Showing posts with label 5th year. Show all posts
Showing posts with label 5th year. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Wednesday, September 22, 2010

A Happy Ending:)

A Happy Ending:)

Alhamdulillah, after all the sweats, late nights and heartaches, all of us success in this O&G department. It is so relieved to know that all of us passed and no one has to re-sit the paper.

Today is a happy day! Alhamdulillah:)

Actually, I want to write more but I have other work to be done first. Insya Allah, I will write consistently and also study very2 consistent and also do the prayers very2 consistent. Yesterday, as usual before I went to the hospital I will listen to IKIM.fm. There will be a slot that I love to listen which is MOTIVASI PAGI. One of the topic that really touch me is about the things that we want so much. The Ustaz ( I am sorry I cant remember the Ustaz name) told that if we wanted something so badly, just pray to Allah SWT by doing QIAM  early in the morning. I have heard before about a hadith or the verse in the Quran saying that, our prayer will be granted by Allah SWT if we prayed during our QIAM. I know that I seldom did this. I am not consistent!

Ok, my next target is to do QIAM consistently=) In order to clean my heart and also that to revitalising myself (Am I using correct word? revitalising?=D

I have to stop. I have to go to Hospital to do fingerprinting for the attendance.

Have a great day ahead and may today is better than yesterday. InsyaAllah=)
Don't forget to smile (Thanks alot to this one person who told me to do so before. today is the person birthday=) I consider the person as, 'Anak Muda Gigih Berusaha'=) 

Iman Aisyah is in her last week in OBGYN Department and she is very happy with OBGYN rotation that end with happy ending=)

Thursday, June 3, 2010

Public Health : Final Report

Tak lama lagi kesibukan dan kelelahan ini akan berhenti buat seketika. Jangan pernah berhenti berusaha!


Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua.

Dalam sedar tak sedar tinggal 2 hari lagi sebelum rotasi di Public Health ataupun Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM) ini akan berakhir. Tinggal final report dan prensentation untuk final report. Esok ada final evaluation dan exam.

Sekarang ini kena buat betul-betul final report dan slide terakhir. Harap saya dan group saya dan buat yang terbaik.

Doakan saya ya semua. Semoga saya dan teman-teman saya lulus dalam rotasi ini.



Jangan pernah berhenti untuk berdoa buat saudara2 kita di Palestine!


Sunday, May 23, 2010

Sabar di atas Sabar

Assalamualaikum wbt dan salam semua.

Semoga hari Ahad ini kita semua ceria dan sentiasa bersemangat hendak melakukan kerja-kerja yang belum selesai. Bagi yang sedang bercuti dan bersantai2, nikmatilah hari2 yang rehat sebelum sibuk kembali. Saya hari ini pagi2 lagi berada di hadapan laptop untuk menyelesaikan tugas iaitu laporan mengenai perencanaan kerja untuk Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) tempat saya dan kawan2 bekerja sekarang. Selama 4 minggu kami di PUSKESMAS dan esok sudah masuk minggu ke 3. Tinggal 2 minggu lagi.

Masalah yang kami ambil adalah mengenai Pos Pembinaan Terpandu (POSBINDU). Sasaran usia kami ambil adalah golongan yang lanjut usia (lansia). Banyakkan shortform yang digunakan di sini? Saya pun kadang2 pening? Tapi tak apa sabar! Semuanya bermula dengan tidak tahu kan? Tak ada orang yang tiba2 sahaja tahu. betul kan?

2 minggu di PUSKESMAS, baru nampak gambaran jelas apa yang kami harus kerjakan. Gambaran tentang profil PUSKESMAS. Susah juga bila sudah lama di klinikal tiba2 kena kerja di tempat yang tiada klinikal langsung. Awal2 rasa bosan juga, tapi setiap sesuatu pasti berharga. Jadi jangan di sia-siakan peluang ini. Melawat PUSKESMAS dan berpeluang belajar mengenai cara PUSKESMAS beroperasi. Mungkin kalau di Malaysia, PUSKESMAS ini sama dengan klinik kesihatan (KK) yang di desa atau kampung.

Oklah sampai di sini dahulu, jam 11 am sekejap saja lagi saya ada diskusi dengan rakan2 sekelompok. Persediaan untuk presentasi besok.

InsyaAllah. Boleh buat!

Dont stop walking tasha^_^


Wednesday, May 12, 2010

Positif dan Semuanya Baik

Assalamualaikum wbt

Sudah 2 hari di Public Health dan harini nak masuk hari ke-3 dan kami akan ke Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS). PUSKESMAS ini kalau di Malaysia mungkin sama dengan klinik kesihatan. Sudah 2 hari kami mengikuti kuliah dari pagi sampai ke tengah hari. Sejak meninggalkan tahun pre-klinikal, di Jatinangor sudah lama tidak berkuliah panjang. Kalau sebelum ini hanya kuliah2 pendek di rotasi sebelumnya.

Mungkin sedikit relax? atau akan ada banyak kerja2 yang menanti kami?

Pada saya Public Health ini seronok. Ada yang cakap mungkin seronok sebab selepas selesai Public Health saya akan pulang ke Malaysia. hehe. Mungkin juga salah satu sebabnya. Bagi saya apa doktor2 ajarkan dan 'highlight'kan sangatlah penting. Mungkin setakat mengajar cara komunikasi dan cara pengurusan masa. Saya suka sebabnya di rotasi klinikal yang lain tak mungkin kita akan dapat semua ilmu2 kehidupan tersebut.

Tak suka Public Health sebab nanti buat thesis?

Ada juga mendengar keluhan dari teman2 tentang tak suka Public Health ini, katanya berat juga. Bagi saya semuanya dari kaca mata kita yang melihatnya.

Betul kan?

Apa yang penting adalah berusaha dan berusaha sahaja. Buat yang terbaik dan mudahkan orang. Kalau kita mudahkan orang, InsyaAllah Allah akan mudahkan kita. Kita akan bekerja dalam satu kumpulan jadi marilah kita sama2 menjadi ahli yang baik dan membuat sehabis baik kerja kita. Buang jauh2 rasa tak suka dan semuanya yang negatif. Sebabnya kalau kita rasa tak suka tentang kerja kita nanti kerja kita akan rasa susah dan tidak menarik, hasilnya nanti juga tidak akan bagus.

InsyaAllah boleh. Sematkan dalam diri dan berusaha untuk buat yang terbaik!

Nota:

1) Batch 2004 dah nak pergi 'magang'. Apa magang tu?Macam housemen kot. Sekarang hanya ada batch 2005 di sini. cepat2lah batch 2006 datang^_^ Kami menunggu.

2) Harini hari pertama nak ke PUSKESMAS!

3) Dah beli tiket balik. Yeay! (^____^)

Monday, May 10, 2010

Public Health

Assalamualaikum wbt

Today is my first day in Public Health department. Public health or in Indonesia we called "Ilmu Kesihatan Masyarakat" . Introduction by Dr Denni the head deparment of P3D, about "Important and Urgency". I have already read that in the magazine and motivational book before this. I know the topic does not included in the syllabus for the public health but Dr Denni just wanted to emphasis on how important to manage our daily activities according to their "importance and urgency".

It has been so long since me and my batch mates have lectures. I mean long lectures that start early in the morning and finished in the afternoon! Long hours of lectures:)

Good Luck to me and my friends^_^

There will be pre-test tommorow. I have not finished the book yet. huhu.

In this rotation, only 20 of us! We will not see any patients within 4 weeks and we will not going to the hospital. Only the Eckyman Building opposite the hospital.

Saturday, May 8, 2010

Part 2 : Selesai Exam & PASS

Buat semua adik2 tahun 4 dan kepada yang exam


Assalamualaikum wbt dan salam semua!

Sambungan dari entri Part 1 : Selesai Exam Paediatric.

Dalam rotasi paediatric ini ada 2 kali exam, satu exam bertemu pesakit dan satu lagi adalah exam MCQ (multiple choice question) yang macam masa pre-klinikal dulu. Soalan MCQ hanyalah 50 soalan, tapi sudah cukup membuatkan saya merasakan sangat2 bimbang akan reputasi saya sepanjang rotasi paediatric ini akan jatuh tergolek diakibatkan oleh kertas MCQ tersebut (metaphora melampau ni^_^) Susah! huhu.

Selesai2 saja saya jawab dan keluar dari dewan peperiksaan, saya dah check yang saya mungkin salah 10 soalan. atau mungkin lebih? siapa suruh saya rajin check. Ya Allah! Careless pun ada. Perasaan waktu itu sangatlah risau dan macam2 saya fikir, dan akhirnya saya fikir2 balik dah lepas pun. Sekarang kita usaha lagi! Usaha berdoa banyak2! Judicium adalah hari khamis. Judicium adalah hari keputusan diumumkan. Bertawakkal setelah berusaha. InsyaAllah walau apa2 pun keputusan kena terima dengan hati yang terbuka.

Masa ma saya call petang rabu saya paksa ma saya buat solat hajat untuk saya, saya pesan lagi dekat ma saya supaya semua orang yang di rumah masa tu pun kena buat solat hajat dan doakan saya. Selamba saya paksa semua doakan saya^_^ dan malamnya ma saya call, ma kata ma baru saja selesaikan buat solat hajat untuk angah. Senyum pulak bila ingat balik ayat saya petang tadi.

Hari khamis yang ditunggu tiba jua, tapi Judicium tak jadi! Kami iaitu saya dan kawan2 tunggu sampai petang, menurut bahagian administrasi semua nilai(markah) belum masuk lagi. Jadi mungkin hari Jumaat, dan Jumaat esoknya kami tunggu lagi sehinggalah jam 9 am lebih. Tiada judicium juga tapi nilai kami ditampal di dinding papan kenyataan. Saya terserempak dengan siti waktu nak melihat keputusan.

"mung tau dok, ado judicium tadi, abeh doh" kata siti dengan muka serius!

"Yeke?" kata saya dengan muka tidak percaya.

"dok eh, takdok pung judicium. nilai die tampal. Semua lulus " kata siti lagi.

Saya terus ke bergegas nak melihat keputusan yang ditampal. Alhamdulillah!:)

Natasha A.Hadi PASS

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

All praises to HIM!

Hati pun tersenyum riang^_^



Wednesday, May 5, 2010

Part 1: Selesai Exam Paediatric

Assalamualaikum wbt

2 minggu terakhir untuk posting paediatric ini adalah minggu exam. Isnin lepas adalah exam bertemu pesakit. Giliran saya adalah pada hari pertama dan saya adalah orang kedua pada hari tersebut selepas Verena Sesilia, kawan dari Indonesia. Penguji saya adalah Prof Herry Garma, dr., SpA(K), Ph.D dari subdivisi infeksi. Kasus yang saya dapat adalah demam tifoid sesuai dengan Prof dari subdivisi tersebut yang menjadi penguji saya. Pesakit saya untuk ujian pada hari tersebut adalah seorang anak perempuan berumur 10 tahun. Adik Yuliana sangatlah co-operative!

Selepas selesai membuat history taking dan physical examination (PE) kepada pesakit saya, saya diminta menulis resume tentang pesakit tersebut. Bermula dari anamnesis, PE head to toe, differential diagnosis, diagnosis, pemeriksaan penunjang (labs exam and others needed to confirm the disease), treatment dan prognosis. Lebih kurang sama sahaja dengan Internal Medicine (Ilmu Penyakit Dalam) dahulu tapi yang penting untuk kanak2 ini adalah berat badan dan tinggi badan mereka. Berat badan dan tinggi badan diperlukan untuk mengira status gizi dan juga penting untuk memberi ubat nanti. Bagi bayi dan kanak2 dosis ubat yang diberi adalah berdasarkan berat badan mereka. Berbanding dewasa dosis ubat sama sahaja.

Alhamdulillah semasa membuat physical examination saya dapat melakukan semuanya, tapi semasa menulis resume sedikit gelabah sebab masa yang diberikan hanyalah 10 minit. Masa untuk berfikir tentang diagnosis, ubat, status dan usulan pemeriksaan. Kelam kabut sekejap^_^

Selesai menulis semuanya, Prof Herry memanggil 3 orang yang diuji beliau ke dalam pejabatnya untuk berdiskusi tentang hasil pertanyaan dan pemeriksaan saya kepada pesakit. Kertas yang saya tulis tadi sudah berada di tangan Prof. Masuk2 sahaja ke pejabat beliau, saya, Verena dan Haliaida diminta duduk. Kami akan diuji 3 orang bersamaan.

Sampai kepada giliran saya,

"Ok, Natasha sila buat resume tentang kasus kamu" Prof Herry.

"Nama pasien..., berumur ... datang dengan keluhan panas badan sejak 10 hari sebelum masuk rumah sakit dan demam terus menerus, panas badan sore lebih tinggi dari pagi hari....." saya

"Sila terangkan pathophysiology tentang penyakit demam tifoid ini?" Prof Herry

"Bakteri yang berada dalam makanan dan minuman di bawa masuk melalui mulut melalui perut kita....(sambung sendiri)" saya

"Apakah komplikasi penyakit ini?"

"Sekarang tulis resep untuk pesakit ini"

Itulah antara soalan2 dari Prof Herry. Semasa terangkan pathophysiology penyakit saya tertinggal nak sebut tentang bakteremia primer dan sekunder. Terima kasih Prof sebab Prof tetap cool dan tidak marah. huhu. Alhamdulillah saya dapat tulis resep ubat(prescription), yang baru pagi2 sebelum ujian saya hafal sediaan ubat. Chloramphenicol in 250 mg and 500 mg capsule -tak ada dalam bentuk tablet.

Selesai sesi tanya jawab lebih kurang satu jam lebih. Terima kasih Prof sebab sangatlah baik dan tidak marah walaupun ada yang tak dapat jawab. Saya tak rasa down dan tidak rasa inferior setelah selesai semuanya. Pengalaman di Internal dulu, selesai saya ujian saya rasakan sangat2 down sebab rasa macam tak tahu semua perkara.

"Now you know your level of knowledge" kata penguji saya dahulu kepada saya semasa saya tak dapat terang definisi setiap murmur dengan lengkap.

Sampai di sini dahulu untuk waktu ini, saya kena ke hospital sekejap lagi:) InsyaAllah nanti saya sambung lagi ya^_^

Doakan saya, doakan saya dan doakan saya! (^_^)


Friday, April 2, 2010

Paediatric atau Anak

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah akhirnya harini berpeluang menulis sesuatu di blog rama2 ini^_^

Hari ini adalah public holiday di sini bersempena dengan Good Friday. Harap semua sihat dan semoga hari Jumaat yang penuh barakah ini kita semua dicucuri rahmat dari-Nya. Amin.

