Showing posts with label clinical. Show all posts
Showing posts with label clinical. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Hari Ahad Di Banjar

Assalamualaikum wbt

Hari ahad di Banjar. Nak cerita pun dah rasa bosan. Haha. Baru janji tak nak sebut perkataan bosan. Tak apalah mari kita teruskan menulis juga supaya dapat mengisi masa lapang yang sangat banyak. Sangat bahagia juga dengan masa yang banyak dan tak sibuk dan juga tak penat. Kalau di Bandung memang dah tak lekat kat rumah dah agaknya. Bila lagi nak tinggal di kampung kecil macam Banjar ni kan? Bandar Machang pun maju dari bandar Banjar :) Jangan merungut Natasha!

Harini bermula lambat, lepas makan tengah hari baru basuh baju(macam tak ada cerita, basuh kain baju pun nak cerita). Saya suka basuh baju, bukan guna washing machine tapi pakai tangan macam kat asrama dulu. Sejak magang je basuh baju sendiri dulu masa klinikal tak pernah(pecah rahsia). Dulu ada orang tolong basuhkan, lagipun dulu sibuk kena belajar banyak. Sekarang sangatlah tidak sibuk dan banyak masa lapang juga terluang. Sampaikan kalau nak basuh kain tiap-tiap hari pun tak kisah. Rasa nak tolong basuhkan baju semua orang pulak -__- Natasha mengarut dah.

Status

Lepas solat, basuh baju dan makan. Rasa nak tukar status di FB:) Nampak sangat tak ada kerja. Ma pasti gembira melihat perubahan anak dia yang jauh ni. Angah tak garanglah ma, sweet adalah. Ma suka risau saya garang dengan dia. (ni lagi mengarut ni). Ramai orang gembira jadi saya pun tumpang gembira sekali. Terima kasih cinta :)

Tak ada apa pun nak cerita sebenarnya. Malam ni saya sambung menulis lagi di sini. InsyaAllah.

Nak keluar jalan-jalan di Banjar sekejap. Rasa menarik tak? Buat-buat menarik kalau tak menarik.

Ni gambar waktu di Tasikmalaya,

1: Hari terakhir di Tasikmalaya
(Cyril, Puput, Ayu, Tasha, Adit)

2: Group magang saya. 

Gambar ni di Banjar, waktu di Poliklinik OBGYN,

3: Hari pertama di Banjar. Isnin lepas. Saya & Ayu

Banjar. OBGYN.


Thursday, May 19, 2011

Cerita Magang Anak

Assalamualaikum wbt

Testing menulis dari tasikmalaya. agak lambat macam siput internet dia. tapi oklah dari tak ada internet langsung mesti lagi bosan tinggal dalam kosan. Rindu housemates -__- rindu nak makan nasi goreng dengan Siti :)

Alhamdulillah ok kerja kat sini.

Ayat supervisor yang saya tak boleh lupa adalah, 

"kamu harus berfikir sebagai seorang dokter, nggak bisa berfikir kayak mahasiswa lagi"

ok, dalam hati duk fikir macamana sampailah pagi tadi jadual saya di wad. Oleh kerana wad tersebut kecil saya dah round 2 kali masa saya tunggu Dr. Asep, merangkap supervisor saya juga. Pesakit kanak-kanak yang ada 26 orang semuanya dan penyakit mereka sungguh sadis, 

Ada seorang ibu yang saya rasa menyesal tanya dia, soalan saya salah -__- 

Saya tanya, "ibu di rumah makan apa anaknya?" 

Tak patut tanya macam tu sebabnya macam tak sesuai. Saya rasa agak spontan saya tanya lepas lihat keadaan anak dia yang sangat kurus dengan ada luka-luka melecet sampai boleh gangrene kaki.

 Pengajaran: sila susun ayat yang baik lagi ye cik natasha. 

when you are in paediatrics, you are not only treating the children but you also dealing with the parents especially their mothers. 

Saya suka kanak-kanak, tapi sayu tengok budak-budak yang sakit ni. 

Lama tunggu nak round tadi, sampai sempat termengantuk semua ada, sembang dengan nurse sampai rasa tak tahu nak cakap apa dah. Akhirnya datang juga dokter,

Round macam biasa tapi tak macam masa buat wad round masa belajar. Dr Asep dah anggap macam dokter betul-betul dan tanya pendapat dekat saya,

"kamu rasa benar nggak dia BP(bronkopneumonia)? cuba dengar kembali", merujuk kepada suara pernafasan di belakang budak lelaki tersebut yang pakai alat bantu nafas.

"biar benar dokter nk suh saya dengar apakah suara pernafasan tersebut dan buat diagnosa baru" dalam hati ja saya kata tapi buat-buat cool lagi.

Saya dengar jugak guna stetoskop, Alhamdulillah dengar suara nafas ekspirasi meningkat. 

"jadi apa?", dokter tanya lagi.

hentam sajalah, " ermm, suara ekspirasi meningkat kemungkinan asma dok".


"ya asma", yes senyum lebar saya :)


Pertanyaan tidak berhenti setakat itu sahaja ada lagi, 

"cube kamu check VSD(ventricular septal defect) pada pasien?" 

Adoi, what is that? VSD saya tahu, tapi nak check macam mana? Nasib baik datang pencerahan, kena dengar murmur! Tapi hentam jugak sebab entah kat mana satu nak dengar saya tak tahu. Saya dengan cool lagi cuba memeriksa pasien dan akhirnya dokter ajar.

Pertanyaan lagi dari dokter adalah,

"Apa definisi anemia?"

"Apa obat NS(nephrotic syndrome)?"

Bab ubat ni masalah juga, saya ingat namanya tapi bila bab dosage ubat memang saya sangatlah tak bagus. Hentam jugak tadi. 

Keseluruhannya ok tapi rasanya kena bersaing secara sihat dengan nurse di sini. Saya macam kena duk belakang diorang masa ward round, tapi nasib baik Dr Asep panggil suruh duk sebelah dia sambil tengok apa yang dia check dan tulis.

Kena study banyak lagi ni! Ni last sebelum balik nanti. Latihan untuk housemanship nanti.

** I have no words for the note. I hope for the best. I always hope that for everyone. 

 Paediatrics in Tasikmalaya. 

Monday, May 16, 2011

Tasikmalaya

Assalamualaikum wbt

Tempat pertama magang/praktikal di rumah sakit umum daerah Tasikmalaya.

Masa pertama kali tahu dapat Tasikmalaya, terus google nak tahu lokasi Tasikmalaya,

Terima kasih google:sumber gambar

Dekat dengan jawa tengah dah. Tapi Banjar memang sempadan dengan jawa tengah, lagi jauh agaknya. Tempat ke-2 nanti, saya akan ke sana juga. 

Tasikmalaya ada dalam wikipedia, tak caya? klik link ni : Kota Tasikmalaya

Disebabkan dapat Tasikmalaya dan yang paling penting sebab nanti akhir bulan nak balik jadi saya juga ada link untuk travel(transport untuk ke sana) : Travel Bandung

Jalan raya di sini tak sama dengan di Malaysia. (tak nak ckp banyak pasal ni.huhu), cuma saya rasa kalau jalan dia ok sejam dah sampai.

Perjalanan kalau dengan kereta 2 jam setengah, takpun 3 jam. Travel cipaganti kata 3-4 jam.

Khamis lepas saya dah pergi saya, jadi esok nak pergi sana tak terkejut sangat. Dah dapat gambaranlah skit. Dah tau apa kena bawak dan tak perlu bawa barang banyak2.

