Showing posts with label 6th year. Show all posts
Showing posts with label 6th year. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Jumaat : 28 Oktober 2011


Assalamualaikum wbt, 

Tarikh yang saya nak letak dalam ✿moments to remember✿ : 


1. Hari terakhir magang setelah 6 bulan. Hari teakhir jadi final year medical student. Perasaan sangat lega dan rasa nak tersenyum sampai ke telinga. Alhamdulillah :)

2. Hari pertama jumpa family kawan :) (cerita yang ni nanti kemudian-kemudian kita cerita, nanti waktunya akan tiba. InsyaAllah). Sangat senang hati dan lega. Gembira. Senyum sampai telinga juga. Alhamdulillah :)


ps:
  • saya suka berangan, sejak dari sekolah rendah lagi rasanya. dan semalam saya teringat apa yang seorang sahabat baik cakap, "berangan, kalau kita fikirkan betul-betul boleh dianggap sebagai doa".
  • banyak nak cerita, tapi entri kalini biar pendek dulu. mungkin isnin nanti baru mula kerja baru, full time blogger :) weekend yang penuh!
  • harini ada majlis graduasi di ITB. seronok nak pergi! 
  • banyak dah Allah swt tunaikan 'angan-angan' saya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah:)

Thursday, October 27, 2011

Tinggal 3 Hari

Assalamualaikum wbt, 

Awal bulan haritu saya ada tulis entri: Tinggal 3 Minggu

Cepat masa berlalu. Sebenarnya tak sampai 3 hari dah, sengaja saya tulis 3 hari lagi. Kalau nak kira tinggal sehari lagi sebabnya sekarang dah masuk 27 Oktober, magang akan tamat riwayatnya pada 28 Oktober. 

Yey! Seronok rasa fikir dah nak selesai magang. Logbook (buku magang selama 6 bulan) dah setel. Tinggal tandatangan supervisor saja yang belum.

Alhamdulillah :) Lega rasa nak sampai ke penghujung dan memulakan sesuatu yang baru nanti. Walaupun dalam hati ada juga rasa berdebar fikir tentang alam kerja. 

Tinggal Khamis, Jumaat dan Sabtu akan wisuda (eh bukan saya yang wisuda).

ps:
  • Entri kat bawah saya lupa nak tulis tajuk, biarlah ok juga macamtu. Hehe. Senang kat update keluar terus.
  • Weekend wisuda(graduation).
  • Banyak nak buat terutamanya perkara yang tak boleh buat sebab masa tak mengizinkan sewaktu magang. Jom guna masa yang berbaki kat sini sebaiknya. Mungkin saya akan rindu negara ini? Mungkinkah? 
  • Nanti boleh tukar description kat profile, bukan lagi final year :)


Monday, October 24, 2011

Finally



Final week.

Alhamdulillah :)

ps: minggu ni sgt bersemangat nak pergi ke Rumah Sakit Cibabat.

ps lagi: minggu terakhir tak boleh malas-malas. Selamat Hari Isnin! 

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Saturday, October 8, 2011

Tinggal 3 Minggu

Assalamualaikum wbt,

Tinggal 3 minggu lagi untuk magang selesai. Magang adalah praktikal di Rumah Sakit Daerah dan juga Puskesmas(klinik kesihatan). Cepatnya masa berlalu. Tak sangka tinggal 3 minggu lagi dan selesailah semua urusan berkaitan menjadi pelajar.

Eleh orang lain dah lama kerja! (monolog sendiri dan suara yang tidak enak). Pernah pertama kali datang ke sini  seorang kawan yang datang awal setahun, sebabnya dia ikut matriks yang setahun dan saya ikut A-Level 2 tahun.

"awak tak rasa rugi ke? lambat?" kawan tanya.

"tak pun, lagipun semua ditanggung, saya datang sini belajar je" saya jawab senyap-senyaplah. 

Rugi? Alhamdulillah setakat ini tak pernah menyesal lagi dengan jalan yang saya pilih sekarang, walaupun saya tahu saya lambat. Ok, isi entri kali ini bukan mengenai lambat. Entri seterusnya akan bertajuk, Lambat.

Sekarang saya di rotasi Ilmu Penyakit Dalam di Rumah Sakit Umum Cibabat, Cimahi. Seronok sebab sebelum ini di Puskesmas hanya buat laporan dan sungguh banyak masa lapang. Memang jiwa saya dengan pesakit, maksud saya kalau buat specialist nanti insyaAllah saya mesti akan pilih klinikal. InsyaAllah.

Minggu pertama di Rumah Sakit setelah lama tak jumpa pesakit, hari kedua saya kena Common Cold. Memang tak larat, body aches, dan rasa nak tidur satu hari. Minggu ni saya ambil cuti khamis dan petang jumaat baru masuk untuk shift pukul 2 pm - 9pm. Seronok oncall, macam drama kat TV. Hehe. Lelebih pulak.

Harini saya masuk  lebih kurang jam 6 lebih pagi terus kena follow up 8 pesakit sebab 3 lagi ahli group ada ujian kompetensi dokter indonesia(UKDI). Jadi tinggal saya dan seorang lagi kawan dari Mesia yang tak ikut ujian tersebut kena cover patients mereka. Saya rilex je! Alhamdulillah setel sebelum pukul 8 am.

Harini sebelum jumpa para pesakit saya pakai masker(jarang pakai tapi sebab saya pun masih batuk kena pakai). Selepas kami follow up patients akan ada visit bersama dokter spesialis, sesi bertanya jawab secara spontan. Hehe. Time tu jugak kena jawab soalan dia, bukan masalah kena tolak markah ke apa tapi kalau boleh jawab memang rasa bersemangat. Kesimpulannya, untuk berjaya dalam sesi tanya jawab secara spontan sambil berjalan cepat kena banyak studi Cik Natasha. 

Selesai sesi visit pesakit bersama dokter spesialis, dr yang baik hati pun cakap, 

"harini ngak usah ada bimbingan"

"yey!"

2 jam kemudian saya sudah di rumah. Dalam jam 10 am. 

Nota saya:

  • Hujung minggu ni kena buat resume untuk interview bekerja. eh bekerja? hehe :)
  • Hujung minggu yang lega :) Betul kan?
  • Hujung minggu yang kena berusaha supaya badan sihat dan kuat tanpa batuk sebelum minggu depan tiba. Doakan saya!
  • Saya janji dalam bulan oktober tiap-tiap hari nak menulis tapi itulah saya hanya merancang, DIA yang menentukan. InsyaAllah lepas ini akan ada entri baru sokmo.

Saturday, October 1, 2011

Sebulan

Assalamualaikum wbt, 

Semalam hari terakhir di Puskesmas Cimenyan untuk Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM) / Public Health. Tinggal rotasi terakhir Ilmu Penyakit Dalam(Internal Medicine), sebulan lagi magang dan selesai. Alhamdulillah. Tamatlah riwayat magang. 

Tentang magang kita cerita pada entri lain :)

Sehari sebelum selesai di Puskesmas Cimenyan dapat informasi tentang temuduga SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam). Sebelum ini hanya dengar khabar sahaja yang akan ada interview di sini (bandung), tetiba dah keluar nama. 

Sijil-sijil semua saya tinggal di Malaysia. Nasib baik dokumen-dokumen yang diperlukan semua dalam bentuk softcopy. Sijil SPM, surat beranak saya dan juga ma abah yang tak ada di sini. Alhamdulillah, Nabila boleh diharap. Thanks mommy! Nanti angah belanja masa datang Bandung.

Surat tawaran biasiswa - salah satu dokumen yang kena ada. Nasib baik saya masih simpan surat yang dapat masa tahun 2005 dulu. Ingatkan dah tak guna, niat saya simpan sebagai kenangan sahaja. Hehe. 

Borang-borang, ada 2 borang online yang kena isi. Alhamdulillah satu dah setel. Tinggal satu lagi borang online yang belum setel iaitu borang nak minta belikan tiket dari pakcik jpa dan lapor diri. 

Resume - kena buat resume tentang diri. Seingat saya pernah buat masa interview dulu-dulu masa nak masuk UTP takpun masa nak interview biasiswa dulu-dulu. Rasa dah tak valid dengan ayat-ayat zaman dahulu. Nabila pun dah tolong buatkan contoh, terima kasih lagi mommy! 

Interview - Kurang dari 2 minggu lagi. Nak pakai baju apa? Cakap apa? Belum bersedia. Relax sebelumni pun pernah interview. Dulu-dulu, masa nak masuk KYSM(masa darjah 6), masa nak masuk UTP(masa form 5), masa nak dapat duit dari pakcik JPA(lepas SPM) dan terakhir sekali masa nak masuk UNPAD(masa lepas KTT). InsyaAllah boleh-boleh. 

Ma kata ini hanya formaliti. Betul juga. Along dan Abang Long kan ada kalau nak tanya. 

Saya sebenarnya tak berapa suka nak isi borang online mahupun borang di atas kertas. Entahlah kenapa. Lambat nak isi dan nak mula isi. Kalau dah siap dan selesai rasa gembira dan tak percaya. Percayalah. Tak lama lagi nak masuk alam baru pula. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Terima kasih untuk Ma Abah, Along, Nabila sebab sediakan dokumen dan juga mencari dokumen-dokumen kat atas dalam fail di rumah sana. Pagi-pagi lagi Nabila dah sms tanya emel.

Setakat ini dahulu. Harini nak pergi pasar dan masak. Sebulan di sini tak boleh bazirkan. 

ps:lama dah tak tulis panjang kan? InsyaAllah nanti nak tulis hari-hari. 

ps lagi: tajuk lagu kat blog, "cerita hati"

Sunday, September 18, 2011

ps (3 hari lepas)

plan nak tulis petang tu, tapi petang tu busy tolong kawan buat slide(yeke tolong?) *at least bagi idea, walaupun tak tolong sampai siap.

ps,

post script lagu "super something" sebenarnya.

lagu tu pertamanya nak dedicate dekat ma dan abah. dan juga along. dan juga adik-adik. teringat balik 6 tahun dulu masa tahun 2005 datang sini, rasa homesick. tengok negara orang yang agak aneh. hanya orang yang tinggal dan belajar di sini tahu bagaimana rasanya untuk tinggal di sini(bukanlah sengsara sangat) tetapi agak berbeza. cara fikir, "culture", cara mereka menerima kita sebagai orang mesia. sebab itulah negara ini, yang kaya tetap kaya dan yang meminta-minta(cuba tgk sewaktu berhenti di traffic light ataupun tepi jalan) masih banyak. 

pemandangan dan keadaan yang tak ada di mesia.

lari pulak dah tajuk. *ok back to my topic again :)


You'll see

I'm better
I'm faster
Stronger
I'm happier
When you by my side
(Ku lalui semua dengan senyuman di wajahku)


suka lirik yang kat atas. tepon ma suruh buka blog saya baca. tanpa ma abah along saya tak akan sampai di mana saya sekarang. 

ingat lagi masa hari saya pegi tengok CGPA degree saya, saya sms mereka. terus along reply cakap tahniah dan ma abah tepon. *how happy they were, made my heart smilling all day. I felt so good after that.

setakat ini dahulu. babai. *sorry campur2 english & BM.

Nota:(update magang)

  1. sekarang dah masuk bulan ke-5 magang, esok masuk minggu ke-3 dah. sekarang magang ilmu kesehatan masyarakat(public health). tak ada oncall dan sangat banyak masa lapang, sampaikan nak pegi jogging pun boleh -__-"
  2. akhir bulan depan tamatlah riwayat magang ini. yeya! Alhamdulillah :) 
  3. tetapi bulan terakhir magang adalah internal medicine, plan nak study bebetul dengan buka buku clinical medicine yang latest edition (hadiah along bagi) *dulu sejak pre-clinical lagi nak ada buku ni, berangan nak amik buku along, tapi at last along beli yg latest edition! thanks so much. love u so much!
  4. ps lagu jugak: dedicate utk you jugak sebenarnya dan juga adik lelaki yg ada kat sini. 

Tuesday, August 23, 2011

Happily in ♥


Gembira, hati mereka kanak-kanak suci :)

22. 8. 2005
My first step to Indonesia 6 years ago! Alhamdulillah I survived after lots of ups and downs here:) Another 2 months to go and I will go back for good. Good Luck friends! Happily in ♥ 

-Status FB- Setahun yang lalu pun status sama, ubah jadi 6 years ago je. dengan ganti 2 months-

22. 8. 2011
H I L (Happily In Love)

Everyone has their own story and path in life. So, dont get jealous with anyone. 

**Nota: Harini terfikir dalam kepala tajuk "rezeki", insyaAllah nak tulis. Dalam hidup ni jangan terlalu nak berkira sangat. Rezeki semua milik Dia, sekali Dia nak tarik memang tak pernah terfikir oleh kita. Jadi janganlah terlalu berkira sangat. 

Rezeki nak datang juga di luar pengetahuan kita. InsyaAllah semakin kita banyak memberi(sedekah) dan jadi pemurah, akan lebih bertambah rezeki kita. Mungkin harini kita tolong orang, esok siapa tahu kita yang susah? (memang tak mengharap balasan sebab nak mencapai ikhlas itu susah). Tak perlu sebut, "aku ikhlas tolong", ikhlas tak perlu ucap dengan kata-kata. 

Takkanlah semua pun nak dihitung? Meraikan tetamu dan memuliakan tetamu ada dalam ajaran Islam. Cerita lain pula bab "tetamu".


