Thursday, February 26, 2009

From Now On

Assalamualaikum wbt

Apa khabar kawan-kawan?
Sudah lama saya tidak mencoret sesuatu di blog saya,blog asal saya iaitu di multiply..
Apa kena mengena tajuk di atas dengan entry pertama saya disini.From now on,saya akan menulis di blog ini,bukan nak menghapuskan blog multiply saya.Saya sayangkan blog yang penuh warna pink tersebut.Tetapi biarlah kenapa dan mengapa saya simpan sendiri.Hehe.Blog tersebut akan saya guna untuk mengumpul entry-entry dari blog lain yang saya suka.Pertama kali buka blog multiply pun punya kenangan tersendiri,tak pernah terfikir saya akan mempunyai blog.Saya tak akan meninggalkan kawan-kawan di circle multiply,korang semua best.

Buat yang link kan blog multiply saya di blog mereka,mungkin sedikit kecewa dengan saya.Saya tahu saya dah lama tak update dan mungkin artikel yang ada banyak yang diambil dari web lain.Maafkan saya.Saya rasa bersalah dengan anda semua.Penat-penat anda tekan blog saya yang keluar artikel yang mungkin sudah anda baca atau hasil tangan insan lain.From now on,saya akan menulis sendiri di blog saya ini.Mungkin kalau berkaitan hukum-hukum dalam agama Islam yang memerlukan saya sertakan pendapat yang lebih arif akan saya sertakan.

Maafkan saya teman-teman.Saya tahu saya tidak dapat memuaskan hati semua,tetapi saya akan cuba dengan terbaik menjadi kawan yang terbaik buat anda(syahdu plak..hehe).

From now on,saya akan berkongsi tentang kehidupan di Bandung,sedikit ilmu yang saya ada dan mungkin kisah suka,duka,gembira,pahit sebagai pengembara di bumi seberang ini..


p/s:1.Terima kasih buat anda tuan empunya diri yang bertanya tentang layout rama-rama ini suatu ketika dahulu,cantik tetapi sesuai untuk perempuan,tetapi waktu itu saya diamkan saja,tak mahu anda terasa=).Maafkan saya sekiranya anda masih marah.Anda banyak 'kejutkan' saya.Terima kasih.

2.Terima kasih buat anda yang membantu mencantikkan blog ini.ramai yang kata 'nice blog'.Terima kasih.Saya akan cuba melakukan yang terbaik.

3.Anda tahu siapa anda-anda di atas.Terima kasih semua!

Saturday, February 14, 2009

Muhasabah Cinta


Muhasabah Cinta - Edcoustic


Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Wednesday, February 11, 2009

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W
www.iluvislam.com
dihantar oleh: nias
editor: masyitah az-zahra





"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Wednesday, January 28, 2009

Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah

http://drmaza.com

Disiarkan pada Jan 25, 2009 dalam kategori Akidah |

Selama hampir dua minggu saya mengembara dari London ke Osnabruck, kemudian ke Berlin dan seterus ke Republik Czeck. Di setiap tempat saya disambut dengan mesra dan meriah sekali oleh para pelajar Malaysia.

Walaupun kebanyakan mereka belum pernah bertemu saya, tetapi banyak pandangan saya; samada dalam bentuk ucapan atau tulisan, kebanyakan mereka telah pun menelaahnya. Alhamdulillah.

Itulah kebaikan dunia internet jika kita manfaatkan. Walaupun sebahagian mereka berada di luar negara sejak saya belum menjadi mufti, dan setelah saya berhenti pun mereke belum balik lagi, namun mereka tahu perkembangan Malaysia.

Dalam tempoh dua tahun saya menjadi mufti nampaknya pandangan-pandangan yang dilontarkan –alhamdulillah- telah diekspot dengan mewahnya ke sana. Setiap tempat yang saya sampai, saya memberikan ucapan dan membuat sessi soal jawab.

Dunia hari ini begitu pantas maklumatnya, di mana sahaja saya berhenti, akan ada rakyat Malaysia yang tahu dan menunggu saya di berbagai stesyen. Mereka menjemput saya ke berbagai program yang dianjurkan dan boleh dikatakan setiap warga Malaysia di kawasan berkenaan akan hadir. Alhamdulillah.

Memberikan ucapan kepada para pelajar yang terpilih dan bijak amatlah selesa dan senang. Mereka memiliki kecerdasan minda dan ketajaman untuk berhujah. Apabila mereka merasai pandangan yang kita lontarkan itu berteraskan alasan yang meyakinkan, dengan mudah mereka bersetuju. Atau jika mereka tidak bersetuju, mereka akan bersoal jawab dan mendatangkan alasan-alasan mereka.

