Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Kerja

Assalamualaikum wbt,

Lama saya tak update secara panjang, kalau perasan sebelum ni terutama entri yang ada gambar dan pendek sahaja pada tarikh tertentu sahaja. Tarikh yang saya nak ingat pada masa depan. Dah lama tak update tetiba tajuk "kerja" pula harini. Saya belum kerja lagi tapi insyaAllah hari Ahad atau Isnin dah bermula alam pekerjaan. Banyak saya nak kongsikan kat sini tapi saya cerita secara ringkas saja sebabnya harini saya kena hadiri kursus induksi.

Balik
Saya balik Malaysia pada 10 November dengan tiket free sampai ke Kelantan ( sengaja nak beritahu balik dengan tiket free sebab seronok sangat dapat free disponsor oleh pakcik jpa hehe) Terima kasih sangat kepada pakcik jpa. Memang banyak perkara dapat kelebihan kalau ada biasiswa jpa, anda akan diutamakan lebih-lebih lagi tentang kerja cepat yang saya dapat ni. Kembali kepada cerita balik ni, saya balik selama 10 hari saja sebabnya saya kena ke Bandung semula untuk majlis konvokesyen. Saya ke Bandung semula pada 21 November - 30 November. Lama kan? Sampai saya demam dan baik demam saya berada kat Bandung. Saya ke Bandung dengan abah, alang dan sepupu. Lama sebab adik saya pun ada kat sana lagi. 
Selama saya balik 10 hari tu, Alhamdulillah satu kerja dah selesai. Satu langkah baru sebelum membina keluarga besar :)

Sebelum Kerja
Balik saja dari Bandung, 1 Disember saya terus ke MMC, KKM, JPA dan SPA. Saya senaraikan tempat yang saya pergi mengikut urutan. Nanti saya akan cerita lagi supaya senang junior saya terutama dari Bandung untuk buat panduan dan dapat gambaran. Saya memang sengaja nak setelkan sebelum saya balik ke Kelantan. Jauh nak datang balik nanti. Tempat terakhir yang saya pergi iaitu SPA, yang uruskan penempatan saya dah dapat surat perlantikan. Pegawai yang bagi surat kepada saya ucapkan "Selamat berhousemenship". Waktu itu tak ada perasaan langsung sebab penat baru balik dari Bandung. Saya ada tanya dia bila induksi, dia kata minggu kedua bulan 12. Memang betul kata pegawai tersebut.

Interview
Interview SPA saya di Bandung pada 13 Oktober. Pegawai SPA dari Malaysia datang untuk interview semua pelajar dibawah biasiswa jpa. Seronok kan? Mereka yang datang cari kita dan interview. Jadi untuk adik-adik yang masih belajar di sekolah menengah. Belajar all out dan betul-betul biar dapat biasiswa. Banyak kelebihan yang kita dapat. Kalau saya memang tak mampu untuk belajar sendiri dengan duit dari keluarga. Yuran untuk buat medik memang mahallah jugak. Saya masih ingat dengan jelas 2 soalan pegawai yang tanya masa interview, nanti nak buat specialist apa dan dah ada calon ke belum? Masa tu saya hari kedua interview jadi saya dah tahu 'soalan bocor' tersebut. Memang dah buat persediaan awal. Hehe.

Tawaran
Saya ingat lagi, jumaat lepas 9 Disember. Waktu itu saya tengah potong sayur untuk buat ulam nasi kerabu. Saya baru sahaja guna telefon waktu itu, jadi terus saya letak tepi saya masa nak potong sayur. Jadi masa telefon berbunyi dan nombor pegawai induksi keluar terus angkat. Nombor dia banyak nombor 8, jadi memang saya dah agak itu dari pegawai untuk induksi. Hehe. Iyelah nombor dari Putrajaya memang banyak nombor 8. Hari jumaat lepas ada kenduri untuk anak Along saya yang baru lahir, jadi rumah agak riuh sedikit sampaikan Cik Betty pegawai bahagian induksi tanya bisingnya bunyi suara kanak-kanak. Saya ada 3 orang anak saudara sekarang mana tak riuh.

Cik Betty tanya, nak induksi tak? Macam tanya nak pergi bercuti sahaja. Dia memang kata last minute tapi saya offer untuk beberapa orang juga kawan-kawan saya. Saya pun kata ok, tapi waktu saya baca surat tawaran induksi, dalam surat ada tertulis yang kalau nak tangguh kena ada sebab yang kukuh. Saya memang tak ada sebab nak tangguh pun. Seronok dapat. Memang dah rasa dah akan dapat pada minggu tersebut. Saya suka ikut rasa hati. Hehe. Banyak yang betul sebelumni. Memang sudah perancangan dari Dia.

Induksi
InsyaAllah harini 13-16 Disember saya akan ikut induksi. Kalau dah habis induksi selalunya hari Ahad atau Isnin berikutnya akan mula kerja. Hohoho. Kerja sebagai HO. Seram tak? Layan sajalah. Hehe

Bersedia?
Beberapa orang tanya dah bersedia ke nak kerja? Ermmmmm...kalau nak tunggu bersedia sampai bila-bila tak bersedia. Betul kan? Jadi saya mengambil keputusan untuk menyediakan diri saya, kalau nak tunggu mesti sudah terlambat. Betul tak? Saya berharap saya sihat dan tidak malas untuk belajar lagi. Semalam saya pergi kedai buku Kamal yang seberang Hospital Kuala Lumpur. Saya beli handbook. Sudah boleh guna handbook. Sebelum ni Dr. Nadia marah saya guna handbook. Hehe. Peace along :) Waktu nak balik terserempak dengan junior UKM-UNPAD twinning. Diorang buat klinikal di HUKM, tempat yang saya suka juga.

Petang masa nak balik dah, tetiba dapat call dari Nurul. yey! Jumpa Nurul di KLCC. Nurul ni deskmate masa kelas 4/3 dan 5/7 di kisas dulu. Sahabat baik juga. Banyak cerita kami kalau dah jumpa, Nurul memang stay cute walaupun dah sarat mengandung anak ke-2. Nurul agak cepat dah nak masuk anak ke-2. Nampak perbezaan yang kami cerita berbanding zaman sekolah. Iyalah, sekarang Nurul kongsikan tentang kehidupan berkeluarga dan pengalaman jadi ibu. Nurul belanja sebab saya tahu saya belum kerja lagi pula Nurul offer awal-awal. Lepasni Tasha pulak belanja Nurul sebab Tasha dah kerja. Oh ya, Nurul ni dari Perak (tetiba lagi.hehe)

Panjang saya tulis kalini dan saya tak tahu bila lagi dapat tulis panjang, tapi saya akan terus menulis. InsyaAllah. Sehingga kita jumpa lagi. Doakan saya masuk alam baru ni.

ps: Saya pernah plan untuk kerja pada tahun ini dan Alhamdulillah, Allah swt kabulkan impian saya. Saya ni memang banyak dreams. Dah banyak tercapai. Saya jugak suka berangan. hahaha!

Thursday, October 27, 2011

Assalamualaikum wbt, 

Regarding my previous entry, 


That's all.

Oh one more thing I want to warn you (the other person who met my sibling), 


Lay a finger means 'any discomfort'.

That's all. No more entry about this.



ps: kau mampu membuat aku tersenyum jadi tak ada sebab untuk aku terus bersama orang-orang yang buat aku menangis -___-

Tuesday, October 25, 2011

Luahan Hati

Assalamualaikum wbt, 

Tidak perlu berdebat tentang perkara tersebut lagi. Betul. Tidak semua perkara perlu dibahas. Tidak semua perkara dalam dunia ini boleh diungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa sudah cukup setakat ini sahaja. Selama ini sudah banyak yang saya telan sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya katakan cukup. Cukup setakat ini sahaja. Jangan suka menanam tebu di pinggir bibir. Sayang bukan boleh diucapkan dengan kata-kata. Saya masih ingat dengan jelas, "saya sayang awak macam saya sayang keluarga saya". Betul ke? Hanya pada kata-kata sahaja saya rasakan.

Cukup setakat ini sahaja. Saya tidak akan call atau message lagi. Apa lagi memberitahu atau menyebabkan tahu. Saya tahu saya banyak kekurangan. Sangat banyak. Saya insan lemah. Saya manusia yang banyak buat salah, tapi siapa yang tidak mahu menjadi baik? Baik itu fitrah. 

Sometimes things are  better left unsaid  

Bye bye friend

Sorry 

Saturday, October 22, 2011

Please Dont Judge!


‎''Before you accuse me, take a look at yourself'' ~Eric Clapton

No one enjoys beings judged. 

At least, I cannot think of anyone that enjoys being judged.
Sadly though, there is a whole lot of judging others going on in our day-to-day lives!


To avoid judging,we should reflect on times when we act judgmental.
Learn, grow and reflect on what might be going on inside of you when you form judgments.
Look at all the known facts in a situation.


Be compassionate to ALL living creatures.


Be sensitive to what others might be going through.


Lastly,encourage yourself to accept others as they are.YOU are not at any place to attempt to change anyone....When you find yourself forming an opinion about someone or their actions, take a moment to think of what might be going on in their life instead of JUDGING :)

Source: Wisdom Quotes

ps: mulut orang tak boleh nak sekat.


GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK, TAPI KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK. 

Thursday, October 13, 2011

Happy Moments In My Life

Happy moments in my life that are not easy to describe in words:) 

Year 2003:  SPM 2002 Result's announcement. Picture from the paper.
(dalam gambar ada Nurul sebelah kiri saya,  dari kanan ada Yana, Fathimah).
Love this picture so much :)

Year 2009: Pre-clinical Convocation

Year 2011: Today. The interview for the job ;)

ps: di sebalik gambar kat atas ada kerja keras dan pengorbanan yang di akhirnya sangat manis:)

pps: banyak nak tulis terutamanya tentang harini. tentang tajuk 'lambat', 'kakak'. penat sebab tu letak gambar je, esok saya kena ada di rumah sakit sampai jam 9 pm jadi kena tido dulu. babai. selamat malam. 

Monday, September 26, 2011

Student Life


masa belajar dulu, (sebelum final exam bulan 4)

coursework, thesis, exams, books.

tidur lambat atau kadang-kadang tertidur sambil pegang buku atau nota-nota.(tidur tak plan)

bangun awal, sangat awal untuk berkejar follow-up.

student life, the time that I enjoy very much :)

ps: sabtu dan ahad yang busy!

Thursday, May 5, 2011

Hari ini (sebelum magang)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Kemas buku tebal dan berat - Done!

Gembira masuk bilik dan tengok tersusun kemas buku. Kalau lepas ni masuk posting mana2 boleh ambil terus. Dengan kata lain senang nak cari. Bahagia rasanya. Bukan lama pun nak kemas buku tadi. Sambil bersembang dengan kakak Nurul dah selesai. Itulah sejak selesai exam final bertangguh. Jangan bertangguh nanti bersepah bilik dan juga rumah anda.

Pernah tak dengar atau terbaca? Saya tak pasti saya baca atau dengar dari orang. Katanya kalau kita lihat keadaan sepah2 atau berselerakan tempat seseorang itu tinggal(bilik/rumah) itu menggambarkan keadaan di dalam kepala seseorang itu. Menggambarkan peribadi seseorang tersebut. Mungkin juga. Ini konklusi saya saja ok. Jangan percaya bulat2. Sila buat pemerhatian dan penelitian anda sendiri. 

*Teori di atas tidak benar untuk keadaan tertentu, especially selepas exam :)

Kemas tak? (bukan bilik saya)

Bukan bilik jugak (tak mainlah warna pink)

Kak Nurul

Semalam lepas usrah di masjid as-syifa' dalam rshs, kami (saya dan kak nurul) solat maghrib di mesko(bilik masa zaman klinikal). Bunyinya dah lama selesai saja klinikal padahal sebulan pun tak sampai lagi. Perasan! Makan pecel lele disimpang 3 dan ikut kak nurul ambil buku2 sebelum pulang ke rumah. Kak nurul ikut balik rumah dan petang tadi baru balik ke pangkal jalan(sorryyy sebab menyebabkan tengok banyak episod CSI dan rancangan masak memasak). Ada berdiskusi tentang perkara2 tertentu sambil2 saya kemas buku. Sambil tengok tv sambil saya baca buku merah buku ajaib juga. Kepunyaan kakak nurul. Dalam hati berharap kak nurul offer buku tu. 

*Kak nurul offer! Hehe(malu nak cakap belum habes baca lagi).

Macam mengarut pun ada pulak dah cerita kat atas, tapi ada konklusi saya nak catat pada hari ini,

Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka(kelompok jahiliyah).
 Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita.

Terima kasih yang banyak kepada kak aisyah untuk tulisan tentang istiqamah yang sangat bermanfaat :)

Komunikasi

Selain dari pelajaran medik yang sangat mencabar yang saya belajar, satu perkara yang paling penting dalam bidang ini adalah komunikasi. Patutlah dulu masa preklinikal, zaman belajar di jatinangor ada subjek komunikasi. Komunikasi antara dokter-pasien. Penting ilmu bercakap ni. Terima kasih ma abah kerana ajar saya bercakap(tiba2 teringat wajah2 mereka). Kembali kepada komunikasi. Kawan saya pernah cerita kepada saya ada seorang residen(orang yg belajar lagi nk jadi specialist) kena buang kerja sebab selalu marah pesakit. Kiranya cakap tak elok. Kalau pesakit tersebut sihat mungkin tak datang berubat kan? Hehe. Tiba2 lagi sokong pesakit.

Kembali kepada alam realiti. Hari ini ada orang bercakap dengan saya tanpa pandang saya pun. Dari jauh. Adoi~ Saya tak dengar dengan jelas pun apa ditanya kawan. Minta maaf banyak2 tak dapat nak tolong jawab. Lagi pula tak molek kata orang kampung saya cara bercakap macam itu. Kembali lagi cara bercakap melalui telefon, cara bertanya, cara meminta tolong dengan orang dan macam2 lagi. Semuanya ada adat kata orang melayu yang penuh adat. Betul kan? 

Mungkin ini pembelajaran hari ini :) 

Esok

Esok akan dibagi penempatan untuk magang dan siapa ahli kumpulan. Seram! Rancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Usaha kita berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah.

Belum waktunya bercakap tentang magang. Esok mungkin, sebab tajuk kat atas "Hari ini". 

Jom kita lihat video tentang tawakkal, khas untuk adik yang sangat disayangi, 



Friday, April 22, 2011

Alwaqtu 'ilaj



Masa itu mengubat :)

Sekarang aku mampu tersenyum menyelak kembali lembaran cerita dahulu. Kadang-kadang aku juga cuba memberitahu orang lain bahawa jangan jadi lemah! Jadilah seorang yang kuat.

Tiba-tiba aku rasa nak cerita tentang waktu yang mengubat. Kalau dulu masa kau buat perkara tersebut, aku menangis bengkak mata merah sampai aku rasa aku tak mungkin sampai di mana tempat aku berada sekarang. Kau pula punya banyak alasan dan cerita yang kau kata itu sebabnya. 

Aku teruskan langkah aku dalam kehidupan ini. Pada awalnya aku rasakan sungguh perit dan sesak. Tapi aku tetap teruskan juga. Semakin lama aku melangkah satu-satu hikmah yang tersingkap. Aku bangun dari rasa terjatuh. Aku tak banyak cerita kepada orang yang tanya. Bagi aku biar Tuhan yang tahu. 

Alhamdulillah. Hanya itu yang aku mampu katakan sekarang. Aku mampu tersenyum mengenang ketika itu. Aku menjadi matang dan banyak belajar dari pengalaman. 


 

Alwaqtu juz-un minal 'ilaj. 

Waktu adalah bagian dari terapi, pesan Hassan Al Banna.

Nota 1: Skip pasal exam baca cerita kat atas sekejap.

Nota 2: "aku" dan "kau" adalah mereka yang dalam kehidupan. manusia biasa sahaja yang banyak melakukan kehidupan.

Nota 3: Gambar bunga yang saya sangat suka. Mohon dengan sangat Ya Allah! 

Thursday, March 24, 2011

"Nak give up studi"

"Saya nak give up studi lah sebab rasa tak boleh nak fokus dan tak kuat".

Give up study?

