Thursday, December 24, 2009

Dia Pergi Tak Kembali

Dari kiri abah saya tengah memangku Along, Abg Eman, Arwah Mamak Atan tengah memangku Abg Bob. Berdiri dari kiri Abg Edzly, Abg Yan dan Abg Edzel. Di hadapan rumah arwah atuk dan nenek sebelum renovate, di Ampangan, Seremban.


Allah SWT berfirman:

“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.



Pagi2 lagi lebih kurang jam 6 a.m di sini telefon bimbit saya berbunyi dan nama 'ABAH' tertera di skrin. Dalam hati saya paginya Abah atau Ma telefon saya.

Saya angkat telefon dan suara Ma saya kedengaran,

"Angah, Mamak dah tak da."

Saya terkejut sebab baru semalam saya berbual-bual di telefon dengan Abah mengenai Mamak.

Oh ya. Mamak adalah panggilan yang kami anak2 saudaranya panggil kepada abang sulong abah saya. Mamak adalah panggilan dari Minangkabau. Disebabkan pakcik saya itu anak sulong dalam keluarga dan di Bukit Tinggi, Indonesia kerana pangkatnya dipanggil Mamak. Mungkin sama dengan Pak Long di Malaysia. Keluarga sebelah abah saya berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Indonesia. Nanti saya ceritakan pada entri lain mengenai keluarga di sana.

Semasa saya berbual2 dengan Abah, saya dah rancang yang nanti apabila saya pulang ke Malaysia, saya akan ke KL dulu, melawat Mamak, tak terus pulang Kelantan. Mamak sakit lagi. Sebenarnya baru hujung minggu lepas Abah saya melawat Mamak di Unit Respiratori Kuala Lumpur, mungkin berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur.

Saya nyaris terfikir nak ambil flight petang ni jam 5 p.m nak balik ke Malaysia. Saya nak tengok Mamak buat kali terakhir...

Saya sms nombor telefon bimbit ayah saya.

"Angah rasa nak balik."

Sebentar kemudian telefon berbunyi dan suara Ma saya di corong.

"Angah, arwah nak simpan lepas zohor..Mungkin tak sempat juga kalau Angah nak balik.."

"Ma pun tak tau sempat ke tak ni sebab drive dari Kelantan ni, nak amik Eg juga nanti.."

"Sedekah bacaan Al-Quran dari sana.."

"Ok..."..saya jawab ringkas.

Air mata saya sudah tak tertahan2 lagi jatuh. Ya, saya sedih. Sangat sedih!

Berpisah sudah segalanya...

Yang tinggal hanyalah kenangan...

Mamak saya adalah pakcik yang paling rapat juga dengan saya dan adik beradik sejak kecik lagi.

Semasa saya dapat masuk KYS (Kolej Yayasan Saad, Melaka) masa tingkatan 1, pakcik saya dan keluarga saya hantar (saya tahu selain keluarga saya yang bangga saya dpt masuk KYS, Mamak saya juga sangat bangga). Walaupun hanya sempat seminggu di sana.

Semasa di Kisas juga, masa tingkatan 4 pakcik saya yang datang masa Hari Mawwadah (hari keputusan ujian diserahkan kpd ibubapa), masa akhir SPM pun pakcik saya yang datang ambil saya dan barang2 saya untuk balik. Masa dapat keputusan SPM dulu pun saya tinggal di Kg Baru tempat Mamak, pakcik saya sebelum ambil keputusan di Kisas.

Sejak jauh di sini dah lama saya tak berpeluang jumpa pakcik saya. Saya terkilan juga. Terkilan sebab sudah lama tidak bertemu...

PERGI TAK KEMBALI
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Doakan semoga arwah dicucuri rahmatNYA dan semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin.

Semoga Arwah diampunkan dosa2 dan ditempatkan bersama para solihin dan siddiqin.

Sedekahkan Al-Fatihah juga untuk arwah.

Wednesday, December 23, 2009

Nikmat Al-Quran


Assalamualaikum wbt


Saya sangat tertarik dengan kisah s
eorang junior saya tulis di blognya, mengenai nikmat Al-Quran. Jadi saya kongsikan dengan rakan2 semua di sini.



