Saturday, October 1, 2011

Sebulan

Assalamualaikum wbt, 

Semalam hari terakhir di Puskesmas Cimenyan untuk Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM) / Public Health. Tinggal rotasi terakhir Ilmu Penyakit Dalam(Internal Medicine), sebulan lagi magang dan selesai. Alhamdulillah. Tamatlah riwayat magang. 

Tentang magang kita cerita pada entri lain :)

Sehari sebelum selesai di Puskesmas Cimenyan dapat informasi tentang temuduga SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam). Sebelum ini hanya dengar khabar sahaja yang akan ada interview di sini (bandung), tetiba dah keluar nama. 

Sijil-sijil semua saya tinggal di Malaysia. Nasib baik dokumen-dokumen yang diperlukan semua dalam bentuk softcopy. Sijil SPM, surat beranak saya dan juga ma abah yang tak ada di sini. Alhamdulillah, Nabila boleh diharap. Thanks mommy! Nanti angah belanja masa datang Bandung.

Surat tawaran biasiswa - salah satu dokumen yang kena ada. Nasib baik saya masih simpan surat yang dapat masa tahun 2005 dulu. Ingatkan dah tak guna, niat saya simpan sebagai kenangan sahaja. Hehe. 

Borang-borang, ada 2 borang online yang kena isi. Alhamdulillah satu dah setel. Tinggal satu lagi borang online yang belum setel iaitu borang nak minta belikan tiket dari pakcik jpa dan lapor diri. 

Resume - kena buat resume tentang diri. Seingat saya pernah buat masa interview dulu-dulu masa nak masuk UTP takpun masa nak interview biasiswa dulu-dulu. Rasa dah tak valid dengan ayat-ayat zaman dahulu. Nabila pun dah tolong buatkan contoh, terima kasih lagi mommy! 

Interview - Kurang dari 2 minggu lagi. Nak pakai baju apa? Cakap apa? Belum bersedia. Relax sebelumni pun pernah interview. Dulu-dulu, masa nak masuk KYSM(masa darjah 6), masa nak masuk UTP(masa form 5), masa nak dapat duit dari pakcik JPA(lepas SPM) dan terakhir sekali masa nak masuk UNPAD(masa lepas KTT). InsyaAllah boleh-boleh. 

Ma kata ini hanya formaliti. Betul juga. Along dan Abang Long kan ada kalau nak tanya. 

Saya sebenarnya tak berapa suka nak isi borang online mahupun borang di atas kertas. Entahlah kenapa. Lambat nak isi dan nak mula isi. Kalau dah siap dan selesai rasa gembira dan tak percaya. Percayalah. Tak lama lagi nak masuk alam baru pula. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Terima kasih untuk Ma Abah, Along, Nabila sebab sediakan dokumen dan juga mencari dokumen-dokumen kat atas dalam fail di rumah sana. Pagi-pagi lagi Nabila dah sms tanya emel.

Setakat ini dahulu. Harini nak pergi pasar dan masak. Sebulan di sini tak boleh bazirkan. 

ps:lama dah tak tulis panjang kan? InsyaAllah nanti nak tulis hari-hari. 

ps lagi: tajuk lagu kat blog, "cerita hati"

No comments: