Showing posts with label bumi waqafan. Show all posts
Showing posts with label bumi waqafan. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Monday, March 14, 2011

Barakallahulakum: Siti Sarah dan Ahmad Thaariq :)

Temerloh, Pahang

 Barakallahulakuma..wa Baraka a’laikuma..wa ja ma’abainakuma fi khair..
Maksudnya : “Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)

Tahniah Dr Siti Sarah Mohd Shukor dan Ahmad Thaariq!

Walimah mereka berlangsung 12 Mac 2011. Kenduri mereka 13 Mac 2011.

Comel kan gambar kat atas? Ini adalah sahabat sekelas sedorm sesekolah sekisas saya yang saya katakan. Entri  seterusnya pula adalah entri sahabat sepermainan sebantal serumah dan sesemuanya:) Jadi dah selesai janji saya untuk buat entri untuk 2 sahabat yang baik ini. 

Oh ya. Adiklah jugak yang dalam entri di atas. Nak kata saya adik Nabila pun boleh ;)

Buat Sarah: Teruskan cerita bab seterusnya. Mungkin akan ada nama baby?(hehe) Tak sabar nak tengok banyak gambar lagi!

Kredit gambar dari : Acaii Jawe. Sila lawat blog beliau. 



Monday, February 28, 2011

Past and Present

Assalamualaikum wbt

Pertamanya entri ini sebenarnya dalam bahasa melayu :) Sengaja tajuk dalam BI biar pendek. Kalau dalam BM jadinya Kisah Lepas dan Hari Ini.

3 minggu yang lepas saya di rotasi minor Kulit & Kelamin. Mungkin saya tak berapa suka jadi rasa susah. Tapi sebenarnya senang sahaja. Pernah selepas saya jatuh angkut, kaki sakit. Ada seorang pesakit datang di poliklinik kosmetik dengan keluhan untuk berobat, JERAWAT. Dalam hati saya kata, "sakit lagi kaki saya ini Pak!" Sebenarnya pesakit tersebut seorang lelaki. Pecah rahsia yang lelaki juga sangat menjaga penampilan.

Alhamdulillah, seminggu lepas kurang tidur disebabkan minggu ujian. Saya lulus di rotasi KULKEL(kulit & kelamin). Kalau nak dihitung sebenarnya 2 minggu sahaja belajar termasuk nak hafal nama obat-obatan yang banyak. Seminggu terakhir dah minggu exam.

Alhamdulillah! Semangat tak tengok gambar ni?

Sabtu yang penuh dengan aktiviti bukan medik. Alhamdulillah akhirnya dapat pergi pengajian dan kelas mengaji. Sudah lama tak berkumpul di pengajian(taklim) bersama-sama orang di sini. Tajuk hari sabtu lepas adalah, "Pengaruh Shalat Terhadap Kehidupan dan Kepribadian". InsyaAllah saya rancang nak tulis dalam blog satu lagi, blog ramai-ramai Al-Humaira'. Jemput baca nanti. Sebenarnya kelas mengaji saya petang, tapi sengaja pergi dengan Hafizi pagi. Hafizi pergi kelas mengaji dia dan saya ke tempat pengajian. Petangnya saya pergi lagi ke Masjid Salman ITB untuk kelas mengaji saya. Hanya sesi berkenalan dengan Ustazah Noni. Rasa nak kutip banyak ilmu selain ilmu medik sebelum balik for good.

Sebelum balik rumah pergi makan di warung pasta dengan Cik Ada :) dekat Jalan Dago depan Rumah Sakit Baromeus. 

Ahad pagi lagi sibuk di dapur(chewah bunyinya macam tukang masak berjaya je). Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak. Jadi memang kena masak sendirilah. Mana ada jual di kedai makan atau warung. Alhamdulillah menjadi kali ini. Bab nasi yang susah nak masak (supaya tidak keras dan tidak lembik). Lepas masak terus pergi hantar ke Piji dekat rumah senior dia sambil nak tengok juga tempat yang dia selalu lepak. Oklah sebab masa sampai tengok nota-nota dia bersepah di atas lantai, maknanya tengah studi jugak :)

Petang pergi pasar baru untuk survey barang-barang jualan. Bajet macam businesswoman sahaja saya ni. Survey barang Nabila dan Nurul sebenarnya bukan barang jualan. Tapi rindu nak berbisnes lagi! Blogshop dah lama tak update. Tudung pun dah lama tak tengok. Ramai tanya. InsyaAllah nanti nak mula lagi. Jemput lawat blogshop saya ye =)

Sepatutnya balik kena studi untuk pre-test Anesthesiology esoknya. Tetapi tak studi sebab ngantuk dan penat, lagi pula Siva datang rumah. Jadinya tidaklah studi cuma belek-belek sahaja buku sambil dalam hati risau takut keluar soalan esei yang panjang nanti tak tahu nak jawab apa. 

Hari ini Isnin: Alhamdulillah tadi pre-test hanya 10 soalan objektif (MCQ). Soalan biasa-biasa saja(poyolah!). Padahal dah tengok soalan past year earlier :) Sebijik keluar! Rezeki kan? Alhamdulillah :)

Anesthesiology

Rasa sudah jatuh hati dengan pelajaran anestesi. Walaupun hari ini penuh satu hari sampai jam 4pm. Rasa tenang dan bahagia di anestesi. Mungkinkah di pagi hari dimulai dengan acara doa yang dikatakan seorang teman? Tidak seperti bahagian lain? 

"Anes ni bagian yang siqoh"

*kata saya. Sudah mula rindu biah yang solehah macam sekolah di Klang dulu. Belajar tanpa gangguan tenang dan ibadah sangat terjaga dan dijaga. 

"Rindu ki" 

*monolog dalam hati sahaja sambil teringat sahabat-sahabat yang sekarang sudah kesemuanya bekerja kecuali saya dan Ninie(paling rajin belajar sedang ambil PHD). Respek dengan dia!

Nota: 
  • Rezeki itu dari DIA Yang Maha Esa. Alhamdulillah :) Syukur dan sangat gembira bersama keluarga tersayang.
  • Buat apa-apa pun memang kena ingat DIA Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Jadi jangan sombong!
  • Belajar supaya emosi dan hati jadi kuat lagi-lagi dengan keadaan dan orang sekeliling. 
  • Tahun ini tahun membina kerjaya! Doakan saya semoga berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. 

Thursday, December 23, 2010

"Enti yang tak nak"

Assalamualaikum wbt.

Perbualan dengan bekas pendidik (murabbi) dari sekolah di Klang (bumi waqafan) membuatkan saya terkesan dan berfikir.

Ustaz : Salam. Kaifa halluki Ya thobeebah?

Ana : Salam. Ustaz, ana bikhoir Alhamdulillah. Kaifa halluka Ya ustaz? Ustaz masih ingat saya budak nakal zaman sekolah dulu?

Ustaz : Ingat. Nakal sikit je. 

Ana : Alhamdulillah saya banyak belajar dari KI dulu, dan datang sini sahabat2 dari KI memang sentiasa ada mengajak ke arah kebaikan. 

Terus saya bercerita tentang 'geng2' zaman sekolah di Klang dahulu.

Ana : Ustaz masih ingat teman baik saya? NH (singkatan nama dia). Dia dah nikah dan dia dengan suaminya banyak berubah. Suaminya ikut T(singkatan lagi :) Dia pun sama ikut suami dia dalam T. Ana pun penah sekali ikut taklim T. Sungguh zuhud sekali mereka.

Ustaz : Oh dia yang ada sepupu tu ya? Bagaimana sepupu dia?

Ana : Ya betullah tu. Tapi ana rapat dan still kontek dengan dia saja. Sepupu dia pun dah nikah dengan dak 5/8 dulu. M(singkatan lagi:) pun dah nikah dengan orang lain. Semua dah nikah tinggal saya je belum ustaz.