Masjid ni memang terletak tengah kota dia,

Terima kasih sekali lagi google: sumber gambar

Posting saya di Rumah Sakit Umum Daerah Tasikmalaya adalah department anak(paediatrics). Dah lama tak buka buku anak. Tapi takpa saya suka belajar anak dan main dengan kanak2. Tolong belajar betul2 diri.

Oklah setakat ini dulu. Berminat nak datang Tasikmalaya? 

Semoga dipermudahkan perjalanan saya di sana nanti. Doakan saya!

Saturday, May 14, 2011

Magang

Assalamualaikum wbt

Ini entri ke 2 di bawah tag magang setelah entri : 6 bulan dari 6 tahun.

Lama juga tak bercerita di sini. Blogger.com under maintenance semalam dan khamis. Alhamdulillah dah ok harini. 

Magang = apprentice

Itulah yang saya dapat dari google translater.

Magang adalah BI(bahasa indonesia). Ramai juga tanya apa tu? Terutama yang dari Malaysia. Praktikal di hospital daerah. Itu adalah definisi saya. Magang selama 6 bulan setelah selesai dan lulus dalam ujian akhir dan mengikuti 1 tahun 6 bulan latihan klinikal di RSHS(rumah sakit hassan sadikin), di tengah kota bandung. 

Sebelum magang, ada OSCE 12 stations dan juga ujian komprehensif 200 soalan MCQ. Alhamdulillah telah lulus dan selesai, lepas syarat untuk masuk magang. Sebenarnya tahun ini sahaja 6 bulan, untuk senior 5 bulan sahaja. Tambah satu lagi major posting iaitu Family Medicine.

Ini adalah posting dan rumah sakit daerah yang saya jalani magang:

  1. Paediatrics (Anak) - TasikMalaya
  2. Obstetrics & Gynecology (Obgyn) - Banjar
  3. Public Health/Family Medicine - Sumedang
  4. Surgery (Bedah) - Ujung Berung
  5. Public Health/Family Medicine - Bandung
  6. Internal Medicine(IPD) - Cibabat

3 atas agak jauh juga dari kota bandung, dan 3 bawah adalah sekitar kota bandung sahaja :)

Sesiapa nak datang bandung bulan 8 ke atas boleh datang sebab saya kerja sampai pukul 2 pm sahaja kalau tiada oncall. 


Saya sudah ke TasikMalaya untuk melapor bersama kawan2 di rumah sakit umum daerah. Melihat tempat tinggal dan juga book tempat yang akan tinggal selama sebulan.

Alhamdulillah, all in all ok :)

Ok dari apa yang saya fikirkan sebelumnya. Jadi kesimpulannya, jangan risau dengan perkara yang belum kita tempuhi lagi dan gunakan harini jangan membazir untuk risau (pening pulak ayat ni) tapi dapatkan apa yang cuba saya sampaikan?

InsyaAllah entri seterusnya kita bercerita tentang TasikMalaya.

Oh ya sebelum itu, ada berita gembira! Saya akan ke sana hanya pada hari selasa. Isnin dan selasa cuti. Lama juga tu kan? Sempat untuk buat persediaan mentally and physically(lelebih pulak kan?) macam nak pergi mane je kan -__-

**pagi tadi call ma dan cakap saya risau nk pegi jauh ni, ma selamba ckp, "bukan angah sorang pegi". ringkas nasihat ma. Ok I get it! I will survive! InsyaAllah.

Tuesday, April 26, 2011

Masa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt 

Cerita Hari Ahad

Tengah hari hujung minggu

Keputusan exam comprehensive yang 200 soalan (yang saya rasa nak nangis lepas jawab) keluar hari ini. Saya waktu itu memang tidak ada apa-apa kerja penting, langsung bersiap-siap ke sana. Bangunan administration (P3D). Janji dengan wani dan aimi ke sana. Jumpa mereka di pintu pagar, naik sama-sama, berdebar sama-sama dan tengok keputusan sama-sama. Nilai kita berbeza dan saya cepat-cepat balik rumah. 

Dalam lif sudah tekan hp untuk call ma, (kat sini ada line pulak dlm lif kan? ;) Ma kata, ini ujian. Along call juga petang hari yang sama. Hafizi sms juga, tapi akhir sms dia tanya, "dah makan ke belum?" hehe. Jarang tanya macamtu :) 

Waktu malam

Call shahida, zatul dan janji dengan siti malam ini kita berkampung sampai hari selasa(hari ini). Nazurah pun call, katanya " tasha nnt HO taktaulah mcmane kan?" hehe. Nasihat yang bagus :)

Kami habiskan soalan final sampai pukul 1 pagi lebih. 

Isnin

Kami berkampung lagi, kira macam all out juga lah untuk kertas akhir ni. Saya tak habis-habis cakap,

"kita kena usaha lebih skit je, kita tahu banyak benda nnt"


Shahida gelak :)

Buku tebal, buku dalam almari, dan internet memang semua kami guna nak cari jawapan. 

1.00pm

Tersebar berita yang keputusan OSCE pula yang akan keluar. Berdebar tapi dalam hati redha dengan keputusan yang akan dapat.

Alhamdulillah :) Kami semua lulus. Kami : saya, siti, shahida, zatul. Tahniah untuk Nadia(housemate bukan kakak saya, nama saja sama). Dah boleh panggil Dr. Nadia. 

Lega sedikit hati. Senyum. Teruskan lagi belajar sampai malam. 

Hari ini.

Dalam dekat-dekat pukul 8 am masuk dewan exam. Baca doa dan Bismillah, terus isi borang jawapan dengan nama dan no mahasiswa. Bertarung lebih kurang 4 jam setengah dalam dewan. Baca betul-betul dan cuba jawab sebaik mungkin. 

Tepat jam 11.30am keluar dewan. siti tunggu di luar dewan, ada nadia yang sengaja datang. Tanya siti,

"macamane tadi?"

"semoga semua dari kita lulus"


Sekarang tinggal kuasa tawakkal  dan doa sahaja. Doa banyak-banyak. 

*Masa : antara cepat atau lambat sahaja. Allah swt memang akan menguji dengan apa yang kita nak sangat. apa yang kita impikan sangat. apa yang kita sayang. Sampai masanya kita akan sampai pada apa yang kita impikan juga. InsyaAllah :)

Nota :
  • Penat tak dapat nak tidur , jadi terpaksa "menulis" kat sini :) 
  • Terima kasih abah, ma, along yang pagi-pagi lagi call. Terima kasih kawan-kawan yang sms pagi tadi juga.  
  • Terima kasih juga yang tulis di wall di FB. Suka baca. Suka juga baca status kawan-kawan batch saya yang lain.
  • Buat kawan-kawan yang masih ada exam OSCE, teruskan semangat dan do the very best! Semoga dipermudahkan semuanya. Kita akan sama-sama amik gambar baling-baling topi graduation sekali lagi sama-sama :)

Sunday, April 24, 2011

When I Fall


I remember driving down on three fifty nine
Saw a homeless veteran riding his bike
The red white and blue waving off his handle bars
And all us who sent him off to war driving by in our cars

And I recall a hot day in the city of Cairo
Saw an old woman and her babies on the side of the road
A good man came by put bottled water in her lap
She smiled and I cried saying why didn't i do that

And i, i don't know I don't know if i give anything at all
With these millions of moments that i'll take before I fall
But I, I do know I do know that Id give anything at all
For just one meaningful moment to catch me, catch me when I fall

