Tuesday, April 27, 2010

Don't Forget to Smile :)


As the sky breaks into a beautiful Sunrise,

may God open the heavens to shower you

lots of Love & Happiness

to make your day a meaningful one.



Knock! Knock! May I come into your world?

I bring no flowers, no cakes but

Wishes to keep you fresh,

Prayer to keep you healthy &

Love to keep you smiling.



Silence is the best way to keep

away from problems.

Smile is a powerful tool to avoid

many problems.

So have a Silent Smile Always...


Monday, April 19, 2010

MARI SOKONG SAYA NAK BERKEMPEN


Assalamualaikum wbt

Petang tadi masa saya tengah buka akaun FB, KakChik Niza ajak saya untuk berkempen. Jadi saya dengan semangatnya sekarang nak berkempen, terutamanya kepada semua wanita saudara se-agama saya yang menjadi kesayangan saya fillah^_^

Jom sokong saya berkempen. Join Kempen Menutup Aurat:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya (an-nur 24:31)


Dalam solat kita menutup aurat, begitu juga di luar solat. Jadi kita hendaklah bawa KETAATAN dalam SOLAT(menutup aurat,membaca Al-Quran,berzikir). DAN MEMBAWANYA DILUAR SOLAT, dan amalkan dalam kehidupan seharian kita, seperti yang diperintahkan oleh ALLAH. Mudah2an kita berjaya di dunia & di akhirat. AMIN.


Sunday, April 18, 2010

Berita dari Malaysia

Assalamualaikum wbt

Yeay! Dah siap^_^

Selesai buat notes untuk discussion malam nanti, saya melayari laman web Utusan Malaysia Online. Ada banyak isu2 terbaru yang saya dah terlepas tentang Malaysia tercinta. Dari isu politik, berkenaan artis bercerai, kisah bola yang heboh sekarang, kepadalah masalah kesihatan di Malaysia. Saya sangat tertarik apabila saya lihat di status ym kak Natasha(bukan saya, nama saja sama, nama penuh akak ni Sharifah Natasha, sori kak promote nama akak pulak.hehe).

Status kak Tasha berbunyi,

"tak jadi ke reunion..epidemic H1N1"..

Ermm..Malaysia dilanda H1N1 lagi sekali?atau yang dulu belum betul2 tak ada? Terus saya tekan goggle cari pasal H1N1 di Malaysia. Latest update!

Klik disini untuk bacaan lebih lanjut:

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 18 April 2010

Nota:

1)Health is Wealth._|.<(+_+)>.|_.

2)Saya sekarang sangat2 menjaga kesihatan saya supaya menjadi sihat dan kuat^_^

3)Entry colorful ✿


DOSA BOLEH HALANG CAHAYA ILMU


Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".


Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya. Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil.

Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".


Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".

Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya. Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".


Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu.

Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud:

"Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)".

Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu."


Friday, April 16, 2010

Hadiah Istimewa 12 APRIL 2010

e-card yang mommy lily-fatiha buat khas untuk saya.
comel kan^_^



Assalamualaikum wbt

Sebenarnya ada cerita disebalik 12 April 2010 tahun ni. Kalau tahun lepas, saya bertemu dengan sahabat2 tercinta dari seluruh bumiwalisongo, tapi tahun ini lain pula jadinya. Tak sangka dan tak pernah terfikir akan terkena lagi. Ermm. Saya dimasukkan ke Rumah Sakit kerana suspected typhoid. Again!

Pengalaman ini saya tak akan lupa. Setiap tahun pada hari ulang tahun saya ada saja perkara2 yang mungkin tak akan buat saya lupa^_^

Baru saja berazam tak nak tinggal kelas dan hospital sepanjang rotasi Paediatrics/Anak ini. Tapi apakan daya. Saya dimasukkan ke wad hari khamis lepas sehingga ahad. Sebenarnya Dr Rudi yang rawat saya tak kata pun hari ahad tu boleh keluar, tapi sebab bosan saya pun dapat idea nak minta keluar hospital. Lagi satu tak naklah sambut birthday dalam wad dengan tangan kena infuse. hehe.

Terima kasih banyak2 kepada yang datang melawat saya di Rumah Sakit Advent dan Rumah Sakit Parahyangan. Pengalaman naik ambulan dengan 5 orang teman tak akan dilupakan. Ramai orang yang teman dari pesakit. hehe.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada yang bawa banyak sangat makanan dan sampai ke harini belum habis lagi dan juga kepada yang Wani yang paksa saya makan banyak2. Kepada teman baik saya, Aimi dan Nadia yang tunggu dan sanggup tidur di wad dengan saya.

Sakit kena infuse dan masa ambil darah! Buat skin test untuk antibiotic tu pun sakit! Bosan2 juga jadi pesakit yang kena total bed rest! Tak nak dah masuk wad lepas ni. Saya berjanji akan jaga kesihatan dan makan banyak2 lepas ni^_^

Apapun, terima kasih sekali lagi atas kesemua ucapan Happy Birthday tak kira lah di blog, Facebook, panggilan telefon dan juga SMS daripada semua. Setiap ucapan saya balas dengan doa yang sama untuk anda semua juga. Amin untuk doa2nya. Saya mungkin ada balas beberapa tapi maaf sangat2 kalau ada yang tak sempat balas. Kepada yang bagi hadiah juga terima kasih.

1) 12 April juga adalah Birthdate Arwah Mak kepada wani. Wani ni walaupun muda setahun dari saya dah macam kakak saya. hehe. Thanks wani!

2)Rupa2nya ada junior yang nama sama dengan saya, Natasha juga di FKG yang kongsi sama birthdate dengan saya juga. Happy Birthday dik! Teruskan perjuangan.

3)Buat sahabat baik saya Nurul Aimi, jasa2 awak memang sungguh banyak. Orang kuat ni yang uruskan semua pasal kemasukan, sampailah saya keluar wad. Terima kasih Kak Zai juga sebab tolong book wad di RSHS.

4)Buat Siti, housemate saya yang selalu jadi silent reader blog saya ni. Terima kasih bagi hadiah tiramisu masa petang saya keluar dari wad. Katanya itu hadiah birthday dan hadiah keluar dari wad.

5)Buat Wani, Ika dan Fathi yang datang rumah petang isnin bawak surprise cheesecake dan paksa saya tiup lilin juga. Thanks! malu ja kena surprise kat depan pagar rumah. walopon kek tu kecik tapi sangat terharu. hehe.

Apa2pun, semua keletah dan gelagat teman2 saya di sini buat saya semakin sihat dan buat saya tersenyum ingat semua itu. Thanks alott my dearest fren. Really appreciate the thought!


I still believe that the best medicine is the strong insight that keeps you moving on and motivated. Medications are number 2. Have a positive insight. Senyum sokmo:)





Wednesday, April 14, 2010

The Pillars of Islam

Bismillah

As Salaamu alaykum and peace to all my dearest readers,

The Pillars of Islam

I was reading Benjamin Disraeli quote that day. He said,

“Seeing much, suffering much, and studying much are the three pillars of learning.”


Of course! I think he is right.


His words about pillars reminded me of something I have not thought about in quite sometime- The Pillars of Islam.

Do you remember what they are my friends?



Our beloved Messenger (peace and blessings of Allaah be upon him) has explained for us, when he said:

“Islam is built upon five [pillars]: the testimony that there is no god but Allaah and that Muhammad is the Messenger of Allaah; establishing regular prayer (salaah); paying the zakaah; Hajj (pilgrimage) and fasting Ramadaan.” (Agreed upon; narrated by al-Bukhaari, no. 8)

As I reflect on this hadeeth, a few questions popped into my head-

How well-built are all my pillars? What have I done to ensure their strength? Did my daily activities contribute to their toughness, or the other way around?

What are your answers to these questions my dearest friends. I think it is time for us to sit and reflect, dont you?


Copyright © Sis Zabrina 2010
Sis Zabrina
Life Storyteller
Author of Life is an Open Secret Islamic Motivational Book Series:
Life is an Open Secret- Think about It
Life is an Open Secret- You, Me and We
Life is an Open Secret- Ramadan Special
Hidup Bukan Rahsia http://www.lifeopensecret.com

Tuesday, April 13, 2010

12 APRIL 2010

Assalamualaikum wbt

Semalam genaplah saya berumur 25 tahun.

25 tahun menjadi Natasha adalah suatu pengalaman yang sangat berharga yang pernah saya lalui. Dari semanis-manis pengalaman kepada sepahit-pahit pengalaman. Alhamdulillah diberikan nikmat kehidupan dari-Nya untuk menempuhi semuanya dengan gembira dan sedih.

Semuanya membuatkan saya tersenyum mengenangkannya dan lebih kuat dalam menjalani hidup ini.

Ya Allah terima kasih di atas nikmat umur yang diberikan.

Terima kasih yang mungkin tak terhingga saya ucapkan kepada ma saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang diberikan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat abah saya yang sentiasa memberi dorongan dan juga didikan selama ini. Terima kasih sebab membesarkan Angah selama 25 tahun ini. Pengorbanan ma dan abah tak akan dapat terbalas. InsyaAllah Angah berusaha menjadi anak yang solehah.

Buat kakak sulong saya, Nadia terima kasih menjadi kakak yang sangat baik selama ini, walaupun kadang-kadang kita nangis sama-sama. Adik saya Nabila, yang sentiasa mendengar cerita saya dan membuatkan saya ketawa dengan cerita-cerita lucunya. Satu-satunya adik lelaki saya, Hafizi yang sentiasa melindungi kakak-kakaknya dan suka menyanyi juga. Adik paling bongsu saya, Najeeha yang suka bercerita juga dan suka paksa angah dengar cerita adik^_^ Majalah anime adik buat angah tak bosan kalau dah tak ada kerja sangat nak buat di rumah. Adik-beradik saya adalah pelangi dalam hidup saya. Warna-warna gembira yang membuatkan saya tersenyum gembira apabila teringatkan mereka.

Semoga tahun ini kehidupan saya lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga rezeki saya bertambah. Semoga kehidupan semakin tenang dan ibadah saya sebagai hamba-Nya semakin terjaga dan juga bertambah baik. Semoga diberikan kesihatan yang baik dari-Nya untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Semoga saya lulus semua rotasi klinikal saya dan pulang ke Malaysia tercinta tepat pada masanya.

Amin Ya Rabb

"Ad-dunya mata’ , khoirul mata’ al mar’atus sholihah".

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita solehah



Monday, April 5, 2010

I Miss Them Again

~my little brother and sister with new born nephew at hospital kuala krai,
15 march 2010~

I miss them again tonite. Actually, I always miss them.

I took the picture above from my sister's blog. The way she described me was so funny. hehe.

I miss u too nabila! I miss to laugh with you too dear^_^


Notes:

1)Banyak lagi tak baca ni. Ngantuk tulis blog kejap:)

2)Cepatlah masa berlalu, saya nak balik Malaysia!