Pernah ke terfikir apa yang sudah kita lalui selama ini sudah banyak dan sudah agak lama walaupun seminggu, sebulan atau setahun. Berapa banyak duit yang sudah habis dan nak dibazirkan kalau nak tinggalkan semua perkara ini sekarang? Tarik nafas dalam-dalam dan fikir dalam-dalam. Jangan buat keputusan dalam keadaan emosi tidak stabil. Lagi-lagi dalam keadaan hati tidak tenang. Nanti kita yang menyesal tidak sudah-sudah.

Dalam kehidupan ini banyak ujian yang perlu kita hadapi. Ini semua ujian yang Allah swt bagi, pernah tak dengar ayat ini dalam Al-Quran? Al-Quran sudah berapa lama tak buka? Tersimpan kemas dalam almari bukan untuk jadi barangan antik. Ambil sekarang dan buka Surah Al-Baqarah, ayat 286. (muka surat 49). Baca betul-betul! 


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Kalau kita rasa kita terperosok jatuh dan sedih. Lihat orang yang di bawah kita yang nasib mereka lagi buruk dari kita. Jangan pandang orang di atas kita. Tak rasa ke kita masih ada family yang sangat sayang kita? Ada makan pakaian cukup dan dapat peluang berada di tempat kita sekarang. Cuba lihat orang-orang yang tak ada peluang belajar. Tak cukup duit nak makan pun.

Sampai bila nak jadi tak kuat? Jangan jadi lembik! Jangan jadi lemah! Kita tak akan kemana-mana dengan macam tu. Nak susahkan berapa ramai orang dengan keputusan kita yang dibuat sebab perkara remeh. Jangan nanti menyesal. Ambil masa fikir dalam-dalam. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Ingat satu perkara. Kita hidup ini bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Bangun. Tolonglah bangun dan sedar. Jangan dalam keadaan macam ini Allah SWT tarik nyawa kita. Nak ke? Dalam keadaan kita yang masih meratapi perkara yang remeh temeh. 

Jadilah kuat. Cubalah untuk jadi kuat. Mungkin susah dan perit tapi bangunlah jangan jadi orang yang lemah.

Salam sayang,

Orang yang sangat menyayangi kamu.

Friday, March 18, 2011

Warna-warni Kehidupan :)




Assalamualaikum wbt dan Salam ceria buat semua.

Alhamdulillah tadi dah dapat nilai Anestesi. Dah selesai tinggal satu lagi department iaitu Radiology. InsyaAllah akan cerita tentang anestesi lagi pada entri lain. Kali ini nak cerita tentang warna-warni kehidupan. Banyak warna dalam hidup ini kan. 

Ada orang suka warna ini tak suka warna itu. Ada orang apabila dia dah suka warna tertentu, warna-warna lain memang dia dah tak pandang. Kadang-kadang bukan setakat tak pandang tapi dia mula nampak warna lain dari sisi negatif. Warna yang dia suka sahaja yang positif dan cantik. Inilah kehidupan kita.

Indahnya alam dan kehidupan ini kan? Cuba kita renung ciptaan Allah swt memang berwarna-warni dan tidak wujud dalam satu warna atau lebih tepat lagi satu jenis sahaja. Cuba pandang ke langit. Dongak sebentar ke luar. Cantik kan? Warna biru putih. Cuba lihat ke sekeliling ada pokok dan tumbuhan yang berwarna hijau. Belum lagi kita lihat bunga-bunga yang macam-macam warna. 

Seterusnya kepada ciptaan-Nya yang bernama manusia. Kita juga ada berbagai-bagai warna kulit dan rambut. Lihat sekeliling kita, contohnya di Malaysia negara kita. Cuba lihat di sini, Bandung. Walaupun dari negara Indonesia, tapi kita dapat bezakan yang mana orang yang asal Jakarta yang mana asal Bandung. Dia orang sunda atau jawa. Semuanya berbeza-beza dan bukan datang dari satu bangsa sahaja.

Tercatat dalam Al-Quran tentang ini,


 

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan. Dan Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling berkenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa. " (QS 49:13)



Kehidupan yang berwarna-warni bukan terhad kepada ciptaan-Nya sahaja, tetapi cuba kita sama-sama lihat dan renungkan lagi tentang apa-apa yang berlaku dalam hidup kita. Kita pernah kecewa sedih takut risau jatuh gagal dan sebaliknya pernah merasakan kejayaan gembira tenang bahagia. Itu semua warna kehidupan kita yang saya pasti semua orang pasti pernah melalui dan merasakan. 

Kita pergi kepada sikap kita yang berwarna-warni. Pernah marah? Semua sifat mazmumah yang negatif? Itu semua saya lambangkan kepada warna hitam dan kelam. Hati yang tenang? Semua sifat mahmudah yang positif? Saya lambangkan dengan warna yang tenang ceria dan cantik. Kita berada dalam warna yang mana satu? Sama-sama kita renungkan dan muhasabah sejenak. 

Kesimpulan yang saya dapat buat adalah, saya banyak belajar dari warna-warni kehidupan yang saya pernah lalui dan sedang lalui. Banyak juga saya jumpa dengan warna-warna  yang memang nak atau tak nak terpaksa jumpa. Di akhir hari banyak pelajaran dan hikmah yang tersembunyi di sebalik semua warna tersebut :)

Allah swt tidak hadirkan sesuatu warna dalam kehidupan kita dengan sengaja. Banyak hikmah yang tersembunyi yang belum kita dapat lihat atau terlihat. InsyaAllah.

p/s: entri hadiah ke adik dan eji :)
 

Monday, February 28, 2011

Past and Present

Assalamualaikum wbt

Pertamanya entri ini sebenarnya dalam bahasa melayu :) Sengaja tajuk dalam BI biar pendek. Kalau dalam BM jadinya Kisah Lepas dan Hari Ini.

