Showing posts with label 4th year. Show all posts
Showing posts with label 4th year. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Thursday, September 30, 2010

MINOR THESIS : TAJUK ?

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua.

Harini saya nak kongsikan tentang bagaimana sebelum kita mula buat thesis kita memilih tajuk yang sesuai dan semoga thesis kita berjalan dengan lancar dan baik hendaknya dan berjaya mendapat A=)

Pertama sekali untuk pilih tajuk yang sesuai kita perlu fikirkan beberapa perkara sebabnya kalau sudah kita submit tajuk kita ke bahagian sekretariat susah juga nak tukar, kena bersurat-surat. Tak bestkan nak hantar-hantar surat dan berurusan macam ni? Jadi tips dia kita doa banyak2 semoga tajuk yang kita pilih sangat kena dengan hati kita.

Perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum pilih tajuk:

Department 

Kalau saya dulu sebelum saya pilih tajuk, saya pilih department mana yang saya nak bekerja nanti. Selalunya ada 2 department dan nanti akan ada 2 orang doktor pembimbing yang berbeza. Kriteria pemilihan department bagi saya dahulu adalah department yang ada di Jatinangor sahaja, sebabnya nanti mudah saya nak bekerja dan berulang-alik dan sentiasa berjumpa doktor untuk buat konsultasi. Banyak department yang ada di RSHS. Tapi kalau di Jatinangor tak banyak sangat, contohnya: Biochemistry, Microbiology, Physiology, Pathology dan Pharmacology ( ada lagi tak? kalau ada tolong tambahkan ya?)

Kenapa saya pilih department di Jatinangor? Selain faktor masa, kos dan kesenangan bekerja adalah kadang-kadang tak perlu nak buat temujanji dengan doktor sudah dapat bertemu waktu doktor tengah ajar masa lab. Masa tu bolehlah nak konsultasi mengenai macam-macam perkara. Hehe. Sebabnya kita masih ada kelas yang perlu kita pergi dan tugas belajar yang perlu kita buat ditambah pula dengan thesis yang kita buat. Sudah banyak tugasan kita kan? Tapi tergantung kepada individu ada yang sanggup memikul tanggungjawab dan sanggup berulang-alik dari Jatinangor  ke Bandung. Oh lupa, saya juga ke Bandung tapi itu pun waktu akhir-akhir untuk revisi thesis yang dah siap dan kadang-kadang bertemu doktor yang ada di Bandung, tapi kerja-kerja thesis saya semuanya di Jatinangor.

Minat

Pilihlah tajuk yang kita minat dan mungkin kalau tak minat sangat pun paling kurang ada rasa suka sedikit. Jangan pilih tajuk ikut orang kata. Bertanya pendapat kawan-kawan boleh tapi jangan ikut kawan-kawan. Sebabnya yang akan bersengkang mata dan tak tidur malam adalah kita nanti. Boleh mula baca artikel dan journal yang berkenaan tajuk yang kita nak pilih. 

Saya dahulu department microbiology dah tolak awal-awal sebab tak berapa nak minat microscope(selalu tak dapat nak tengok dengan betul). Jadi ada biochemistry, saya minat chemistry dari zaman sekolah. Jadi dah dapat satu department yang saya minat, department yang satu lagi tu dapat tanpa disangka, tapi saya minat juga lah pharmacology, kalau tak minat kena tukar kerjaya lah jawabnya=) Sebenarnya kalau tak silap dulu minta department nutrition(ada kan? dah lupa dah) tapi dah tak ada jodoh tak dapat. Jadi department yang pertama dan utama adalah biochemistry. Selepas tu barulah membuat keputusan nak pilih siapa jadi pembimbing (yang ini pun tak kurang penting)

*saya sambung nanti, panjang dan banyak yang nak dikongsi. Kena siap2 nak pergi Rumah Sakit Mata, Cicendo.

*Nota saya: 
Badihah dan Aiman maaf banyak2 akak tak dapat nak chat dan mesej tepat waktu mengenai thesis. InsyaAllah akak akan bantu semampu yang boleh. Akak akan balas juga sms2 pertanyaan awak2 walaupun lambat=) Mesej ja di FB dan sms ya? Dulu pun banyak senior bantu, terima kasih senior yang sekarang sudah jadi HO pun. Banyak jasa dia dan layan saja saya yang banyak tanya mengenai thesis.

Sunday, July 5, 2009

Cerita Judicium(^_^)


Assalamualaikum wbt...

Jumaat, 3 Juli 2009

Judicium 1 bagi mahasiswa tahun ke-4..entry sebelum ini saya ada sebut mengenai Judicium 1 ini, kenapa ada Judicium 1?mesti ada yang kedua? betul2(^_^)! malah ada Judicium 3..

Pada hari tersebut saya bangun sangat awal, sebelum Subuh lagi...walaupun pada malam sebelumnya saya tidur lambat sebab tak boleh tidur setelah bercakap2 di telefon dengan seseorang. (^_~)! pening kepala~kalau Tasha jadi kanak2 selamanya kan best(^-^)

Pagi Jumaat yang mawaddah saya harapkan. Hati berdebar sebab pada harini saya akan dapat keputusan untuk tahun ke-4 dan keputusan Department paper yang ada 46 semuanya iaitu keputusan dari tahun pertama sehingga tahun keempat. Harini adalah hari yang akan menentukan sama ada saya akan mengikuti wisuda(graduation) pada bulan Agustus nanti.

Sebelum tiba hari Jumaat, iaitu hari judicium ini, macam2 cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Saya pernah rasa kecewa kerana markah SOCA, kerana OSCE tahun ke-3 yang saya harus ulang 12 station yang dah setahun saya tinggalkan. Saya pernah rasa yang saya tak dapat lakukan semua itu. Peperiksaan OSCE (clinical exam) yang dimaklumkan 3 hari sebelum ujian, kami dimaklumkan yang kami harus datang lagi pada 30 Juni untuk ambil semua 12 station clinical exam tahun ke-3, kami harus belajar semua clinical skills yang dah setahun kami tinggalkan. Saya jumpa Dekan, Penolong Dekan, malah semua2 yang atas2 yang sebelum ini saya tak pernah jumpa. Jawapan yang diberikan adalah.."because it is stated in the new rules"...aduss! saya dan 14 orang rakan2 lain lalui juga exam tersebut, dan Alhamdulillah semua yang ambil lulus! Alhamdulillah~Lega hati saya dan teman2 saya~

Cerita di Hari itu (^_^)

Pagi2 lagi Mak dah telefon saya, rasa sebak sebab risau nak dapat keputusan..sebenarnya sebab semalam juga. hehe. saya dah penin lagi(~_^)!saya tetap seperti dulu...boleh ke berubah cepat2??..

Kembali kepada cerita judicium. Saya ke Fakulti dengan mengenakan Jas(kot) AlmaMater warna biru yang ada lambang UNPAD. Saya ingatkan diri saya yang keputusan dah tercatat saya lulus ke tak. Walau apa pun saya dapat, saya hanya tawakal kepada ALLAH SWT. Saya tenang.

Saya ingat kata2 Mak masa Mak telefon saya di pagi hari, "Angah sebagai orang Islam yang sebenar2nya kita sebenarnya tak perlu risau dengan apa2 yang kita bakal dapat, Islam mengajar kita semuanya. Jika kita benar2 beramal dengan Islam dan mengamalkan ajaran Islam, kita akan tenang." Lagi sebak dibuatnya..hehe(^_~)!

Semua mahasiswa tahun ke-4 berkumpul didalam satu dewan besar, Dr Najwa, selaku Ketua Fakultas kedokteran memberi ucapan dan menerangkan syarat2 untuk kami mendapat Sarjana Kedokteran (S.ked)..Harus lulus semua mata pelajaran yang kami tempuhi sepanjang 4 tahun di Fakultas kedokteran.

Setelah itu kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan slip keputusan kami di beri oleh dosen(dokter) pembimbing. Giliran saya adalah yang terakhir dalam kumpulan tersebut, lagi laa berdebar(^_^), sebelum saya ada beberapa teman2 yang dah lulus dan nampak wajah2 gembira mereka. Nadia, teman yang namanya di atas saya masuk dulu untuk mengambil keputusan. Setelah Nadia keluar dan giliran saya untuk masuk sempat Nadia bisikkan kepada saya, "Saya rasa awak lulus semua jugak!"..ohyeke?saya masuk dan Dr Astrid mengucapkan.."Congratulation Natasha!"..dan saya pandang slip keputusan yang dokter tunjukkan,

"ELIGIBLE FOR GRADUATION FROM UNDERGRADUATE PROGRAM"

Alhamdulillah~!dan dengan spontan saya bersalam dengan Dr Astrid. Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah~(^_^)!~

Thursday, July 2, 2009

TAWAKAL

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua?(^_^)...lama rasa tak meng'update' blog..sepanjang minggu lepas sedikit sibuk.

Alhamdulillah dah selesai exam, cuma menunggu Judicium 1 (hari keputusan peperiksaan diumumkan), esok hari Jumaat adalah harinya!berdebar2..Doakan saya ye teman2!

Semalam Abah telefon dan saya beritahu Abah berdebar2 nak dapat keputusan, Abah kata kena tawakal! sebab usaha dah dibuat, kita berserah kepada-NYA dan doa banyak2.



Tawakal

Kita hayati firman ALLAH SWT:



Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.”
(QS. At-Thalaq 3).


Allah SWT juga berfirman, “Hanya kepada Allah hendaklah orang-orang yang beriman menyerahkan diri”.
(QS. Ali Imran 160).


Di dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman, “Hanya kepada Allah hendaklah kamu sekalian menyerahkan diri jika kamu sekalian adalah orang – orang yang beriman”.



Saya kongsikan ta'lim yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Muttaqin, seorang ustaz di sini mengenai Tawakal. Ta'lim yang disampaikan adalah sempena musim exam kelmarin.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tawakal?

Azam, bulat tekad, proses2 mencapai dan berserah diri kepada Allah SWT.

Ciri2/tanda2 tawakal:
  1. Tawakal terhadap sesuatu yang belum didapatkan atau harapan terhadap sesuatu.
  2. Redha terhadap sesuatu yang didapatkan.
  3. Sabar terhadap sesuatu yang lepas atau yang tak dapat dijangkau.

Orang yang tidak mempunyai keyakinan tak mungkin dapat mencapai tahap tawakal yang sebenarnya..

Tawakal dan ikhtiar saling berkait rapat. Tawakal datang setelah ikhtiar ataupun usaha.
  1. Aku meyakini bahawa rezekiku tak akan diambil orang lain, maka hatiku akan tenteram.
  2. Aku mengetahui pekerjaan2ku itu tak akan dikerjakan orang, jadi aku akan beramal.
  3. Aku mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa melihatku, jadi aku malu berbuat maksiat.
  4. Aku mengetahui bahawa kematian akan datang, aku perlu menyiapkan diri.
Tawakal juga berkait rapat dengan tauhid dan keimanan kita. Jadi mari bersama2 kita muhasabah diri seberapa tawakal kita terhadap sesuatu perkara...


~*Nota:

1)Doakan saya dan teman2 tahun ke-4, esok kami akan dapat keputusan peperiksaan.semoga kita sama2 berjaya(^_^)

2)Tadi Along pun call..pesanan saya yang tak pernah saya lupakan adalah.."Doakan Angah"..
Iman dah boleh cakap..comel!

3)Setiap kali cakap2 dengan Najeeha, adik bongsu mesti tanya.."Angah bila nak balik?"
InsyaAllah dik Angah balik!

4)Rindu*rindu*rindu! Saya nak cakap2 tapi rasa malam ni banyak kerja. Semoga dipermudahkan semuanya..hope there's goodness.(^_~)!







Saturday, May 30, 2009

Ujian Tarbiyah Kehidupan~

Assalamualaikum wbt...

Maaf teman2 semua saya tak dapat mencoret sesuatu yang panjang buat semua, sedikit berhabuk blog ini...tengah bertarung dengan final exam 4th year..Susah bangat kok mau jadi dokter (dibaca dalam slanga Indonesia(^_~)!

Entry dari Saifulislam..Musibah Itu Rahsia Kebaikan menarik hati saya..kesian Ummu saif ada placenta praevea (placenta yang sepatutnya di atas berada di bawah~sila baca obgyn lagi ye!), boleh menyebabkan pendarahan yang banyak..Syafakillah buat Ummu saif..

Entry dari Nurul juga sangat menarik hati saya..blognya ~*Beautiful Moments*~, sebenarnya blognya dari KDU(Kolej Damansara Utama), sampailah Nurul sekarang, nak jadi mommy-to-be dah..banyak suka-duka Nurul yang merupakan bestfren saya sejak form 4 di Kisas lagi yang kami lalui bersama..Nikmat dan Ujian Allah..tajuk entry Nurul yang menyebabkan saya tertarik adalah kata syukur kepada Pemilik diri, Allah swt..Alhamdulillah diboldkan beberapa kali(^_~)!~tasha rindu kamu sebenarnya Nurul..tak lama dah nak balik kita jumpa~Semoga Kal dan Nurul dipermudahkan semuanya!


Alhamdulillah syukur sangat2 tesis saya, dua2 supervisor saya dah approve untuk sidang dan saya pun puas hati dengan hasil tesis saya!lega rasa=)cuma menunggu sidang nanti~Alhamdulillah~

Ujian2 yang datang itu banyak rahsia kebaikan bak kata Ustaz Hasrizal..betul2!walaupun pada awalnya heartache tapi manisnya dapat kita rasa!Mutiara2 perlu kita kutip sebelum menempuh alam yang baru nanti..alam baru?..hehe(~_^)!

Setakat ini saja dari saya~ada OSCE yang perlu distudikan..harap2 dipermudahkan lisan dan kefahaman dan dapat examiner yang baik2(~_^)!OSCE saya hari rabu nanti!

~*Buat adik2 1st, 2nd dan 3rd year!GoodLuck exam~Do things to the best of your ability, then tawakkal a'la Allah swt*~