Sunday, April 4, 2010

SATU


Satu
Album : Untukmu
Munsyid : All For Ummah

Membela sebuah agama
Bagai menusuk duri dari dalam jiwa
Bersama niat hati suci
Sejati dalam nurani

Menyemai satu cita-cita
Bersama dihiasi iman dan taqwa
Demi untuk maruah agama
Yang kini dibuai gelora

Satu cita-cita tersemat dalam jiwa
Dengan keikhlasan tulus dari hati
Harapanku meninggi

Satu kejayaan bila cita kukecapi
Tanpa rasa jemu berserah pada-Nya
Bersyukur pada Tuhan

Satu cita-cita yang sejati
Abadi murni
Bersatu bersama bergandingan
Kita menyemai budi

Jiwa yang sejati harmoni
Tiada rasa sangsi
Sujud setia kepada-Nya
Hanya Allah yang Esa





Saya hanya jumpa video dari Little Khalifah di youtube. Comel kan adik2 tu nyanyi. Sesiapa ada lagu dalam bentuk mp3?

Pertama kali saya dengar lagu ni dah lama dulu masa di Jatinangor persembahan nasyid dari batch 2006. Terus jatuh hati dengan lagu ini. Sungguh dalam dan bermakna lirik di atas.

Saya tujukan lagu ini buat sahabat2 saya, sahabat seperjuangan. Sungguh hidup ini dan perjuangan ini tak dihamparkan hamparan merah dan tak menjanjikan keselesaan hidup di dunia. Banyak ujian dan cabaran, tapi insyaAllah di akhirat syurga Allah menanti. Syurga Allah swt adalah tempat untuk orang2 hebat.

Nak masuk syurga Allah?

Mari kita sama2 berusaha menjadi orang2 yang hebat..

Together WE stand as ONE!^_^

Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Amin.

Friday, April 2, 2010

Anak-anak Along (^_^)


Iman sekarang dah jadi abang long^_^
Populariti Iman sudah berkurang berbanding Ikram.hehe. Dah 2 tahun dah umur Iman ni. Cepat betul masa berlalu..



Ini pula adik Iman, baru saja lahir 15 Mac 2010 yang lepas. Namanya Ikram. Comel dok?besar kan baby ni. masa lahir baby ni berat 3.9 kg.Kalah Iman, dulu Iman pun 3.6 kg. Anak2 sihat sekarang ni.


Tahniah untuk Along dan Abang Long. Saya belum jumpa baby baru ni(^_^) baru lihat gambar dan webcam saja dengan adik2 masa cuti sekolah yang lepas. Tak sabar nak jumpa dan tengok baby sihat ni..untuk Along dan Abang Long semoga dikurniakan ramai lagi anak2 yang soleh dan solehah. Dah bertambah cucu Ma dan Abah saya...

Gambar2 terbaru Ikram boleh lihat di blog adik saya,

Nabila:
Klik di sini

Paediatric atau Anak

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya harini berpeluang menulis sesuatu di blog rama2 ini^_^

Hari ini adalah public holiday di sini bersempena dengan Good Friday. Harap semua sihat dan semoga hari Jumaat yang penuh barakah ini kita semua dicucuri rahmat dari-Nya. Amin.

Pagi2 saya buka FB, seperti biasa melihat post dan status terbaru dari teman2 FB, terkejut dengan berita pemergian pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Doakan semoga arwah dicucuri rahmatNYA dan semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin.

Dia dikenali dengan watak yang lucu, peramah dan disenangi ramai orang walaupun hanya mengenalinya melalui radio era.fm. Dia tidak berceramah tapi lawak jenaka yang disampaikan mampu membuat pendengar senang hati, Subhanallah. Termasuklah saya yang suka mendengar celoteh beliau sebelum ke tempat kerja pada pagi hari. Allah swt lebih menyayangi beliau.


Cerita saya

Minggu ini sudah masuk minggu ke-4 saya dalam rotasi Paediatric ataupun di sini dipanggil Anak. Kalau sebelum ini rotasi pertama saya untuk department major adalah Internal Medicine atau Ilmu Penyakit Dalam. Sekarang ini adalah rotasi major yang ke-2 saya. Di Internal Medicine, pesakit2nya adalah orang2 dewasa, tapi di rotasi Paediatric ini pesakit2 semuanya anak2, bermula dari yang baru lahir sampailah kepada yang umurnya belasan tahun. Kalau yang baru lahir itu pula ada yang cukup bulan dan ada yang tak cukup bulan dan terpaksa tinggal dalam inkubator sehingga mampu mandiri.

Sebelum saya masuk rotasi anak ini, sebelumnya saya berada di Forensik. 3 rotasi minor sebelumnya iaitu Saraf, Jiwa dan Forensik. Sudah lama tidak ber'oncall' dan berhadapan dengan pesakit sebenarnya, awal2 di rotasi anak ini memang agak memerlukan masa untuk saya beradaptasi. Alhamdulillah sudah dapat 'catch-up' dan rasa seronok berada di rotasi ini. Saya berusaha untuk menimbulkan rasa seronok dan menyukai rotasi anak ini kerana, saya akan bekerja dengan lebih bersemangat dan senang hati kalau hati saya seronok ^_^

Pengalaman di rotasi ini?

Banyak! Sebak dan gembira. Sebak melihat baby yang comel2 dimasukkan tiub2 ke dalam hidung dan mulut untuk bantuan pernafasan dan juga makan. Gembira melihatkan wajah ibu2 yang melahirkan anak2 yang sangat comel. Oh ya! Kalau bekerja di bahagian perinatalogi, iaitu bayi2 yang baru lahir, saya berpeluang melihat proses ibu melahirkan anak. Saya sudah 2 kali ke bahagian Obgyn yang terletak bersebelahan sahaja dengan perinatalogi untuk menunggu baby2 dilahirkan. Tugas kami dari bahagian anak ini adalah untuk mengambil baby yang dilahirkan dan membersihkan, memeriksa, menyuntik vitamin K dan harus bersedia untuk apa2 perkara emergensi yang bakal berlaku kepada baby contohnya tak dapat bernafas atau asfiksia. Jadi kami(saya dan residen) bersedia untuk melakukan resusitasi/bantuan pernafasan. Alhamdulillah semua baby sihat2 belaka setakat ini yang dilahirkan.

Anak itu anugerah dari Tuhan. Sungguh suci wajah mereka waktu pertama kali melihat dunia. Welcome to the world baby(^_^) Baby ni kuat betul nangis waktu melihat dunia buat pertama kali. Sedihnya....hehe. Pertama kali saya lihat seorang ibu melahirkan anak adalah lebih kurang jam 2 am pada pagi yang hening. Dalam hati saya, sungguh susah payah seorang ibu itu melahirkan anaknya. Melihatkan wajah ibu tersebut, saya tahu sungguh sakit, tapi setelah anak dilahirkan hilang semua sakit yang dirasai. Senyuman di wajah ibu seorang bayi, membuatkan saya yang mengantuk2 terus segar sewaktu saya hulurkan bayinya yang sudah siap dibungkus untuk disusui.

Nak tahu tak? Pertama kali saya melihat proses kelahiran bayi oleh seorang ibu, saya sangat tersentuh dan merasakan pengorbanan seorang ibu sungguh banyak dan mulia. Bayangkan saja, walaupun sakit2 dan berat membawa kita selama 9 bulan dalam kandungan dan sakit sewaktu melahirkan kita ibu tetap juga bersabar melayan kita yang banyak kerenah ini. Subhanallah...Saya berjanji tak akan melukakan hati ibu saya dan saya akan sentiasa memastikan ma dan abah saya tak akan susah hati dengan saya. Saya lebih sayang dan sayang saya bertambah kepada ibu saya mengenangkan susahnya beliau melahirkan saya, membesarkan saya dan memastikan saya mendapatkan yang terbaik dalam hidup ini.

Angah sayang Ma dan juga Abah! Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat kedua orang tua saya dan semua ibubapa ^_^ InsyaAllah saya akan berusaha menjadi anak yang solehah dan menghadiahkan yang terbaik buat kedua permata hati saya ini.