Ini adalah coretan dari seorang ibu muda Ummu Ilham, di blognya, dhuhasakeenah:

Sedang memandu hari ini, aku melihat kembali hari-hari di bulan Disember yang telah aku lalui. Beberapa minggu lepas aku mengalami ketidakstabilan emosi yang menatijahkan banyak perkara yang tidak best -_-.. Pabila memuhasabah kembali, aku menyedari antara faktor yang mendorong perkara tersebut adalah kerana aku tidak membaca Al-Quran (kerana uzur syar'ie) - menyebabkan fikiran tidak jernih dan tindakan penuh emosi.

Aku cuba berfikir lebih jauh, alangkah berbezanya ketenangan yang dirasakan antara hari-hari yang dimulakan dengan membaca Al-Quran dengan tidak. Aku mula istiqamah membaca Al-Quran apabila suatu hari suamiku menegurku. Ketika itu, aku sedang menyiapkan desert untuk berbuka puasa pada Ramadhan lalu.

Kata abang, "Alangkah baiknya jika kesungguhan sayang mencuri masa membaca Al-Quran seperti kesungguhan sayang mencuri masa menyiapkan masakan".

Teguran itu sangat membekas di hati kecilku. Sejak memiliki anak, aku sering menggunakan anak sebagai alasan dalam membatasi aktiviti lain. Alangkah dangkalnya aku! Masakan anak penyebab tidak berusaha istiqamah dalam ibadah. Ini baru satu anak. Kalau sudah berderet entah bagaimana keadaanku nanti.

Sebelum abang terbang kembali ke Tanah Haram, beberapa kali abang berpesan supaya aku membaca Al-Quran setiap hari walaupun sedikit. Kata abang lagi, lebih baik kalau meriba Ilham ketika membaca Al-Quran supaya kelak Ilham suka pada Al-Quran dan terdedah kepada kelaziman yang baik. Mengerti harapan abang, sejak hari itu aku melazimi membaca Al-Quran seusai solat Subuh sebanyak 2 maqra' (lebih kurang 5 muka surat). Aku menetapkan 2 maqra' tidak lebih dah tidak kurang agar aku istiqamah - kerana bagiku itu adalah had yang tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan untuk dilaksanakan. Alhasil, alhamdulillah kini aku telah membaca lebih 10 juz. Jika Ilham menangis ketika aku membaca pada waktu Subuh, aku akan berhenti dan menyambung baki bacaan setelah solat Maghrib.

Kini aku merasakan ketenangan di hari-hari yang dilalui. Aku lebih mudah bersabar dalam banyak hal dan kurang melatah. Pokoknya, perbezaan yang ketara dirasakan dengan Al-Quran. Merenung lebih jauh, aku jadi terfikir, kalaulah kita yang muslim ini pun merasakan perubahan baik yang ketara, apatah lagi sekiranya seorang kafir yang hebat memeluk Islam. Wow, pasti berganda-ganda kehebatannya!

Tuesday, December 22, 2009

Last Oncall:Dekat Dengan Kematian


Assalamualaikum wbt

Sabtu malam yang lepas adalah hari terakhir saya oncall. Kalini saya oncall di wad Melati. Malam sebelumnya saya oncall juga tapi di wad kecemasan.

Di wad kecemasan, alhamdulillah tiada kes kematian yang berlaku semasa saya ber'oncall', tapi masa saya break sekejap untuk tidur, wani rakan se'oncall' saya kata ada sorang patient denggi yang meninggal, tapi patient tersebut patient baru yang datang sudah dengan Dengue Shock Syndrome (DSS). Kiranya datang2 ke wad kecemasan memang sudah tidak dapat diselamatkan lagi keadaannya.

Kiranya malam Jumaat tersebut tidaklah terlalu sibuk. Pertamanya kerana ada 5 orang co-ass (kami laa tu) yang oncall pada malam tersebut, ditambah pula dengan jururawat pelatih. Kebanyakan orang dalam ruangan Tindakan Medik. Jadinya malam tersebut bukan penat bekerja tapi penat berdiri dan sudahnya pada jam 2-3 am wani keluarkan kamera dan kami bergambar pula.

Sabtu Malam di wad Melati

Jam 7 pm saya sudah sampai di wad. Kalini kebanyakan orang juga. Ramai pula yang datang nak ber'oncall'. Malam ni sebenarnya saya menggantikan Reza yang menggantikan saya pada minggu lepas. Jadi itulah saya macam 'back to back' pula oncall minggu ni. Saya tak kisah sebab minggu ni dah cuti. Jadi kerja penat2 dan cuti seminggu.

Setelah kami membahagikan tugas untuk follow-up, seorang rakan yang sama2 oncall memberitahu saya,

"Natasha, pasien yang di kamar 11/4 harus di follow-up setiap satu jam ya.."

"Setiap satu jam sampai besok pagi?!!"..saya buat ayat terkejut.

Terus Dr Melly, residen yang bertugas dengan suara sedikit berbisik memberitahu saya,

"Mungkin ngak sampai besok kok.."

"Kenapa doc? keadaannya teruk? sakitnya apa?.." rasa bersalah pula saya tadi mengeluarkan ayat terkejut, tapi ayat tersebut spontan keluar dari mulut saya.

Saya terus ke kamar 11/4 untuk melihat keadaan pesakit tersebut. Dia sudah memakai alat bantuan pernafasan dan keadaannya sudah terlihat parah. Di sisinya ada isterinya yang sedang membaca Al-Quran, Alhamdulillah.

Saya bertanya kepada seorang yang mungkin anaknya, yang turut berada di situ,

"Bapaknya umur berapa?"

"48 tahun.." jawab anak muda tersebut.

Dalam hati saya, umurnya lagi muda dari abah saya. Terus teringat abah di rumah. Dalam hati saya sungguh sayu melihatkan keadaan pakcik tersebut.

Saya baca medical record.

Diagnosis untuk pakcik tersebut: Sepsis, Adrenal crisis, DM type 2, Cushing's syndrome..saya rasa ada lagi tapi saya lupa.

Di sini, selalunya pesakit yang datang sudah dalam keadaan yang kronik, bukan sakit sedikit2. Tambahan hospital ini adalah hospital rujukan dari hospital kecil. Semua jenis pesakit ada di sini. Lagi pula orang2 yang tidak berkemampuan yang datang setakat sakit2 sedikit itu memang tak datang ke hospital. Selalunya kalau sudah di stage 3 atau 4 baru ke hospital.

Berbalik kepada pakcik tadi, bermula Jam 8pm saya follow up. Saya periksa tekanan darah, nadi, respirasi dan suhu. Tekanan darah (blood pressure) memang sudah rendah iaitu 80/60.

Jam 9.30 pm saya break sehingga jam 2.30am, (kes tertidur saya terlajak lama pula tidur, penat oncall malam sebelumnya belum habis sudahnya malamni oncall lagi). Tapi rakan saya sudah menggantikan saya untuk melihat keadaan pakcik tersebut.

Masa tu jam sudah menunjukkan pukul 4 am, saya ke ruangan pakcik tersebut lagi. Kali ini tekanan darahnya sudah turun ke 60/palpasi. Kiranya tekanan sistolik dan diastolik sudah tak dapat didengar dengan stetoskop lagi. Suhu badan meningkat dari normal ke 39.4 darjah celcius. Panas badan pakcik ni!

Jam 4 am baru masuk subuh di sini, saya berhenti untuk solat subuh dan masa saya turun lagi pada jam 4.30am, saya lihat 2 orang rakan saya sedang dalam keadaan bergegas menolak mesin EKG (elektrokardiogram) menuju ke kamar pakcik tadi.

"Kenapa??.."tanya saya.

"Pasien apnea.."jawab teman saya ringkas.

Terus saya letak beg kain sembahyang saya menuju ke tempat pakcik tersebut.

Apnea = cessation of breathing, penurunan kadar pernafasan.

Saya lihat pakcik tersebut sudah berhenti bernafas dan nadinya memang dari tadi sudah sangat lemah dan susah untuk diraba, memang sudah TIADA. Badannya masih panas. Rakan2 saya cuba untuk pasang EKG untuk melihat detak jantungnya masih ada atau tidak. Sudah flat juga!

Tidak lama kemudian residen datang dan pesakit sudah dinyatakan Meninggal.

Innalillahiwainnailaihirojiun...

Isteri pakcik tadi yang dari tadi saya lihat sudah mengalirkan air mata, semakin deras air mata nya. Saya terus memakai sarung tangan untuk membantu menguruskan mayat arwah tadi. Infuse dan alat bantuan pernafasan perlu di cabut, mayat di bungkus sebelum di bawa pulang.

Selesai semuanya, saya menghampiri isteri pesakit tadi, saya pegang bahu makcik itu sambil menenangkan beliau. Terus makcik itu memeluk saya, dan esakannya bertambah kuat, dan dia seraya berkata,

"Ibu ada 5 orang anak neng, yang paling kecil umurnya 3 tahun.."

Neng adalah panggilan untuk anak di sini dalam bahasa sunda.