Kena berhenti untuk tidur dahulu :) 

*letak entri ni bawah tag "Al-Mar'ah As-Solehah", dah lama tak ada entri yang bawah tag tersebut.

Saturday, April 30, 2011

Dr.

Finally,

Dr is for Drama.

Drama that I have gone through today. 

All the heartache and hardship. Ups and downs in 6 years.

But all in all, I just want to say :)


Actually, Dr is for Doctor :)

**Note: I will write more later! InsyaAllah.

Tuesday, April 26, 2011

Masa

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamualaikum wbt 

Cerita Hari Ahad

Tengah hari hujung minggu

Keputusan exam comprehensive yang 200 soalan (yang saya rasa nak nangis lepas jawab) keluar hari ini. Saya waktu itu memang tidak ada apa-apa kerja penting, langsung bersiap-siap ke sana. Bangunan administration (P3D). Janji dengan wani dan aimi ke sana. Jumpa mereka di pintu pagar, naik sama-sama, berdebar sama-sama dan tengok keputusan sama-sama. Nilai kita berbeza dan saya cepat-cepat balik rumah. 

Dalam lif sudah tekan hp untuk call ma, (kat sini ada line pulak dlm lif kan? ;) Ma kata, ini ujian. Along call juga petang hari yang sama. Hafizi sms juga, tapi akhir sms dia tanya, "dah makan ke belum?" hehe. Jarang tanya macamtu :) 

Waktu malam

Call shahida, zatul dan janji dengan siti malam ini kita berkampung sampai hari selasa(hari ini). Nazurah pun call, katanya " tasha nnt HO taktaulah mcmane kan?" hehe. Nasihat yang bagus :)

Kami habiskan soalan final sampai pukul 1 pagi lebih. 

Isnin

Kami berkampung lagi, kira macam all out juga lah untuk kertas akhir ni. Saya tak habis-habis cakap,

"kita kena usaha lebih skit je, kita tahu banyak benda nnt"


Shahida gelak :)

Buku tebal, buku dalam almari, dan internet memang semua kami guna nak cari jawapan. 

1.00pm

Tersebar berita yang keputusan OSCE pula yang akan keluar. Berdebar tapi dalam hati redha dengan keputusan yang akan dapat.

Alhamdulillah :) Kami semua lulus. Kami : saya, siti, shahida, zatul. Tahniah untuk Nadia(housemate bukan kakak saya, nama saja sama). Dah boleh panggil Dr. Nadia. 

Lega sedikit hati. Senyum. Teruskan lagi belajar sampai malam. 

Hari ini.

Dalam dekat-dekat pukul 8 am masuk dewan exam. Baca doa dan Bismillah, terus isi borang jawapan dengan nama dan no mahasiswa. Bertarung lebih kurang 4 jam setengah dalam dewan. Baca betul-betul dan cuba jawab sebaik mungkin. 

Tepat jam 11.30am keluar dewan. siti tunggu di luar dewan, ada nadia yang sengaja datang. Tanya siti,

"macamane tadi?"

"semoga semua dari kita lulus"


Sekarang tinggal kuasa tawakkal  dan doa sahaja. Doa banyak-banyak. 

*Masa : antara cepat atau lambat sahaja. Allah swt memang akan menguji dengan apa yang kita nak sangat. apa yang kita impikan sangat. apa yang kita sayang. Sampai masanya kita akan sampai pada apa yang kita impikan juga. InsyaAllah :)

Nota :
  • Penat tak dapat nak tidur , jadi terpaksa "menulis" kat sini :) 
  • Terima kasih abah, ma, along yang pagi-pagi lagi call. Terima kasih kawan-kawan yang sms pagi tadi juga.  
  • Terima kasih juga yang tulis di wall di FB. Suka baca. Suka juga baca status kawan-kawan batch saya yang lain.
  • Buat kawan-kawan yang masih ada exam OSCE, teruskan semangat dan do the very best! Semoga dipermudahkan semuanya. Kita akan sama-sama amik gambar baling-baling topi graduation sekali lagi sama-sama :)

Sunday, April 24, 2011

When I Fall


I remember driving down on three fifty nine
Saw a homeless veteran riding his bike
The red white and blue waving off his handle bars
And all us who sent him off to war driving by in our cars

And I recall a hot day in the city of Cairo
Saw an old woman and her babies on the side of the road
A good man came by put bottled water in her lap
She smiled and I cried saying why didn't i do that

And i, i don't know I don't know if i give anything at all
With these millions of moments that i'll take before I fall
But I, I do know I do know that Id give anything at all
For just one meaningful moment to catch me, catch me when I fall

I'd known her for many years of my life
She was a lady poets write about, she was my wife.
I never found my pen, never gave her the time or the dance
Now just like everything else i'm asking for one last chance

And i, i don't know I don't know if I give anything at all
With these millions of moments that i'll take before I fall
But i, i do know i do know that i'd give anything at all
For just one meaningful moment to catch me, catch me when i fall

And there's still life in me and a wife with me so i'll strive to be
A man who takes a chance, learns to dance, and grabs the moment with these hands, with these hands

And i, i do know i do know that i'd give anything at all
For just one meaningful moment to catch me catch me when i

I don't know I don't know if i give anything at all
With these millions of moments that i'll take before i fall
But i, i do know i do know that i'd give anything at all
For just one meaningful moment to catch me, catch me when i fall
Catch me when i fall

Kareem Salama

** Kena betul lagu ni dengan apa yang terjadi harini. Thanks fathiyyah tag lagu ni di FB :)
**Sometimes it is ok to fall :) Dont give up! Pray for me. 
**Jumpa minggu depan mungkin. Kalau ada rezeki dan panjang umur. InsyaAllah :)

Thursday, April 21, 2011

Post exam (tawakkal)



Assalamualaikum wbt

Dekat sebulan juga tak menulis di sini. Final exam selesai semalam.

Fuhhh lega! tapi masih belum lega sepenuh hati sebab keputusan belum keluar. Usaha sudah dilakukan tinggal tawakkal dan doa banyak-banyak sekarang ini.

Apa khabar semua? Saya alhamdulillah sihat. Rancang nak menulis semalam tapi selepas isyak dah tidur sebab malam sebelumnya tidur 3/4 jam sahaja. Biasalah kalau sebelum exam. Bukan tak nak tidur tapi tak boleh tidur fikir soalan apa akan keluar esoknya. Nak belajar pun sudah tepu tapi lihat juga nota-nota. Sampai tertidur.

Penat exam selepas exam! Rasa down juga sebab  ada station yang tak boleh jawab. Rasa jawapan salah. Adoi~ Berserah dan pasrah. Tawakal kepada Allah swt dan doa banyak-banyak semoga saya dan kawan-kawan lulus final exam ni.

