Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Sunday, December 6, 2009

More Pictures on Beautiful Memories:)


Depan pejabat( mungkin gambar diambil dari Gazebo)


Vision:A world class mentality by 2012

Colourful Gym:) zaman2 batch kami dulu kosong gym ni. dah penuh katanya sekarang dengan alat2 yang best

Dewan terbuka:tiap2 pagi perhimpunan kami akan diadakan di sini, kecuali hari Isnin pagi di Dewan Besar

Tangga untuk pelajar muslimat:macam lama sangat dah nampak tangga ni

Colurful again:)

Aspura:sangat colurful macam lego pun ada
Gambar Aspuri tak ada lak

Tiba2 gambar masjid:) Masjid Diraja Klang, dekat dengan kisas

Beautiful Memories:)

Masih ingat jalan ini?

Pejabat

Gazebo

Assalamualaikum wbt

Banyak yang saya nak tulis dan kongsikan tapi hanya tinggal rancangan. Mati idea pula. Banyak cerita nak diceritakan, tetapi tinggal tetapi sahaja.

Alhamdulillah sudah selesai satu ujian tapi akan menyusul satu lagi dalam masa terdekat!

Saya kongsikan gambar di atas. Gambar di suatu sekolah yang menyimpan banyak kenangan manis dan pahit dan tempat yang banyak mengajar saya. Tempat saya mula kenal erti 'usrah' dan 'lagu2 nasyid', dan juga erti belajar bersungguh kerana apa? untuk siapa?

Alhamdulillah ditemukan dengan mereka2 yang sangat luar biasa di sana suatu ketika dahulu.

Nota:
1) Gambar di atas saya ambil dari FB batch saya dulu yang ke sekolah kami baru2 ini. Terima kasih. Buat pengetahuan rakan2, sekolah kita dulu dah jadi colourful..!ceria:)

2)Saya tak akan berhenti dan akan terus berjalan!

3)Senyumanmu yang manis membuatkan hatiku riang berbunga2(^_^)

Wednesday, August 5, 2009

KISAS:ASP UNESCO

Assalamualaikum wbt...

Dah lama saya tak buka Facebook, dan baru2 ni apabila buka banyaklah aktiviti 'tag' gambar berlaku. Salah satu gambar yang saya sangat terharu dan terkenangkan Kisas adalah gambar di atas, kepunyaan Siti Sarah Shukor. Saya ambil gambar kat atas dari awak ye Sarah(^_^)!

Gambar di atas adalah Persatuan ASP UNESCO. (ASP, A=saya dah lupa ape, S=School, P=Project), UNESCO mesti semua dah tahu kan?

Cikgu Pembimbing yang comel kat tengah2 tu adalah Cikgu Suraya Hani dan satu2nya KP(Ketua Pelajar), yang bajunya warna biru itu adalah Sarah Shukor. Di Kisas pengawas di panggil KP.

Pelajar putra di sebelah cikgu adalah presiden dan Sarah adalah vice. Sebelah Sarah tu adalah saya, setiausaha persatuan(^_^)! hehe.

Dalam gambar kat atas dah ada beberapa orang yang dah walimah, tak silap ada sorang pelajar puteri dah ada anak(^_^)! Tahniah2!

1)Di kisas pelajar lelaki dipanggil pelajar putera dan perempuan pelajar puteri..cam anak2 raja, rasa spesial!

2)Cepatkan masa terbang?

3)Saya tak berapa ingat semua nama di atas, jadi untuk keadilan bersama saya tak tulis ye?hehe. sape2 yang ingat sila tulis.(^_^)!

4)Rindu kawan2 kisas, tadi tgk gambar2 diorang.

5)kenapakah?(^_^)!