Hati saya semakin sebak dan air mata sebenarya sudah semakin tak tertahan tapi saya cuba kuatkan hati.

Dari ayat makcik itu kita faham kan apa yang dia fikirkan?

Saya cuma mampu menenangkan makcik tersebut dengan berkata,

"Ibu, rezeki itu dari Allah, insyaAllah nanti ada nanti yaa.."

Selepas itu saya tinggalkan makcik tadi sebab saya masih ada tanggungjawab untuk follow up pagi pesakit2 lain.

Saya doakan makcik tadi kuat dan semoga arwah suaminya dicucuri rahmat dari-Nya. Amin. Sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah suaminya.

Nota:
Kematian itu dekat kan? Sebenarnya sudah beberapa kali saya berhadapan dengan pesakit yang meninggal di hadapan saya, sama ada tiba2 ataupun memang sudah dijangkakan.

Jadi sudah bersediakah kita untuk mati?

Amalan kita?

Sama2 kita muhasabah diri kita semula...

Saturday, December 19, 2009

Oncall..Oncall

Assalamualaikum wbt

Sudah 3 hari berturut2 saya tidak tidur di malam hari, dan malam ini masuk malam ke-3 dan terakhir saya oncall. *Gembira sebab cuti seminggu*(^_^)

Tapi siang hari saya tak kerja pun dan tak ada kelas, jadi tak ada masalah hanya malam2 keluar ber'oncall'

Malam semalam dan malam ini saya oncall, Khamis malam yang lepas saya bersama Puan NK(nama sebenar kawan saya sorang ni panjang jadi saya singkatkan sambil2 nak biarkan rahsia:) pergi ke PUSDAI(pusat dakwah islam) *insyaAllah ada peluang nanti saya ceritakan apa yang kami buat dan dapat di sana*

Kejap lagi nak kena pergi hospital lagi. Oncall pada hari cuti sangat saya suka sebab tak perlu pergi kelas pada esok paginya dan kita hanya perlu masuk kerja pada jam 7 pm.

Fisiologi manusia memang tetap kena tidur malam jadinya, balik pada esok paginya tetap mengantuk dan tidur juga! hehe.

Mungkin ada yang bosan dengar oncall dan oncall tapi bagi saya *just enjoy whatever it is* dan cubalah mempraktikkan bekerja untuk memberi. Semangat Natasha!

Oklah tak boleh tulis panjang2 sebab jam 7 pm kena ke Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung.

*Malam ini saya jaga wad Melati *Semalam emergency ward.

Friday, December 18, 2009

Alhamdulillah::Internal Medicine

Assalamualaikum wbt

Petang semalam adalah hari terakhir bagi rotasi Ilmu Penyakit Dalam(IPD) atau Internal Medicine.

Petang semalam juga iaitu pada jam 2 pm ada Judicium untuk rotasi ini. Judicium adalah hari di mana keputusan kami diumumkan. Sama ada lulus atau gagal, untuk lulus adalah A atau B sahaja. Secara automatis akan gagal rotasi ini kalau dapat selain dari A dan B. Markah untuk lulus pula adalah 68% dan keatas. Semasa saya dan teman2 sedang menunggu di luar dewan di tingkat 5 bangunan IPD tersebut, hati ni berdebar Tuhan sahaja yang tahu. Kalau gagal kami masih diberikan peluang untuk ambil ujian pada hari selasa depan, tapi saya mengharapkan dan berdoa supaya saya lulus untuk rotasi klinikal pertama ini. Dalam hati saya istighfar banyak2 dan pengakhirannya saya berserah kepada Yang Esa.

9 minggu di rotasi ini penuh cabaran, onak dan kerja keras. Pejam celik dah minggu terakhir dan hari pengumuman keputusan tiba jua. Ini juga adalah Department yang boleh dikatakan major.

Saya masuk rotasi ini pada 19 Oktober lalu, setelah 3 bulan bercuti panjang di Malaysia. Selalunya susah dan lambat sedikit nak dapat momentum untuk belajar kalau selepas cuti panjang. Salah saya juga, Ma dan Along dah suruh belajar masa cuti tapi saya tetap bercuti sesungguhnya. hehe. Padan muka! Terpaksa bekerja keras.