Banyak cerita selama tak menulis di sini yang nak dikongsi. Buat pengetahuan semua, saya dah 'free from classes' dan 'hospital'. Mungkin buat masa sekarang. Rasa nak berehat rehat, tapi fikir balik banyak perkara yang nak dibuat. Sebelum exam ada beberapa perkara yang kena buat untuk 'after exam to-do-list'. Saya suka tulis apa yang nak dibuat(skema tak bunyi?)

Post exam

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Al-Imran : 159)

Kena bangun jangan down-down(huhu). Tawakkal dengan apa yang sudah diusahakan. Jangan berputus asa. Sambil menunggu keputusan keluar ini kena banyak berdoa. Doakan saya berjaya lulus ye?

Setakat ini dahulu. Mood untuk menulis belum datang lagi. Sangat rindu nak menulis sebenarnya! Malam ini mungkin sambung menulis lagi disini. 

Petang hari di Bandung.

Sunday, March 27, 2011

Yang Terakhir (menulis di sini)

Assalamualaikum wbt

Sampai masanya saya bersara dari kerja menulis di sini, mungkin buat sementara. 

Sebenarnya beberapa hari lepas saya rancang nak menulis entri ini, tetapi ada sahaja halangan dan perkara yang lebih penting yang lebih dahulu perlu dilakukan. Beratnya dan rasa sedih juga nak tulis entri terakhir ini. Kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu perkara demi perkara yang lebih penting. Saya akan bersara dari kerja menulis kerana nak tumpukan kepada "full time job as a student". Banyak pula perkara teknikal yang perlu dilakukan bila nak sampai ke penghujung ni. Isi borang semua dan yang paling penting ulangkaji pelajaran. 

Sekarang saya di rotasi klinikal Radiologi dan Kedokteran Nuklir. Rotasi terakhir di Rumah Sakit Hasan Sadikin (RSHS). Sudah seminggu saya di sana, tinggal 2 minggu lagi sebelum selesai semuanya rotasi klinikal di RSHS. Study leave seminggu lebih kurang dan ada final exam. Final exam yang masuk semua rotasi klinikal sebelum ini. Kena ulangkaji semua balik. Setakat mana dah ulangkaji saya? -__- Sedang berusaha gigih. Doakan saya semua. 

  • Ujian MCQ(200 soalan) -  18 April 2011
  • OSCE (12 stations)  - 19, 20,21 April 2011 
Seramnya dan tak sangka cepatnya masa berlalu. Eh tiba tiba dah nak exam final. Dah masuk 6 tahun saya di sini. Banyak pengalaman yang dah dapat setakat ini. Susah senang pahit manis semua ada. Semua itu mematangkan saya hari demi hari. Alhamdulillah, Allah swt tak hadirkan sesuatu dengan sia-sia, walaupun dalam fikiran kita hanya kita yang rasa sedih dan jatuh. 

Mungkin selepas ini saya sudah jarang-jarang update di FB. Kecuali kalau ada gambar terbaru dari family(ma, abah , kakak dan adik-adik)  dan mereka ajak chat baru buka. YM pun dah lama offline untuk semua orang kecuali family :) InsyaAllah kalau sms/call saya jawablah. Bukan nak duduk dalam gua tapi macam kakak saya cakap,

"save the energy to your brain".

Betul jugak kalau difikirkan, baik bukak "buku pink" baca lagi banyak manfaat! 

"kalau penat studi pegi ambill wudu' dan solat sunat" kata-kata nasihat dari orang yang sudah berjaya.

Susah nak jadi dokter ni. Baru tahu ke? :) Lagi-lagi kalau nak ikhlaskan niat dalam belajar dan nak tolong orang dengan tanpa rasa mengeluh rasa penat. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan bersyukur kerana dipilih untuk berada dalam bidang ini. Pekerjaan yang mulia. Pekerjaan yang dapat tolong orang. InsyaAllah semoga "mimpi-mimpi" saya tercapai. 

Jauh datang dan dah banyak duit ma abah kakak yang guna(kadang-kadang duit pakcik  jpa bagi tak cukup) Banyak pengorbanan mereka untuk saya. InsyaAllah ini hadiah untuk mereka nanti. Kena belajar dengan sepenuh hati. Bukan main-main. Nanti nak rawat manusia. Bukan mesin atau robot. 

Dalam kesempatan yang ada juga kena banyak belajar tentang skills kehidupan. Apa dia? Kemahiran hidup. Kemahiran komunikasi dengan baik dan kena sental hati ni supaya hilang apa-apa yang negatif (jangan bagi ruang langsung buat syaitan nak masuk). Kena usaha tak boleh sekadar dengan kata-kata. Banyak lagi kemahiran hidup lain lagi yang saya nak capai. InsyaAllah.

InsyaAllah tahun ini adalah tahun untuk membina kerjaya. Tak lama lagi akan turun ke dunia nyata. Sudah ada tanggungjawab kepada pesakit. Kalau sebelum ini masih boleh tanya-tanya dokter, residen atau konsulen. Lepas ini kena buat sendiri dan kena bertanggungjawab kepada pesakit. Tak lama lagi juga akan pulang ke negara asal. Rindunya nak balik lama-lama -__-

Negara asal. Macam balik ke tempat asal. Risau pun ada sebab sudah lama tak balik dan menetap secara lama di sana. Hehe. Sejak tingkatan 4 lagi balik pun ketika cuti sahaja. Kali ni tak lama lagi akan balik untuk kebaikan (for good). InsyaAllah akan berkhidmat untuk negara asal. Jadi geng Along dan Abang Long :)

Rasanya setakat ini dahulu dari saya. Ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi di sini. Doakan saya semoga saya sentiasa sihat, berjaya dalam peperiksaan akhir nanti dan juga dapat pulang dengan selamat nanti. 

Doakan saya ya semua :)

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi doakan saya. Semoga Allah swt juga memberi kejayaan kepada anda semua juga. InsyaAllah.


Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi.


Nota 1 : petang tadi baru balik dari pasar baru beli kain untuk balik msia dalam masa terdekat sebelum final exam, balik jumpa keluarga untuk ambil semangat dan restu. Sekejap sahaja sambil renew visa.

Nota 2 : "buku pink" = Al-Quran kecik saya.

Nota 3 : Good luck untuk semua kawan satu batch yang nak final exam jugak! untuk junior yang nak exam pre-klinikal jugak.

Nota 4 : Menulis sambil tunggu Fathimah Az-Zahra yang dalam perjalanan nak datang sini. Fathimah ex-classmate dan juga ex-dormmate di kisas. Dia dah selesai kerja belajar di Universitas Trisakti, Jakarta.  (kalau nak tahu dak2 kisas batch saya ramai di sini (indonesia) kadang2 mmg tak kenal lagi2 kalau yg lelaki. 

p/s: akan buka jugak di sini tapi hanya untuk baca dan lihat-lihat update kawan-kawan sahaja. 

Thursday, March 17, 2011

Ujian Anestesi

Sudah bersediakah untuk aplikasi ilmu teori?

Assalamualaikum wbt

Hari rabu siang semalam saya ujian akhir untuk anestesi(anesthesiology) dengan Dr E (ramai residen kata dia konsulen yang paling pintar sebab banyak bacaannya) Adoi~

Sebelum ujian kami, iaitu saya dan seorang lagi yang ujian dengan spesialis anestesi ini sudah tahu penguji. Bila difikirkan saya memang selalu dapat penguji yang memang power. Contohnya waktu di internal medicine(ilmu penyakit dalam) dahulu, penguji saya untuk short-case adalah Ketua Bahagian Kardiologi. Dengar pun seram. Alhamdulillah kerana keseraman itu saya berusaha dengan tulang empat kerat ini dengan bersungguh-sungguh dan redha serta tawakal. Alhamdulillah lulus.

Kembali kepada ujian anestesi semalam, hari isnin saya bertemu Dr E untuk bertanya ujian bila dan jam berapa. Saya bertemu di jalan dalam bangunan anestesi dengan Dr E. Belum sempat saya tanya lebih lanjut baru sahaja menyapa dr sudah beritahu, "Hari rabu siang ya". Saya pun hanya sempat berkata, "Oh ok dok"

Hari rabu siang akhirnya tiba jua. Sebelumnya ramai yang berkata-kata, tak perlu baca sangat pun untuk ujian anestesi. Tapi kalau tak ada ilmu nanti nak jawab apa masa dokter tanya? Huhu. Memang saya tak nafikan kompetensi pelajar klinikal,
  1. Terapi Cairan (Fluid Resuscitation)
  2. Resusitasi Jantung Paru Otak (Cardio Pulmonal Cerebral Resuscitation)
  3. Syok (Shock)
Untuk ujian memang akan keluar berkisar kepada tajuk di atas sahaja. Tetapi semalam masa ujian Dr E bagi kasus(case) yang panjang cerita lepas itu soalan terakhir hasil dari kes tersebut adalah,

"Apakah kesalahan kamu sebagai dokter yang menyebabkan pasien bisa meninggal?"

Banyak jawapan saya dan seorang lagi cuba bagi. Tapi salah -___-

Akhirnya Dr E bagi jawapan!

Soalan: Seorang pasien stroke yang sudah tua datang ke tempat kamu bekerja dengan bunyi suara nafas snoring. tiba-tiba pasien mengalami kejang. untuk kejang kamu telah kasi Diazepam i.v. untuk jalan nafasnya (airway), tidak tersedia oropharingeal tube. monitoring dilakukan oleh kamu. tetapi akhirnya pasien berhenti nafas (apnea). Resusitasi (rjpo) dilakukan tetapi akhirnya pasien meninggal. Apakah kesalahan dari kamu? dan apakah yang tidak dilakukan?

Jawapan: Kesalahan dari dokter adalah tidak memeriksa kadar kalium dalam darah. Pasien mengalami metabolik asidosis. yang menekan pusat pernafasan di medula oblongata. diazepam-salah satu efek samping adalah menyebabkan depresi pernafasan. jadi bertambah depresi pernafasan pasien-apnea-meninggal. (banyak lagi Dr E explain tentang pathophysiology secara detail tentang di atas tapi ini sahaja yang mampu saya ringkaskan)

Seterusnya soalan teori ditanya lagi, maksud shock, klasifikasi dan terapi. Indikasi intubasi pasien.

Sebelum ujian semalam dokter ada tanya berapa department lagi sebelum selesai. 

"Tinggal radio(radiology) aja dok" jawab kami serentak

Soalan terakhir Dr E,

"Kamu merasa sudah bisa dan bersedia untuk mengaplikasi apa yang sudah kamu belajar?"

Rasa berfikir sejenak. 

Jawapan yang keluar, "InsyaAllah"

Nota 1: Semenjak dua menjak ini selalu berfikir apa yang saya belajar selama ini akan diapply kepada manusia yang hidup. akan merawat mereka yang sakit. sudah bersediakah untuk bertanggungjawab kepada semuanya? Selama ini boleh lagi bertanya-tanya kepada residen. Dokter spesialis. Fikir dalam-dalam lagi supaya jangan main-main.

Nota 2: 3 minggu lagi lebih kurang akan balik Malaysia untuk buat visa. Bukan balik for good lagi -__- . 3 minggu lagi akan rotasi klinikal di rumah sakit hassan sadikin (rshs) sebelum klinikal di hospital daerah selama 6 bulan. tak perlu fikir lagi yang belum terjadi. buat betul-betul yang sekarang. 

Nota 3: Malam semalam ma saya telefon bercerita tentang kisah sehari-hari. kisah di jepun dan katanya "angah dah nak abes, tapi eji masih lama di sana" bercerita tentang bencana alam yang berlaku di sini beberapa kali. Kematian di mana-mana boleh berlaku. Takut dan lagi seram bila fikirkan amalan dan ibadah yang tak berapa banyak mana pun. Sedih dengan diri sendiri.

*Lagu di blog sekarang dah bertukar dari Barakallahulakum kepada Healing. Dengar sampai habis lirik lagu Sami Yusuf ini yang ditulis bersama oleh seorang Doktor. 

Friday, March 4, 2011

Banyak Perkara & Bulan Mac

Assalamualaikum wbt

Hari ini  sudah hari ke 4 dalam bulan mac dan 29 rabiul awwal. Apa khabar? Harapnya semua dalam keadaan sihat dan walafiat. Alhamdulillah saya sihat dan alhamdulillah banyak perkara kena buat dan mula buat perlahan-lahan. Sudah terasa bahang final exam.

Banyak perkara saya nak tulis sejak akhir bulan 2 lagi sebenarnya tapi tinggal di dalam kepala sahaja cerita cerita yang banyak tersebut. Sudah fikir nak tulis dan rancang tapi ada sahaja perkara lain yang tidak mengizinkan. Dalam tulisan ni saya akan tulis sedikit tentang semua perkara tersebut.

*Studi saya sudah tinggal 2 rotasi lagi di RSHS (rumah sakit hassan sadikin), Bandung. Sebelum saya dihantar ke kampung dan daerah terpencil(yeke?) bukan di tengah kota Bandung yang pasti. Semakin dekat dengan comprehensive exam/final exam yang rasa seram macam exam SPM dulu-dulu. Mungkin di Malaysia panggil professional exam. Dulu dengar cerita Along seram juga. Kalau Along dulu 5 tahun punya pelajaran kena exam dalam satu exam. 

Along dah warning dah, "Rilex nampak!" berkenaan dengan exam.  

Saya jawab, "Rasa jugak stress" =)

*Anesthesiology - Cukup seminggu saya di rotasi kedua terakhir ini. Seronok! Lebih dari apa yang kita lihat sebenarnya anestesi. Bukan setakat bius orang saja. Berkira-kira nak letak dalam list untuk nanti. InsyaAllah. Cerita lagi banyak dalam entri nanti nanti ye.

*Cerita baru. Doakan semoga saya dipermudahkan untuk memulakan tulisan cerita baru ini. Banyak-banyak doakan saya dipermudahkan semua urusan. Prolog pun belum ada sebenarnya cuma rancangan dan niat. 

Kalau niatnya baik, maka jalannya pasti baik dan insyaAllah hasilnya pasti baik

*Alhamdulillah saya sudah masuk kelas mengaji, tahsin. Kalau tiada aral melintang esok kelas ke 2. Ingin menimba sebanyak-banyak ilmu sebelum balik for good. Nak ada banyak ilmu tentang kehidupan, Al-Quran dan Agama. InsyaAllah.

*Nabila - Banyak perkara nak tolong Nabila. Nak buat sehabis baik untuk bantu dia. Sedih sebab membilang hari. Tok lamo doh!

*Najeeha - Seminggu lagi dia pun dah jadi budak besar sebab dah boleh ambil lesen kereta =)

Setakat ini dahulu. Selepas ini insyaAllah akan update setiap hari! Kena rakam setiap masa berharga di sini. 


Monday, February 28, 2011

Past and Present

Assalamualaikum wbt

Pertamanya entri ini sebenarnya dalam bahasa melayu :) Sengaja tajuk dalam BI biar pendek. Kalau dalam BM jadinya Kisah Lepas dan Hari Ini.

3 minggu yang lepas saya di rotasi minor Kulit & Kelamin. Mungkin saya tak berapa suka jadi rasa susah. Tapi sebenarnya senang sahaja. Pernah selepas saya jatuh angkut, kaki sakit. Ada seorang pesakit datang di poliklinik kosmetik dengan keluhan untuk berobat, JERAWAT. Dalam hati saya kata, "sakit lagi kaki saya ini Pak!" Sebenarnya pesakit tersebut seorang lelaki. Pecah rahsia yang lelaki juga sangat menjaga penampilan.

Alhamdulillah, seminggu lepas kurang tidur disebabkan minggu ujian. Saya lulus di rotasi KULKEL(kulit & kelamin). Kalau nak dihitung sebenarnya 2 minggu sahaja belajar termasuk nak hafal nama obat-obatan yang banyak. Seminggu terakhir dah minggu exam.

Alhamdulillah! Semangat tak tengok gambar ni?

Sabtu yang penuh dengan aktiviti bukan medik. Alhamdulillah akhirnya dapat pergi pengajian dan kelas mengaji. Sudah lama tak berkumpul di pengajian(taklim) bersama-sama orang di sini. Tajuk hari sabtu lepas adalah, "Pengaruh Shalat Terhadap Kehidupan dan Kepribadian". InsyaAllah saya rancang nak tulis dalam blog satu lagi, blog ramai-ramai Al-Humaira'. Jemput baca nanti. Sebenarnya kelas mengaji saya petang, tapi sengaja pergi dengan Hafizi pagi. Hafizi pergi kelas mengaji dia dan saya ke tempat pengajian. Petangnya saya pergi lagi ke Masjid Salman ITB untuk kelas mengaji saya. Hanya sesi berkenalan dengan Ustazah Noni. Rasa nak kutip banyak ilmu selain ilmu medik sebelum balik for good.

Sebelum balik rumah pergi makan di warung pasta dengan Cik Ada :) dekat Jalan Dago depan Rumah Sakit Baromeus. 

Ahad pagi lagi sibuk di dapur(chewah bunyinya macam tukang masak berjaya je). Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak. Jadi memang kena masak sendirilah. Mana ada jual di kedai makan atau warung. Alhamdulillah menjadi kali ini. Bab nasi yang susah nak masak (supaya tidak keras dan tidak lembik). Lepas masak terus pergi hantar ke Piji dekat rumah senior dia sambil nak tengok juga tempat yang dia selalu lepak. Oklah sebab masa sampai tengok nota-nota dia bersepah di atas lantai, maknanya tengah studi jugak :)

Petang pergi pasar baru untuk survey barang-barang jualan. Bajet macam businesswoman sahaja saya ni. Survey barang Nabila dan Nurul sebenarnya bukan barang jualan. Tapi rindu nak berbisnes lagi! Blogshop dah lama tak update. Tudung pun dah lama tak tengok. Ramai tanya. InsyaAllah nanti nak mula lagi. Jemput lawat blogshop saya ye =)

Sepatutnya balik kena studi untuk pre-test Anesthesiology esoknya. Tetapi tak studi sebab ngantuk dan penat, lagi pula Siva datang rumah. Jadinya tidaklah studi cuma belek-belek sahaja buku sambil dalam hati risau takut keluar soalan esei yang panjang nanti tak tahu nak jawab apa. 

Hari ini Isnin: Alhamdulillah tadi pre-test hanya 10 soalan objektif (MCQ). Soalan biasa-biasa saja(poyolah!). Padahal dah tengok soalan past year earlier :) Sebijik keluar! Rezeki kan? Alhamdulillah :)

Anesthesiology

Rasa sudah jatuh hati dengan pelajaran anestesi. Walaupun hari ini penuh satu hari sampai jam 4pm. Rasa tenang dan bahagia di anestesi. Mungkinkah di pagi hari dimulai dengan acara doa yang dikatakan seorang teman? Tidak seperti bahagian lain? 

"Anes ni bagian yang siqoh"

*kata saya. Sudah mula rindu biah yang solehah macam sekolah di Klang dulu. Belajar tanpa gangguan tenang dan ibadah sangat terjaga dan dijaga. 

"Rindu ki

*monolog dalam hati sahaja sambil teringat sahabat-sahabat yang sekarang sudah kesemuanya bekerja kecuali saya dan Ninie(paling rajin belajar sedang ambil PHD). Respek dengan dia!

Nota: 
  • Rezeki itu dari DIA Yang Maha Esa. Alhamdulillah :) Syukur dan sangat gembira bersama keluarga tersayang.
  • Buat apa-apa pun memang kena ingat DIA Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Jadi jangan sombong!
  • Belajar supaya emosi dan hati jadi kuat lagi-lagi dengan keadaan dan orang sekeliling. 
  • Tahun ini tahun membina kerjaya! Doakan saya semoga berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. 

Monday, February 21, 2011

Sebagai Seorang Pelajar

Kesenangan akan datang setelah kesusahan

 Assalamualaikum wbt

5.23 am waktu saya mula menulis entri ini. Hari masih gelap di luar. Subuh sudah berlalu lebih kurang 1 jam yang lalu. Alhamdulillah sempat bangun setengah jam sebelum subuh. Nikmat munajat di tengah malam(walaupun tidak terlalu tengah malam). Sudah lama tidak menulis pada awal pagi. Selalunya pasti tergesa-gesa sebab banyak perkara belum beres. Sebenarnya ada juga yang belum studi lagi, tapi sebagai seorang pelajar memang selamanya tak akan beres untuk belajar. 

Hari ini sudah mulai minggu peperiksaan. Sekarang saya di rotasi Penyakit Kulit dan Kelamin. Rotasi minor saya, jadi hanya 3 minggu dan minggu ke -3 adalah minggu evaluasi. Rasa sangat cepat. Sudah tak lama untuk ujian akhir (comprehensive exam). Adoi~ 

Saya masih pelajar. Rutin seorang pelajar ada ujian dan peperiksaan, memang tak boleh lari. Kalau tak nak semua ini kena tunggu kerja nanti. Haritu sewaktu call Tahirah yang sudah jadi HO dia kata perkara yang best tentang kerja adalah tidak ada exam. Along pun pernah cakap perkara yang sama.

Jadi wahai hatiku sabarlah dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh jangan putus asa kerana masa anda akan tiba tak lama lagi. Semangat jangan lari tetaplah dengan saya. Semoga dipermudahkan perjalanan di akhir-akhir ini. InsyaAllah.

Sebagai seorang pelajar, kurang tidur kurang makan(betul ke?) adalah perkara biasa. Jadi jangan mengeluh sangat. Kena berkorban banyak untuk berjaya. Kena usaha sungguh-sungguh supaya tidak menyesal nanti. 

Sebagai seorang pelajar dan bukan pelajar juga, doa sangat penting. Salah satu usaha juga tak boleh main-main. Kena berkorban tidur malam dan berusaha untuk banyakkan munajat di tengah malam. Ibadah juga kena jaga sangat-sangat. Ingat! Ilmu itu adalah suci jadi hanya akan diterima oleh hati yang suci juga. 

Setakat ini dahulu rasanya. Nota-nota saya sudah panggil untuk dibaca :) Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat. Saya doakan sahabat-sahabat dan juga anda semua juga. InsyaAllah.

**Lagu di blog sekarang adalah, "Akan Ku Jumpa"

Sunday, February 13, 2011

Hari Ahad Di Bandung

Assalamualaikum wbt

Kalau masa rotasi Bedah (surgery) dulu hidup agak sedikit berantakan dan macam tidak terurus. Hahaha (walaupun kadang-kadang agak berlebihan), tapi tak adalah terlalu teruk. Semuanya pengalaman kan? Kalau tak lalui tak tahu dan kalau tak buat tak akan dapat pengalaman dan mungkin tak berani nak buat bila dah kerja betul-betul nanti di negara sendiri. Pengalaman menambah keyakinan. Kembali kepada hari ini.

Pagi lagi Along ada telefon tanya khabar. Tanyakan Hafizi. Oh ya, adik saya Hafizi belajar di Bandung juga. Cuma bukan satu universiti. Dia di Institut Teknologi Bandung (ITB). Baru saja datang. Tak pernah pun terfikir "budak kecik" dulu dah besar dan masuk U dekat dengan saya. Belajar rajin-rajin Jiji (iman panggil dia nama ni). 

Sekarang masuk rotasi minor. Jadi tak ada oncall (shift malam). Rotasi sekarang Kulit Kelamin (dermatovenerology). Rasa sangat berbeza dengan 9 minggu di Bedah. Macam selang satu hari ada oncall. Mengantuk dan penat, tak sempat baca buku. Sekarang semua sudah berbeza, pergi rumah sakit (hospital) jam 7 am dan balik jam 3.30 pm. Banyak masa untuk study dan tidak stress. Belum stress mungkin sebab baru seminggu. Hehe. Baru seminggu masuk Kulit ni. Oklah, cuma saya belum banyak membaca lagi. Sudah lama rasanya tidak berada di meja belajar dan membaca buku secara berjam-jam. Semangat! 

Hari ini pagi-pagi ini kemas sedikit bilik dan nak baca tentang penyakit kulit. Lepas zohor ada plan nak ke pesta buku bersama Ada dan Khairi (orang kaya baru dapat elaun klinikal. Hehe) Harini kena siapkan semua 'list-to-do'. Tiket masih belum beli lagi untuk balik bulan 4. Tengah survey entah untuk kali yang ke berapa. Tak apa tak lama lagi berakhir semua ini. Beberapa bulan lagi untuk bertahan. InsyaAllah semoga berjaya dengan cemerlang dan jadi dokter yang berjaya :)

Cuci Gambar

Hari ini juga nak tengok gambar yang banyak dalam file nak cuci untuk Nabila. Nak bagi hadiah apa untuk Nabila nanti ye? 

Oklah kena belajar dulu. Tak lama lagi kalau dah kerja pasti rindu zaman menjadi pelajar ni. 

Jangan lupa senyum sokmo :) 

Wednesday, February 9, 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

...Inikan Pula Tempat Bermain.

Assalamualaikum wbt semua.

Sekali sekala tulis peribahasa dulu sebelum bagi salam :) Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah saya sihat tapi ada sakit sedikit di buku lali (ankle)

Hari Penuh Sejarah

Harini saya sibuk sebab majlis pernikahan saya. (merapu pulak dah!). Ok Ok kembali cerita asal.

Sebenarnya seperti hari hari biasa saya ke kelas dengan menaiki angkut (sejenis kenderaan macam van kecil iaitu kenderaan awam). Dengan membayar Rp1000 ~ 40sen saya sampai ke depan Rumah Sakit (hospital). Bangun sebelum subuh lagi dan tahniah untuk diri sebab berjaya bangun lebih awal dari hari sebelumnya. Kalau biasanya bangun sebab dengar azan dan akan rasa menyesal sebab rasa lambat bangun dan tak ada peluang nak qiam dan doa banyak-banyak. Alhamdulillah harini Allah swt permudahkan. 

Rancang untuk keluar dan  sampai jam 6.30am di depan kosan (asrama tempat tinggal) kawan satu kelompok untuk ambil nota presentasi kelompok kami. 3 orang presentasi pagi tadi, saya, Fathy dan Resvi. Judul presentasi kelompok kami adalah Kortikosteroid. Banyak kena baca! Jadi disebabkan banyak  dan terlajak saya membaca sampai jam 6.10am, baru tersedar dan terus bersiap-siap nak ambil nota yang Fathy sudah print. 

Keluar rumah terus tunggu angkut untuk ke kosan Fathy yang sebenarnya dalam 5 minit kalau berjalan saja. Dekat sangat tapi saya tunggu dan naik juga angkut. Waktu masa tu sudah 6.30am waktu saya naik angkut. Tergesa-gesa tapi sempat lagi nak  menyapa ibu hamil Puan Ida dan Cik Wani Robaai ( satu batch ada 2 orang Wani, jadi elok letak nama ayah :) Naik angkut sudah ada Kak Zai. Nasib ada dia seorang sahaja .Sempat lagi tegur dia kacau kata banyaknya minyak wangi pakai.

Disebabkan kosan Fathy tadi terlalu dekat dan saya pula masih nak tegur Kak Zai. Dengan tergesa-gesa beritahu Bapak yang bawa angkut supaya berhenti di depan pagar kosan. Masa tu saya rasa tergesa-gesa saya nak kejar masa dan turun tanpa berhati-hati. Terus gedebush!! Betul-betul depan pintu pagar. Kenapa nasib baik ada Kak Zai sorang di angkut? Sebab kalaulah ramai orang mesti semua panik. Saya pula cuba berusaha untuk bangun tapi tak berjaya. Sprained ankle! Adoi kakiku. Orang sprained ankle main bola atau sebab aktif bersukan tapi saya sebab berkejar pagi-pagi nak pergi ambil nota dan nak ke rumah sakit. 

Rasa nikmat kaki itu bila sudah kena macam ini. Senyum sambil tulis kisah ini dan ingat peristiwa pagi tadi. Dengan saya berjalan dengan secara sangat perlahan (jarang buat). Semua yang kenal dan terjumpa di sekitar rumah sakit akan tanya. Kenapa kaki? Mujur sekarang sudah selesai rotasi bedah dan tengah rotasi kulit. Banyak duduk saja. Setiap sesuatu berlaku memang sudah ada waktu dan sebab. 

Doakan kaki saya cepat sihat. Sebab saya ada plan nak beriadah (jogging). Sudah lama plan tapi belum buat lagi. Lebih-lebih lagi tadi ada orang tegur dari jauh sambil kata, makin gemuk ya kamu! -___- Adoi adoi!

Wednesday, January 26, 2011

Cerita Di Bedah : Dokter Baik Hati

Assalamualaikum wbt

Hari ini dimulai dengan hati yang gembira, bagi sayalah. Saya mudah rasa senang hati dengan perkara-perkara yang kecil tidak perlu tunggu dapat 'durian runtuh' baru 'hati gumbira'. Durian runtuh macam menyakitkan saja? Abaikan perumpamaan yang tak berapa kena di atas :)

Semalam rancang nak sampai di wad sebelum jam 6 am lagi untuk baca-baca medical record pesakit. Tetapi tersampai jam 6.30 am. Hari ini saja ok terlambat. Cepat-cepat ke katil ibu yang saya kena tukar gauze luka dia. Dalam hati sudah terbayang ibu tersebut pasti kurang suka saya datang sebab dia pasti sakit masa saya bersihkan luka dia. Tapi saya cuba nak gembirakan ibu tersebut hari ini. Saya senyum sangat manis dari jauh dan ibu tersebut juga senyum dan terlihat dia gembira saya datang. Hehe. Saya bertanya kepada dia kalau-kalau ada residen yang sudah datang lebih dahulu dari saya. Ibu tersebut kata belum datang. Yeay! Saya datang duluan.

Sambil-sambil bersihkan luka ibu tersebut terlihat di papan yang tulis nama ibu tersebut ada umur yang tertera di sana. 53 tahun. Dalam hati terdetik lebih kurang umurnya dengan ma saya. Mulalah terbayang-bayang wajah ma di rumah. Teringat-ingat tentang cerita ma tentang emak (mok). Huuu -___- . Sentimental pulak pagi ni. Berbual-bual dengan ibu tersebut sambil membersihkan luka dan sambil lihat jam di tangan. Sedikit lagi nak jam 7 am. Kena pergi morning report. Baru pesakit pertama. Ada 2 orang lagi. Di antara 3 orang ibu yang saya kena bersihkan luka, ibu yang berumur 53 tahun inilah luka dia paling ringan jika nak dibandingkan dengan 2 orang lagi. Sebab itu saya mulakan dengan ibu tersebut dahulu.

Sedang membersihkan luka sudah hampir selesai, datanglah residen yang incharge

"Eh adik kenapa kamu yang GV?" kata residen tersebut dengan tiba-tiba.

"Eh nggak usah ya dok?" kata saya dengan nada agak terkejut.

"Bukan saya jadi bersalah kok dengan kamu, saya datangnya telat, yuk biar saya aja yang buat" balas residen tersebut.

"Oh, nggak apa-apa dok, udah mau selesai" kata saya lagi.

"Udah-udah kasi ke saya. Biar saya selesaikan. Pergi sana ada morning report yang harus kamu hadiri" kata residen tersebut sambil bersiap-siap pakai gloves.

"Oklah. Saya selesaikan yang di sini dulu. Tinggal di belakang aja ya dok yang belum." kata saya sambil bersiap-siap untuk menyelesaikan tugas.

Kalaulah semua dokter residen baik hati macam dokter tersebut :) Alangkah bahagia hidup di rumah sakit ini! 

Selesai morning report bedah seperti biasa sambil-sambil berdiri tunggu ahli kelompok di tepi jalan sambil bincang nak ke mana selepas ini. Tiba-tiba saya lihat pesakit wanita yang berumur 20 tahun yang menangis semasa saya mencuci luka semalam di bawa dengan kerusi roda bersama suaminya. Saya tanya nak kemana. Katanya dengan wajah gembira disambut dengan suaminya,

"Mau operasi dok".

"Moga cepat sembuh ya." balas saya dengan lega tak perlu lihat dia menangis lagi sebab bersihkan luka dia.

Ada diskusi dengan Dr Ira, spesialis yang incharge kelompok saya sampai jam 12 tengahari lebih. Teringat hari ini hari Pak Cik JPA nak masukkan duit. Terus check selepas solat. Alhamdulillah :)

Along pula call saya. Niat dia nak masukkan duit. Saya pun dengan cepat potong ayat Along. 

"Tok payoh masuk duit sebabnya dah masuk scholar" dengan nada ceria saya kata kepada Along.

"Yeay!" Along pun kata dengan nada ceria juga.

Along selalu bagi duit dekat saya selain ma abah dan pak cik JPA :) Baik hati kan dokter ni. Kalau-kalau nanti Iman dan Ikram baca. Mama kamu memang selalu tolong Angah.

Oklah. Setakat ini dahulu. Esok saya exam bedah! Malam ni nak kena belajar betul-betul. 

** Nota saya: Boleh beli buku "Allah Sang Tabib". Semalam dah tengok buku ni dekat gramedia (kedai buku yang besar). Tapi semalam belum masuk duit, jadi harini dah masuk boleh pergi beli. Nanti saya cerita lagi tentang buku tersebut.