Wednesday, May 11, 2016

Kembali Menulis :)

Assalamualaikum,
Sungguh lama tak menulis di blog, Hampir setahun setengah. Sekarang banyak dah berubah. Sudah jadi emak kepada anak dua. Banyak cabaran dan dugaan untuk berada pada hari ini.

Alhamdulillah sangat bersyukur dengan apa yang ada dan saya sampai ke tahap ini. Diberi peluang menjadi Ummi kepada dua orang puteri solehah yang membahagiakan. Saya tak pernah terfikir akan dikurniakan rezeki seperti ini.

Thanks Allah swt for giving me the opportunity to become a mother. I am not a perfect mother but always try to be one. InsyaAllah :)

Kerja masih di hospital di Redland. Hospital yang saya tak pernah terfikir akan datang. Hati sudah mula menerima tempat kerja sekarang. Tempat kerja lama memang tak akan pernah dilupakan. Pada mulanya saya akui saya sangat susah untuk menerima kenyataan yang saya dipindahkan ke sini, tapi Allah sudah aturkan inilah perancangan terbaik untuk saya dan sekeluarga. Alhamdulillah sungguh banyak hikmah yang Allah bagi. 

Nota: 
  • dah lama tak menulis rasa kekok pulak. insyaAllah akan menulis dengan lebih kerap. 
  • catatan untuk anak-anak Jannah dan Tasnim
  • banyak perkara nak buat dan rancang

Friday, February 6, 2015

update 2015

Assalamualaikum wbt.
Apa khabar Jannah ? Ummi harap sihat & ceria selalu. Entri kalini untuk bacaan Jannah & (mungkin adik Jannah) kalau ada rezeki :)

Sekarang dah masuk tahun ke 3 kami bertiga. Ummi  Abi & Jannah. Kita dah pindah rumah dari rumah di KB ke rumah nenek dan atuk. Kebetulan ummi pindah hospital. Kebetulan jugak bibik dah tak ada (lari bulan 10 tahun lepas). Semua ada hikmah. Tak pernah terfikir untuk pindah tempat kerja dan tinggal dengan atuk & nenek Jannah. 

Jannah sekarang kalau ikut tahun dah masuk 3 tahun tapi sebab lahir bulan 12 tahun 2012. Baru 2 tahun 2 bulan. Cepat besar anak ummi. Anak yang senang di jaga. Alhamdulillah jarang sakit dan sihat setakat ini (mungkin sebab Allah swt tahu ummi&abi sibuk). Jannah memang baik dengan Abi, jadi kalau ummi oncall memang suka sangat main dengan abi. Abi memang layan saja Jannah.


Ummi. 
oncall room 


testing

salam,
testing testing.insyaAllah will write again soon.

Natasha. 2015

Monday, July 14, 2014

study

salam,
dah lama tak menulis di blog. haha. rasa pelik pon ada sebab selalunya menulis dlm bht atau pun kalau rajin buat nota (sangat jarang sebab selalu berebut dgn Jannah).

tgh study sebab esok ada exam. haha. sudah mengantuk jadi jenguk ke blog yang sangat lama ditinggalkan. saya masih suka menulis cuma masa sangat diperlukan untuk bersama keluarga dan hal yang lebih penting.

insyaAllah selepas ini akan/mungkin lebih ada masa. insyaAllah. akan menulis lebih kerap supaya nanti anak-anak boleh baca bila dah besar catatan ummi dia sewaktu sekarang. 

alhamdulillah dapat cuti 9 hari dalam bulan puasa ini. 

oklah doakan saya berjaya esok dan seterusnya. amin!

Monday, February 17, 2014

updating life

Lilypie Second Birthday tickers
  • The last time I wrote was, Nur Jannah still 3 month old. Now Nur Jannah already 1 year old ++
  • Life is busy. Full with ups and downs. 
  • Work: I am still a houseman. Finishing soon. InsyaAllah. 
  • Can't wait for another month to go because I'll work at 8am :) 1 hour difference mean a lot to me, my husband and Jannah.