Pagi2 saya buka FB, seperti biasa melihat post dan status terbaru dari teman2 FB, terkejut dengan berita pemergian pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi. Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam. Doakan semoga arwah dicucuri rahmatNYA dan semoga ditempatkan dikalangan orang2 beriman..Amin.

Dia dikenali dengan watak yang lucu, peramah dan disenangi ramai orang walaupun hanya mengenalinya melalui radio era.fm. Dia tidak berceramah tapi lawak jenaka yang disampaikan mampu membuat pendengar senang hati, Subhanallah. Termasuklah saya yang suka mendengar celoteh beliau sebelum ke tempat kerja pada pagi hari. Allah swt lebih menyayangi beliau.


Cerita saya

Minggu ini sudah masuk minggu ke-4 saya dalam rotasi Paediatric ataupun di sini dipanggil Anak. Kalau sebelum ini rotasi pertama saya untuk department major adalah Internal Medicine atau Ilmu Penyakit Dalam. Sekarang ini adalah rotasi major yang ke-2 saya. Di Internal Medicine, pesakit2nya adalah orang2 dewasa, tapi di rotasi Paediatric ini pesakit2 semuanya anak2, bermula dari yang baru lahir sampailah kepada yang umurnya belasan tahun. Kalau yang baru lahir itu pula ada yang cukup bulan dan ada yang tak cukup bulan dan terpaksa tinggal dalam inkubator sehingga mampu mandiri.

Sebelum saya masuk rotasi anak ini, sebelumnya saya berada di Forensik. 3 rotasi minor sebelumnya iaitu Saraf, Jiwa dan Forensik. Sudah lama tidak ber'oncall' dan berhadapan dengan pesakit sebenarnya, awal2 di rotasi anak ini memang agak memerlukan masa untuk saya beradaptasi. Alhamdulillah sudah dapat 'catch-up' dan rasa seronok berada di rotasi ini. Saya berusaha untuk menimbulkan rasa seronok dan menyukai rotasi anak ini kerana, saya akan bekerja dengan lebih bersemangat dan senang hati kalau hati saya seronok ^_^

Pengalaman di rotasi ini?

Banyak! Sebak dan gembira. Sebak melihat baby yang comel2 dimasukkan tiub2 ke dalam hidung dan mulut untuk bantuan pernafasan dan juga makan. Gembira melihatkan wajah ibu2 yang melahirkan anak2 yang sangat comel. Oh ya! Kalau bekerja di bahagian perinatalogi, iaitu bayi2 yang baru lahir, saya berpeluang melihat proses ibu melahirkan anak. Saya sudah 2 kali ke bahagian Obgyn yang terletak bersebelahan sahaja dengan perinatalogi untuk menunggu baby2 dilahirkan. Tugas kami dari bahagian anak ini adalah untuk mengambil baby yang dilahirkan dan membersihkan, memeriksa, menyuntik vitamin K dan harus bersedia untuk apa2 perkara emergensi yang bakal berlaku kepada baby contohnya tak dapat bernafas atau asfiksia. Jadi kami(saya dan residen) bersedia untuk melakukan resusitasi/bantuan pernafasan. Alhamdulillah semua baby sihat2 belaka setakat ini yang dilahirkan.

Anak itu anugerah dari Tuhan. Sungguh suci wajah mereka waktu pertama kali melihat dunia. Welcome to the world baby(^_^) Baby ni kuat betul nangis waktu melihat dunia buat pertama kali. Sedihnya....hehe. Pertama kali saya lihat seorang ibu melahirkan anak adalah lebih kurang jam 2 am pada pagi yang hening. Dalam hati saya, sungguh susah payah seorang ibu itu melahirkan anaknya. Melihatkan wajah ibu tersebut, saya tahu sungguh sakit, tapi setelah anak dilahirkan hilang semua sakit yang dirasai. Senyuman di wajah ibu seorang bayi, membuatkan saya yang mengantuk2 terus segar sewaktu saya hulurkan bayinya yang sudah siap dibungkus untuk disusui.

Nak tahu tak? Pertama kali saya melihat proses kelahiran bayi oleh seorang ibu, saya sangat tersentuh dan merasakan pengorbanan seorang ibu sungguh banyak dan mulia. Bayangkan saja, walaupun sakit2 dan berat membawa kita selama 9 bulan dalam kandungan dan sakit sewaktu melahirkan kita ibu tetap juga bersabar melayan kita yang banyak kerenah ini. Subhanallah...Saya berjanji tak akan melukakan hati ibu saya dan saya akan sentiasa memastikan ma dan abah saya tak akan susah hati dengan saya. Saya lebih sayang dan sayang saya bertambah kepada ibu saya mengenangkan susahnya beliau melahirkan saya, membesarkan saya dan memastikan saya mendapatkan yang terbaik dalam hidup ini.

Angah sayang Ma dan juga Abah! Semoga Allah swt memberikan kesihatan yang baik buat kedua orang tua saya dan semua ibubapa ^_^ InsyaAllah saya akan berusaha menjadi anak yang solehah dan menghadiahkan yang terbaik buat kedua permata hati saya ini.

Sunday, March 14, 2010

Penat Jadi Doktor !

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar sudah hampir 6 bulan saya menjalani rotasi klinikal di sini. Hampir 6 bulan juga saya tak pulang ke Malaysia tercinta. Ermm..rindu juga hati nak pulang bertemu keluarga di kampung halaman tercinta. Tanggungjawab di sini masih belum selesai, insyaAllah tak lama lagi saya akan pulang.

Kalini saya nak berkongsi tentang pengalaman menjadi intern ataupun menjadi pelajar klinikal di sini. Kami di sini di panggil ko-ass, singkatan kepada co-assisstant. Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung adalah sebuah Teaching Hospital. Jadi ramai jugalah resident yang juga bekerja sambil belajar untuk buat spesialis.

Penat Jadi Doktor

Sewaktu awal2 di tahun klinikal dan sekarang pun dengar2 juga beberapa teman saya yang merungut:

"Aku rasa aku berada di bidang yang salah"...

"Tensen lah belajar ni, penat pulak. Saya rasa menyesal ambil medik ni"...

"Aku rasa tak ada life la"...

Itu adalah rungutan2 negatif yang pernah saya dengar. Ada juga respon positif dari teman2 yang semangat.

Bagi saya pula, kalau nak dibandingkan semasa di Sarjana Kedokteran, sewaktu tahun 1 hingga tahun ke-4, saya lebih suka sekarang. Kenapa?

Kalau dulu kena banyak membaca, buat Learning Issue (LI) dan hafal2 skills lab dan pada akhir setiap tahun pengajian kena ada SOCA (oral case) dan OSCE (clinical exam) untuk setahun yang kita pelajari. Theory is very important during that time!

Sekarang pula saya kena banyak praktikkan teori yang saya belajar dulu, kalau dulu setiap perkataan dalam buku OSCE kena hafal dan kalau diluahkan balik sewaktu exam, insyaAllah lulus:) tapi kini kalau hafal2 sahaja tanpa mengetahui cara melakukan sesuatu klinikal skills memang tidak berguna. Bukan sahaja kita kelihatan tidak kompeten dihadapan pesakit tapi mungkin tidak lulus rotasi yang kita lalui.

Saya suka sekarang sebab berhadapan dengan pesakit sebenar. Bertemu dengan pelbagai ragam orang dan pesakit. Berpeluang mempraktikkan komunikasi dan belajar menghadapi kehidupan di alam nyata.

"Best ke jadi doktor ni kak?"..seorang junior bertanya kepada saya.

Susah juga nak jawab, nak kata best atau tidak itu bergantung kepada definisi individu. Kalau saya kata tak penat, tipulah saya. Kalau kata banyak masa juga tipulah saya. Pada saya setiap sesuatu ada waktunya, maksudnya waktu belajar, bekerja, berehat untuk diri dan waktu ibadah semuanya ada waktu tersendiri. Semuanya bergantung kepada diri kita.

"Jadi betul ke kalau ambik medik dan jadi doktor ni tiada life?"

"Tiada life? Tak hiduplah kita. Sebab kalau sudah tiada life maksudnya sudah berada di alam lain kan?:)"

Selagi kita merancang dengan baik dan membuat sesuatu mengikut kepentingan perkara tersebut, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan kehidupan akan terasa lebih bermakna.

Dalam bidang apa pun kita, kalau kita tidak menggunakan masa dengan baik dan merancang sesuatu dengan baik, banyaklah perkara yang akan kita ketinggalan.

Waktu sekaranglah masanya untuk kita melangkah selaju mungkin dan mengutip sebanyak mungkin ilmu. Selagi nyawa di kandung badan selagi itu kita mesti kutip sebanyak mungkin pengalaman dalam hidup.

Buatlah sesuatu dengan bersungguh2 dan jangan pernah putus asa.

Senyum selalu dan hadapi hari2 yang bakal mendatang dengan penuh semangat.

Semoga Allah swt terus melimpahkan kepada kita rezeki dan rahmat-Nya. Amin


Iman Aisyah in Paediatric Department

Sunday, February 21, 2010

Part 1: 2 Minggu Di Forensik

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah harini berpeluang menulis di blog. Asyik tertangguh saja hajat saya ingin berkongsi mengenai pengalaman di forensik. Macam2 pengalaman sudah saya lalui selama berada di forensik.

Setakat ini, iaitu semasa saya menulis entri ini sudah 17 jenazah yang saya dan teman tim forensik lain kendalikan. Kami sudah ke kuburan iaitu tempat penggalian, menggali jenazah yang sudah 7 hari dikebumikan digali semula untuk di autopsi. Subhanallah saat saya melihat jenazah yang dikeluarkan kembali dari liang lahat, hati berkali2 istighfar mengingat bagaimana diri nanti? Husnul Khatimah kah pengakhiran kita nanti?

Ini pengalaman pertama saya melihat jenazah yang sudah dikebumikan, digali kembali.

Cepat kan? Sudah 2 minggu saya di forensik. Pejam celik- pejam celik, sudah sampai ke hari ahad kembali. Setakat ini sudah 17 jenazah, 4 jenazah wanita, 1 jenazah bayi dan selebihnya adalah lelaki.

Pada hari pertama saya di forensik, tim forensik yang dari Universiti Ukrida, Yarsi dan Universitas Maranatha yang melakukan kerja2 autopsi, kami yang baru masuk dari UNPAD hanya menjadi observer.

Hari Pertama

Waktu datang seawal jam 7 am, sebelum masuk ke ruang diskusi, saya sempat melihat ke ruang jenazah ditempatkan. Kelihatan sekujur mayat. Sudah ada jenazah yang menunggu!

Selesai kuliah dari Dr Norman, kami diberitahu ada 2 jenazah yang perlu diautopsi. Semasa masuk ke kamar jenazah untuk mengautopsi, saya lihat di meja autopsi hanya ada sekujur mayat yang dibungkus dengan kain kafan dan diluarnya ada dibungkus plastik lutsinar. Saya mencari2 mana jenazah satu lagi? Saya lihat di atas satu meja autopsi yang lain ada satu plastik sampah hitam yang diikat rapi. Jenazah yang satu lagi berada di dalam plastik hitam tersebut! Hati sudah berdebar2! Sudah kedengaran teman2 mengatakan itu adalah jenazah bayi. Ikutkan hati tak sanggup saya nak lihat jenazah bayi tersebut. Pasti menjadi mangsa pembuangan oleh ibu bapanya! Tak suka!

Kami dari tim forensik dari UNPAD diberi peluang menjadi observer kepada kedua2 jenazah. Jenazah yang satu lagi adalah jenazah seorang dewasa wanita, yang mati lemas atau mungkin mati dahulu sebelum dibuang ke air? baunya hanya Tuhan saja yang tahu. Sebab pembusukan mayat paling kedua tercepat di dalam air setelah di udara terbuka. Wajah jenazah itu sudah tidak dapat dikenali, sudah hampir mencair daging2 jenazah tersebut. Hanya tinggal tulang2 itupun ada yang sudah patah. Saya lebih memerhatikan jenazah bayi di meja sebelah yang masih utuh.

Jenazah bayi itu juga adalah korban yang ditemui dalam air. Bayi tersebut lahir hidup! Ini dapat diperiksa dari tes apung paru yang terdapat gelembung2 udara. Jadi sempat hidup bayi ini setelah dilahirkan. Masih ada tali pusat. Lengkap anggota badan bayi tersebut. tapi sudah mengalami pembusukan dan sudah ada ulat2 lalat. Jadi mungkin sudah 2-3 hari. Sungguh sedih saya lihat jenazah bayi tersebut. Sayu pun ada. Kuatkan semangat, niatkan semuanya kerana Allah swt dan manfaatkan sebagai peluang untuk kita belajar.

Alhamdulillah masih kuat saya untuk melihat jenazah2 tersebut. saya sentiasa mendoakan supaya Allah tempatkan mereka dikalangan para Solihin dan mari sama2 kita hadiahkan Al-Fatihah kepada arwah2.


Innalillahiwainnailaihirojiun...


Nota:

1)Banyak pengajaran yang saya dapatkan selama 2 minggu sentiasa diingatkan dengan kematian.

2)Pengajaran- Jangan terlalu sombong berada di atas bumi Allah swt ini, jangan suka melakukan maksiat dengan anggota2 badan pinjaman dari-Nya ini. Jangan terlalu mengatakan 'ini hak saya', kerana semuanya adalah bukan milik kita. Kita sebagai manusia hanyalah hamba-Nya, yang dihadirkan di atas bumi ini untuk:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu.

(Surah Azzariyat : 56)

“Sesungguhnya kepada Rabb (Allah) kesudahan (segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya. Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; Dan sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan”

(Surah An-Najm : 42-44)


3)Ingin lebih menjaga diri, menjaga aurat dan berusaha menjadi solehah.

4)Hanya tiga, tapi itulah selamanya : klik blog sinar islami (^_^). mantap pengisian ini!

5)Entri seterusnya akan saya kongsikan pengalaman pada minggu kedua menjadi operator atau OP (yang mengendalikan jenazah untuk pemeriksaan). Kisah oncall pada jam 4.30am dan kisah doktor2 yang beriman di forensik!


Setiap sesuatu yang berlaku itu berharga!


Sunday, February 7, 2010

Part 1 : Psychiatric

Assalamualaikum wbt

Dah lama tak menulis di blog ini. Entri sebelum ini adalah banyak berbentuk gambar. Kalau banyak gambar maksudnya saya kena fokus kepada sesuatu yang lebih penting dulu pada masa tersebut.

Alhamdulillah saya sudah selesai rotasi Psikiatri ataupun di sini dipanggil bagian Jiwa. Alhamdulillah rotasi pertama yang ujian akhirnya saya tak rasa tertekan, waktu tidur saya pada malam sebelum ujian akhir cukup dan saya tidak mengalami kepenatan post-exam syndrome. Alhamdulillah saya dapat penguji yang boleh saya katakan sangat baik sepanjang saya mengikuti rotasi klinikal. Rotasi pertama, iaitu rotasi major adalah Ilmu Penyakit Dalam ( internal medicine), rotasi kedua adalah rotasi minor, iaitu Saraf ( neurology). Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan rotasi tersebut.

Minggu depan saya akan masuk rotasi Forensic. Ermm..maksudnya nanti saya kena sentiasa bersedia 24 /7 untuk dipanggil ke ruang mayat sekiranya ada mayat untuk diautopsi.

Agak2 nanti macam mana ya pengalaman saya nanti berhadapan dengan mayat yang pertama yang akan saya autopsi?

Bolehkah saya lalui 3 minggu ini?

InsyaAllah boleh! Sematkan dalam hati perkataan tersebut.

Sepanjang berada di rotasi psikiatri selama 3 minggu, banyak yang saya dapat tentang psychology dan personality manusia.

Bagaimana cara bercakap yang baik dan ekspresi yang kita patut tunjukkan untuk membuatkan orang berasa selesa dengan kita..Terima kasih untuk Dr Shelly ! Residen semester pertama yang menjadi pembimbing kumpulan saya semasa di rotasi psikiatri. Dr Shelly seorang doktor yang boleh saya kata senyuman tak pernah lekang dari bibir dan berdiskusi dengan beliau membuatkan kita berasa selesa. Dr Shelly sangat menitik beratkan cara yang betul untuk berkomunikasi. InsyaAllah nanti saya akan kongsikan.

Take home message

Dr Shelly sebagai residen pembimbing di psikiatri menanyakan setiap dari kami tentang 'Take home message' yang didapatkan selama di psikiatri.

Banyak respon dan jawapan yang berbeza2 dapat dikongsi.

Banyak yang saya belajar tentang manusia dari segi jiwa, personaliti dan sikap.
Berbeza dengan roatasi sebelumnya yang banyak menekankan kesihatan fizikal berbanding mental.

Terima kasih juga untuk Dr Vera sebagai konsulan pembimbing kumpulan saya dan semua residen dan juga konsulan semasa saya berada di rotasi psikiatri.

Tak lupa, paling penting adalah pesakit2 yang banyak membantu kami!

“Jangan takut untuk memulakan sesuatu. Yang penting ikhlaskan niat, jelaskan matlamat. InsyaAllah dalam usaha nanti Allah bantu”

“Hati-hati kalian dari buruk sangka, kerana itu adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kalian mendengarkan ucapan orang lain dalam keadaan mereka tidak suka. Janganlah kalian mencari-cari cela orang lain. Jangan kalian berlomba-lomba untuk menguasai sesuatu. Janganlah kalian saling hasad, saling benci, dan saling membelakangi” (HR. Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Nota:
1)Sabtu dan Ahad ini saya gunakan untuk melaksanakan hak2 sahabat. Terima kasih kek batik! dan perkongsian cerita yang tak disangka2 oleh Miss Nazatul:)

2)Belajar berkomunikasi dengan betul dan tidak semberono berbicara sangat penting. Kalau kita tak tahu, bertanyalah..

Sunday, January 17, 2010

NO PAIN NO GAIN


The motto is an exercise motto by an actress, Jane Fonda who produced series of aerobic exercise videos in 1982. The meaning is clear, no pain no gain. The concept is rather simple, when you exercise, when you feel there is no pain anywhere on your muscles, you know you are not exercising correctly, thus not gaining anything out of it.

Similarly in life, we experience pain, regardless of how we define and see what pain is.
We always want to question ourselves:
when we live our life too easily with no pain coming, are we actually gaining anything with the way we live now?

Why not take the challenge of ‘pain’, suffer temporarily and actually gain something out of it? Of course, we always have the choice ‘to live life easy’ (a great quote for lazy bums), and it’s always fun living in such way. But will we be able to gain as much as living life with a little pain?

Why not take the challenge of ‘pain’, suffer temporarily and actually gain something out of it?

Solat Jemaah

Solat jemaah is a pain (to some).

But why not suffer the ‘pain’ temporarily, go solat jemaat and get 27 times greater reward than solat sorang2.


You’ll never know how this can help you later in the hereafter.

Always keep this in mind, pain is ALWAYS temporary. (Long pain is utter rubbish and mostly related to heart broken love story thing. In this matter, just learn how to forgive and you’ll be fine.) At the end of the day, the gain is way too sweet in comparison to the short pain.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(al-Baqarah: 286)
Allah tells us to believe Pain is something that we can endure and you must believe in Allah’s words. Always believe. For every suffering/pain we’re facing, at the end of the day, we will eventually GAIN something out of it. Cause as Muslims, we’re no losers. We are always the winner. We just need to work and believe.


An Arabic saying states that "a person who does not stand now will never be able to sit later."

This means that a person who does not work hard in their younger life will never have a relaxed life when they are older.

Everything in life has to be earned and all of us have to pay the "tax" whatever our achievement is.

How to become A Good and Successful Medical Student-Prof Dr Muhaya

Medicine

Being a 5th year medical student, I have gone through hardtimes, sweat and tears. But at the end there will always sweet time :) and happy time also (^_^)

Being me, I always feel that I cannot do and go through the hardtimes but it always turn out to be the other way around. Thanks to my family and friends who always have the confidence in me! All praises to HIM that helping me went trough all this years.

Be patient!

I experienced the feeling of:

"This subject is so difficult, I can't understand!"

Learning about the highest creation of God which is human being, is never easy.

For me, the important thing is never give up!

Even you understand them slowly compared to your other friends, nevermind. The main thing is the knowledge that you acquired.

Regard all the difficulty as challenge and ibadah.

Studying medicine and applying the knowledge into a clinical skill is about helping others. Then tell ourself that.
"If I not study well now, later I will end up being a crappy doctor with minimum knowledge and not confidence in practising the skills."

So the choice is in our hand rite?

Let us have the determination to achieve the best that we can do!

Pray hard. Work hard. Love more and laugh more :)

Notes:
This entry is dedicated to my brother, Hafizi. He sms me just now:
Angah,makin susahla study sekarang ni..eg runsingla takut tak lulus nnt entrance exam ni..dahla result SPM tak tau dpt syarat hok dio nk ko dop..
Angah doakan semoga eg dapat buat yang terbaik. Yang penting jaga solat+doa+usaha. InsyaAllah boleh!

Monday, January 4, 2010

Muhasabah dan Berubah

Assalamualaikum wbt


Apa khabar semua?

Alhamdulillah saya sihat.

Minta maaf saya baru sempat menulis harini setelah entri terakhir yang saya tulis 'Dia Pergi Tak Kembali'. Ya, saya sedih kerana perginya seorang Pakcik yang sangat saya sayangi dan paling rapat dengan saya. Alhamdulillah, menurut Ma saya, Mamak(panggilan kpd pakcik saya) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seremban pada jam 2.30pm pada hari yang sama arwah meninggal. Allah swt lebih menyayangi arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan diampunkan semua dosa2 arwah. Amin.