3 minggu yang lepas saya di rotasi minor Kulit & Kelamin. Mungkin saya tak berapa suka jadi rasa susah. Tapi sebenarnya senang sahaja. Pernah selepas saya jatuh angkut, kaki sakit. Ada seorang pesakit datang di poliklinik kosmetik dengan keluhan untuk berobat, JERAWAT. Dalam hati saya kata, "sakit lagi kaki saya ini Pak!" Sebenarnya pesakit tersebut seorang lelaki. Pecah rahsia yang lelaki juga sangat menjaga penampilan.

Alhamdulillah, seminggu lepas kurang tidur disebabkan minggu ujian. Saya lulus di rotasi KULKEL(kulit & kelamin). Kalau nak dihitung sebenarnya 2 minggu sahaja belajar termasuk nak hafal nama obat-obatan yang banyak. Seminggu terakhir dah minggu exam.

Alhamdulillah! Semangat tak tengok gambar ni?

Sabtu yang penuh dengan aktiviti bukan medik. Alhamdulillah akhirnya dapat pergi pengajian dan kelas mengaji. Sudah lama tak berkumpul di pengajian(taklim) bersama-sama orang di sini. Tajuk hari sabtu lepas adalah, "Pengaruh Shalat Terhadap Kehidupan dan Kepribadian". InsyaAllah saya rancang nak tulis dalam blog satu lagi, blog ramai-ramai Al-Humaira'. Jemput baca nanti. Sebenarnya kelas mengaji saya petang, tapi sengaja pergi dengan Hafizi pagi. Hafizi pergi kelas mengaji dia dan saya ke tempat pengajian. Petangnya saya pergi lagi ke Masjid Salman ITB untuk kelas mengaji saya. Hanya sesi berkenalan dengan Ustazah Noni. Rasa nak kutip banyak ilmu selain ilmu medik sebelum balik for good.

Sebelum balik rumah pergi makan di warung pasta dengan Cik Ada :) dekat Jalan Dago depan Rumah Sakit Baromeus. 

Ahad pagi lagi sibuk di dapur(chewah bunyinya macam tukang masak berjaya je). Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak. Jadi memang kena masak sendirilah. Mana ada jual di kedai makan atau warung. Alhamdulillah menjadi kali ini. Bab nasi yang susah nak masak (supaya tidak keras dan tidak lembik). Lepas masak terus pergi hantar ke Piji dekat rumah senior dia sambil nak tengok juga tempat yang dia selalu lepak. Oklah sebab masa sampai tengok nota-nota dia bersepah di atas lantai, maknanya tengah studi jugak :)

Petang pergi pasar baru untuk survey barang-barang jualan. Bajet macam businesswoman sahaja saya ni. Survey barang Nabila dan Nurul sebenarnya bukan barang jualan. Tapi rindu nak berbisnes lagi! Blogshop dah lama tak update. Tudung pun dah lama tak tengok. Ramai tanya. InsyaAllah nanti nak mula lagi. Jemput lawat blogshop saya ye =)

Sepatutnya balik kena studi untuk pre-test Anesthesiology esoknya. Tetapi tak studi sebab ngantuk dan penat, lagi pula Siva datang rumah. Jadinya tidaklah studi cuma belek-belek sahaja buku sambil dalam hati risau takut keluar soalan esei yang panjang nanti tak tahu nak jawab apa. 

Hari ini Isnin: Alhamdulillah tadi pre-test hanya 10 soalan objektif (MCQ). Soalan biasa-biasa saja(poyolah!). Padahal dah tengok soalan past year earlier :) Sebijik keluar! Rezeki kan? Alhamdulillah :)

Anesthesiology

Rasa sudah jatuh hati dengan pelajaran anestesi. Walaupun hari ini penuh satu hari sampai jam 4pm. Rasa tenang dan bahagia di anestesi. Mungkinkah di pagi hari dimulai dengan acara doa yang dikatakan seorang teman? Tidak seperti bahagian lain? 

"Anes ni bagian yang siqoh"

*kata saya. Sudah mula rindu biah yang solehah macam sekolah di Klang dulu. Belajar tanpa gangguan tenang dan ibadah sangat terjaga dan dijaga. 

"Rindu ki" 

*monolog dalam hati sahaja sambil teringat sahabat-sahabat yang sekarang sudah kesemuanya bekerja kecuali saya dan Ninie(paling rajin belajar sedang ambil PHD). Respek dengan dia!

Nota: 
  • Rezeki itu dari DIA Yang Maha Esa. Alhamdulillah :) Syukur dan sangat gembira bersama keluarga tersayang.
  • Buat apa-apa pun memang kena ingat DIA Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Jadi jangan sombong!
  • Belajar supaya emosi dan hati jadi kuat lagi-lagi dengan keadaan dan orang sekeliling. 
  • Tahun ini tahun membina kerjaya! Doakan saya semoga berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. 

Friday, February 25, 2011

131 & 31 : Dari Hijau Ke Biru



Assalamualaikum wbt 

No 131 adalah bilangan yang ikut blog ini guna google friend connect dan 31 yang guna akaun FB di networked blog. Mula-mula dulu blog ini guna warna hitam hijau dan ada rama-rama. Gambar kat atas adalah header untuk layout dahulu. Dulu-dulu hijau dan sekarang warna biru langit. Terima kasih semua :)

Kadang-kadang rasa bersalah terlalu menulis mengikut sesuka hati di sini. Niat ingin berkongsi sesuatu supaya bermanfaat terutama buat yang jadi follower. Banyak plan nak tulis perkara yang lebih bermanfaat.