Saya sering mengingatkan pembaca, demikian saya ingatkan mereka bahawa Islam sama sekali tidak dapat menerima pegangan agama yang dibuat atas ikut-ikutan tanpa memahami dalil atau alasan. Tiada takliq buta dalam Islam ini. Tiada dalam Islam senjata beracun yang pernah digunakan oleh sesetengah golongan yang memakai lebel agama iaitu ‘barang siapa yang banyak bertanya, maka lemahlah imannya’.

Jika manusia bijak seperti mereka yang mempelajari bidang-bidang yang sukar seperti perubatan tidak dibekalkan dengan kekuatan kefahaman yang berteraskan fakta dan dalil, siapa lagi yang hendak kita harapkan menjadi benteng Islam di zaman kini.

Dr Zakir Naik umpamanya, dia seorang saintis yang menyumbang kepada penyebaran Islam dengan hujah-hujah saintifik dan pemikiran yang tajam. Kebijaksanaannya telah digunakan untuk menyampaikan Islam. ‘Peace TV’ telah dijadikan saluran media membolehkan manusia memahami Islam yang canggih dan mengatasi zaman.

Lihatlah, ketika sesetengah mereka yang bergelar ‘ustaz’ menggambarkan Islam sebagai agama yang dipenuhi dengan unsur Israiliyyat, hadis palsu, jampi itu dan ini, cerita-cerita lucu kewalian, upah pahala sebagai bisnes dan berbagai pencemaran yang lain, golongan professional muslim yang mendapat disiplin ilmu perubatan, kejuteraan, pembinaan dan berbagai lagi tampil menjelaskan Islam yang sebenar. Islam yang mereka fahami dari sumber yang betul tanpa sebarang kepentingan kebendaan.

Ini mengingat kepada Nabi Sulaiman a.s apabila beliau mendengar ucapan semut betina. Firman Allah: (maksudnya)

“Hingga apabila mereka sampai ke “Waadin-Naml” (lembah semut), berkatalah seekor semut betina: “Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak kamu, sedangkan mereka tidak menyedari. Maka tersenyumlah Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berkata (berdoa):” Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amalan soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”. (Surah al-Naml: 18-19)

Demikian, pengetahuan tentang alam membawa insan mendekatkan diri kepada Allah dan bersyukur kepadaNya.

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Saya pernah melihat kumpulan yang berjubah dan berserban sakan, namun pergi memohon hajat di kubur Pulau Besar Melaka. Pengaruh tarekat yang berlebihan, atau kesufian yang melampau sering menjadikan sesetengah pihak gagal untuk membezakan antara batasan iman dan syirik.

Guru, atau bomoh sering diangkat melebihi kadar yang patut. Walaupun dalam masa yang sama, kita lihat mereka ini begitu menjaga sesetengah amalan fekah, sehingga kelihatan sempit dan beku. Maka tidak pelik di negara kita jika ada imam masjid yang masih kuat pegang dengan bomoh, atau terikut dengan tarikat yang bukan-bukan.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

Para pelajar di sini mempunyai masalah kerana anjing begitu banyak. Ramai yang membawa anjingnya ke sana sini. Jalan menjadi kotor dengan najis anjing yang berselerakan. Berselisih dan bersentuh dengan anjing bukan perkara luar biasa. Demikian juga dengan daging babi yang amat digemari oleh ‘orang puteh’. Kefahaman fekah tempatan kita menjadikan sesetengah pelajar kita begitu gusar dalam masalah ini.

Saya telah memberikan beberapa jawaban untuk mereka menceritakan kepelbagaian pandangan sarjana Islam berhubung dengan nilai najis kedua haiwan berkenaan dan bagaimana kita dapat mengambil manfaat dari keluasan fekah Islam dalam hal-hal tersebut. Apa yang penting mereka perlu tegas dalam akidah dan ambil kemudahan fekah yang diberikan syarak.

Tuesday, January 27, 2009

Kanak-kanak Gaza trauma


SEKUMPULAN pelajar Palestin di Genting Gaza terpaksa belajar di bawah khemah tanpa kerusi dan meja di tapak sebuah sekolah agama yang musnah dalam serangan tentera Israel. Sebuah masjid berhampiran turut rosak. – AFP


  • Pakar psikologi dan pegawai bantuan asing mendapati tahap trauma di kalangan kanak-kanak terlalu tinggi selepas serangan kejam rejim Zionis ke atas Gaza.
  • Kira-kira 950 keluarga di Gaza yang ditinjau pendapat mereka memberitahu anak-anak mereka takut tidur berasingan, sering terjaga atau meracau waktu malam.
  • Pakar psikologi juga amat bimbang kanak-kanak yang mewakili 56 peratus daripada 1.4 juta penduduk Gaza akan membesar dengan sentimen kebencian dan dendam terhadap Israel.
  • Seorang pegawai tinggi bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Ging di Gaza berkata, ‘‘Kita sudah hilang satu generasi masa depan.”
Sumber post:Utusan malaysia Online 27 Januari 2009/30 Muharam 1430