I'd known her for many years of my life
She was a lady poets write about, she was my wife.
I never found my pen, never gave her the time or the dance
Now just like everything else i'm asking for one last chance

And i, i don't know I don't know if I give anything at all
With these millions of moments that i'll take before I fall
But i, i do know i do know that i'd give anything at all
For just one meaningful moment to catch me, catch me when i fall

And there's still life in me and a wife with me so i'll strive to be
A man who takes a chance, learns to dance, and grabs the moment with these hands, with these hands

And i, i do know i do know that i'd give anything at all
For just one meaningful moment to catch me catch me when i

I don't know I don't know if i give anything at all
With these millions of moments that i'll take before i fall
But i, i do know i do know that i'd give anything at all
For just one meaningful moment to catch me, catch me when i fall
Catch me when i fall

Kareem Salama

** Kena betul lagu ni dengan apa yang terjadi harini. Thanks fathiyyah tag lagu ni di FB :)
**Sometimes it is ok to fall :) Dont give up! Pray for me. 
**Jumpa minggu depan mungkin. Kalau ada rezeki dan panjang umur. InsyaAllah :)

Thursday, April 21, 2011

Post exam (tawakkal)



Assalamualaikum wbt

Dekat sebulan juga tak menulis di sini. Final exam selesai semalam.

Fuhhh lega! tapi masih belum lega sepenuh hati sebab keputusan belum keluar. Usaha sudah dilakukan tinggal tawakkal dan doa banyak-banyak sekarang ini.

Apa khabar semua? Saya alhamdulillah sihat. Rancang nak menulis semalam tapi selepas isyak dah tidur sebab malam sebelumnya tidur 3/4 jam sahaja. Biasalah kalau sebelum exam. Bukan tak nak tidur tapi tak boleh tidur fikir soalan apa akan keluar esoknya. Nak belajar pun sudah tepu tapi lihat juga nota-nota. Sampai tertidur.

Penat exam selepas exam! Rasa down juga sebab  ada station yang tak boleh jawab. Rasa jawapan salah. Adoi~ Berserah dan pasrah. Tawakal kepada Allah swt dan doa banyak-banyak semoga saya dan kawan-kawan lulus final exam ni.

Banyak cerita selama tak menulis di sini yang nak dikongsi. Buat pengetahuan semua, saya dah 'free from classes' dan 'hospital'. Mungkin buat masa sekarang. Rasa nak berehat rehat, tapi fikir balik banyak perkara yang nak dibuat. Sebelum exam ada beberapa perkara yang kena buat untuk 'after exam to-do-list'. Saya suka tulis apa yang nak dibuat(skema tak bunyi?)

Post exam

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Kena bangun jangan down-down(huhu). Tawakkal dengan apa yang sudah diusahakan. Jangan berputus asa. Sambil menunggu keputusan keluar ini kena banyak berdoa. Doakan saya berjaya lulus ye?

Setakat ini dahulu. Mood untuk menulis belum datang lagi. Sangat rindu nak menulis sebenarnya! Malam ini mungkin sambung menulis lagi disini. 

Petang hari di Bandung.

Sunday, March 27, 2011

Yang Terakhir (menulis di sini)

Assalamualaikum wbt

Sampai masanya saya bersara dari kerja menulis di sini, mungkin buat sementara. 

Sebenarnya beberapa hari lepas saya rancang nak menulis entri ini, tetapi ada sahaja halangan dan perkara yang lebih penting yang lebih dahulu perlu dilakukan. Beratnya dan rasa sedih juga nak tulis entri terakhir ini. Kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu perkara demi perkara yang lebih penting. Saya akan bersara dari kerja menulis kerana nak tumpukan kepada "full time job as a student". Banyak pula perkara teknikal yang perlu dilakukan bila nak sampai ke penghujung ni. Isi borang semua dan yang paling penting ulangkaji pelajaran. 

Sekarang saya di rotasi klinikal Radiologi dan Kedokteran Nuklir. Rotasi terakhir di Rumah Sakit Hasan Sadikin (RSHS). Sudah seminggu saya di sana, tinggal 2 minggu lagi sebelum selesai semuanya rotasi klinikal di RSHS. Study leave seminggu lebih kurang dan ada final exam. Final exam yang masuk semua rotasi klinikal sebelum ini. Kena ulangkaji semua balik. Setakat mana dah ulangkaji saya? -__- Sedang berusaha gigih. Doakan saya semua. 

  • Ujian MCQ(200 soalan) -  18 April 2011
  • OSCE (12 stations)  - 19, 20,21 April 2011 
Seramnya dan tak sangka cepatnya masa berlalu. Eh tiba tiba dah nak exam final. Dah masuk 6 tahun saya di sini. Banyak pengalaman yang dah dapat setakat ini. Susah senang pahit manis semua ada. Semua itu mematangkan saya hari demi hari. Alhamdulillah, Allah swt tak hadirkan sesuatu dengan sia-sia, walaupun dalam fikiran kita hanya kita yang rasa sedih dan jatuh. 

Mungkin selepas ini saya sudah jarang-jarang update di FB. Kecuali kalau ada gambar terbaru dari family(ma, abah , kakak dan adik-adik)  dan mereka ajak chat baru buka. YM pun dah lama offline untuk semua orang kecuali family :) InsyaAllah kalau sms/call saya jawablah. Bukan nak duduk dalam gua tapi macam kakak saya cakap,

"save the energy to your brain".

Betul jugak kalau difikirkan, baik bukak "buku pink" baca lagi banyak manfaat! 

"kalau penat studi pegi ambill wudu' dan solat sunat" kata-kata nasihat dari orang yang sudah berjaya.

Susah nak jadi dokter ni. Baru tahu ke? :) Lagi-lagi kalau nak ikhlaskan niat dalam belajar dan nak tolong orang dengan tanpa rasa mengeluh rasa penat. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan bersyukur kerana dipilih untuk berada dalam bidang ini. Pekerjaan yang mulia. Pekerjaan yang dapat tolong orang. InsyaAllah semoga "mimpi-mimpi" saya tercapai. 

Jauh datang dan dah banyak duit ma abah kakak yang guna(kadang-kadang duit pakcik  jpa bagi tak cukup) Banyak pengorbanan mereka untuk saya. InsyaAllah ini hadiah untuk mereka nanti. Kena belajar dengan sepenuh hati. Bukan main-main. Nanti nak rawat manusia. Bukan mesin atau robot. 

Dalam kesempatan yang ada juga kena banyak belajar tentang skills kehidupan. Apa dia? Kemahiran hidup. Kemahiran komunikasi dengan baik dan kena sental hati ni supaya hilang apa-apa yang negatif (jangan bagi ruang langsung buat syaitan nak masuk). Kena usaha tak boleh sekadar dengan kata-kata. Banyak lagi kemahiran hidup lain lagi yang saya nak capai. InsyaAllah.

InsyaAllah tahun ini adalah tahun untuk membina kerjaya. Tak lama lagi akan turun ke dunia nyata. Sudah ada tanggungjawab kepada pesakit. Kalau sebelum ini masih boleh tanya-tanya dokter, residen atau konsulen. Lepas ini kena buat sendiri dan kena bertanggungjawab kepada pesakit. Tak lama lagi juga akan pulang ke negara asal. Rindunya nak balik lama-lama -__-

Negara asal. Macam balik ke tempat asal. Risau pun ada sebab sudah lama tak balik dan menetap secara lama di sana. Hehe. Sejak tingkatan 4 lagi balik pun ketika cuti sahaja. Kali ni tak lama lagi akan balik untuk kebaikan (for good). InsyaAllah akan berkhidmat untuk negara asal. Jadi geng Along dan Abang Long :)

Rasanya setakat ini dahulu dari saya. Ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi di sini. Doakan saya semoga saya sentiasa sihat, berjaya dalam peperiksaan akhir nanti dan juga dapat pulang dengan selamat nanti. 

Doakan saya ya semua :)

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi doakan saya. Semoga Allah swt juga memberi kejayaan kepada anda semua juga. InsyaAllah.


Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi.


Nota 1 : petang tadi baru balik dari pasar baru beli kain untuk balik msia dalam masa terdekat sebelum final exam, balik jumpa keluarga untuk ambil semangat dan restu. Sekejap sahaja sambil renew visa.

Nota 2 : "buku pink" = Al-Quran kecik saya.

Nota 3 : Good luck untuk semua kawan satu batch yang nak final exam jugak! untuk junior yang nak exam pre-klinikal jugak.

Nota 4 : Menulis sambil tunggu Fathimah Az-Zahra yang dalam perjalanan nak datang sini. Fathimah ex-classmate dan juga ex-dormmate di kisas. Dia dah selesai kerja belajar di Universitas Trisakti, Jakarta.  (kalau nak tahu dak2 kisas batch saya ramai di sini (indonesia) kadang2 mmg tak kenal lagi2 kalau yg lelaki. 

p/s: akan buka jugak di sini tapi hanya untuk baca dan lihat-lihat update kawan-kawan sahaja. 

Thursday, March 17, 2011

Ujian Anestesi

Sudah bersediakah untuk aplikasi ilmu teori?

Assalamualaikum wbt

Hari rabu siang semalam saya ujian akhir untuk anestesi(anesthesiology) dengan Dr E (ramai residen kata dia konsulen yang paling pintar sebab banyak bacaannya) Adoi~

Sebelum ujian kami, iaitu saya dan seorang lagi yang ujian dengan spesialis anestesi ini sudah tahu penguji. Bila difikirkan saya memang selalu dapat penguji yang memang power. Contohnya waktu di internal medicine(ilmu penyakit dalam) dahulu, penguji saya untuk short-case adalah Ketua Bahagian Kardiologi. Dengar pun seram. Alhamdulillah kerana keseraman itu saya berusaha dengan tulang empat kerat ini dengan bersungguh-sungguh dan redha serta tawakal. Alhamdulillah lulus.

Kembali kepada ujian anestesi semalam, hari isnin saya bertemu Dr E untuk bertanya ujian bila dan jam berapa. Saya bertemu di jalan dalam bangunan anestesi dengan Dr E. Belum sempat saya tanya lebih lanjut baru sahaja menyapa dr sudah beritahu, "Hari rabu siang ya". Saya pun hanya sempat berkata, "Oh ok dok"

Hari rabu siang akhirnya tiba jua. Sebelumnya ramai yang berkata-kata, tak perlu baca sangat pun untuk ujian anestesi. Tapi kalau tak ada ilmu nanti nak jawab apa masa dokter tanya? Huhu. Memang saya tak nafikan kompetensi pelajar klinikal,
  1. Terapi Cairan (Fluid Resuscitation)
  2. Resusitasi Jantung Paru Otak (Cardio Pulmonal Cerebral Resuscitation)
  3. Syok (Shock)
Untuk ujian memang akan keluar berkisar kepada tajuk di atas sahaja. Tetapi semalam masa ujian Dr E bagi kasus(case) yang panjang cerita lepas itu soalan terakhir hasil dari kes tersebut adalah,

"Apakah kesalahan kamu sebagai dokter yang menyebabkan pasien bisa meninggal?"

Banyak jawapan saya dan seorang lagi cuba bagi. Tapi salah -___-

Akhirnya Dr E bagi jawapan!

Soalan: Seorang pasien stroke yang sudah tua datang ke tempat kamu bekerja dengan bunyi suara nafas snoring. tiba-tiba pasien mengalami kejang. untuk kejang kamu telah kasi Diazepam i.v. untuk jalan nafasnya (airway), tidak tersedia oropharingeal tube. monitoring dilakukan oleh kamu. tetapi akhirnya pasien berhenti nafas (apnea). Resusitasi (rjpo) dilakukan tetapi akhirnya pasien meninggal. Apakah kesalahan dari kamu? dan apakah yang tidak dilakukan?

Jawapan: Kesalahan dari dokter adalah tidak memeriksa kadar kalium dalam darah. Pasien mengalami metabolik asidosis. yang menekan pusat pernafasan di medula oblongata. diazepam-salah satu efek samping adalah menyebabkan depresi pernafasan. jadi bertambah depresi pernafasan pasien-apnea-meninggal. (banyak lagi Dr E explain tentang pathophysiology secara detail tentang di atas tapi ini sahaja yang mampu saya ringkaskan)

Seterusnya soalan teori ditanya lagi, maksud shock, klasifikasi dan terapi. Indikasi intubasi pasien.

Sebelum ujian semalam dokter ada tanya berapa department lagi sebelum selesai. 

"Tinggal radio(radiology) aja dok" jawab kami serentak

Soalan terakhir Dr E,

"Kamu merasa sudah bisa dan bersedia untuk mengaplikasi apa yang sudah kamu belajar?"

Rasa berfikir sejenak. 

Jawapan yang keluar, "InsyaAllah"

Nota 1: Semenjak dua menjak ini selalu berfikir apa yang saya belajar selama ini akan diapply kepada manusia yang hidup. akan merawat mereka yang sakit. sudah bersediakah untuk bertanggungjawab kepada semuanya? Selama ini boleh lagi bertanya-tanya kepada residen. Dokter spesialis. Fikir dalam-dalam lagi supaya jangan main-main.

Nota 2: 3 minggu lagi lebih kurang akan balik Malaysia untuk buat visa. Bukan balik for good lagi -__- . 3 minggu lagi akan rotasi klinikal di rumah sakit hassan sadikin (rshs) sebelum klinikal di hospital daerah selama 6 bulan. tak perlu fikir lagi yang belum terjadi. buat betul-betul yang sekarang. 

Nota 3: Malam semalam ma saya telefon bercerita tentang kisah sehari-hari. kisah di jepun dan katanya "angah dah nak abes, tapi eji masih lama di sana" bercerita tentang bencana alam yang berlaku di sini beberapa kali. Kematian di mana-mana boleh berlaku. Takut dan lagi seram bila fikirkan amalan dan ibadah yang tak berapa banyak mana pun. Sedih dengan diri sendiri.

*Lagu di blog sekarang dah bertukar dari Barakallahulakum kepada Healing. Dengar sampai habis lirik lagu Sami Yusuf ini yang ditulis bersama oleh seorang Doktor. 

Wednesday, March 16, 2011

Books and Revision!

Alhamdulillah Anesthesiology exam done!

But lotss of books are waiting for their turn for the  revision session
Source: tasyanice's tumblr. Not my place but it is quite the same. I posted notes every where this days=)

Friday, March 4, 2011

Banyak Perkara & Bulan Mac

Assalamualaikum wbt

Hari ini  sudah hari ke 4 dalam bulan mac dan 29 rabiul awwal. Apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah saya sihat dan alhamdulillah banyak perkara kena buat dan mula buat perlahan-lahan. Sudah terasa bahang final exam.

