Tuesday, August 30, 2011

Tak Jadi Raya Harini

Assalamualaikum wbt, 


Semalam dah semangat harini nak raya, siap keluar nak beli barang untuk masak-masak, tetiba terpandang TV di Pasaraya semalam. Majlis Ulama Indonesia (MUI) masih berbincang tentang tarikh penetapan raya. Akhirnya diputuskan Hari Raya Eidul Fitri di sini adalah pada hari rabu. 


Semalam, 

"kak kita nak raya bila jadinya?" Hani :)

"kita ikut pemerintah(kerajaan) di sini". 

Tepon Abah cerita. Abah kata ikut sana. Abah kata boleh buat Qiam malam ni. Ada kesempatan Ramadhan lagi. Alhamdulillah:) Tak semua dapat berada dalam bulan Ramadhan Kareem. Peluang! 

Nabila tepon juga nak ucap selamat hari raya. Raya bertiga nampak tahun ni ? ;) ehehehe. Nabila raya di Terengganu. 

Pagi ni,

Farahain tepon, 

"tasha kau puasa lagi ke? sebab kat sini(garut) dah ada orang takbir raya"

"esok kite raye" :)

Along tepon,

"Selamat Hari Raya!" 

"Angah belum rayalah kat sini" :)

"laaa yeke, along kat penang ni" 

Ma tepon, 

"kita dah raya kat sini" dengan nada yang seronok dan gembira :)

"Angah tak masak ke?" dah kali ke berapa ma tanya.

"ok angah masak petang ni" :)

Kat rumah di kampung, 

Ada Hafizi dan Najeeha sahaja dengan Ma dan Abah. 4 orang. Along balik Penang ikut suami dan Nabila juga balik Terengganu ikut suami. Saya pula di Bandung. 

Seronok tengok gambar keluarga hari raya kawan-kawan dan keluarga. Gembira semuanya. Saya pun gembira di sini -__-

Raya tahun lepas,

Raya tahun 2009 sebenarnya ni :) Semua ada. 

Raya 2010, saya takde. Fizi ada je cuma takde dlm gamba.

No comments: