Friday, June 3, 2011

1hb

Assalamualaikum wbt.

Selamat Hari Jumaat!

Semoga Jumaat hari ini lebih wardah. 

Hari ni 1 hb dah. 1 Rejab 1432 H. Semalam tengok poster dari As Syifaa',


Tak sangka tinggal 60 hari lagi menuju Ramadhan. Sekarang Rejab, lepas ni Syaaban dan Ramadhan. Masa terbang sangat cepat. 

Semalam ada baca blog tentang ROAD TO RAMADHAN 1432 H. Ada beberapa point yang bagus boleh dikongsi. Antaranya mula dari sekarang kena mula dah buat:
  1. Lazimi solat Jemaah setiap waktu di masjid dan beri’tikaf di masjid.
  2. Baca al-Quran sejuzuk sehari.
  3. Puasa sunnat isnin khamis.
  4. Perbanyakkan ibadah sunat seperti qiammualail, sedekah, berzikir dan sebagainya.
  5. Tinggalkan perbualan atau percakapan yang kosong.
  6. Bangun awal setengah jam sebelum subuh.
Jom kita cuba try buat sedikit-sedikit 6 point kat atas. Semoga nanti bila tiba Ramadhan kita dah terbiasa dan semoga bila selesai Ramadhan pun still boleh istiqamah lagi :) InsyaAllah. 

Semoga Allah SWT tetapkan hati kita, kuatkan hati kita dan bersihkan hati kita semua. Amin. 

Berusaha menjadi lebih baik setiap hari.

 

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan"

No comments: