Thursday, August 12, 2010

Ramadhan di Perantauan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah hari ini sudah masuk 2 Ramadhan 1431. Bulan yang mulia dan di tunggu-tunggu oleh semua orang Islam di seluruh dunia yang mengetahui betapa banyak mutiara dan keberkahan di dalam bulan ini. Alhamdulillh sekali lagi sebab Allah swt masih memberi kesempatan kepada saya dan kita semua yang sedang membaca entri ini kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan. Alhamdulillah juga sebab Allah swt memberi kesihatan yang baik buat saya dan kita semua. Jadi amalan kita pada bulan yang penuh rahmat dan keampunan ini bagaimana? Ada perubahan dalam amalan-amalan sehari-hari yang kita lakukan? Target Ramadhan kita kali ini bagaimana? Sudah tercapaikah target Ramadhan yang lepas?

Sebenarnya soalan-soalan di atas adalah untuk diri saya sendiri juga. Mari kita sama-sama bermuhasabah untuk Ramadhan kali ini. Alhamdulillah saya sudah setkan target saya pada Ramadhan tahun ini. Ada target tahun lepas yang belum tercapai akan saya cuba capai pada tahun ini. InsyaAllah semoga kita terus bersemangat.

Kalau tahun lepas sebulan penuh dan raya saya ada di kampung halaman tercinta, Malaysia. Tahun ini pula saya berpuasa di Bandung. Pertama kali berpuasa sebagai seorang Clinical-Intern di Hospital. Penat ke? Ermm..biasa-biasa saja, tidaklah sepenat Housemen (HO) mungkin (suka hati saja saya ini). Padahal nanti saya pun akan pulang ke Malaysia juga. Bagi saya pengalaman ini sangatlah berharga dan sungguh indah. Kalau dibaca sejarah dahulu di zaman Nabi saw dan para sahabat, mereka pergi berperang dalam bulan Ramadhan. Dan saya di sini hanya ke hospital itupun dengan menaiki angkut. Jadi tak usah nak merasa penat dan merungut!

Malam sebelum 1 Ramadhan saya oncall di wad bersalin. Mencabar kan? Pada mulanya macam-macam ada dalam fikiran saya. Macam mana nak bersahur? macam mana nak itu dan ini dan macam-macam lagi yang tak patut difikirkan. Alhamdulillah akhirnya saya selamat berpuasa. Saya bersahur di rumah bersama adik lelaki saya. Oh ya, Hafizi belajar di Bandung juga. Saya kembali lagi ke hospital setelah bersahur lebih kurang jam 4 am. Subuh masuk lebih kurang jam 4.30 am di sini. Jam 5.30 am saya pulang ke rumah kembali dan bersiap-siap untuk ke hospital lagi untuk buat case presentation Morning Report pada jam 7 am.

Melangkah kaki ke luar rumah untuk ke hospital kembali hati rasa sungguh tenang dan gembira. Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin kerana bulan Ramadhan Al-Mubarak itu sendiri. ALHAMDULILLAH.

Saya teringat kembali suatu perkara pada bulan Ramadhan tahun lepas. Saya tak tahu apa motif dia menipu saya dengan terang-terang menipu atau mengatakan hal tidak benar. Dunia ini sungguh kecil, Allah swt tunjukkan saya kebenaran. Singkap sesuatu. Waktu saya tahu dia menipu saya sedih dan saya tahu tak elok pada bulan Ramadhan yang mulia saya sedihkan perkara yang tak jelas dan membuang masa. Pada tahun ini, kerana dunia ini kecil, bekas teman baik kepada pasangannya dipertemukan dengan saya. Bekas teman baik kepada pasangannya berasal dari negeri yang sama dengan saya. Dia menceritakan semuanya dan betapa saya ketika itu merasakan mereka pasangan yang sama-sama padan. Allah swt buat sesuatu itu ada hikmahnya. Syukur sangat-sangat sebab saya ditemukan dengan sebuah kebenaran. Itulah dia hampir menipu semuanya, saya ini percaya pula. Tapi Allah swt itu sentiasa ada. Dunia ini kecil sahaja. Dia juga pernah berkali-kali meminta maaf bersungguh-sungguh. Menghantar mesej dan emel yang tidak perlu. Jadi saya diamkan saja tanpa satu emel maaf dia saya balas. Sangat bersungguh dia meminta maaf dan tampak sekali dia rasa bersalah. Saya pula berdiam diri saja. Sekarang saya maafkan dia, kerana saya juga seorang manusia biasa. Sedangkan Allah swt juga Maha Pemaaf siapalah saya untuk tidak memaafkan sesama manusia. Perhitungan seterusnya adalah antara dia dan Allah swt. Jangan lagi buat begitu kerana hidup ini kita tak pernah selamat dengan menipu orang lain. Mungkin bukan hari ini tapi hari esok tak siapa tahu, kebenaran akan tersingkap juga.

Itu saja untuk kali ini.

Semoga kedatangan Ramadhan kali ini kita bersihkan sebersih-bersihnya hati kita. InsyaAllah.

Berdoa banyak-banyak dan mohonlah keampunan sebanyak-banyaknya.

Sangat gembira dan tenang dengan Ramadhan kali ini.

{Iman Aisyah is still in OBGYN department}

Sunday, August 8, 2010

RAMADHAN 1431 HIJRAH




HARI AHAD

Assalamualaikum wbt

Harini adalah hari ahad yang ditunggu2. Gembira sebab harini tiba jua. Apa yang spesial harini? Mungkin biasa2 saja bagi orang lain. Bagi saya harini saya sangat gembira sebab banyak yang saya dapat buat dan merancang untuk buat. Seminggu minggu lepas saya bertugas di Rumah Sakit Bersalin Astana Anyar, jauh sedikit dari Rumah Sakit Hassan Sadikin tempat biasa. Mungkin rasa jauh sebab ini kali pertama kena bertugas jauh sedikit ataupun dipanggil rumah sakit jejaring, padahal perjalanan ke sana kalau naik kereta lebih kurang 15 minit saja. iskh..iskh.. nanti kalau dah kerja betul2 kat Malaysia ada ke hospital sebelah rumah? Nampak sangat suka balik rumah=) Ada ke orang tak suka pulang ke rumah? Sorry banyak pula soalan saya.


Semalam saya oncall sebenarnya. Seronok sebab banyak yang dapat lihat dan buat. Saya dapat lihat Caesarian Section (C-section). Seram dan seram rasanya bila tengok doktor yang pegang pisau dan dengan selambanya potong kulit perut seorang ibu tersebut. Seperti biasa berakhir dengan kegembiraan apabila selamat keluar seorang bayi yang sihat. Alhamdulillah. Petang semalam juga saya lihat Dilation & Curettage (D&C) procedure. D&C adalah prosedur untuk mengeluarkan janin yang keguguran. Saya tengok sambil tutup mata sebab tak sanggup tengok muka seorang ibu tersebut yang menahan kesakitan masa doktor tengah scraping uterus ibu tersebut. Tak sanggup nak tengok lagi dan saya tak tengok sampai habis pun. Oh ya, saya juga dah sambut bayi dan placenta (uri), tapi saya belum menyulam ibu kerana saya tak sanggup tengok ibu tersebut sakit. Nurse menyulam ibu tersebut dan saya tenangkan ibu. Banyak pengalaman di Astana Anyar yang saya dapat. Nanti saya ceritakan lagi ya!

Kembali kepada harini. Saya gembira kalau saya dapat buat banyak perkara dan banyak yang saya siapkan. Contohnya, pagi2 saya selesai tugas di Astana Anyar iaitu jam 6 am terus saya naik angkut dan pulang. Berhenti di ATM CIMB-syariah nak keluarkan duit, tapi tak dapat. Teruskan perjalanan ke PVJ dan saya sorang2 jalan2 sebab PVJ belum bukak. Terus ke ATM dan keluarkan duit berjuta2 banyaknya. Harini nak bayar sewa rumah. Naik angkut singgah di Pasar Sederhana dan beli barang2 yang nak dimasak. Balik rumah kemas2 rumah (bilik saya=) dan dapur. Blender halia dan bawang putih, lepastu perap ayam. Sekarang tunggu adik saya datang sambil tulis entri ni (^_^)

Gembira bila dengar suara ma, abah yang gembira sambil bercerita mengenai konvokesyen adik saya Nabila. Tahniah Nabila. Maaf tak dapat nak join.