Neurology Department

28 Dec 2009 yang lepas saya masuk Department Neurology(saraf). Rotasi kedua saya untuk tahun klinikal ini. Alhamdulillah setelah selesai Internal Medicine.

Masuk minggu ini sudah minggu kedua saya dalam bahagian saraf ini. Saya cuma ada 3 minggu di rotasi saraf ini. Jadi ini bermaksud minggu depan adalah minggu terakhir dan minggu ujian. Neurologi ataupun saraf tidaklah seberat Internal Medicine ataupun Ilmu Penyakit Dalam.
Kes2 yang perlu dipelajari juga tak sebanyak Ilmu Penyakit Dalam. Nama rotasi klinikal ini pun rotasi minor. Mungkin semasa rotasi yang lepas sedikit sibuk dan memerlukan bacaan yang banyak. Rotasi saraf ini pun banyak memerlukan 'bacaan kembali'. hehe. Sistem neurology adalah semasa tahun ke-2 preklinikal. Lama kan? tapi saya minat Neurology!

I want to get A for neurology! InsyaAllah

:: Mari kita berusaha gigih:)

Malam Tahun Baru

Malam tahun baru yang lepas saya juga tak ketinggalan menyambutnya. Pertama kali saya menyambut malam tahun baru bersama teman Indonesia. Resvi mengajak saya untuk Mabit, di Salman, ITB. Mabit(Malam Bina Iman dan Taqwa). Sambutannya agak berbeza, sempena tahun baru masihi adalah tarikh yang sengaja dipilih mungkin sebagai titik permulaan. Saya nak kongsikan adalah, malam tersebut pertama kali saya tunggu gerhana bulan dan kami(satu masjid) solat sunat gerhana. Lebih kurang jam 1.53am-2.53am waktu di sini. Malam tersebut saya muhasabah diri saya balik. Saya ingin berubah menjadi yang terbaik, anak yang solehah!

Oncall Back to Back

Esoknya adalah Jumaat dan jam 8am saya oncall sehingga jam 5pm.

Oncall pada hari tahun baru dan saya di bahagian neurology, ramai juga pesakit yang datang dengan penurunan kesedaran. Ada juga meningitis dan stroke. Residen yang oncall bersama saya pada hari tersebut sangat baik dan best:) Terima kasih ajarkan saya dan Resvi. Oh ya, saya dan Resvi oncall bersama, jadi mengantuk pun sama2lah juga sebab semalam berjaga bersama.

Sabtu malam saya oncall lagi, saya suka pula ya ber'oncall' ni. Malam sabtu ini saya gantikan Ika sebab dia balik ke Malaysia untuk nikah. Opss..Abang dia yang nikah.. Nak souvenir!:) Tadi tak minta masa kat kelas sebab muka kamu nampak ngantuk dan penat. Selamat Pengantin Baru untuk abg Ika. Lepas ni giliran Ika pula:)

Gembira sebab ini oncall terakhir sehingga forensik mungkin. Psychiatric tiada oncall. Jadi saya boleh gunakan masa yang ada untuk berusaha gigih belajar.

Azam

Azam saya adalah:

Berusaha Gigih. Ringkas dan padat. Sebenarnya ada yang kecil2nya tapi tak perlu saya hebahkan kepada semua, cukuplah dikongsi dengan keluarga dan sahabat2 terdekat sahaja.

Saya nak berusaha gigih! Muhasabah dan Berubah menjadi yang terbaik.

Visi lebih jelas. InsyaAllah semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Nota:
1)Alhamdulillah..semoga permulaan yang baik, kita teruskan berusaha menjadi lebih baik.

2)Teruskan gigih berusaha buat anak muda yang sekarang ini tengah gigih berusaha untuk exam terakhirnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

3)Sahabat itu dekat. Keluarga itu dihati. Syukran a'la kulli hal:)


Saturday, December 19, 2009

Oncall..Oncall

Assalamualaikum wbt

Sudah 3 hari berturut2 saya tidak tidur di malam hari, dan malam ini masuk malam ke-3 dan terakhir saya oncall. *Gembira sebab cuti seminggu*(^_^)

Tapi siang hari saya tak kerja pun dan tak ada kelas, jadi tak ada masalah hanya malam2 keluar ber'oncall'

Malam semalam dan malam ini saya oncall, Khamis malam yang lepas saya bersama Puan NK(nama sebenar kawan saya sorang ni panjang jadi saya singkatkan sambil2 nak biarkan rahsia:) pergi ke PUSDAI(pusat dakwah islam) *insyaAllah ada peluang nanti saya ceritakan apa yang kami buat dan dapat di sana*

Kejap lagi nak kena pergi hospital lagi. Oncall pada hari cuti sangat saya suka sebab tak perlu pergi kelas pada esok paginya dan kita hanya perlu masuk kerja pada jam 7 pm.

Fisiologi manusia memang tetap kena tidur malam jadinya, balik pada esok paginya tetap mengantuk dan tidur juga! hehe.

Mungkin ada yang bosan dengar oncall dan oncall tapi bagi saya *just enjoy whatever it is* dan cubalah mempraktikkan bekerja untuk memberi. Semangat Natasha!

Oklah tak boleh tulis panjang2 sebab jam 7 pm kena ke Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung.

*Malam ini saya jaga wad Melati *Semalam emergency ward.

Friday, December 18, 2009

Alhamdulillah::Internal Medicine

Assalamualaikum wbt

Petang semalam adalah hari terakhir bagi rotasi Ilmu Penyakit Dalam(IPD) atau Internal Medicine.

Petang semalam juga iaitu pada jam 2 pm ada Judicium untuk rotasi ini. Judicium adalah hari di mana keputusan kami diumumkan. Sama ada lulus atau gagal, untuk lulus adalah A atau B sahaja. Secara automatis akan gagal rotasi ini kalau dapat selain dari A dan B. Markah untuk lulus pula adalah 68% dan keatas. Semasa saya dan teman2 sedang menunggu di luar dewan di tingkat 5 bangunan IPD tersebut, hati ni berdebar Tuhan sahaja yang tahu. Kalau gagal kami masih diberikan peluang untuk ambil ujian pada hari selasa depan, tapi saya mengharapkan dan berdoa supaya saya lulus untuk rotasi klinikal pertama ini. Dalam hati saya istighfar banyak2 dan pengakhirannya saya berserah kepada Yang Esa.

9 minggu di rotasi ini penuh cabaran, onak dan kerja keras. Pejam celik dah minggu terakhir dan hari pengumuman keputusan tiba jua. Ini juga adalah Department yang boleh dikatakan major.

Saya masuk rotasi ini pada 19 Oktober lalu, setelah 3 bulan bercuti panjang di Malaysia. Selalunya susah dan lambat sedikit nak dapat momentum untuk belajar kalau selepas cuti panjang. Salah saya juga, Ma dan Along dah suruh belajar masa cuti tapi saya tetap bercuti sesungguhnya. hehe. Padan muka! Terpaksa bekerja keras.

Pada saya Internal Medicine ataupun dalam Bahasa Indonesianya adalah Ilmu Penyakit Dalam sangatlah menarik walaupun bacaan haruslah banyak! 80-90% penyakit adalah dalam rotasi ini. Jadi belajar betul2! Kepada adik2 junior pula kebanyakan kes2 yang kita belajar masa 2nd-4th year ada di rotasi ini. Aplikasi pengetahuan dahulu adalah sekarang. Klinikalnya adalah sekarang. Jadi sila belajar dengan betul2 kes2 di tutorial sekarang. Kutip banyak2 dan baca banyak2 tentang Anatomy, Physiology, Histology dan Pharmacology penyakit2 tersebut. Sudah masuk klinikal nanti tinggal aplikasi sahaja.-->sepatutnya, belajar dari mula:) tapi biasalah usaha gigih kita hanya akan muncul apabila ada exam sahaja. hehe. termasuklah saya:) tapi tak terlambat untuk kita ubah strategi belajar dan yang penting kita teruskan usaha dan fokus.

Berbalik kepada pengumuman keputusan tadi, nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk masuk. Berdebar memang sangat tinggi! Ada juga saya tengok seorang kawan mukanya macam dah nak menangis. InsyaAllah boleh. Itulah adalah ayat saya, walaupun dalam hati pun risau juga:)

8 orang pertama dipanggil dan nama saya tiada dalam senarai. Masih ramai diluar. Setelah 5 orang pertama yang dipanggil berada di dalam dewan, mereka keluar. Dari raut wajah mereka, terlihat sedih dan wajah2 yang keluar tunduk, mereka gagal untuk rotasi ini. Pada saya mereka belum lagi lulus! Masih ada peluang. Jangan putus asa kawan2!

Nama dipanggil lagi, dimulai dengan nama Aditya Fahmi, dia memang antara mahasiswa yang score! Dalam hati saya, mesti dipanggil ikut markah. Tak berapa lama nama saya dipanggil:) Kami berdiri di hadapan konsulan2 yang ada. Konsulan adalah consultant kalau di Malaysia. Spesialis yang sudah ambil sub-spesialis. Ketua IPD, Prof Rully memanggil nama 6 orang mahasiswa untuk maju kehadapan, termasuklah tadi ada Aditya Fahmi, budak terer! Mereka adalah mahasiswa yang mendapat A. Jadi saya tahulah yang saya dapat B, mungkin juga B+. hehe.

Walau apa pun nilainya, saat doktor konsulan tadi mengeluarkan ayat, "Bagi tepukan yang gemuruh untuk anda semua karena sudah lulus di IPD"..
Saya memandang teman disebelah saya, Nurlitasari dan tersenyum, Alhamdulillah!
Lega rasa hati. Syukur sangat2! Hilang segala rasa penat dan mengantuk sebelumnya.

Alhamdulillah dan Alhamdulillah saya sudah lulus rotasi pertama saya iaitu Internal Medicine.
Saya tahu ini semua tidak akan berlaku tanpa izin Yang Esa, banyak dugaan pada awal2 saya masuk klinikal, tapi saya berdoa tidak putus2 supaya Allah memberi kemudahan kepada saya. Tiada kata untuk saya gambarkan bahawa betapa Allah swt banyak membantu saya.

Kedua ibubapa saya, Ma dan Abah yang boleh dikatakan hampir setiap hari telefon saya dan memberi saya kata2 semangat. Saya sangat2 berterima kasih buat doa mereka. Along, Ila, Eg dan adik mereka juga sangat membantu masa saya rasa jatuh.

Buat teman2 saya juga:) terima kasih doakan saya.

Buat seorang teman yang masih tengah berusaha bersungguh2 sekarang. Terima kasih kata2 semangat anda dan terima kasih selalu buat saya selalu tersenyum. Buat yang terbaik untuk exam awak! InsyaAllah boleh:) Terus fokus dan berusaha gigih anak muda, walaupun saya tahu awak memang seorang yang berusaha gigih. Terima kasih.

Nota:
Lagu blog saya ni bertajuk 'Kau Kawan, Sahabat dan Teman'. Suka lagu ini. Khas untuk teman yang tengah gigih berusaha dan untuk semua teman2 saya yang lain juga:)

Sunday, November 15, 2009

Top 10 Mistakes Made in Clinical Rotations

Kendra Campbell, Medical Student, Emergency Medicine

Last week, I watched a med student argue for 20 minutes with a patient about whether or not they were ambulating enough. His actions inspired me to make a top 10 list of mistakes that I've seen students make during their clinical rotations:

1. Arguing with a patient. This is an exercise in futility, and is very unprofessional.

2. Reporting a physical finding without actually observing it. I've even seen a student get in trouble for documenting a physical finding on a patient who had been discharged already.

3. Pimping your resident or attending. Med school is similar to the military when it comes to respecting your place in the chain of command. Attendings pimp residents and med students. Residents pimp med students. Thou shalt not pimp up the chain.

4. Disrespecting the nurses. Seriously, this is a huge no-no. If you want to make your life miserable, make the nurses hate you. If you want to enjoy your time at the hospital, befriend every nurse you meet.

5. Dressing inappropriately. I've seen this rule broken many times, and yet it never fails to shock me. We've probably all seen at least one female wearing 4-inch stiletto heels, or showing so much cleavage that you could use their chest to make an anatomical drawing. There's a time and a place for everything, and the hospital is not a place to dress provocatively.

6. Documenting an important positive finding without alerting your resident or attending. If you discover that a patient has rebound tenderness, or a temperature of 103.7, don't write this in a note and walk away. You must always alert your higher-ups to significant findings, or else you will find yourself getting chewed out for a good while.

7. Showing up late. This is a particular pet peeve of mine, and one that some students seem to think is insignificant. People notice when you're late. It's unprofessional and disrespectful to the rest of the group. Traffic is not an excuse. Leave your residence early enough to get to the hospital with plenty of time to spare.

8. Performing a procedure without having been authorized to do so. If the resident walks in on you placing a central line on a patient without their authorization, you will find yourself in deep trouble with the doctor, hospital, and potentially a courtroom.

9. Forgetting you are in a hospital. This is something that is easier said than done. We spend so many hours in the hospital that it's easy to forget that we are surrounded by very ill people. It's not a high school football game; it's a hospital, people.

10. Being a slacker. We all have seen students who try to get by with the bare minimum in everything they do. If you want to throw away a ridiculous amount of money, not learn anything, and end up being a crappy doctor, then by all means slack off during your clinical years. If you want to learn a lot and become an incredible doctor, then put in the time and effort.

Notes:
1)Goodluck to all my friends for the exams! Do your best! We can do it..!

2)Being a doctor and have to learn about the Highest Creation of God-->Human is difficult, but let us regard that as Ibadah and one of the way to help others!(^_^)

3)I have to! Work hard, pray hard and live to the fullest (^_~)

4)Dee and intan:really enjoy the webcam chatting! miss our time in kisas, and the time when we were 'gossiping' about us and our lives..hehe!

Friday, November 13, 2009

SMILING HEART


Assalamualaikum wbt

I just got back from the hospital---> emergency unit! with smiling heart (^_^) Walking home in the middle of the night at 12.00 am(kalau ma, abah tau ni kena marah ni)..

*click to this link friends:


Just came across the web site!

Sunday, November 8, 2009

Episod Hospital



Assalamualaikum wbt...

Sudah masuk minggu ke-4, saya berada dalam tahun ke-5 dan klinikal di sini. Kalau di sini kami sudah dipanggil Dokter Muda, mungkin sebab yang paling muda kalau nak dibandingkan dengan residen dan konsulan(doktor spesialis). hehe.

Rotation pertama saya adalah Internal Medicine ataupun Ilmu Penyakit Dalam. Department yang major dan besar juga, dan hampir kesemua sistem yang belajar semasa tahun ke-2 hingga tahun ke-4 preklinikal dahulu praktikalnya adalah di department Ilmu Penyakit Dalam(IPD) ini. Dalam department IPD ini ada 8 sub-bahagian kecil, saya dah tempuhi 3 sub-bahagian kecil. Sub-bahagian pertama adalah Endokrinologi dan Metabolisme, kedua Kardiovaskular dan ketiga adalah Pulmonologi. Esok saya akan tempuhi sub-bahagian baru iaitu Hemato-Onkologi.

Alhamdulillah sepanjang 3 minggu lepas semuanya berjalan lancar dan proses adaptasi dengan Rumah Sakit(hospital) berjalan sedikit demi sedikit,walaupun agak susah juga saya nak sesuaikan diri. Sebelum ini saya jarang ke Rumah Sakit, lagi pula tesis saya dulu tak memerlukan saya ke sini, di Jatinangor yang indah dan permai sahaja proses tesis saya, kecuali pada peringkat akhir saya perlu datang untuk mendapatkan tandatangan untuk tesis.*kisah tesis yang penuh suka-duka dan kerja-keras~*Alhamdulillah dah selesai zaman tesis*~


Ramai yang tanya saya, yang dekat mahupun jauh, dan juga junior2.

"Busy ke kak skng?"

"Sibuk eh dah intern?"


"Best tak belajar skng?"


"Enjoy tak belajar skng, Angah?"


Pasti soalan yang last adalah dari orang yang paling dekat dengan saya iaitu keluarga saya, sebab hanya keluarga yang panggil Angah. Soalan tersebut adalah dari Dr Nadia, iaitu kakak sulong saya, yang paling penting dia juga adalah mentor saya. Saya sebenarnya sangat kagum dengan kakak saya ini yang sentiasa berterusan belajar dan rajin! Lihat sahaja soalan yang kakak saya tanya, "Enjoy tak..?" hehe..(Along baca mesti banggga ni). Cara kami belajar sangatlah berbeza, kakak saya sentiasa berterusan belajar dan saya kalau cuti memang memanfaatkan cuti betul2.(^_^)


Jawapan kepada soalan saya sibuk ke tak sekarang adalah biasa2 saja, bergantung kepada individu cara mereka mentafsirkan maksud kesibukan itu.

Sampai di sini untuk kali ini. Esok saya nak jadi rajin!



Nota:**

1)Tahniah kepada seorang kawan saya yang bakal melangkah ke alam baru tak lama lagi! sangat tak sangka berita td! I am really happy on behalf of u(^_^)-jgn lupa update gmbr2 nnt ye..!

2)Good Luck and do the best in your final exam! Take care~ we should focus on what we are into now!

3)Dulu pernah rasa 'jatuh' dan tak suka sgt perasaan tersebut.."ko je asyik fikir psltu, ntah2 die tu duk bersuka ria je"..ayat seorg sahabat baik saya!

Thursday, November 5, 2009

Cerita Hari ini: Prolog Hospital

Assalamualaikum wbt...

Harini saya ke Rumah Sakit (hospital) lebih awal, selalunya macam tak rajin nak pergi awal sebab nanti lepas tandatangan untuk kedatangan, saya rasa tak rajin nak buat follow-up patients (biasanya akan tanya2 keluhan pesakit pada masa itu, ukur tekanan darah, nadi, kadar pernafasan dan suhu) dan kalau nak buat pemeriksaan yang lain akan saya lanjutkan.

Kenapa kalau rasa tak rajin saya tak buat?sebabnya kalau tak rajin mesti muka pun tak ceria dan rasa terpaksa, kesian pesakit saya tengok saya..(^_^)..tapi harini saya rajin!

Sebaik sahaja tandatangan terus saya ke Ruangan co-ass (bilik locker) untuk simpan beg dan saya turun ke tingkat 2, Ruangan (wad) Melati. Saya kena follow-up 3 pesakit yang ada penyakit yang berkaitan dengan paru2, tapi harini saya follow-up lebih dari 3 orang pesakit sebabnya dapat penyakit yang luar biasa (tak ada laa aneh sgt penyakit diorg tapi ada cerita menarik!-nnt saya cerita ye..sorang pesakit tu sama muka dgn dia!)

Selepas buat follow-up, saya dan kawan2 (kumpulan kecil klinikal), ke Poliklinik Paru2, tetapi tak macam Poliklinik Jantung dan Endokrin yang pernah saya berada sebelum ini tak berapa sibuk. Cuma tolong resident (sama dengan MO kalo kat msia, doktor betul2), buat resep ubat (prescription for patients). Masa ini la nak terer tulis prescription dan tahu pasal ubat2 yang selalu digunakan. Selalunya tak lama saya kat Poliklinik sebab tak banyak kerja yang nak dibuat, sudahnya saya bosan. Jadi saya selalu ke Kafe untuk makan, tak pun balik rumah..(^_^)

Sebelum pulang tadi saya telefon Ma saya:

Saya: Hello. Assalamualaikum.
Ma: Waalaikumsalam. kenapa ngah?
Saya: takde saja je sebab dah tak de keje nak buat..hehe
Ma: ohyeke?Ma pun tak ngajar dah sebab dah abeh dah exam form 3..
Saya: E.G (panggilan utk Hafizi, adik lelaki saya) macamne? belajar die ok?rajin tak?
Ma: ermm..cikgu2 die ada btau markah trial die..Angah rasa nnt bulan 12 terus boleh masuk tak?
Saya: InsyaAllah boleh..sebab markah masa trial SPM nnt akan lain dgn betul2..yg penting buat yang terbaik utk sekarang, keputusan nnt kita doa byk2..
Ma:kalo Angah dah yakin mcmtu tak pelah..kita pergi daftar lah after SPM nnt, tak cuti lah hafizi..
Saya:kita doa byk2 lah Ma.
Ma:Angah kerja semaksimum yang Angah boleh dan cuba buat semua k!
Saya:ok..insyaAllah..

Mungkin ada yang tak berapa faham perbualan kami kan? saya nak kongsikan di sini hanyalah kata2 dari Ma saya adalah kata2 semangat buat saya dan adik lelaki saya. nak pergi mana Hafizi tu? nanti saya ceritakan, InsyaAllah! Doakan adik saya untuk peperiksaan SPM nanti, 19 November mula. Alhamdulillah Najeeha, adik bongsu saya dah selesai peperiksaan PMR, doakan juga ya kawan2 semua untuk adik2 saya ni.

1) Perawat (nurse) di Ruangan (wad) Melati kata kepada saya :manis kamu ya! (penuh doktor2 kt situ tadi). saya yang tgh sibuk2 baca Medical Record pesakit kata, ye2 manis mcm gula..(^_^)

2)Dah nak dekat hujung minggu!(^_^)!

3)Ada orang google nama saya kat internet,bukan sekali tapi beberapa kali. takut juga! tapi rasa nak gelak sebab diorg akhirnya sampai ke blog saya ini..hehe. jumpa ke pasal saya kat sin
i?

4)Episod di Hospital akan ada ceritanya lagi..