Terutama ada adik junior yang tanya tentang bagaimana belajar di UNPAD. Juga tentang cara-cara nak belajar masa SPM. Bukanlah yang terbaik tapi insyaAllah sedikit pengalaman boleh dikongsi. 

Mungkin sudah masuk tahun ke-4 menulis dan 2 tahun setengah benar-benar menulis. Banyak manfaat dan kritikan saya dapat. Terutama dari anynomous. Terima kasih.

p/s:tulis, simpan dalam draft, publish kembali. * Selamat Hari Jumaat. Semoga lebih wardah :)

Saturday, February 12, 2011

Hari Sabtu Di Bandung

Iman dengan Atuk. Iman sekarang dah umur 3 tahun. Bukan lagi 'budak kecik'.
Assalamualaikum wbt

Minggu lepas hari sabtu yang sama saya masih di rumah bersama Iman dan Danish Ikram. Besar dah dua orang 'budak kecik' dulu. Biasalah kalau di rumah memang suka duduk di rumah sahaja. Bersenang-senang tengok TV dan makan-makan :) Paling penting bersama keluarga. Ziarah saudara-mara yang saya dah rancang dari awal.

Hari sabtu di Bandung. Hari ini sabtu pertama. Sejak semalam sudah rancang dari awal aktiviti hari ini. Awal-awal pagi kemas bilik kemas semua buku-buku. Banyak juga buku bukan medik yang saya ada yang saya beli di sini. Nanti nak bawa balik semua ke Malaysia. Dah mula berkira-kira. Bulan 4 nanti saya wajib balik. Eh boleh pulak ada wajib? Saya dah tak boleh tinggal di Indonesia lagi -__- 

Survey tiket dah berapa kali dengan harapan harga tiket menjadi murah. Rasa-rasanya malam ni dah kena beli sebelum menjadi mahal lagi. Tak nak jadi macam balik hari tu lagi dengan tiket sangat mahal bagi saya untuk seminggu. 

Oklah. Khairi dan Badihah sudah tunggu untuk aktiviti hari ini! Jumpa Mina juga nanti. InsyaAllah :) 

Hidup ini kena bergerak tak boleh 'static'. Kena bangun tak boleh terperangkap dengan kisah-kisah yang tak patut - ayat untuk hari ini. 

Jangan lupa senyum sokmo! :)

Thursday, February 10, 2011

Kisah ke? (mesir)

*Gambar ambil dari blog Sha
Assalamualaikum wbt

Sewaktu sekolah di Klang dulu banyak dengar tentang Mesir dan cerita-cerita orang Arab. Tentang bahasa Arab pasar mereka. Ustazah Normah yang banyak cerita. Ustazah cerita pengalaman ustazah belajar di tanah arab. Suka dengar cerita ustazah.

Masa ma abah pergi buat Haji masa saya tingkatan 5 mereka cerita pengalaman buat Haji pula. Tentang orang Arab tapi itu di Mekah. Pengalaman duduk sebulan lebih di sana. Seronok!

Apabila selepas SPM pula ramai kawan-kawan satu batch yang pergi sana. Lebih-lebih lagi kawan-kawan yang mengaji agama tak kurang juga yang belajar medik. Memang kagum habis sebab mereka boleh belajar direct bahasa arab. Lagi jeles dengan orang yang belajar agama. Banyak juga dengar cerita dan tukar-tukar cerita dengan mereka. 

Bila mula menulis dan juga membaca blog. Ramai jumpa sahabat dan junior/senior yang belajar di sana tulis tentang pengalaman mereka di sana. Memang saya peminat tulisan mereka. Memang respek dengan mereka sebab jauh dari tanah air dan balik Malaysia pun sekali setahun, kadang-kadang ada yang tak balik sampai habis belajar. Beza sangat dengan keadaan saya di sini. 



Sekarang tengah hangat kisah Mesir(egypt) dan pelajar Malaysia di sana.

Waktu balik seminggu di Malaysia setiap hari berita di TV ada tentang Mesir. Memang tersentak saya lihat. Tempat-tempat yang pernah saya dengar ada reformasi, Cairo, Alexandria...Tempat kawan-kawan belajar. 

Ada satu ketika tengah-tengah tengok berita tentang di Mesir, terus saya ambil HP dan cuba telefon Sha yang belajar di Cairo University. Masuk! Alhamdulillah lega dapat berbual dan tanya khabar juga dengar suara Sha. Sedih dengar bila dia kata, "Kami hanya duk dalam Malaysia Hall dan makanan kena catu, satu2nya cara berhubung adalah dengan HP". Sebelumnya sewaktu awal  minggu balik Malaysia saya cuba sms Sha, tapi tak berbalas. Itu yang saya terus telefon.

Alhamdulillah selamat mereka. Banyak tahu kisah waktu tu baca di blog Fathiyyah juga. Lagi-lagi entri Darurat di blog dia. Rasa nak nangis sama. Sebelum ini memang banyak baca tentang pengalaman dia di tanah arab sana. Memang respek dengan kamu adik Puan Fathiyyah. Pelik pula panggil adik. Hehe :)

Pengalaman Sha di blog Sinar Islami  dia pun banyak dapat tahu tentang keadaan di sana. Boleh baca entri Tuah di Bumi Mesir : Revolusi dan Sinar Baru. Jangan lupa sambung lagi Sha pengalaman kat sana! Sha sampai Malaysia lambat juga 6hb Februari kalau tak salah saya. Sha kita ni pun tak kurang mantap dia dari Fathiyyah.

Semoga keadaan di sana cepat OK dan korang semua dapat pulang kembali sambung belajar. Manfaatkan cuti sekarang sebaik-baiknya. 