Ustaz : Bagus dah nikah semua. (ustaz meneruskan ayat seterusnya)... Enti tu belum nikah sebab "Enti yang tak nak" 

Erkkk. Terdiam saya dengan ayat ustaz tersebut.

Terus berfikir kisah2 lepas dan soalan seterusnya kepada ustaz adalah,

Ana : ustaz nak tanya kalo kita tolak risikan orang takpa ke? ana takut juga kdg2.

Ustaz : kalau dia tak ok, takpe.

Ana : bukan sekali.

Ustaz : kalau ok, tp kita tolak sebab yg tak munasabah,,tak berapa kena.

Perbualan seterusnya dilanjutkan dengan perkara lain. Perbualan di pagi hari itu membuatkan saya terfikir tentang apa yang saya dah lalui. Memang ayat yang ustaz bagi kena sungguh dengan saya. Menusuk kalbu! 

**Nota saya: Teringat satu hadis tersebut yang saya sudah lupa matannya. Isinya masih ingat. Nanti dah jumpa saya letak di sini ya. Itu saja perbualan yang akan saya fikirkan dalam lagi. Saya menolak bukan bermakna anda ada kekurangan tapi mungkin kekurangan ada di pihak saya. InsyaAllah saya doakan yang terbaik. Semoga Allah swt berkati dan redhai usaha kita. 

Saturday, November 6, 2010

Untuk Kak Ana

Assalamualaikum wbt

Akhirnya entri ini dapat saya tulis. Berjanji dengan Kak Ana semalam tapi apakan daya internet tidak bisa disambung pula. Kak Ana ini adalah rakan sekolah lama satu batch dengan saya waktu sekolah di Klang dahulu. Kak Ana satu tahun di atas saya umurnya sebab itu saya panggil Kak Ana :)

Kali terakhir jumpa Kak Ana masa balik Malaysia bulan Julai haritu. Itupun waktu di lapangan terbang di Kelantan, tapi kami tak bertegur sapa. Hanya melihat dari jauh sahaja sambil berfikir, "Eh macam kenal". "Tapi betul ke?". Sampai ke sudah akhirnya kami tak bertegur sapa.

Waktu di ruang menunggu niat hati kalaulah nanti Kak Ana dekat dengan saya waktu beratur nak tegur. Tapi Kak Ana tempah 'hot seat', jadi dia diutamakan naik dahulu. Sewaktu di dalam pesawat saya lihat Kak Ana sudah duduk dan sedang buka buku bersedia untuk membaca. Muka serius. Sudah tak berani nak tegur. Tiba di LCCT sewaktu di tempat menunggu bagasi saya lihat sekeliling mungkin ada Kak Ana, tapi dah tak ada. Dalam hati, "Orang lain kot, tak mungkin dia."

Sampai sahaja di Bandung saya menulis status di FB, "Alhamdulillah selamat sampai di Bandung". Tiba-tiba sahaja dapat mesej di kotak mesej. 

Hye Tasha
*Kak Ana July 19 at 12:56am  
Assalamualaikum.....Tasha....sy rasa..kita naik flight yg sama td! sy nk tegur...tp...senyum tak jadi...adoiyaa...masih ingatkah sy?hehe... 
*Iman Aisyah July 19 at 12:58am
waalaikumsalam.....saya pun rasa dah..duk kelih2 banyak kali jugak..tapi awak pun dok senyum saya pun rasa salah ore doh la..hehe...awak pakai tdg biru kan td?kerja dah ke? 

Selepas itu kami pun chat panjang di ruangan chat dan juga YM. Kisah lucu betul. Dalam banyak-banyak perbualan kami seperti biasa saya sengaja buat soalan cepu emas,
Saya : Sorang je ke Kak?
Kak Ana : Aah tu yang sedih suami dengan anak tak balik sekali.
Saya : Oh akak kawen tak btau.
Kak Ana : Eh mana ada dah kawen, belumlah. Buat lawak je.
Saya : Oh yeke. Saya pun belum kawen.
Kak Ana : Tau sebab baca kat blog awak.
Saya : Aiksss? Ada ke entri saya kat blog macam yang cakap saya belum kawen?
Kak Ana : Kak suka baca blog awak dengan Sarah. Tapi silent reader, sebab tu tau perkembangan.
Saya : Oiccc. Peminat blog saya secara senyap ye :)
Baru-baru ini dalam pada sibuk2 saya sempat juga buka invitation dalam FB. Biasalah suka lihat siapa yang akan berkahwin. Eh eh. Kak Ana. Senyap2 Kak Ana jemput. Semalam baru berkesempatan bertanya Kak Ana secara lengkap dan menemuramah Kak Ana. Terima kasih cerita Kak Ana yang best! Boleh buat novel satu. Hehe. Semoga dipermudahkan semuanya Akak. Nanti jumpa akak insyaAllah saya tegur dulu, tapi lepas ni dah ada Puan dah. 

**Nota:
*Nama di atas yang ada star adalah bukan nama sebenar di FB :)

Sunday, October 17, 2010

Berita Gembira



Assalamualaikum wbt.

Baru balik dari jumpa Hawa dan paling best adalah bila update cerita2 yang saya banyak terlepas ataupun mengenang2 kisah dahulu yang suka duka dan kelakar. Lagi2 kalau cerita zaman sekolah dekat Klang dulu. Hawa kawan satu dorm sebelah katil saya. Satu baris dalam dorm dulu adalah Intan, saya, Hawa dan Dee. Barisan berhadapan pula Sarah, Syuhada, Hanisah dan kakak2 tingkatan 6 atas. Barisan satu lagi Fatimah dan Dyana. Ada lagi ke? Rasa ni saja. Ingat2 balik zaman sekolah kat Klang dulu memang sangatlah kelakar. Kisah lucu dan ke'skemaan' dan juga comot2=D

Tadi Hawa tanya saya,

"Ko ingat tak masa tuh...."(cerita dirahsiakan=)

"Form bape?" Saya tanya balik.

"Form 5 kot", Hawa.

"Kenapa aku tak tau? Skema sangat ke tak tau ni zaman sekolah?" Hahaha. Jangan gelak ya kawan2.

Zaman dahulu kala yang sangat best adalah zaman sekolah dekat Kampung Jawa, Klang. Sekarang sudah jadi sekolah berwarna-warni.

9 orang sahabat yang masih lagi baik sampai sekarang. Kami kenal di sana. Kisah di sana memang tak akan kami lupa. Sekarang Alhamdulillah semuanya tersenyum mengenang zaman ribena tersebut=)

Siapa sangka kan? Kami jadi macam kami yang sekarang.

**Nota:
Tiba2 rasa tajuk tak ada kena-mengena dengan cerita pulak. Tak apa. Nanti akan ada cerita yang kena dengan tajuk. InsyaAllah. Gembira hanya datang dari DIA, dan mintalah dari DIA semuanya=) Pemilik kita Allah swt.


Tuesday, August 17, 2010

Ramadhan 7

Assalamualaikum wbt dan salam ramadhan kareem

Hari ini sudah hari ke-7 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah berlalu 7 hari dalam bulan yang mulia ini.

Saya menulis entri ini di Puri Indah, Jatinangor. Seminggu ini rotasi saya adalah di Rumah Sakit Daerah Majalaya. 2 jam perjalanan dengan kereta dari bandar Bandung dan 45 minit dari Jatinangor. Tenang di Jatinangor sebab jauh dari kesibukan kota. Sambil mengenang memori 4 tahun pre-klinikal di sini. Oh ya, Jatinangor ini adalah tempat saya buat pre-klinikal dahulu. Kampus UNPAD Jatinangor yang sangat besar dan banyak meninggalkan kenangan. Manis, pahit dan kelat semua ada.

Saya sambung lagi nanti bila dah pulang ke Bandung.

Pagi-pagi tadi tiba-tiba teringat pula kenangan masa saat-saat sebelum fly dan masa semua orang masih belum fly. Sungguh manis untuk di kenang dengan senyuman manis yang susah untuk dilupakan. Masa terbang sangat pantas dan sekarang ada yang dah selesai belajar juga hampir selesai. Sudah fly kembali ke Malaysia sebahagian mereka. Ada yang sudah berdua dan bertiga. Kalau dapat berkumpul dan bertukar-tukar cerita mesti best.

Teringat kenangan di bumi waqafan juga. Semasa bulan ramadhan dan waktu itu peperiksaan SPM. Kenangan manis sungguh waktu itu. Pengalaman yang tak dapat dibeli dan sungguh berharga. Saya belajar banyak perkara di sana. Bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik di sana juga.

Oh kenangan!

Oklah cukup untuk kenangan. Mari kita fokus sekarang.

Sabtu nanti ada ujian OBGYN.

Alhamdulillah ketenangan dan kebahagian itu semua dari-Nya.

p/s: nak buat pecutan tilawah dan banyak kebaikan=)


Thursday, March 18, 2010

KISAS lahirkan ramai pemimpin

Bangunan istana lama, Istana Jemaah masih kekal (kiri) dan bangunan sekolah di kompleks KISAS, Jalan Kota Raja, Klang.

KETIKA ditemui pada Khamis lalu, raut wajahnya masih bersisa kepenatan. Ini kerana semalamnya merupakan hari terakhir beliau menjalani Program Latihan Khidmat Negara. 

Namun, Fatin Syahirah Mohamad Nawi 17, merupakan remaja yang paling gembira dan begitu bersyukur ke hadrat Ilahi. 

Manakan tidak apabila anak keempat dari 10 adik beradik ini tergolong antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Beliau beroleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu pangkat A+ untuk kesemua 11 mata pelajaran yang diambil. 

"Walau sebijak mana pun seseorang pelajar itu, tetapi dia masih memerlukan bimbingan dan sokongan pihak sekolah bagi mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan," ujar Fatin Syahirah.

Beliau yang sebenarnya masih terkejut dan menganggap keputusan yang dicapai sebagai satu keajaiban.
Katanya, selain fokus atau tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menjaga hubungan baik dengan guru adalah amat penting bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.

"Saya sedih dengan keadaan semasa di mana ramai pelajar yang tidak menghormati guru seperti dilaporkan media kerana ia satu perbuatan yang begitu biadap dan derhaka.

"Saya lekas meminta maaf kepada guru sekiranya menyedari ada terkasar bahasa atau tersilap kata, kerana dalam hayat seseorang itu, guru merupakan ibu bapa kedua kita, maka wajib kita menghormati dan mentaati mereka," katanya.

Begitu sekali beliau menghormati guru yang masing-masing merupakan warga bertuah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang genap 55 tahun penubuhannya pada 8 April tahun ini.

Peranan yang boleh kita lihat pada KISAS adalah sangat luhur dan unggul di negara ini dalam menerajui legasi pendidikan Islam. Kini, sebahagian besar bekas pelajar KISAS menjadi pemimpin-pemimpin utama negara dalam pelbagai bidang.

Sama ada dalam kerajaan mahupun swasta, bekas pelajar mereka benar-benar mengukir nama di persada negara dan antarabangsa. Kesemua mereka mencorakkan negara dan mereka jugalah yang begitu banyak memberikan sumbangan terhadap bangsa dan agama. 

Ini termasuklah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang dikira antara pelopor sebagai pelajar kolej (ketika itu dikenali sebagai Kolej Islam Malaya), iaitu dari tahun 1959 hingga 1962.

Ulama terkenal, Datuk Dr. Harun Din al-Hafiz, bekas duta negara ke Mesir yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Pengerusi FELDA yang pernah menganggotai Kabinet, Tan Sri Dr. Yusuf Noor sehinggalah, Dr Bukhari Lubis (UPSI), Zahazan Mohamad, Idris Ahmad (PAS). Dr. Lo'lo' Mohd. Ghazali (PAS), Datuk Rosol Wahid (UMNO), Datuk Shahaniza Shamsuddin (UMNO), mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, penggiat seni, Allahyarham Zubir Ali dan Faisal Tehrani (sastera dan teater). 

