Tuesday, August 2, 2011

Entri Pertama



Assalamulaikum wbt.

Salam Ramadhan kepada semua! 

Ramadhan Kareem baru masuk hari ke -2. Sepatutnya plan nak  tulis entri ni semalam dan dah banyak kali tangguh. Bulan lepas ada 4 entri saja. Entri kurang dari 5. Terima kasih orang yang hack blog saya. Kalau siapa tahu kenapa saya tak ada mood pun nak menulis selepas peristiwa  ada orang menulis di blog saya, gembira orang tersebut. Saya sudah maafkan dia, tapi kalau buat sekali lagi saya saman baru tau! Tutup kes cerita tersebut

Sekarang saya seronok dan bersemangat semula nak menulis di sini. Alhamdulillah :)

Sebab tu tajuk kat atas, Entri Pertama. Bolehlah entri pertama bulan puasa dan juga entri pertama update kehidupan. Tahun ni dah masuk tahun ke -5 puasa di sini. Ada sekali pernah puasa penuh sebulan dan raya sampai setengah bulan di kampung tercinta. Masa tu selepas pre-klinikal iaitu sebelum masuk klinikal, ada cuti 3 bulan. Sekarang memang dah tak adalah cuti 3 bulan, nak cuti seminggu pun susah inikan pula 3 bulan. Sebab tu kalau cuti sehari memang seronok sangat. *berdoa semoga raya dapat balik -__-" hati kata nak balik sangat! 

Magang

Dah lama tak update tentang magang. Sejak peristiwa ada orang rajin menulis di blog saya. Tak ada angin tak ada ribut tetiba ada orang tumpang menulis. Berbalik kepada magang, sekarang dah masuk minggu ke-4, iaitu minggu terakhir untuk bulan ke-3 magang. Cepat kan? Minggu depan nak masuk bulan ke-4 dah. Pagi tadi kawan se-group magang tetiba cakap, "3 bulan dari 6 tahun je lagi kite dah nak abeh". Saya pun memang suka kira-kira hari ni. Kira hari nak balik mesia untuk kebaikan (for good). Kira bila nak kawen pun suka jugak. Heeee :) Jangan mula berangan Natasha! 

Bulan Ramadhan

Ramadhan kali ke-5 di luar negara sudah berkurang rasa sedih teringat makanan dan bazar ramadhan. Sangat dirindui jugak adalah bila muka mengantuk bangun makan sahur ma abah kejut -__- Iskhhh dah besar dah janganlah manja lagi. Huu. Sedih dan sebak. 

Ramadhan kalini seronok sebab berbeza dengan tahun sebelumnya. Tahun lepas kurang sedih sebab ada adik lelaki kat sini, adik kandung yang belajar di Bandung juga. Tahun ni lagi kurang sedih sebab bila nak sedih tak jadi sedih sebab ada kawan baik yang best dan baik hati yang belajar di Bandung jugak (jangan perasan. lysm!) Terima kasih untuk kawan sebab sabar dan tenang sahaja dengan apa yang kita lalui di sini dalam beberapa bulan ini. 

Memang lain rasa bila dah masuk bulan ramadhan ni. Rasa seronok dan hati pun tenang. Semua kuasa Allah SWT. Bulan yang penuh maghfirah(pengampunan) dan berkah. Semua amalan dapat pahala berganda-ganda. Best kan? Cuba bayangkan hari biasa dapat 1 je pahala tapi kalau bulan ramadhan ni dapat 2 pahala (contoh). Belum lagi buat perkara sunat tapi buat yang wajib pun Allah SWT bagi pahala berganda. Solat sunat terawikh yang hanya ada sekali dalam setahun memang rasa ruginya kalau tak pergi. Harap terus bersemangat untuk buat semua ibadah sunat dan wajib. InsyaAllah. 

Al-Quran

"buku pink" saya yang dah lama tak bawa ke sana ke mari. Kali ni nak bawa ke mana-mana, kalau ada masa memang nak cuba baca. Target nak khatam satu "buku pink". Cuba dulu baca sebanyak yang mampu. InsyaAllah. 

Kurangkan rasa malas, suka bertangguh dan buang masa. Bulan Ramadhan tak selalu datang. Hidayah Allah SWT bukan untuk semua. Jangan bertangguh dan berlengah juga nak bertaubat (ingatan untuk diri yang semakin lupa) Hati rasa memang kena sental pakai clorox lepas tu letak softener biar tak keras.

Nota : Rasanya setakat ni dulu. Nak kena tidur juga ni. Pagi nanti kena present. Final presentation. Malam nanti piji balik sini. Yey!


2 comments:

PROFESSIONAL CHEFF said...

At last I found you. Minta jasa baik dan panduan for our homeschooling FCU MEDIC. Come and give your comment. any good website for learning medic at home ? your advice is highly appreciated.

ummujannah said...

Salam,
I have already visited FCU MEDIC. InsyaAllah will drop comment later. Is it for hafidz?