Showing posts with label ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label ukhuwah. Show all posts

Thursday, May 5, 2011

Hari ini (sebelum magang)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Kemas buku tebal dan berat - Done!

Gembira masuk bilik dan tengok tersusun kemas buku. Kalau lepas ni masuk posting mana2 boleh ambil terus. Dengan kata lain senang nak cari. Bahagia rasanya. Bukan lama pun nak kemas buku tadi. Sambil bersembang dengan kakak Nurul dah selesai. Itulah sejak selesai exam final bertangguh. Jangan bertangguh nanti bersepah bilik dan juga rumah anda.

Pernah tak dengar atau terbaca? Saya tak pasti saya baca atau dengar dari orang. Katanya kalau kita lihat keadaan sepah2 atau berselerakan tempat seseorang itu tinggal(bilik/rumah) itu menggambarkan keadaan di dalam kepala seseorang itu. Menggambarkan peribadi seseorang tersebut. Mungkin juga. Ini konklusi saya saja ok. Jangan percaya bulat2. Sila buat pemerhatian dan penelitian anda sendiri. 

*Teori di atas tidak benar untuk keadaan tertentu, especially selepas exam :)

Kemas tak? (bukan bilik saya)

Bukan bilik jugak (tak mainlah warna pink)

Kak Nurul

Semalam lepas usrah di masjid as-syifa' dalam rshs, kami (saya dan kak nurul) solat maghrib di mesko(bilik masa zaman klinikal). Bunyinya dah lama selesai saja klinikal padahal sebulan pun tak sampai lagi. Perasan! Makan pecel lele disimpang 3 dan ikut kak nurul ambil buku2 sebelum pulang ke rumah. Kak nurul ikut balik rumah dan petang tadi baru balik ke pangkal jalan(sorryyy sebab menyebabkan tengok banyak episod CSI dan rancangan masak memasak). Ada berdiskusi tentang perkara2 tertentu sambil2 saya kemas buku. Sambil tengok tv sambil saya baca buku merah buku ajaib juga. Kepunyaan kakak nurul. Dalam hati berharap kak nurul offer buku tu. 

*Kak nurul offer! Hehe(malu nak cakap belum habes baca lagi).

Macam mengarut pun ada pulak dah cerita kat atas, tapi ada konklusi saya nak catat pada hari ini,

Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka(kelompok jahiliyah).
 Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita.

Terima kasih yang banyak kepada kak aisyah untuk tulisan tentang istiqamah yang sangat bermanfaat :)

Komunikasi

Selain dari pelajaran medik yang sangat mencabar yang saya belajar, satu perkara yang paling penting dalam bidang ini adalah komunikasi. Patutlah dulu masa preklinikal, zaman belajar di jatinangor ada subjek komunikasi. Komunikasi antara dokter-pasien. Penting ilmu bercakap ni. Terima kasih ma abah kerana ajar saya bercakap(tiba2 teringat wajah2 mereka). Kembali kepada komunikasi. Kawan saya pernah cerita kepada saya ada seorang residen(orang yg belajar lagi nk jadi specialist) kena buang kerja sebab selalu marah pesakit. Kiranya cakap tak elok. Kalau pesakit tersebut sihat mungkin tak datang berubat kan? Hehe. Tiba2 lagi sokong pesakit.

Kembali kepada alam realiti. Hari ini ada orang bercakap dengan saya tanpa pandang saya pun. Dari jauh. Adoi~ Saya tak dengar dengan jelas pun apa ditanya kawan. Minta maaf banyak2 tak dapat nak tolong jawab. Lagi pula tak molek kata orang kampung saya cara bercakap macam itu. Kembali lagi cara bercakap melalui telefon, cara bertanya, cara meminta tolong dengan orang dan macam2 lagi. Semuanya ada adat kata orang melayu yang penuh adat. Betul kan? 

Mungkin ini pembelajaran hari ini :) 

Esok

Esok akan dibagi penempatan untuk magang dan siapa ahli kumpulan. Seram! Rancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Usaha kita berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah.

Belum waktunya bercakap tentang magang. Esok mungkin, sebab tajuk kat atas "Hari ini". 

Jom kita lihat video tentang tawakkal, khas untuk adik yang sangat disayangi, 



Monday, March 14, 2011

Barakallahulakum: Siti Sarah dan Ahmad Thaariq :)

Temerloh, Pahang

 Barakallahulakuma..wa Baraka a’laikuma..wa ja ma’abainakuma fi khair..
Maksudnya : “Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)

Tahniah Dr Siti Sarah Mohd Shukor dan Ahmad Thaariq!