InsyaAllah one fine day we will meet each other :) 

Wednesday, February 9, 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

...Inikan Pula Tempat Bermain.

Assalamualaikum wbt semua.

Sekali sekala tulis peribahasa dulu sebelum bagi salam :) Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah saya sihat tapi ada sakit sedikit di buku lali (ankle)

Hari Penuh Sejarah

Harini saya sibuk sebab majlis pernikahan saya. (merapu pulak dah!). Ok Ok kembali cerita asal.

Sebenarnya seperti hari hari biasa saya ke kelas dengan menaiki angkut (sejenis kenderaan macam van kecil iaitu kenderaan awam). Dengan membayar Rp1000 ~ 40sen saya sampai ke depan Rumah Sakit (hospital). Bangun sebelum subuh lagi dan tahniah untuk diri sebab berjaya bangun lebih awal dari hari sebelumnya. Kalau biasanya bangun sebab dengar azan dan akan rasa menyesal sebab rasa lambat bangun dan tak ada peluang nak qiam dan doa banyak-banyak. Alhamdulillah harini Allah swt permudahkan. 

Rancang untuk keluar dan  sampai jam 6.30am di depan kosan (asrama tempat tinggal) kawan satu kelompok untuk ambil nota presentasi kelompok kami. 3 orang presentasi pagi tadi, saya, Fathy dan Resvi. Judul presentasi kelompok kami adalah Kortikosteroid. Banyak kena baca! Jadi disebabkan banyak  dan terlajak saya membaca sampai jam 6.10am, baru tersedar dan terus bersiap-siap nak ambil nota yang Fathy sudah print. 

Keluar rumah terus tunggu angkut untuk ke kosan Fathy yang sebenarnya dalam 5 minit kalau berjalan saja. Dekat sangat tapi saya tunggu dan naik juga angkut. Waktu masa tu sudah 6.30am waktu saya naik angkut. Tergesa-gesa tapi sempat lagi nak  menyapa ibu hamil Puan Ida dan Cik Wani Robaai ( satu batch ada 2 orang Wani, jadi elok letak nama ayah :) Naik angkut sudah ada Kak Zai. Nasib ada dia seorang sahaja .Sempat lagi tegur dia kacau kata banyaknya minyak wangi pakai.

Disebabkan kosan Fathy tadi terlalu dekat dan saya pula masih nak tegur Kak Zai. Dengan tergesa-gesa beritahu Bapak yang bawa angkut supaya berhenti di depan pagar kosan. Masa tu saya rasa tergesa-gesa saya nak kejar masa dan turun tanpa berhati-hati. Terus gedebush!! Betul-betul depan pintu pagar. Kenapa nasib baik ada Kak Zai sorang di angkut? Sebab kalaulah ramai orang mesti semua panik. Saya pula cuba berusaha untuk bangun tapi tak berjaya. Sprained ankle! Adoi kakiku. Orang sprained ankle main bola atau sebab aktif bersukan tapi saya sebab berkejar pagi-pagi nak pergi ambil nota dan nak ke rumah sakit. 

Rasa nikmat kaki itu bila sudah kena macam ini. Senyum sambil tulis kisah ini dan ingat peristiwa pagi tadi. Dengan saya berjalan dengan secara sangat perlahan (jarang buat). Semua yang kenal dan terjumpa di sekitar rumah sakit akan tanya. Kenapa kaki? Mujur sekarang sudah selesai rotasi bedah dan tengah rotasi kulit. Banyak duduk saja. Setiap sesuatu berlaku memang sudah ada waktu dan sebab. 

Doakan kaki saya cepat sihat. Sebab saya ada plan nak beriadah (jogging). Sudah lama plan tapi belum buat lagi. Lebih-lebih lagi tadi ada orang tegur dari jauh sambil kata, makin gemuk ya kamu! -___- Adoi adoi!

Saturday, January 29, 2011

Design: Hidup Yang Cantik :)

-by Fatiha, Mommy Lily :) mitok maah kito lamo dok ber'update'. Doakan demo sehat sokmo.

Monday, January 3, 2011

Hidup Yang Cantik :)

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hidup ini cantikkan? Mari kita lihat dari 'kaca mata' yang cantik. Kita akan dapat melihat betapa cantiknya perjalanan hidup kita selama ini. Kita yang rugi selalu menggunakan 'kaca mata' yang salah. Saya pun begitu, selepas ini tidak mahu salah lagi memakai 'kaca mata'.



Berazam dan akan sematkan dalam hati yang paling dalam akan melihat hidup yang cantik ini menggunakan 'kaca mata' yang sebenarnya. Tidak mahu melihat dan meraba-raba seperti orang rabun mencari barang!



Kehidupan sekarang di peringkat akhir menjadi pelajar Tibb memang penuh cabaran. Tersedar yang tahun ini adalah tahun terakhir saya akan berada di sini. InsyaAllah. Sangat berharga rasanya masa sekarang yang nanti tak akan kembali lagi. Ingin menggunakan sebaiknya masa sekarang untuk mengutip ilmu sebanyaknya!


Kecantikan hidup yang hanya akan dirasai apabila kita bersyukur dan sabar menjalani apa sahaja yang mendatang dalam perjalanan yang lama ini. Sabar dan syukur!


InsyaAllah akan terus melangkah dengan senyuman dan semangat setiap hari. Berusaha mengutip pelajaran hidup yang ada :) Mencari mutiara yang tersembunyi :) Menghargai setiap peluang yang ada!