Pada saya Internal Medicine ataupun dalam Bahasa Indonesianya adalah Ilmu Penyakit Dalam sangatlah menarik walaupun bacaan haruslah banyak! 80-90% penyakit adalah dalam rotasi ini. Jadi belajar betul2! Kepada adik2 junior pula kebanyakan kes2 yang kita belajar masa 2nd-4th year ada di rotasi ini. Aplikasi pengetahuan dahulu adalah sekarang. Klinikalnya adalah sekarang. Jadi sila belajar dengan betul2 kes2 di tutorial sekarang. Kutip banyak2 dan baca banyak2 tentang Anatomy, Physiology, Histology dan Pharmacology penyakit2 tersebut. Sudah masuk klinikal nanti tinggal aplikasi sahaja.-->sepatutnya, belajar dari mula:) tapi biasalah usaha gigih kita hanya akan muncul apabila ada exam sahaja. hehe. termasuklah saya:) tapi tak terlambat untuk kita ubah strategi belajar dan yang penting kita teruskan usaha dan fokus.

Berbalik kepada pengumuman keputusan tadi, nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk masuk. Berdebar memang sangat tinggi! Ada juga saya tengok seorang kawan mukanya macam dah nak menangis. InsyaAllah boleh. Itulah adalah ayat saya, walaupun dalam hati pun risau juga:)

8 orang pertama dipanggil dan nama saya tiada dalam senarai. Masih ramai diluar. Setelah 5 orang pertama yang dipanggil berada di dalam dewan, mereka keluar. Dari raut wajah mereka, terlihat sedih dan wajah2 yang keluar tunduk, mereka gagal untuk rotasi ini. Pada saya mereka belum lagi lulus! Masih ada peluang. Jangan putus asa kawan2!

Nama dipanggil lagi, dimulai dengan nama Aditya Fahmi, dia memang antara mahasiswa yang score! Dalam hati saya, mesti dipanggil ikut markah. Tak berapa lama nama saya dipanggil:) Kami berdiri di hadapan konsulan2 yang ada. Konsulan adalah consultant kalau di Malaysia. Spesialis yang sudah ambil sub-spesialis. Ketua IPD, Prof Rully memanggil nama 6 orang mahasiswa untuk maju kehadapan, termasuklah tadi ada Aditya Fahmi, budak terer! Mereka adalah mahasiswa yang mendapat A. Jadi saya tahulah yang saya dapat B, mungkin juga B+. hehe.

Walau apa pun nilainya, saat doktor konsulan tadi mengeluarkan ayat, "Bagi tepukan yang gemuruh untuk anda semua karena sudah lulus di IPD"..
Saya memandang teman disebelah saya, Nurlitasari dan tersenyum, Alhamdulillah!
Lega rasa hati. Syukur sangat2! Hilang segala rasa penat dan mengantuk sebelumnya.

Alhamdulillah dan Alhamdulillah saya sudah lulus rotasi pertama saya iaitu Internal Medicine.
Saya tahu ini semua tidak akan berlaku tanpa izin Yang Esa, banyak dugaan pada awal2 saya masuk klinikal, tapi saya berdoa tidak putus2 supaya Allah memberi kemudahan kepada saya. Tiada kata untuk saya gambarkan bahawa betapa Allah swt banyak membantu saya.

Kedua ibubapa saya, Ma dan Abah yang boleh dikatakan hampir setiap hari telefon saya dan memberi saya kata2 semangat. Saya sangat2 berterima kasih buat doa mereka. Along, Ila, Eg dan adik mereka juga sangat membantu masa saya rasa jatuh.

Buat teman2 saya juga:) terima kasih doakan saya.

Buat seorang teman yang masih tengah berusaha bersungguh2 sekarang. Terima kasih kata2 semangat anda dan terima kasih selalu buat saya selalu tersenyum. Buat yang terbaik untuk exam awak! InsyaAllah boleh:) Terus fokus dan berusaha gigih anak muda, walaupun saya tahu awak memang seorang yang berusaha gigih. Terima kasih.

Nota:
Lagu blog saya ni bertajuk 'Kau Kawan, Sahabat dan Teman'. Suka lagu ini. Khas untuk teman yang tengah gigih berusaha dan untuk semua teman2 saya yang lain juga:)

Tuesday, December 15, 2009

Untuk Nabila

Assalamualaikum wbt

Sudah lama rasanya saya tidak menulis di sini. Entri2 sebelum ini adalah yang berbentuk gambar dan 2 entri sebelum ini adalah entri yang saya copy and paste. Salahkan peperiksaan akhir rotasi klinikal saya:) Entri kali ini adalah untuk Nabila. Cerita peperiksaan akan saya ceritakan nanti dalam entri seterusnya. Biar hilang penat belajar dahulu:) kali ini saya nak cerita mengenai Nabila.