Walimah mereka berlangsung 12 Mac 2011. Kenduri mereka 13 Mac 2011.

Comel kan gambar kat atas? Ini adalah sahabat sekelas sedorm sesekolah sekisas saya yang saya katakan. Entri  seterusnya pula adalah entri sahabat sepermainan sebantal serumah dan sesemuanya:) Jadi dah selesai janji saya untuk buat entri untuk 2 sahabat yang baik ini. 

Oh ya. Adiklah jugak yang dalam entri di atas. Nak kata saya adik Nabila pun boleh ;)

Buat Sarah: Teruskan cerita bab seterusnya. Mungkin akan ada nama baby?(hehe) Tak sabar nak tengok banyak gambar lagi!

Kredit gambar dari : Acaii Jawe. Sila lawat blog beliau. 



Sunday, March 6, 2011

Barakallahulakum Alia Suzana & Isa Azzaki

Barakallahulakuma..wa Baraka a’laikuma..wa ja ma’abainakuma fi khair..
Maksudnya : “Semoga Allah memberi berkat kepadamu dan atas kamu dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan.” (Riwayat Abu Daud)


Terima kasih Syameme untuk gambar kat atas=)

Tahniah buat Alia dan Isa! 

Walimah mereka berlangsung semalam 5 Mac 2011.

Seperti biasa tak dapat pergi tapi sangat gembira sebab dapat tengok gambar mereka kat atas. Nak sangat tengok gambar Alia pada hari walimah dia. Dua orang sahabat dari kisas(sekolah klang yang saya selalu sebut). Dua-dua sahabat dari Indonesia juga. Dua-dua mantap! Teruskan perjuangan di bumi Tawau.


Tidak tergambar oleh kata-kata, ramai yang kata Alia sangat berseri pengantin kan =)


Semoga murah rezeki dan cepat dapat baby comel. 

Gambar dulu E-Day.

Gambar di atas adalah hasil photographer sahabat juga, Aneem dan Hanafee: Klik blog ini


**Nota saya:
  • Kadang-kadang rasa dia yang kakak saya=) Tak penah jumpa di Klang tapi jumpa di sini pula kan kita. Banyak kisah. Tak nak teringat zaman dulu dulu sedih dan rindu. Mood happy sekarang ok! 
  • Minggu depan ada 2 orang rapat nak walimah! Huuu. Tak dapat balik jugak =(

Friday, January 21, 2011

Doa Buat Siti

Assalamualaikum wbt

15 Januari 

Sabtu lepas adalah Hari Ulang tahun Siti Nurul Amirah Abd Hamid. Teman serumah saya di sini. Lambat buat entri. InsyaAllah tahun ni akan buat entri untuk semua ahli rumah punya birthday, sebabnya tahun ni dah tahun akhir kami bersama-sama. Buat ingatan dan kenang-kenangan. 

Selamat Ulang Tahun Siti. Semoga kita sama-sama wisuda (graduasi) nanti dan jadi dokter yang berjaya dunia dan akhirat.

Siti adalah orang Kelantan, ibu dan bapa dia dua2 orang Kelantan tapi Siti tinggal di tempat paling maju di Malaysia (ayat saya yang nak usik Siti). Cuba teka kat mana? :)

19 Januari

Bersamaan dengan hari Rabu yang lepas. Hari Ulang Tahun Siti Sarah Mohd Shukor. Hari ulang tahun terakhir sebelum dia jadi emak. Eh salah salah! Saya rasa nak catat hari ulang tahun Cik Siti yang sorang ni sebabnya paling manis kot tahun ni. Saya pun tumpang bahagia. Selesai dia tulis bab 1. InsyaAllah saya tak sabar nak tunggu awak tulis bab 2. 

Selamat Ulang Tahun Dr Siti Sarah. Semoga dipermudahkan semuanya dan berjalan lancar. Saya doakan juga awak berjaya dalam kerjaya dan semoga menjadi isteri solehah (eh salah lagi!)

Sarah orang Temerloh, Pahang. Sahabat satu kelas masa tingkatan 5 di sekolah dekat Kg Jawa, Klang :) Satu dorm juga sama dengan Puan Siti Hawa.

**Nota saya:
  • Puan Siti Hawa Azman  pun sahabat saya yang ada nama Siti kat depan. Tak ramai sangat orang-orang dekat nama Siti. Siti Norsaadah Md Sarip, Good Luck final year! Mungkin kita berinduksi bersama-sama?
  • Nak letak gambar semua Siti tapi belum ada kebenaran lagi :) InsyaAllah ada masa dan saya tidak penat bolehlah letak esok esok.

