang tanya kenapa kami anak2nya, semuanya sama:

"Nanti akan ada dua ustaz atau ustazah(agama dan bahasa Arab)..yang akan mengajar".kata Ma..saya faham Ma inginkan yang terbaik buat anak2nya..

Alhamdulillah betul rancangan Ma dan perancangan Yang Maha Esa..

Saya bersyukur masuk KISAS walaupun masa dulu saya sangat2lah tak nak pergi KISAS, alasan yang tak kukuh ialah masa pergi melawat Along dulu sekolah tersebut buruk(masa dulu tengah renovation, nampak macam sekolah tak siap)..tapi sangat gembira sekarang berpeluang ke sana!pengalaman yang tak dapat dibeli dan saya sangat gembira kerana Ma dan Abah juga sangat gembira dan dengan saya dan Along. Masa tu cikgu2 di KISAS dah kenal yang saya adik Nadia A.Hadi. Banyak dapat nasihat dari Along masa sebelum dan semasa di KISAS.

Saya sangat sukakan lagu ni, pertama kali dengar dipasang di Dewan Besar KISAS, saya sebak dan menangis teringatkan Ma dan Abah di kampung=).Saya Sayangkan Ma..Abah juga!(~_~)






Sekarang semakin jauh saya belajar, tipu kalau saya kata saya tak rindukan rumah dan Ma..sangat2 rindukan..Semakin dewasa saya rasakan Ma saya tempat saya mengadu semua perkara dan semua akan saya ceritakan..Maaf Ma, anak perempuan Ma ni banyak cerita..Jarang2 balik(walaupun 3kali setahun^_~)..

Selamat Hari Ibu buat Ma, Hajjah Rohana Haron !tak lupa buat Along, Nadia Haji A.Hadi yang sekarang dah bertitle Mama(~_~)!rindu jugak dekat Along dan Iman..!~

~Buat kawan baik saya Nurul Hidayah Abdullah Khir yang bakal bergelar Ibu, saya ucapkan Selamat Hari Ibu juga..p/s:tak sabar nak jumpa Nurul..doakan tasha balik awal!

~Buat kawan baik saya juga Siti Hawa Azman yang baru bergelar raja sehari minggu lepas..Selamat pengantin baru..soryy juga tasha lambat sms, nak call tapi takut ganggu(~_~)!nanti jumpa ya!Semoga cepat dapat baby nanti boleh wish Hari Ibu=)Barakallahulakum!

~Rindu kat semua2(~_~)nak balik Malaysia

~Minggu depan nak pergi Pesta Buku~nanti beli buku2 tetralogi Laskar Pelangi kat sana ye~(~_^)

Saturday, May 9, 2009

Ujian

Assalamualaikum wbt..

Ujian dalam kehidupan, sebagai seorang yang bergelar pelajar memang kita tak boleh lari dari ujian ataupun peperiksaan dalam sepanjang perjalanan bergelar pelajar. Mungkin entry kali ini bukan ujian dalam peperiksaan yang akan saya tekankan, tapi ujian dalam kehidupan.

Ujian dalam sekolah kehidupan ini datang dalam pelbagai bentuk.Kesenangan juga ujian, tapi tak ramai yang menganggap itu semua ujian. Apabila ujian kesedihan atau kesusahan datang barulah kita seakan tersentak dan sedar dari apa yang kita lalui selama ini. Mungkin kita lupa dan Tuhan (ALLAH swt) sayang akan kita dan menyadarkan kita.

Jadi bagaimana nak handle semua ni?

Kita lihat ayat dari HolyQuran:At-Taghabun 64:11.

Tidak ada suatu musibah yang menimpa (seseorang), kecuali dengan izin Allah;dan barang siapa beriman kepaada Allah, niscaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.


Saya sangat suka ayat dari ALLAH di atas..Alhamdulillah diberi peluang untuk menjalani setiap saat hidup dengan nikmatNYA yang sangat banyak umpama pepasir di dasar lautan tak terkira..

Entry pendek dari tasha~nak exam tak lama dah.






p/s:
1)tadi cakap lama ngan ma, ma kata hanya Tuhan yang boleh tolong Angah, ma boleh doa ja(sedih2,dgr nasihat ma)~exam punya psl~(~_~)

2)bukan kat rumah~dalam 'gua', yg ada tenet dan line tepon..hehe..syaza esok kak balik, jgn rindu..

3)thanx dhaniah~hehe..dhaniah adalah nama seorg perempuan~upin_ipin jgn tersilap..

4)Lagu Ketika Cinta Bertasbih~imeem tak boleh dgr full-dgr dalam youtube~movie keluar 11jun nnt.

Monday, May 4, 2009

Part 2 : Ikhlas..Ikhlas Lembu,Iman Kambing

Assalamualaikum wbt...

Saya kongsikan sedikit petikan dari ceramah TG Nik Aziz,(diambil dari blog Insoft )
Sila bersedia untuk membaca dalam bahasa kelantan..(^_~)..ikhlah! (rindu nk kelik kg halaman tercinta!)



"Nak tahu kito ikhlah ko tidok amal ibadah,kito semaye depe ore denge semaye depe lembu.Ketiko lembu tengok mu beraso lagu mano denge ketiko ore tengok mu. Kalo ketiko ore tengok mu tu mu cermat tapi ketiko lembu tengok mu takde beraso apo,mu tak ikhlah denge Tuhan"

(TG Nik Aziz)

Sila baca dalam loghat Negeri Sembilan~(ayah saya orang Negeri sembilan)

"Sumo pejam mato. Cubo sebut Allah".

"ALLAH".

"Sebut kambing".

"KAMBING".

"Antaro sebut Allah dengan kambing ado bezo tak? Kalo samo yo,sah tak beriman"

(Ustaz Khazri SHAMS)

Kita lagu mana???

p/s : Sape kate kambing tak comel?

Saturday, May 2, 2009

Part 2 : Cerita Cinta (^_^)!

Assalamualaikum wbt...




Siti Khadijah

Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com

Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang


Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

1)Harini dah 2 May 2009~kejap ye masa berlalu.Jadi macamana amalan?studi?-(1 may-Hari Buruh-Indonesia xcuti)


2)Semalam dan harini (1 dan 2 may) gembira sebab pegi Seminar Comparative Religion~by Brother Shah Kirit (from msia), student of Dr Zakir Naik (president of islamic Research Foundation and a world-renowned figure on Comparative religion)..Jom kawan2 kat UNPAD kita pegi ramai2..InsyaAllah we will get something~


3)Ada yg tanya saya, "why we have to compare our religion?".. "to make sure that we are really 'yakin' with Islam that we get from 'Islam warisan'..i said...kwn saya tanya lg.."tak bahaya ke compare religion?".."hehe=)" saya senyum..~InsyaAllah we will get something from the Seminar..that's just my opinion, to know more, 'jom2 kita pegi sama2'..kita dgr dari yg lebih arif..(~_~)


4)Hujung minggu yang padat~walaupun smlm adalalah last class utk 4th year!tak sangka..tapi berdebar sebab dekat nak exam dah..Doakn saya ye semua!huhu..kita belajar rajin2!


5)Jadilah pelajar yg Cemerlang dan Daie' yg komited!(~_~)!