Masalah yang datang adalah cabaran yang mendidik diri untuk lebih bersedia ke alam kerjaya nanti. Tidak akan mudah rasa kecewa dan putus asa. Saya akan terus berusaha. Belajar mengenai manusia dan bekerja dengan manusia memang susah dan sangat mencabar. Jadi ini adalah peluang yang Allah swt berikan untuk saya terus berusaha dalam D & T. InsyaAllah :)


Akan sentiasa mencari peluang dan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik!

**Terima kasih kepada friends di Tumblr dengan gambar yang cantik di atas.

*Nota saya 1 : Part 2 : Tahun 1431H / 2010 M akan disambung nanti :) Catatan saya untuk seterusnya. Sudah tercatat lama belum dalam bentuk tulisan sahaja lagi.

*Nota saya 2 : Hari ini post oncall (setelah semalam bekerja sehingga jam 5 am di unit kecemasan) , jam 6 am follow up pesakit di wad Dahlia. Masuk sub divisi baru Thorax yang lebih baik dari sebelumnya. 

*Nota saya 3 : Laughter is the best medicine :) Bestnya kalau nanti setiap hari ada yang membuat humor dalam kehidupan saya nanti. Tak salah bermimpi kan? =) Serius sangat tak bestlah kan. Orang yang suruh saya senyum sokmo! Sudah lama tak mendengar khabar anak muda gigih berusaha itu.

**Tibb - perubatan  **D & T - dakwah dan tarbiyyah

Sunday, December 26, 2010

Cerita Bahagia

:) Assalamualaikum wbt 

Harini saya banyak baca blog orang. Niat di hati nak tulis blog sendiri. Saya suka petikan ayat dari blog Bunga dan Coklat. Comel kakak ni tulis blog. Anak kakak ni nama Iman :) Suka dengan nama Iman. 

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.


Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.


Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.


Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.


Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.


Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.


Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.


Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.



Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

BUNGA DAN COKLAT


**Nota saya: Tiba-tiba ada ayat terakhir di atas :) Siapa yang tak nak masuk syurga kan? Saya nak(jawab dengan penuh semangat). Mari kita bina jalan ke syurga bersama. InsyaAllah..

Thursday, December 23, 2010

"Enti yang tak nak"

Assalamualaikum wbt.

Perbualan dengan bekas pendidik (murabbi) dari sekolah di Klang (bumi waqafan) membuatkan saya terkesan dan berfikir.

Ustaz : Salam. Kaifa halluki Ya thobeebah?

Ana : Salam. Ustaz, ana bikhoir Alhamdulillah. Kaifa halluka Ya ustaz? Ustaz masih ingat saya budak nakal zaman sekolah dulu?

Ustaz : Ingat. Nakal sikit je. 

Ana : Alhamdulillah saya banyak belajar dari KI dulu, dan datang sini sahabat2 dari KI memang sentiasa ada mengajak ke arah kebaikan. 

Terus saya bercerita tentang 'geng2' zaman sekolah di Klang dahulu.

Ana : Ustaz masih ingat teman baik saya? NH (singkatan nama dia). Dia dah nikah dan dia dengan suaminya banyak berubah. Suaminya ikut T(singkatan lagi :) Dia pun sama ikut suami dia dalam T. Ana pun penah sekali ikut taklim T. Sungguh zuhud sekali mereka.

Ustaz : Oh dia yang ada sepupu tu ya? Bagaimana sepupu dia?

Ana : Ya betullah tu. Tapi ana rapat dan still kontek dengan dia saja. Sepupu dia pun dah nikah dengan dak 5/8 dulu. M(singkatan lagi:) pun dah nikah dengan orang lain. Semua dah nikah tinggal saya je belum ustaz.

Ustaz : Bagus dah nikah semua. (ustaz meneruskan ayat seterusnya)... Enti tu belum nikah sebab "Enti yang tak nak" 

Erkkk. Terdiam saya dengan ayat ustaz tersebut.

Terus berfikir kisah2 lepas dan soalan seterusnya kepada ustaz adalah,

Ana : ustaz nak tanya kalo kita tolak risikan orang takpa ke? ana takut juga kdg2.

Ustaz : kalau dia tak ok, takpe.

Ana : bukan sekali.

Ustaz : kalau ok, tp kita tolak sebab yg tak munasabah,,tak berapa kena.

Perbualan seterusnya dilanjutkan dengan perkara lain. Perbualan di pagi hari itu membuatkan saya terfikir tentang apa yang saya dah lalui. Memang ayat yang ustaz bagi kena sungguh dengan saya. Menusuk kalbu! 

**Nota saya: Teringat satu hadis tersebut yang saya sudah lupa matannya. Isinya masih ingat. Nanti dah jumpa saya letak di sini ya. Itu saja perbualan yang akan saya fikirkan dalam lagi. Saya menolak bukan bermakna anda ada kekurangan tapi mungkin kekurangan ada di pihak saya. InsyaAllah saya doakan yang terbaik. Semoga Allah swt berkati dan redhai usaha kita. 

Friday, December 17, 2010

Rindu (-__-)"

Assalamualaikum wbt

Sekarang rindu masa-masa yang tak sibuk dahulu.

Rindu nak menulis panjang dan rindu nak membaca.

Paling penting rindu dekat orang di rumah malaysia. Rindu Iman yang bulat dengan adik dia yang katanya bulat juga. Kali terakhir jumpa bulan 6 yang lepas. Lama dah ni!

Sebenarnya keluarga baru sahaja datang :) tapi rasa tak lama mereka di sini. Rasa nak suruh mereka tinggal lama-lama.

Oklah tak boleh tulis panjang kena masuk rumah sakit sekejap lagi.

**Inna Ma’al ‘Usri Yusra (Sesungguhnya setelah kesulitan ada kemudahan).