Assalamualaikum wbt
Selalu tulis tentang: Hari Ahad Di Bandung.
Harini tulis tentang hari ahad ataupun hari minggu di tasikmalaya, sebagai seorang dokter muda. Betul kalau dah lepas koas(klinikal dekat RSHS) memang kena panggil dokter muda. Saya rasa betul pun muda sebab yang lain semua agak berumur. Kalau di RSHS tak rasa sangat sebab ramai yang jadi residen pun muda lagi. Residen adalah dokter yang dah ambil specialist. Ramai di RSHS, kalau masa magang ada dokter umum(general practitioner) dan juga dokter specialist. Itupun tak ramai, pokoknya bolehlah kenal semua diorang.
Berbalik kepada hari ahad kat sini, tak adalah menarik sangat pun tapi bahagialah jugak sebab hari ini tak perlu pergi hospital. Bermalasan di kosan(bilik), dan buat hobi(?sejak bila ada hobi ni?) hehe. Sekarang ada hobi baru dengan orang baru. Bahagia hidup rasa. Jangan mengada-ngadalah Tasha!
Pagi ni aktiviti basuh baju termasuk white coat, plan nak basuh semalam tapi sebab hari sebelumnya tak tidur sebab on call, batalkan hasrat. Dah lama tak basuh baju sendiri, kalau kat bandung ada orang basuhkan. Macam tinggal kat asrama di zaman sekolah basuh baju sendiri. Exercise pagi-pagi :)
Kemas bilik yang tak berapa besar ni pun, lepas tu berangan kalau dapat masak kan best? Berangan sajalah. Berangan pergi pantai hari ahad tengok sunshine :)
Lepas makan pagi secara sedikit sebab tak rajin nak pergi keluar beli makanan, jadi makan roti yang beli minggu lepas masa balik Malaysia. Oh iye, minggu lepas hari ahad kat mesia sangatlah best. Makan best! Jumpa iman danish yang best.
Aktiviti seterusnya buka YM, chatting dengan kawan. Kawan baik. Thanks kawan, you really made my day :) Love you! Bila kawan kata ada kawan kepada kawan nk pakai laptop kena stop chatting. Saya sambung aktiviti membaca, bukan baca buku tapi baca blog termasuk membaca entri blog yang lama. Lepas tu mulalah senyum sendiri dengan apa yang ditulis di waktu itu.
Sebenarnya setiap entri yang saya tulis jarang sangat sentuh tentang hal peribadi tapi suka pakai metaphor yang tak semua faham. Lagi pula blog ni public ramai yang baca, nanti kena tegur ngn mak baru tau! Tak boleh syok sendiri tulis saja ikut suka. Contohnya bila publish entri di bawah ni pun, Untuk Bakal Suamiku, padahal saya copy paste dari iluvislam.com. Mulalah dapat mesej di inbox fb, adik-adik pun buzz di YM tanya, "kak cite kak!" dan yang faham akan fahamlah apa yang saya nak cuba sampaikan.
InsyaAllah ada jodoh bakal suamiku akan muncul :) Chewaahhh! Hehe. Doakan yang terbaik buat saya dan semua.
Berbalik kepada hari ahad di sini. Ada 5 hari lagi sebelum berpindah. Yeay! Lepas zohor kena keluar mencari makan, dan lepas makan saya rancang nak siapkan status(medical record). Bila dah siap tulis petang nanti nk ke wad baca-baca medical record. Baik jangan buang masa lapang yang banyak ni!
Hari Ahad terakhir di sini. Minggu depan akan berada di Banjar pula dengan ibu mengandung.
Jumpa lagi :) Semoga semua sihat dan ceria. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
**Nota:
- Plan nak tukar gambar langit ni kepada gambar bungalah. Ok x? tapi dengan line tenet yang slow tidak akan membantu menghias blog ini. Kena tunggu nanti sajalah, sebab satu tukar semua kena ubah!
- Plan nk buat blog satu lagi jugak. Tapi tengah fikir lagi tajuk sesuai sebab dlm blog baru nak start tulis cerita. Buku baru yang nak tulis cerita baru. Dah lama tak tulis cerita, penah cuba nak tulis tapi ambil keputusan stop. InsyaAllah kali ini akan tulis sampai selesai. Akan tulis sama-sama :)
No comments:
Post a Comment