Banyak perkara saya nak tulis sejak akhir bulan 2 lagi sebenarnya tapi tinggal di dalam kepala sahaja cerita cerita yang banyak tersebut. Sudah fikir nak tulis dan rancang tapi ada sahaja perkara lain yang tidak mengizinkan. Dalam tulisan ni saya akan tulis sedikit tentang semua perkara tersebut.

*Studi saya sudah tinggal 2 rotasi lagi di RSHS (rumah sakit hassan sadikin), Bandung. Sebelum saya dihantar ke kampung dan daerah terpencil(yeke?) bukan di tengah kota Bandung yang pasti. Semakin dekat dengan comprehensive exam/final exam yang rasa seram macam exam SPM dulu-dulu. Mungkin di Malaysia panggil professional exam. Dulu dengar cerita Along seram juga. Kalau Along dulu 5 tahun punya pelajaran kena exam dalam satu exam. 

Along dah warning dah, "Rilex nampak!" berkenaan dengan exam.  

Saya jawab, "Rasa jugak stress" =)

*Anesthesiology - Cukup seminggu saya di rotasi kedua terakhir ini. Seronok! Lebih dari apa yang kita lihat sebenarnya anestesi. Bukan setakat bius orang saja. Berkira-kira nak letak dalam list untuk nanti. InsyaAllah. Cerita lagi banyak dalam entri nanti nanti ye.

*Cerita baru. Doakan semoga saya dipermudahkan untuk memulakan tulisan cerita baru ini. Banyak-banyak doakan saya dipermudahkan semua urusan. Prolog pun belum ada sebenarnya cuma rancangan dan niat. 

Kalau niatnya baik, maka jalannya pasti baik dan insyaAllah hasilnya pasti baik

*Alhamdulillah saya sudah masuk kelas mengaji, tahsin. Kalau tiada aral melintang esok kelas ke 2. Ingin menimba sebanyak-banyak ilmu sebelum balik for good. Nak ada banyak ilmu tentang kehidupan, Al-Quran dan Agama. InsyaAllah.

*Nabila - Banyak perkara nak tolong Nabila. Nak buat sehabis baik untuk bantu dia. Sedih sebab membilang hari. Tok lamo doh!

*Najeeha - Seminggu lagi dia pun dah jadi budak besar sebab dah boleh ambil lesen kereta =)

Setakat ini dahulu. Selepas ini insyaAllah akan update setiap hari! Kena rakam setiap masa berharga di sini. 


Monday, February 28, 2011

Past and Present

Assalamualaikum wbt

Pertamanya entri ini sebenarnya dalam bahasa melayu :) Sengaja tajuk dalam BI biar pendek. Kalau dalam BM jadinya Kisah Lepas dan Hari Ini.

3 minggu yang lepas saya di rotasi minor Kulit & Kelamin. Mungkin saya tak berapa suka jadi rasa susah. Tapi sebenarnya senang sahaja. Pernah selepas saya jatuh angkut, kaki sakit. Ada seorang pesakit datang di poliklinik kosmetik dengan keluhan untuk berobat, JERAWAT. Dalam hati saya kata, "sakit lagi kaki saya ini Pak!" Sebenarnya pesakit tersebut seorang lelaki. Pecah rahsia yang lelaki juga sangat menjaga penampilan.

Alhamdulillah, seminggu lepas kurang tidur disebabkan minggu ujian. Saya lulus di rotasi KULKEL(kulit & kelamin). Kalau nak dihitung sebenarnya 2 minggu sahaja belajar termasuk nak hafal nama obat-obatan yang banyak. Seminggu terakhir dah minggu exam.

Alhamdulillah! Semangat tak tengok gambar ni?

Sabtu yang penuh dengan aktiviti bukan medik. Alhamdulillah akhirnya dapat pergi pengajian dan kelas mengaji. Sudah lama tak berkumpul di pengajian(taklim) bersama-sama orang di sini. Tajuk hari sabtu lepas adalah, "Pengaruh Shalat Terhadap Kehidupan dan Kepribadian". InsyaAllah saya rancang nak tulis dalam blog satu lagi, blog ramai-ramai Al-Humaira'. Jemput baca nanti. Sebenarnya kelas mengaji saya petang, tapi sengaja pergi dengan Hafizi pagi. Hafizi pergi kelas mengaji dia dan saya ke tempat pengajian. Petangnya saya pergi lagi ke Masjid Salman ITB untuk kelas mengaji saya. Hanya sesi berkenalan dengan Ustazah Noni. Rasa nak kutip banyak ilmu selain ilmu medik sebelum balik for good.

Sebelum balik rumah pergi makan di warung pasta dengan Cik Ada :) dekat Jalan Dago depan Rumah Sakit Baromeus. 

Ahad pagi lagi sibuk di dapur(chewah bunyinya macam tukang masak berjaya je). Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak. Jadi memang kena masak sendirilah. Mana ada jual di kedai makan atau warung. Alhamdulillah menjadi kali ini. Bab nasi yang susah nak masak (supaya tidak keras dan tidak lembik). Lepas masak terus pergi hantar ke Piji dekat rumah senior dia sambil nak tengok juga tempat yang dia selalu lepak. Oklah sebab masa sampai tengok nota-nota dia bersepah di atas lantai, maknanya tengah studi jugak :)

Petang pergi pasar baru untuk survey barang-barang jualan. Bajet macam businesswoman sahaja saya ni. Survey barang Nabila dan Nurul sebenarnya bukan barang jualan. Tapi rindu nak berbisnes lagi! Blogshop dah lama tak update. Tudung pun dah lama tak tengok. Ramai tanya. InsyaAllah nanti nak mula lagi. Jemput lawat blogshop saya ye =)

Sepatutnya balik kena studi untuk pre-test Anesthesiology esoknya. Tetapi tak studi sebab ngantuk dan penat, lagi pula Siva datang rumah. Jadinya tidaklah studi cuma belek-belek sahaja buku sambil dalam hati risau takut keluar soalan esei yang panjang nanti tak tahu nak jawab apa. 

Hari ini Isnin: Alhamdulillah tadi pre-test hanya 10 soalan objektif (MCQ). Soalan biasa-biasa saja(poyolah!). Padahal dah tengok soalan past year earlier :) Sebijik keluar! Rezeki kan? Alhamdulillah :)

Anesthesiology

Rasa sudah jatuh hati dengan pelajaran anestesi. Walaupun hari ini penuh satu hari sampai jam 4pm. Rasa tenang dan bahagia di anestesi. Mungkinkah di pagi hari dimulai dengan acara doa yang dikatakan seorang teman? Tidak seperti bahagian lain? 

"Anes ni bagian yang siqoh"

*kata saya. Sudah mula rindu biah yang solehah macam sekolah di Klang dulu. Belajar tanpa gangguan tenang dan ibadah sangat terjaga dan dijaga. 

"Rindu ki

*monolog dalam hati sahaja sambil teringat sahabat-sahabat yang sekarang sudah kesemuanya bekerja kecuali saya dan Ninie(paling rajin belajar sedang ambil PHD). Respek dengan dia!

Nota: 
  • Rezeki itu dari DIA Yang Maha Esa. Alhamdulillah :) Syukur dan sangat gembira bersama keluarga tersayang.
  • Buat apa-apa pun memang kena ingat DIA Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Jadi jangan sombong!
  • Belajar supaya emosi dan hati jadi kuat lagi-lagi dengan keadaan dan orang sekeliling. 
  • Tahun ini tahun membina kerjaya! Doakan saya semoga berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. 

Monday, February 21, 2011

Sebagai Seorang Pelajar

Kesenangan akan datang setelah kesusahan

 Assalamualaikum wbt

5.23 am waktu saya mula menulis entri ini. Hari masih gelap di luar. Subuh sudah berlalu lebih kurang 1 jam yang lalu. Alhamdulillah sempat bangun setengah jam sebelum subuh. Nikmat munajat di tengah malam(walaupun tidak terlalu tengah malam). Sudah lama tidak menulis pada awal pagi. Selalunya pasti tergesa-gesa sebab banyak perkara belum beres. Sebenarnya ada juga yang belum studi lagi, tapi sebagai seorang pelajar memang selamanya tak akan beres untuk belajar. 

Hari ini sudah mulai minggu peperiksaan. Sekarang saya di rotasi Penyakit Kulit dan Kelamin. Rotasi minor saya, jadi hanya 3 minggu dan minggu ke -3 adalah minggu evaluasi. Rasa sangat cepat. Sudah tak lama untuk ujian akhir (comprehensive exam). Adoi~ 

Saya masih pelajar. Rutin seorang pelajar ada ujian dan peperiksaan, memang tak boleh lari. Kalau tak nak semua ini kena tunggu kerja nanti. Haritu sewaktu call Tahirah yang sudah jadi HO dia kata perkara yang best tentang kerja adalah tidak ada exam. Along pun pernah cakap perkara yang sama.

Jadi wahai hatiku sabarlah dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh jangan putus asa kerana masa anda akan tiba tak lama lagi. Semangat jangan lari tetaplah dengan saya. Semoga dipermudahkan perjalanan di akhir-akhir ini. InsyaAllah.

Sebagai seorang pelajar, kurang tidur kurang makan(betul ke?) adalah perkara biasa. Jadi jangan mengeluh sangat. Kena berkorban banyak untuk berjaya. Kena usaha sungguh-sungguh supaya tidak menyesal nanti. 

Sebagai seorang pelajar dan bukan pelajar juga, doa sangat penting. Salah satu usaha juga tak boleh main-main. Kena berkorban tidur malam dan berusaha untuk banyakkan munajat di tengah malam. Ibadah juga kena jaga sangat-sangat. Ingat! Ilmu itu adalah suci jadi hanya akan diterima oleh hati yang suci juga. 

Setakat ini dahulu rasanya. Nota-nota saya sudah panggil untuk dibaca :) Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat. Saya doakan sahabat-sahabat dan juga anda semua juga. InsyaAllah.

**Lagu di blog sekarang adalah, "Akan Ku Jumpa"

Sunday, February 20, 2011

Doctors are human, too

As he watches a man slip away, a soon-to-be-doctor contemplates life, death and everything else in-between.

DEAFENING silence. Of all the oxymora in the English language, I like this best. It is spot-on, terse, succinct. For it not only captures the gravity of a situation, but also the human response to it. It encapsulates what it means to be human.

Deafening silence. It illustrates that, in the moments of our greatest ecstasy, our greatest anxiety, our greatest anguish, we unwittingly choose to remain mute. We choose to hold our tongue. We choose to become humans.

So I stood there that night, witnessing the final moments of a man’s life, surrounded by family members he no longer recognised. Then the frantic attempts at resuscitation and the deafening silence that ensued. Then came the sobbing, and the melodious recitation of the Ya-siin from the Quran.

After five years of being a medical student, one would have thought that seeing disease on a daily basis would numb you to the experience of death. That, somehow, you would not be personally and emotionally affected by what you witness.

Plenty of good advice, I have received. From specialists and consultants alike, each with decades of experience.

“You have to show sympathy. But you cannot be personally affected. You simply cannot afford to.”

And when you finally graduate and gain the title of “Dr” in front of your name, you’re expected to conduct yourself professionally – sympathising, but not empathising unnecessarily.

But we cannot escape the fact that doctors, too, are human. They are, often, fallible. They become slaves to their minds and sentiments. They feel. They emote.

Most people view hospitals as a house for the sick. But I personally believe it is more than that. It is, foremost, the repository of human tragedies. The museum that showcases our imperfections as human beings. The mirror that reflects our inadequacies as a species.

There was the elderly bedridden man with no family to keep him company. A newborn abandoned by her teenage mother who feared social stigma. Women with polycystic ovaries who’d been left by their husbands.

A man who died because he could not afford the RM20 taxi fare to come to the hospital promptly when he was stricken with illness. A former ustazah who, sadly, is now a schizophrenic. Human tragedies aplenty ...

Yet hospitals can also be a refuge of hope. A refreshing reminder that, in many instances, faith still shines through.

There are plenty of scenarios that attest to this.

The stoic, unsentimental man shedding tears for the first time in his adult life at the sight of his firstborn. A girl who’d had an asthmatic attack, and the worried look on her mother’s face, as though the world was about to end. The lady who chose to stick by her HIV-positive husband through thick and thin.

Yet, although hope persists, tragedy still exists in our midst. And nowhere is it more visible than in hospitals. And often, these tragedies result not from circumstances, but from our maladaptive reactions to them.

As the body’s physical defence withers, so does the mind’s. We shed civility. We forget that we’re humans. We display our raw, animalistic psychic apparatus that Freud calls our id.

I have always been amused by how we greet life and death in diametrically contrasting ways. At birth, at the dawn of our lives, we came crying, yet our family greeted us with absolute joy and happiness. And at death, at life’s twilight, it is our family’s turn to cry, and we depart (hopefully) with contentment and happiness.

Remember the man I told you about earlier? Whose death I witnessed? I can no longer recall his name. Forgive me, but I’m human. I forget.

I nonetheless challenge you to spend a day – or even half a day – at the emergency department of a hospital. Bring nothing but your eyes and ears. You will see people come and go, for a multitude of reasons. Smiles on their faces, or tears in their eyes. Laughter and joy, or cries of despair.

This is what I wish to share. That in hospitals, you do not merely see diseases. You see people. People reacting with their basest instincts, plain and simple.

Three months shy of my final exams, I was confronted with this question posed by a consultant the other day: “Are you guys ready to become doctors?”

A tricky question. I hope I am equipped with enough knowledge to practise. The MBBS programme (and the multitude of exams) saw to that. But I learnt something else along the way.

I learnt that life and death, in most instances, are not merely events – they are perspectives. That burial traditions are held to appease – not God – but mainly our hearts. That when someone dies, we cry not for the dearly departed, but for ourselves, the ones left behind.

But above all, I learnt that – regardless of who we are, regardless of our wealth, intellect and social standing – we remain unmistakably human. I learnt that humans grieve. That we bereave.

And in these moments of my contemplation, I chose to become human. I stood silent. In deafening silence.

The Star By HAMZAH SUKIMAN

Wednesday, February 16, 2011

A Good Doctor?



Assalamualaikum wbt

Yesterday I put the status below on FB and I got few responds.

A good doctor depends on which university they come from? Is this true? "Gajah di depan mata tidak kelihatan, kuman di seberang lautan kelihatan"

Comments:

Muhammad Nazmi:  well,dari pengamatan orang yg berpengalaman,camtulah.kita kena pastikan yg kita x mcm tu nanti.jadi,belajarlah.

Junaidi Mohamad:  ya.setuju.

Nor Azila Abdul Malik: definitely not agree with this statement sha! wat important is, the doctor himself or herself, his/her sacrifice, courage, willingness, patience, to help people, n semuanya akan lebih bererti kalau perjuangan dalam karier ni adalah kerana allah semata-mata... =))

Hafizi Hadi:  a good pharmacist depends on which university they come from?is this true?.."kucing di depan mata tidak kelihatan,kutu di seberang lautan kelihatan"

Zuraida Ibrahim: A good doctor means...u sincerely contribute ur service..which come deeply from ur heart..which means u'll feel self satisfaction for being good to others..esp to those who really need ur service..being a good doctor means u always realize that u're doing a great job..so do value ur service n let the others feel ur sincerity...n this is a great cure...is that right my dear young doctor..."Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yg paling banyak memberi

Hezlin Md Zin hm,no la..it depends how u work,ur enthuatism towards ur patients,ur career..and most important is,be sincere in what eva u do..all da best my fren,caiyuk2!

Samsuzilla Hassan Zilla: dunia mmg gitu tasya but actually keje yang kita buat tu ptg but have to prove.kalu x kdg2 org akan under estimate...sabar k

Zuraida Ibrahim:  ‎"Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yg plg banyak memberi manfaat kpd manusia lain"(HR:Bukhari)...Natasha ..berpeganglah dgn Hadith ini..agar mendpt nilaian disisi Allah swt...hidup ini utk memberi...hidup ini utk menyumbang...inilah yg akan memberatkan neraca timbangan kita...(ie...our sincere good deed to others...)...so do be a good doctor...ya Tasha .....

Norhayati Yusuf:  ok je, it all depends on us, doctors are all professional.... teringat masih alif terlantar kt icu, if not because of their proffesionalism, tk tahu le apa akan jadi...  
  
This idea came out after reading about  "Doktor Tak Cekap" in the newspaper.

Medicine is an art :) 
 

Sunday, February 13, 2011

Hari Ahad Di Bandung

Assalamualaikum wbt

Kalau masa rotasi Bedah (surgery) dulu hidup agak sedikit berantakan dan macam tidak terurus. Hahaha (walaupun kadang-kadang agak berlebihan), tapi tak adalah terlalu teruk. Semuanya pengalaman kan? Kalau tak lalui tak tahu dan kalau tak buat tak akan dapat pengalaman dan mungkin tak berani nak buat bila dah kerja betul-betul nanti di negara sendiri. Pengalaman menambah keyakinan. Kembali kepada hari ini.

Pagi lagi Along ada telefon tanya khabar. Tanyakan Hafizi. Oh ya, adik saya Hafizi belajar di Bandung juga. Cuma bukan satu universiti. Dia di Institut Teknologi Bandung (ITB). Baru saja datang. Tak pernah pun terfikir "budak kecik" dulu dah besar dan masuk U dekat dengan saya. Belajar rajin-rajin Jiji (iman panggil dia nama ni). 

Sekarang masuk rotasi minor. Jadi tak ada oncall (shift malam). Rotasi sekarang Kulit Kelamin (dermatovenerology). Rasa sangat berbeza dengan 9 minggu di Bedah. Macam selang satu hari ada oncall. Mengantuk dan penat, tak sempat baca buku. Sekarang semua sudah berbeza, pergi rumah sakit (hospital) jam 7 am dan balik jam 3.30 pm. Banyak masa untuk study dan tidak stress. Belum stress mungkin sebab baru seminggu. Hehe. Baru seminggu masuk Kulit ni. Oklah, cuma saya belum banyak membaca lagi. Sudah lama rasanya tidak berada di meja belajar dan membaca buku secara berjam-jam. Semangat! 

Hari ini pagi-pagi ini kemas sedikit bilik dan nak baca tentang penyakit kulit. Lepas zohor ada plan nak ke pesta buku bersama Ada dan Khairi (orang kaya baru dapat elaun klinikal. Hehe) Harini kena siapkan semua 'list-to-do'. Tiket masih belum beli lagi untuk balik bulan 4. Tengah survey entah untuk kali yang ke berapa. Tak apa tak lama lagi berakhir semua ini. Beberapa bulan lagi untuk bertahan. InsyaAllah semoga berjaya dengan cemerlang dan jadi dokter yang berjaya :)

Cuci Gambar

Hari ini juga nak tengok gambar yang banyak dalam file nak cuci untuk Nabila. Nak bagi hadiah apa untuk Nabila nanti ye? 

Oklah kena belajar dulu. Tak lama lagi kalau dah kerja pasti rindu zaman menjadi pelajar ni. 

Jangan lupa senyum sokmo :) 

Saturday, February 12, 2011

UNPAD: Senior Saya

Angkatan 2004
Gambar di atas adalah gambar senior saya semasa mereka induksi di Port Dickson (PD) sebelum masuk Housemanship (HO). Saya ambil gambar di atas dari Ayda Liyana. Thanks :)

Mulanya lihat di FB terus komen,

Iman Aisyah: Semua dak UNPAD induction sama2 ke? Tak sabar nak berinduction:D

Manoj Nairthat would b ur final week b4 u step into hell ;)

Iman Aisyah: Wah! Manoj is it that bad? or depend on which hospital?

Manoj Nair: ya it depends on which hosp n what department i think.. especially the start i think.. she short forms n the labs n the speed they want u to do things.. hardly get time 2 read up.. n im in medical.. n the tagging n lack of sleep n i can go on n on ;)

Fauzanziela Lurviedovie:
‎1. they expect u to know everything
2. they use many2 of short terms...
3. a lot of new cases or unfamiliar cases...though malaysia n indonesia sebelah2
4. ada new skill kena develop sini (nurses not so helpful, depend a lot to ur senior..lea...n from tham
5. ur senior very2 bz..little time for them to teach u...
6. if u get teaching hospital..there will be a lot of assessment..
7. etc2....
;)

Fauzanziela Lurviedovie: ‎7 days a week....kena pandai cari masa untuk makan untuk minum..takde sapa nak pelawa pg bfast/lunch...sendiri mau ingat...

So on and so on the comments in the FB, then I made my conclusion,

Iman Aisyah: Marilah datang Bandung semule! Hehe. Conclusion: I have to enjoy my Bandung's life for the moment :D


**Nama di atas adalah bukan nama sebenar di FB 

**Nota saya: 
  • Kena menikmati "precious moments in here" 
  • Kena mula perlahan-lahan bersembang tentang medik dengan Along dan mula tanya dan catat shortforms yang banyak digunakan dan juga usual cases.
  • Minta maaf English dan BM bercampur-campur di atas.
 

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Di Bedah : Dokter Baik Hati

Assalamualaikum wbt

Hari ini dimulai dengan hati yang gembira, bagi sayalah. Saya mudah rasa senang hati dengan perkara-perkara yang kecil tidak perlu tunggu dapat 'durian runtuh' baru 'hati gumbira'. Durian runtuh macam menyakitkan saja? Abaikan perumpamaan yang tak berapa kena di atas :)

Semalam rancang nak sampai di wad sebelum jam 6 am lagi untuk baca-baca medical record pesakit. Tetapi tersampai jam 6.30 am. Hari ini saja ok terlambat. Cepat-cepat ke katil ibu yang saya kena tukar gauze luka dia. Dalam hati sudah terbayang ibu tersebut pasti kurang suka saya datang sebab dia pasti sakit masa saya bersihkan luka dia. Tapi saya cuba nak gembirakan ibu tersebut hari ini. Saya senyum sangat manis dari jauh dan ibu tersebut juga senyum dan terlihat dia gembira saya datang. Hehe. Saya bertanya kepada dia kalau-kalau ada residen yang sudah datang lebih dahulu dari saya. Ibu tersebut kata belum datang. Yeay! Saya datang duluan.

Sambil-sambil bersihkan luka ibu tersebut terlihat di papan yang tulis nama ibu tersebut ada umur yang tertera di sana. 53 tahun. Dalam hati terdetik lebih kurang umurnya dengan ma saya. Mulalah terbayang-bayang wajah ma di rumah. Teringat-ingat tentang cerita ma tentang emak (mok). Huuu -___- . Sentimental pulak pagi ni. Berbual-bual dengan ibu tersebut sambil membersihkan luka dan sambil lihat jam di tangan. Sedikit lagi nak jam 7 am. Kena pergi morning report. Baru pesakit pertama. Ada 2 orang lagi. Di antara 3 orang ibu yang saya kena bersihkan luka, ibu yang berumur 53 tahun inilah luka dia paling ringan jika nak dibandingkan dengan 2 orang lagi. Sebab itu saya mulakan dengan ibu tersebut dahulu.

Sedang membersihkan luka sudah hampir selesai, datanglah residen yang incharge

"Eh adik kenapa kamu yang GV?" kata residen tersebut dengan tiba-tiba.

"Eh nggak usah ya dok?" kata saya dengan nada agak terkejut.

"Bukan saya jadi bersalah kok dengan kamu, saya datangnya telat, yuk biar saya aja yang buat" balas residen tersebut.

"Oh, nggak apa-apa dok, udah mau selesai" kata saya lagi.

"Udah-udah kasi ke saya. Biar saya selesaikan. Pergi sana ada morning report yang harus kamu hadiri" kata residen tersebut sambil bersiap-siap pakai gloves.

"Oklah. Saya selesaikan yang di sini dulu. Tinggal di belakang aja ya dok yang belum." kata saya sambil bersiap-siap untuk menyelesaikan tugas.

Kalaulah semua dokter residen baik hati macam dokter tersebut :) Alangkah bahagia hidup di rumah sakit ini! 

Selesai morning report bedah seperti biasa sambil-sambil berdiri tunggu ahli kelompok di tepi jalan sambil bincang nak ke mana selepas ini. Tiba-tiba saya lihat pesakit wanita yang berumur 20 tahun yang menangis semasa saya mencuci luka semalam di bawa dengan kerusi roda bersama suaminya. Saya tanya nak kemana. Katanya dengan wajah gembira disambut dengan suaminya,

"Mau operasi dok".

"Moga cepat sembuh ya." balas saya dengan lega tak perlu lihat dia menangis lagi sebab bersihkan luka dia.

Ada diskusi dengan Dr Ira, spesialis yang incharge kelompok saya sampai jam 12 tengahari lebih. Teringat hari ini hari Pak Cik JPA nak masukkan duit. Terus check selepas solat. Alhamdulillah :)

Along pula call saya. Niat dia nak masukkan duit. Saya pun dengan cepat potong ayat Along. 

"Tok payoh masuk duit sebabnya dah masuk scholar" dengan nada ceria saya kata kepada Along.

"Yeay!" Along pun kata dengan nada ceria juga.

Along selalu bagi duit dekat saya selain ma abah dan pak cik JPA :) Baik hati kan dokter ni. Kalau-kalau nanti Iman dan Ikram baca. Mama kamu memang selalu tolong Angah.

Oklah. Setakat ini dahulu. Esok saya exam bedah! Malam ni nak kena belajar betul-betul. 

** Nota saya: Boleh beli buku "Allah Sang Tabib". Semalam dah tengok buku ni dekat gramedia (kedai buku yang besar). Tapi semalam belum masuk duit, jadi harini dah masuk boleh pergi beli. Nanti saya cerita lagi tentang buku tersebut.

Bedah Plastik Seram

Assalamualaikum wbt

Sekarang minggu terakhir di bedah (surgery), sub-department plastik. Semua berkaitan plastik belajar. Bukan plastik yang masukkan barang setelah membeli-belah tu =) Salah salah. Pernah dengar plastic surgery? Itulah bedah plastik.

Tiap-tiap hari datang jam 6 am ke wad dan kena GV (ganti verban), pasien saya adalah di wad perempuan. 3 orang kena GV. GV adalah ganti pembalut luka, tapi sebelum tu kena cuci dulu luka tersebut. Bukan luka yang kecil dan luka biasa. Tetapi luka yang seram sampai nangis pasien yang saya cuci luka dia. Saya pun rasa tak sampai hati nak buat. Tadi ada satu pasien perempuan umur 20 tahun. Hampir seluruh badan terbakar. Tubuh bahagian depan terbakar dan yang paling dasyat. Dagu dan dada dah jadi sambung. Macam kita tundukkan dagu ke dada. Leher sudah tak nampak. Keloid mencantumkan dagu dan dada. Kesian sangat! Sebab masa saya nak cuci luka dia masih basah.

Saya bertugas dengan seorang residen tadi. Residen tersebut suruh saya bersihkan dulu nanti dia letak kain kasa dan ubat salep (cream). Sampai nangis pasien tadi. Sampai terbayang-bayang sepanjang hari teringat pasien tersebut. Saya ada tanya penyebab. Katanya sebab masak dan badannya terbakar. Huuu -__-

Satu lagi pasien yang saya kena GV adalah seorang ibu yang sudah agak berumur. Macam sudah hilang daging dia di bahagian bawah dari belakang. Lagi seram! 

Kita kalau kena luka sikit pun dah sakit tapi ini luka bakar. Semoga cepat sembuh saya doakan untuk ibu-ibu yang saya kena jaga.

Esok nak pergi awal dari jam 6 am. Mungkin boleh studi dulu status pasien (medical record). Bila lagi nak studi kan? 

**Banyak guna perkataan di sini (indonesia) untuk entri di atas. Lebih kurang sahaja kan.

**Nota saya:
  1. Khamis final exam bedah. Belum baca!
  2. Sabtu buleh makan nasik kerabu doh :)
  3. Malam sabtu duk depan kolam ikan sambil lihat bintang di langit * 
  4. Semenjak dua menjak saya macam rasa kurang gemar menulis walaupun idea datang mencurah2 dan rasa semua perkara nak catat. Sudahnya berakhir tak menulis :)

Wednesday, January 5, 2011

Penonton Operasi


Harini ikut jadi penonton operasi sangat lama. Dari jam 8 am bergerak naik ke tingkat 3 kamar operasi. Selesai sudah jam 6 pm. Lihat operating clock cukup 7 jam 29 minit. Makan solat semua di sana. 

Baru tahu betapa penat lama berdiri tapi sangat respect dengan operator Dr Tri Wahyuni. Seorang specialist wanita, yang non-stop berusaha untuk membuang tumor dari dalam dada orang tersebut. Malu sebab kata penat berdiri sebab kami boleh berehat dan makan, tapi dokter non-stop tanpa kata apa-apa.

Walaupun penat tapi nak catat juga harini sebelum tidur :) Lihat air muka specialist tadi satisfaction! Wanita berhati kuat betul dokter.

**Sekarang di subdivisi Bedah Thorax.

:) Walaupun penat-penat  tapi sanggup juga naik tangga pergi bilik seorang sahabat sebab nak tengok album gambar dia. Senyum awak memang sangat ceria! Maklumlah ada bunga dalam taman hati. Semoga dipermudahkan semuanya.  Saya sayang awak!

**Dah baca semua komen di entri dan shoutbox. InsyaAllah esok saya reply semua. Sudah sangat tak tertahan mengantuk. Nak bangun sangat awal esok! InsyaAllah.