Friday, September 10, 2010

Raya Sakan Di Kampung

Semua beratur Sesi Bermaafan dan Sesi Dapat Duit Raya:)
Iman pun sibuk jugak tu nak 'amin' ngan atok
Anak2 perempuan Haji Hadi:) Gambar diambil depan cermin=) Sorry Nabila nampak separuh jah.
Tetamu mula datang. Kanak2 yang meriah!
Sepupu dan sedara-mara
Sebahagian sepupu dan anak2 kepada sepupu, saya pun tak ingat dah nama anak sepupu yang baju hijau ni.hehe
Tajuk kat atas tu macam saya saja yang raya sakan di kampung. Gambar2 kat atas adalah masa raya tahun lepas. Ramai kan sepupu saya? Ma saya anak bongsu jadi ramailah sepupu2 yang dah besar dan kebanyakan sepupu dah berkeluarga jadi bertambah ramailah lagi ahli keluarga. Meriah kan! Raya sakan abeslah kalo di kampung halaman. Raya di Kelantan sangatlah best. Tak kiralah raya aidilfitri atau raya haji semua meriah.

Mana update pasal raya di sini? Oh ya. Gambar belum ada. Guna kamera orang lain tadi. Nanti saya tulis entri mengenai sambutan di sini pula ya. 

Tema tahun lepas hijau. Adik kata tahun ni tema purple. Jadi saya pun ikut tema juga, tapi dari jauh sajalah.

Bandung. 1 Syawal 1431H

Thursday, September 9, 2010

Eid Al-Fitr 1431H

Today is the Eid Al-Fitr eve. I would like to wish  HAPPY EID MUBARAK to all muslimin and muslimat all over the world. Eid Al-Fitr marks the end of one month of fasting, the month of Ramadhan. It is also called as 'Hari Kemenangan' in Islam. It is the greatest and major religious observances each year that Muslim all over the world celebrate.

I would like to share some words from my friend's status in FB that I found really good to ponder. I have no idea to write more. Insha Allah next time I will write more.

Life is like a coin.Pleasure & Pain are the 2 sides.Only 1 side is visible at a time. But remember other side is also waiting 4 it's turn..
  
My Lord, in our final 24 hours countdown of this Blessed Month of Mercy, Pardon and Abundance, please give us the drive to earn Your multiple rewards, give us steadfastness in pleasing You with good deeds, give us patience to train our souls the final lessons of life and give us strength in preparation of the release of our enemy, ameen...

Actually I took the words above from Sis Zabrina. Do you know her? She is the author of the books that I love to read a lot. I love her writings because it touches my heart easily:) 


Day 30th of Ramadhan 1431 H

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran 1431H





Salam lebaran dari Bandung. Mohon maaf zahir dan batin.

Malam ni malam terakhir dapat solat tarawih bagi bulan ramadhan 1431 H.

Belum tahu lagi sempat atau tidak sampai kepada ramadhan tahun depan.

Semoga ramadhan kali ini penuh makna dan syawal yang datang penuh kegembiraan.

Selamat tinggal ramadhan dan Selamat datang bulan syawal:)

Sudah Mula Bercuti

Assalamualaikum wbt dan Salam akhir Ramadhan

Alhamdulillah harini sudah mula bercuti. Sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan cuti hanya akan bermula pada 9 hb iaitu esok maksudnya esok masih kena ke rumah sakit. Alhamdulillah harini hari terakhir ke rumah sakit sebelum lebaran, itupun sebentar sahaja. Faham betul Dr Hadi, doktor spesialist pembimbing group saya yang tidak mahu mengadakan diskusi kasus pada hari ini. Katanya " Semua udah pada mood lebaran, bersenang2 aja ya" Saya dengan senang hati sebab mengantuk oncall semalam pun pulang ke rumah:)

Semalam saya oncall di wad bersalin. Alhamdulillah tidak ramai ibu-ibu yang bersalin. Proses bersalin seorang ibu semalam sungguh cepat dan mudah. Berlaku sungguh pantas dan luka pada jalan lahirnya tidak perlu disulam. Ajaib kan?

 Ainur Syahidza - semua patient yg delivery mlm tadi senang je baby nk keluar..sampai ada yg tak sempat nk tolong, dah terkeluar sendiri..apakah itu petanda yg malam tadi = malam yg lebih baik dari 1000 bulan?

Di atas adalah petikan status di FB dari seorang kakak senior yang sedang bertugas di Rumah Sakit Cianjur. Magang (praktikal) di sana.

Harini hanya ada morning report untuk kes-kes semalam. Disambung dengan kuliah dari Prof Herman tentang Cancer dan pertemuan dengan Dr Hadi (sama macam nama ayah saya kan?) untuk mengucapkan selamat hari raya dam mohon maaf lahir batin.

Itu sahaja buat hari ini.

Ramadhan hari ke 29.

 **Nota saya:
  1. Menu berbuka : Nasi padang dengan lauk kegemaran yang dibeli di kedai kegemaran:)
  2. Malam ni tak perlu belajar, kita speed tilawah dan kencangkan doa banyak-banyak dalam solat yang bersungguh-sungguh sepenuh hati.
  3. Bibikku sudah mula bercuti dari sabtu lepas lagi, jadi nampak gaya semua kerja-kerja sila dilakukan sendiri ye. Kemas semua!

Tuesday, September 7, 2010

Pengakhiran Ramadhan : Hari 28


Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan.

Sudah menghampiri kepada pengakhiran ramadhan kita. Bagaimana amalan kita sepanjang bulan ramadhan? Sama sahaja sebelum ramadhan dan dalam bulan ramadhan? Adakah kedatangan ramadhan tak memberi apa-apa kesan ataupun perbezaan kepada diri kita? Masih sama sahaja aktiviti yang kita lakukan? Selepas kelas berbuka puasa, menonton wayang dan jalan-jalan di mall?

Tak apa jawab dalam hati saja soalan-soalan di atas. Mari sama-sama kita muhasabah.

Time to recharge

Begitulah tertulis dalam gambar di atas. Sudah "recharge" kah kita? Sudah penuh bateri seperti di atas?

Sungguh banyak yang perlu kita lihat balik. Evaluasi dan mari kita gunakan sisa-sisa masa yang masih ada. Kita teruskan pecutan kita ke garisan penamat.




Mari teruskan sisa-sisa yang ada ini dengan banyak dan bersungguh berdoa, solat malam,  tilawah.

Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa, fa'fu'anni
Ya Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia,suka memberi pengampunan,maka ampunilah diriku ini