Sehinggakan gambaran yang diberikan jika kita melontarkan batu tanpa mengira tempat di negara ini, batu itu pastinya mengenai bekas pelajar KISAS yang jika kita dapati masing-masing tidak sahaja memegang jawatan penting dalam pengurusan Islam negara malah dalam bidang kehakiman, perundangan, ekonomi, doktor perubatan, pensyarah sehinggalah kepada usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.

Begitu sekali KISAS yang telah melahirkan beribu-ribu bekas pelajar 'menakluk' negara ini. 

Lahirnya KISAS ini adalah dari sejarahnya yang tersendiri. 

Penubuhannya mendapat restu seluruh warga Islam tidak sahaja dari Malaysia, malah disambut gembira oleh penduduk Islam Singapura dan Brunei. 

Lebih-lebih lagi Kolej Islam Malaya dirasmikan penubuhannya dalam suatu istiadat diraja, istiadat yang dimulakan selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa oleh Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj, iaitu Sultan Selangor yang ke VI. 

Almarhum merupakan Sultan yang menjadi kesayangan rakyat atas keprihatinan tinggi baginda dalam soal pendidikan dan dakwah Islam di negara ini.

Keprihatinan tinggi itu apabila kolej ini pada asalnya merupakan sebuah istana yang kemudian diwakafkan berserta tanah yang seluas 5.78 hektar oleh baginda. 

Lantas itu KISAS juga dikenali sebagai Bumi Wakafan ekoran kemuliaan baginda untuk mewakafkan istana dan tanah itu yang diharapkan oleh baginda pada masa itu dapat melahirkan para ulama yang bertakwa. Seterusnya menerangi masyarakat negara ini dengan roh-roh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada. 

Pelajar awalnya terdiri seramai 43 orang yang datang dari seluruh pelosok Tanah Melayu, Singapura dan Brunei dengan tenaga pengajarnya ketika itu terdiri tokoh-tokoh pengajar akademik terkemuka tempatan dan dari luar negara terutamanya dari Universiti al Azhar, Mesir.

Pengambilan pelajarnya terus ditingkatkan setiap tahun khususnya dengan memberikan tawaran kepada bekas-bekas pelajar terutamanya dari Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dari seluruh negara untuk menyambung tingkatan empat dan lima di kolej. 

Pada tahun 1967, kolej ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan yang dikenali sebagai Kolej Islam Kelang (KIK). 

Diikuti pada tahun 1972, KIK mencapai taraf Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan diberi pelbagai kemudahan dan kelengkapan sekolah dan asrama para pelajar. 

Pada tahun 1989 KIK kemudiannya bertukar nama kepada Kolej Sultan Alam Shah (Kisas) oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ini bagi mengenang dan menghargai sumbangan besar ayahanda baginda dalam penubuhan kolej itu. 

Kisas terus mengukir kejayaan apabila kelulusan para pelajarnya dalam SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sering dinobatkan menjadikan Kisas antara Sekolah 10 Terbaik Negara.
Sehinggalah baru-baru ini Kisas antara 20 sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) cohort yang pertama. 

Justeru, sejarah dan perkembangan Kisas sehingga hari ini mungkin dapat dikongsi dalam suasana yang nostalgia dan ukhuwah apabila Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kisas dan Persatuan Alumni Kisas (Alkis) menganjurkan Majlis Makan Malam Perdana KISAS 2010 di Hotel De Palma, Shah Alam, Selangor, 20 Mac ini.

Pengarah projek, Baharom Kassim berkata, majlis tersebut dijangka dapat mengumpulkan sehingga 800 tetamu terutamanya bekas pelajar KISAS tanpa mengira tahun kemasukan.

"Majlis ini sangat bermakna lebih-lebih lagi bakal dirasmikan oleh Dr. Yusuf Noor sebagai salah seorang pelajar generasi awal Kolej Islam Malaya," katanya. 

Menurut Baharom, majlis yang julung-julung kali itu juga diadakan bagi memberitahu masyarakat mengenai Kisas dan bagaimana mereka sama-sama membantu dan menyokong sebuah institusi pendidikan Islam yang bertujuan untuk melahirkan modal-modal insan di negara ini. 

"Kami berharap dapat mengumpulkan seramai mungkin tetamu yang terdiri dari para ibu bapa, para pelajar, alumni, guru-guru dan bekas guru bagi menjadikan malam tersebut adalah malam untuk mengenang semula Kisas dan menyuntikkan semangat dan dorongan untuk mereka terus bersama Kisas," katanya. 

Walaupun tidak dapat hadir, mereka masih boleh memberi sumbangan menerusi akaun simpanan bank iaitu BIMB 12-010-01-001168-2.

Maklumat lanjut mengenai majlis ini boleh menghubungi Baharom di talian 019-3799101, Wan Abdul Rahim di talian 012-3923171 dan Azmi 013-3840710 atau melayari blog http://makanmalamperdanakisas. blogspot.com.

Tuesday, January 19, 2010

The Memoirs !

Kisasian di Hati'02

Jamuan Hari Raya Aidilfitri'09, IMAN, Jatinangor

Last day in pre-clinical year, Kampus Unpad Jatinangor: Puan INK, Cik Siti dan Cik Tasha

Ikram dengan Muslimah Next Top Model '09 :) at Malam Lailatul Hurul Ain:)
1st time jadi model (^_^)


UKM-UNPAD twinning's :Nik, Ijah, King, Alia dan Tasha with
the big Love King's hold:)
, this pic was taken in Jatos


Notes:
1)Pictures that do more the talking:) Love the pics!

2)Sekarang saya sudah di bahagian psikiatri. Banyak pengalaman baru dapat! Lucu pun ada:) tapi penat nak tulis malam ni.

3)Tak sabar nak tunggu weekend ni..!

4)Semoga awak juga sentiasa dalam keadaan ok dan ceria sokmo. Jumpa lagi:)

5)Lagu dalam blog ni dah bertukar kepada Ketika Cinta Bertasbih.

Sunday, December 6, 2009

More Pictures on Beautiful Memories:)


Depan pejabat( mungkin gambar diambil dari Gazebo)


Vision:A world class mentality by 2012

Colourful Gym:) zaman2 batch kami dulu kosong gym ni. dah penuh katanya sekarang dengan alat2 yang best

Dewan terbuka:tiap2 pagi perhimpunan kami akan diadakan di sini, kecuali hari Isnin pagi di Dewan Besar

Tangga untuk pelajar muslimat:macam lama sangat dah nampak tangga ni

Colurful again:)

Aspura:sangat colurful macam lego pun ada
Gambar Aspuri tak ada lak

Tiba2 gambar masjid:) Masjid Diraja Klang, dekat dengan kisas

Beautiful Memories:)

Masih ingat jalan ini?

Pejabat

Gazebo

Assalamualaikum wbt

Banyak yang saya nak tulis dan kongsikan tapi hanya tinggal rancangan. Mati idea pula. Banyak cerita nak diceritakan, tetapi tinggal tetapi sahaja.

Alhamdulillah sudah selesai satu ujian tapi akan menyusul satu lagi dalam masa terdekat!

Saya kongsikan gambar di atas. Gambar di suatu sekolah yang menyimpan banyak kenangan manis dan pahit dan tempat yang banyak mengajar saya. Tempat saya mula kenal erti 'usrah' dan 'lagu2 nasyid', dan juga erti belajar bersungguh kerana apa? untuk siapa?

Alhamdulillah ditemukan dengan mereka2 yang sangat luar biasa di sana suatu ketika dahulu.

Nota:
1) Gambar di atas saya ambil dari FB batch saya dulu yang ke sekolah kami baru2 ini. Terima kasih. Buat pengetahuan rakan2, sekolah kita dulu dah jadi colourful..!ceria:)

2)Saya tak akan berhenti dan akan terus berjalan!

3)Senyumanmu yang manis membuatkan hatiku riang berbunga2(^_^)