Assalamualaikum wbt,
Tidak perlu berdebat tentang perkara tersebut lagi. Betul. Tidak semua perkara perlu dibahas. Tidak semua perkara dalam dunia ini boleh diungkapkan dengan kata-kata. Saya rasa sudah cukup setakat ini sahaja. Selama ini sudah banyak yang saya telan sahaja. Sudah tiba masanya untuk saya katakan cukup. Cukup setakat ini sahaja. Jangan suka menanam tebu di pinggir bibir. Sayang bukan boleh diucapkan dengan kata-kata. Saya masih ingat dengan jelas, "saya sayang awak macam saya sayang keluarga saya". Betul ke? Hanya pada kata-kata sahaja saya rasakan.
Cukup setakat ini sahaja. Saya tidak akan call atau message lagi. Apa lagi memberitahu atau menyebabkan tahu. Saya tahu saya banyak kekurangan. Sangat banyak. Saya insan lemah. Saya manusia yang banyak buat salah, tapi siapa yang tidak mahu menjadi baik? Baik itu fitrah.
Sometimes things are better left unsaid
Bye bye friend
Sorry
No comments:
Post a Comment