Monday, September 6, 2010

Ramadhan Hari ke - 27

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan kepada semua

Semoga sentiasa berada di bawah rahmat-Nya kepada semua. Alhamdulillah sampai kita kepada hari ke -27 ramadhan. Masih diberi peluang dan kesempatan oleh-Nya untuk terus berada dalam bulan yang mulia ini. Alhamdulillah. Tenang rasanya pagi ni hati. Kenapa ya? Saya selalu berdoa supaya diberikan ketenangan hati dari-Nya. Ketenangan itu milik-Nya. Hanya dia pemilik hati ini yang mempunyai kuasa memberi ketenangan kepada kita sebagai hamba-Nya.

Harini saya masih belum bercuti. Masih harus ke rumah sakit (hospital) seperti biasa. Berat juga apabila mendengar teman-teman lain sudah mula bercuti dan berada di kampung halaman tercinta. Ini tanggungjawab yang masih belum selesai. InsyaAllah mari luruskan niat dan jangan bazirkan sisa-sisa masa di sini, bumi walisongo yang jauh di seberang.

Sedikit sahaja lagi waktu yang ada dalam bulan yang mulia ini. Tinggal beberapa hari saja lagi. Sedih juga kan ramadhan bakal meninggalkan kita.

Bagaimana tarbiah kita di madrasah ramadhan?

**Nota Iman Aisyah:
  1. Sekadar coretan di pagi hari sebagai peringatan diri. Sekarang sudah nak dekat jam 5.30am di sini. Harus bersiap untuk ward round sebentar lagi.
  2. InsyaAllah bekerja kerana Allah SWT kerana ingin mendapatkan ilmu dan menolong orang.
  3. Dr Iman Aisyah mahu berpagi-pagi=)

Saturday, September 4, 2010

Andai Takdir Tak Sesuai Harapan



Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir...

Friday, September 3, 2010

Penat

Dosa terkumpul di hati ibarat kotoran degil & karat di belakang kuali, perlu DISENTAL KUAT yg menagih tenaga & sabun yang terbaik. Jika ingin hatimu bersih, SENTALANNYA adalah IBADAHMU, lebih kuat rasa letih & sukarnya, lebih BERSIH hasilnya, khususnya berkat ‘sabun’ terbaik, 10 terakhir Ramadan. Moga berjaya mengilatkannya sebelum kehabisan sabun..

Ustaz Zaharuddin.http://www.zaharuddin.net/


**Iman Aisyah
Penat rasa nak cuti dah dan duduk rumah saja, tapi jangan pernah putus asa.
Teruskan ibadah dan amalanmu. Semoga diberi kekuatan!

Selamat Hari Jumaat!=)

Wednesday, September 1, 2010

Purple Coach

Cantik tak?

Tak pasal2 tak boleh tidur punya pasal saya update blog pasal handbag. hehe. Nak update pasal cerita pun tak berapa nak ada idea malam2.

Purple dan Coach. Sangatlah saya suka. Ya betul ini bukanlah original. Kalau original tak mampu saya nak beli. Ini adalah imitation AAA. Kira kualitinya baguslah. Beg di atas belum lagi berada di tangan saya, saya beli dari nurul. Sila lawat blog sahabat baik saya ni ye--->http://syitomeiayye.blogspot.com/ dan belilah baju baby ataupun apa2 yang berkenan di hati anda.

Nurul kata dalam gambar tak ok sangat beg ni, tapi bila nurul dah ambil dan berada di depan mata. Nurul kata beg ni paling cantik dari segi material dan designnya=)

Yeay! Tak sabar nak dapat beg ni nanti bulan 10. Hawa datang sini bulan 10 dan bolehlah bawak beg kat atas.

**Saya suka purple.

**Hasil dari tak boleh tidur, terhasillah entri handbag pertama=) Saya sudah cuba untuk tidur tapi tak pasal2 banyak pulak dah idea2 dan strategi bisnes yang muncul kat kepala. Ligat pulak kepala ni berfikir. Iskhh..Oklah saya nak tidur dulu. Selamat Malam! 1 September 2010 dah..

Tuesday, August 31, 2010

CAHAYA HATI



Lirik Lagu Opick – Cahaya Hati

Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu

Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala


Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu


Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

**Nota saya:

1) Oh bulan. jangan layan diriku lagi. pabila, air mata membasahi pipi dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku. pabila kau bersama yang lain. -Yuna- suka pulak dengan lagu ni. (^_^)

2) Cinta Sempurna oleh Yuna juga best! Dah pernah post dulu dalam blog ni. Sila tekan label 'lagu' nanti akan ada youtube Cinta Sempurna=)