Ermm...siapa ye Nabila ni?

Nabila adalah adik saya, adik di bawah saya. Nabila sudah di semester akhir, tinggal praktikal sahaja. Nampak gaya Nabila memang bekerja dahulu dari saya. *Angah harap cuti masa Ila konvo tahun depan!

Kenapa tiba2 saya buat entri untuk Nabila?

Cuba lihat di senarai blog saya, di bawah MY BESTI LIST, ada 3 orang di situ, Nabila A.Hadi, Nurul Hidayah dan Siti Hawa. Ini adalah blog2 yang saya wajib buka dan baca setiap kali saya buka blog saya. Tapi blog adik saya tidak boleh diakses oleh umum selain yang di'invite'.

Sudah lama Nabila tidak menulis dan baru sahaja saya nak telefon Nabila supaya meng'update' blog dan tadi sudah 4 entri yang adik saya tulis sekaligus. Lama saya di depan komputer riba membaca entri adik saya. Saya suka baca hasil tulisan adik saya! semua entri Nabila ditulis dalam English. English yang betul2 bukan bahasa pasar ataupun shortform.

Entri baru adik saya sungguh menyentuh hati saya, kenapa? Biarlah rahsia antara kami saja:)
Nabila, adik saya ni memang menulis dari hati dan saya dapat rasakan apa yang dia tulis adalah apa yang dia rasa. Tadi saya rasa nak nangis masa baca entri yang ke 3 dari 4 entri tersebut. Walaupun ada perkara2 lucu juga dalam entri2 lain. hehe:) kisah kami adik-beradik. Rindu pula rasa nak balik Malaysia kejap dan datang balik Bandung. Macam dekat ja. Kalau KL- Kelantan boleh la terima nak balik kejap:)

Nabila belajar di USM, Penang dalam jurusan TESL(Teaching English as a Second Language). Betul tak course Ila ni? ke TESOL? ada beza ye TESL dan TESOL? yang penting macam Ila cerita dulu amik BI. hehe. Aduss sungguh rindu nak bergelak ketawa dengan cerita2 Nabila dan nak tengok video2 yang Ila upload.

Memang sesuai dengan adik saya jurusan yang dia ambil, dia memang berbakat dalam mengajar! kalau saya ajar Hafizi dan Najeeha memang kejap ja, lepas tu dah menyerah sebab mata pelajaran yang adik saya Najeeha minta diajar adalah Sejarah! Macam mana nak ajar Sejarah? Saya masa dulu tak pernah habis baca buku teks Sejarah. Sampai Cikgu Hasnah pernah tanya saya kenapa dapat rendah matapelajaran Sejarah semasa di kisas dulu semasa ujian bulanan. Saya pun tak tahu nak jawab apa, kalau jawab tak minat nanti sudahnya cikgu marah:) Saya berusaha juga akhirnya supaya saya minat Sejarah.huhu. Nasib baik dapat A1 masa SPM.

Ini adalah sedikit dari entri adik saya Nabila dari blognya:

A CUTE BABE WITH BRAIN

My sister called today and.......... admit the rules of world has changed. if I was given a chance to be in my sister place, I will use every single chance I have.......... She has the choice. She has everything she wants if she ever knew. The problem now is, she don’t know how to use all the chances precisely..... She’s pretty, got brain and all she need is just a.......... to fix her life a bit. Set her brain how life is..........
I plan to live successfully as myself, happily consume my life with happiness.........
*ruang2 kosong adalah rahsia kami:)
Jam Tangan Nabila

Jam tangan yang adik saya Nabila beli dan hadiahkan kepada saya, malam sebelum saya mendaftarkan diri ke Kolej Teknologi Timur, Sepang masih saya pakai sehingga hari ini. Saya sangat sayangkan jam tangan tersebut walaupun harganya tidaklah terlalu mahal. Sudah dekat2 7 tahun. Lama kan? Jam tersebut masih elok dan buat pengetahuan adik saya Nabila, Angah sangat sayangkan jam tersebut:)

Saya sangat sayangkan adik2 saya:)

*Angah nak Ila tau yang kita sama2 akan bekerja keras dan bersungguh dalam hidup kita untuk kehidupan yang lebih baik lagi. Jangan rasa sedih ataupun give up!

I know your self esteem is much more stronger than me!
You always have the confidence in yourself and in me, even when me myself doesnt have it:)
Thank you my lovely sister Nabila for being there.
Hope to see you soon and I wish that I could fly to Malaysia whenever I want to meet you!


Nota:
1) Khamis nanti keputusan akan keluar! Doakan saya lulus. Markah lulus semakin meningkat, 68% ke atas baru lulus. kenapa bukan 40% ke? hehe:)

2)Saya akan kembali menulis!

3)Budi bahasa budaya kita:) jaga tutur kata kita, walopon hanya di shoutbox blog, dunia maya ini. walopon bukan siapa2 orang yg kita berbicara tapi ingatlah yg org tersebut adalah manusia juga. Islam Itu Indah. Jangan jadi perosak kepada keindahan itu.

Monday, December 14, 2009

Thank You Allah

I was so far from You…
Yet to me.. You are always so close…
I wandered lost in the dark…
I closed my eyes… to all the signs.. You put in my way…
I walked everyday… further and further away from you…
O Allah… You brought me home…
I thank You… with every breathe I take…
(My eyes closed to all the signs that You put in my way)

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, all praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, all praises to Allah

I never thought about…
All the things.. You had given to me…
I never thank You once…
I was too proud…
To see the truth..
And prostrate to You…
Until I took the first step…

That’s when You opened the door for me…
Now Allah… I realize what I was missing…
By being far from You…

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, all praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, all praises to Allah

Allah.. I want to thank You…
I want to thank You.. for all the things that You’d done…
Your love for me… through all my years.. I’ve been lost…
You guided me… from all the ways that were wrong…
Indeed.. You gave me hope…
O Allah I want to thank You…

I want to thank You.. for all the things that You’ve done…
You’ve done for me… through all my years I’ve been lost…
You guided me.. from all the ways that were wrong…
I want to thank You.. for bringing me hope…

Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, all praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, all praises to Allah
(Thank You Allah, incessantly giving me hopes, for all the things You had and always done)

Lyric above taken from a song titled as "Thank You Allah" by Maher Zain

The video click here: Thank You ALLAH by MAHER ZAIN

Saturday, December 12, 2009

Tabahkan hatimu Teh Afifah



TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada
jam 1.05 minit tengah hari.


Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak(Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan(Mohd Farhan), semalam.

"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

Kenduri kahwin bertukar majlis tahlil

ALOR SETAR: Majlis kenduri meraikan perkahwinan Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, 23, bersama suaminya Mohd Ariff Ab Kadir, 23, yang maut dalam nahas di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar bertukar majlis tahlil dengan pengurusan diambil alih Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Anak Bukit, bermula malam tadi.

Setiausaha Jawatankuasa Surau Taman Berlian, Abd Jabir Mokhtar, 50, berkata pada mulanya pihak pengantin perempuan berhasrat mengadakan majlis khatam al-Quran pada sebelah malam diikuti kenduri kahwin hari ini, namun kedua-duanya terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

"Perkara berlaku tanpa diduga dan kami sebagai jiran mengambil alih pengurusan majlis yang tetap perlu diteruskan.

"Kita jalankan majlis seperti biasa dengan menerima 1,500 tetamu yang sudah dijemput selain pihak perempuan juga mengeluarkan belanja besar sekitar RM12,000 untuk majlis ini.

"Sekarang menjadi tugas kami untuk menjayakan majlis tahlil itu dan memastikan semua tetamu dilayan dengan baik.

"Kami bersimpati dengan Teh Affifah dan keluarga kerana mereka memang dikenali sebagai orang yang baik dan mempunyai hubungan akrab dengan jiran.

"Teh Affifah juga seorang gadis yang lemah lembut dan baik budi pekerti," katanya ketika di temui di sini, semalam.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian di tempat persiapan kenduri di homestay G Glamour di Taman Kancil 3, Anak Bukit semalam mendapati segala persiapan termasuk pelamin dan bilik pengantin sudah disiapkan dengan rapi oleh pihak pengantin perempuan.

Bagaimanapun tiada ahli keluarga di situ kerana berada di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis berikutan kejadian tidak diingini itu.

Kelihatan lapan daripada sembilan dulang hantaran pengantin lelaki kepada pengantin perempuan di homestay itu yang tersusun dengan kemas untuk majlis yang bakal berlangsung hari ini.