Ma saya kata,

"Lepas ni tunggu adik ja lah yang konvo"

Saya sudah aneh dan berkata dalam hati,

"Masih ada saya dan adik lelaki yang akan selesai belajar sebelum adik bongsu"

Seketika ma berkata,

"Nanti angah dapat datanglah konvo adik kat m'sia nanti, satu2nya anak ma yang akan konvo di m'sia"

kata ma saya merujuk kepada saya dan adik lelaki saya yang akan konvo di bumi seberang.

InsyaAllah, saya akan menghadiahkan kejayaan buat ma dan abah.

Betul ke adik nanti konvo kat m'sia^_^ Adik baru tingkatan 4. Semoga adik dapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Hanya Dia yang tahu hari depan dan perkara2 yang masih belum berlaku.

Setakat ini dulu. Nanti saya menulis lagi.

Selamat bercuti! Senyum sokmo^_^


Saturday, August 7, 2010

The Coffee and The Smile


Firman Allah yang bermaksud:

(ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan, dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).

Surah Muhammad Ayat 36.


Nota:

1) Hari terakhir di Astana Anyar=)

2) Jangan terlalu berharap kepada makhluk Allah, berharap hanya kepada Allah swt pemilik semua makhluk.
{Ayatul Husna, KCB}


3) Allah SWT tests us often, for every pain He gives us. So whenever we are down or feel that everything's going wrong, it's just Allah swt way to make our spirit's strong.

Sunday, August 1, 2010

LAKUKAN DENGAN HATI


Assalamualaikum wbt

Masa minggu lepas pertama kali saya di OBGYN, saya dan kawan2 yang lain ikut pembentangan kes oleh residen. Pembentangan tersebut adalah mengenai kes-kes yang dianggap lain dari yang kebiasaan dan jarang2 dapat ditemukan. 2 orang residen yang membentangkan kes pada hari tersebut dan mereka membentangkan menggunakan slide show.

Pada akhir pembentangan doktor spesialist, kalau di sini dipanggil konsulen akan memberikan komen ataupun akan memberikan pertanyaan. Saya tertarik dengan komen salah seorang dokter konsulen,

"Selepas ini kamu harus lakukan slide dengan hati ya"..merujuk kepada slide salah seorang residen yang baru selesai melakukan prensentation.

Pada saya slide residen tersebut mungkin tulisan kecil dan warna yang digunakan pun tak berapa nak nampak.

LAKUKAN DENGAN HATI

Ayat di atas sangat menarik hati saya. Pernah tak kita fikir balik apa yang kita lakukan selama ini? Pekerjaan kita seharian? Adakah sudah kita melakukan dengan hati atau sekadar melepas batuk di tangga atau kerana terpaksa dan sambil merungut2?

Nauzubillah min zalik. Semoga dalam kita melakukan pekerjaan sehari-hari kita dijauhkan dari sifat yang sekadar melepas batuk di tangga ataupun kerana terpaksa ataupun sambil merungut.

Tak kiralah walau apa pun yang kita lakukan. Menolong membasuh pinggan di dapur kepada menolong pesakit di hospital dan juga paling penting dalam melakukan IBADAH WAJIB sehari-hari.

Peringatan untuk diri saya juga.

Obgyn sangat memerlukan kesabaran. Menolong dua nyawa ibu dan anak. Semoga saya dapat membantu para ibu dalam melahirkan bakal pejuang Islam. InsyaAllah.

Jaga hati dan cubalah untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Terlebih atau terkurang kita anggap ianya ibadah.

Bersangka baik kepada semua orang. Walaupun orang-orang tersebut mempunyai niat jahat atau berbuat tidak baik kepada kita biarlah Allah swt ada untuk melindungi kita. Biarlah Allah swt sahaja yang membuat perhitungan dengan mereka. Tak rugi buat baik! Prinsip saya sekarang:)