Sumber:Berita Harian

Innalillahiwainnailaihirojiun...Saya terkedu dan terkejut membaca berita di atas, semoga ukhti Teh Afifah tabah dan kuat, saya tahu ukhti kuat. Sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian ini. Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman. ALLAH lebih menyayangi arwah.. Amin. Hadiahkan Al-Fatihah buat arwah..

Monday, December 7, 2009

Kampus UNPAD Jatinangor

Ini adalah dalam kampus Unpad, depan kita ni padang besar, padang bola. dan dari kanan nampakkan atap2 tu?atap yang pertama dari kanan adalah fakultas kedokteran gigi (dentist) dan disebelahnya adalah fakultas kedokteran (medical). tempat saya belajar dari tahun 1-4. rindu nak belajar sini lagi.

Sawah padi di atas bukit2. Padi bukit eh namanye?:D Saya pun tak pasti. tapi gambar ni belakang rumah, bukan betul2 belakang kena jalan skit, pastu sampai:) cantik kan?tenang hijau.
Gambar ni diambil dari atas Jambatan Cincin. atap yang nampak tu adalah bangunan dalam kampus UNPAD

Gambar ini juga diambil dari Jambatan Cincin, kat bawah bukit rasanya. ada rumah2 di lereng bukit

Nampak tak yang mcm jambatan kat hujung sana?itu adalah Jambatan Cincin. tak mcm bentuk cincin pun, tapi sejarahnya adalah jambatan ini dibina di zaman penjajahan Belanda dulu. kita sekarang berada di seberang sini, bukan atas jambatan cincin lagi:)
Ninie dan saya dalam kampus fakultas kedokteran. bulan April 2008 Ninie satu family datang Bandung.*ninie datang la lagi sini:)buleh sembang2 ngn mung lagi.
Nota:
1) entry saya kebanyakan gambar sahaja. mcm blog gambar pula jadinya. saya asyik tulis2 je, sebelumnya. kalini kita tgk gmbar pula(^_^)

2) entry ni utk seorang teman yang sedang sibuk sekarang dgn kertas kerja dan exam die juge..mmm..betul kan?xpe2, nnt tgk gmbo2 kat atas tenang dgn kehijauan alam:) take care sokmo:) Best of Luck from me!

3) saya exam lagi pada 14/15 hb Dec nnt. Doakan saya semua! kalini exam terakhir untuk department Internal medicine. Esok saya masuk sub-bahagian tropik infeksi. *struggle for the best*baru siap assignment utk esok..huhu.pada jam 2 am, kul 4am dah masuk subuh. jadi nak tido ke tak ni?baik tido(^_^) Selamat pagi!

Sunday, December 6, 2009

More Pictures on Beautiful Memories:)


Depan pejabat( mungkin gambar diambil dari Gazebo)


Vision:A world class mentality by 2012

Colourful Gym:) zaman2 batch kami dulu kosong gym ni. dah penuh katanya sekarang dengan alat2 yang best

Dewan terbuka:tiap2 pagi perhimpunan kami akan diadakan di sini, kecuali hari Isnin pagi di Dewan Besar

Tangga untuk pelajar muslimat:macam lama sangat dah nampak tangga ni

Colurful again:)

Aspura:sangat colurful macam lego pun ada
Gambar Aspuri tak ada lak

Tiba2 gambar masjid:) Masjid Diraja Klang, dekat dengan kisas

Beautiful Memories:)

Masih ingat jalan ini?

Pejabat

Gazebo

Assalamualaikum wbt

Banyak yang saya nak tulis dan kongsikan tapi hanya tinggal rancangan. Mati idea pula. Banyak cerita nak diceritakan, tetapi tinggal tetapi sahaja.

Alhamdulillah sudah selesai satu ujian tapi akan menyusul satu lagi dalam masa terdekat!

Saya kongsikan gambar di atas. Gambar di suatu sekolah yang menyimpan banyak kenangan manis dan pahit dan tempat yang banyak mengajar saya. Tempat saya mula kenal erti 'usrah' dan 'lagu2 nasyid', dan juga erti belajar bersungguh kerana apa? untuk siapa?

Alhamdulillah ditemukan dengan mereka2 yang sangat luar biasa di sana suatu ketika dahulu.

Nota:
1) Gambar di atas saya ambil dari FB batch saya dulu yang ke sekolah kami baru2 ini. Terima kasih. Buat pengetahuan rakan2, sekolah kita dulu dah jadi colourful..!ceria:)

2)Saya tak akan berhenti dan akan terus berjalan!

3)Senyumanmu yang manis membuatkan hatiku riang berbunga2(^_^)