Wednesday, January 12, 2011

11 Januari 2011: Selamat Hari Lahir ♥

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari lahir ma saya,  

Puan Hajjah Rohana Haron :)

Sudah masuk 52 tahun ma saya. Angah doakan ma dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dalam menempuh hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.

Sudah ada 2 orang cucu yang hero-hero semua :) 

SELAMAT HARI LAHIR!

Hari ini juga hari lahir sahabat baik saya,  

Puan Nurul Hidayah Abdullah Khir :)

Sudah 26 tahun kamu Nurul! Aku doakan kau sentiasa sihat, panjang umur dan ucapan pagi tadi (dalam telepon). Dengar lagu dalam blog ni untuk kau dan juga sahabat kita kat Klang dulu.

Rindu nak jumpa Hana-Chan yang pemalu! 

Ukhuwah fillah abadan abadaa.

Saya sayang kedua-dua mereka. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang buat mereka berdua. 

p/s: nak letak gambar tapi tak tau yang mana satu nak letak. esok-esok cari lagi dalam laptop ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk kita merasa kasih-sayang dari-Nya. Semoga Allah SWT redha semua usaha kita. InsyaAllah. 

Nota saya: Kena banyak doa dan Al-Quran tak boleh tinggal.

Monday, September 27, 2010

Kisah Mata dan Penat

Assalamualaikum wbt

Saya nak tulis pasal harini sebab nanti kalau saya penat atau rasa macam nak "pengsan" lagi saya boleh baca tulisan saya ini dan boleh buat bersemangat waja kembali. Banyak kemanisan setelah pahit yang kita dapat kalau kita banyak bersabar. Sabar itu manis, kalau kita berserah kepada-Nya. Ok. Kembali kepada cerita harini.

Saya keluar ke rumah sangat awal harini, jam 6.05 am. Awal kan? Semangat betul sebab tak nak lewat sampai di Rumah Sakit Mata Cicendo. Oh ya sekarang saya baru sahaja masuk Department Ilmu Kesehatan Mata ataupun Ophthalmology. Rumah Sakit Mata Cicendo jauh sedikit dari Rumah Sakit Hassan Sadikin(RSHS). Jadi kena naik angkutan kota(angkut). Harini hari pertama saya di sana jadi kena bagi "good impression". Entah tak tahu kat siapa nak bagi "good impression", tapi sebenarnya supaya tidak kelam kabut. Saya ke sana dengan adik-adik 2006 yang baru masuk, Tahirah, Aminah dan Intan. Perjalanan ke sana sekejap saja sebenarnya 15 minit dah boleh sampai. Awal sampai, 6.35 am dah sampai. Kami fingerprint untuk absensi dan lepas tu duduk di ruang koass sambil2 tunggu Konsulen datang. 

Sesi pengenalan oleh 3 orang Konsulen mula lebih kurang jam 9.30am selesai dalam jam 11 am lebih. Lepas tu ada Hospital Tour, iaitu jalan2 keliling Rumah Sakit Mata tersebut. Besar ya! Ingatkan kecik saja. Nampak canggih dibandingkan dengan RSHS. Rupa2nya RS Mata tersebut adalah Rumah Sakit Mata satu2nya di Indonesia ni. Bangga sekejap dapat belajar kat sini dan jumpa dengan Konsulen2 yang semestinya power tentang Mata. Selepas Hospital Tour ada lecture sampailah jam 12 lebih. Rehat solat dan sambung lagi dengan lecture dari residen atau LO ( saya tak tahu singkatan dari apa, esok saya tanya ya=) 2 orang residen yang bagi lecture, mulai jam 2.30-3.30pm lebih. Disambung lagi sampailah dekat2 jam 5 pm lebih2. Tajuk lecture yang last tu memang dah tak berapa nak masuk dah sebab lecture Anatomi Mata tu sebenarnya ulangan dari lecture dari Konsulen tadi. 2 kali lecture Anatomi mata tu, kalau tak power lagi tak tau lah. Huhu.

Tamat lecture tadi maka baru tamat hari pertama di bahagian Mata. Sudah hendak masuk maghrib. Di sini lebih kurang jam 5.50 pm dah masuk maghrib. Nasib baik waktu break sekejap sambil tunggu residen datang Resvi ajak saya solat asar sama2. Kalau tak mesti kena berkejar2 nak solat. Saya balik dengan kereta Bayu, bersama Resvi. Alhamdulillah dapat naik Honda City lagi. Jangan main2 student2 kat sini memang pakai kereta mengalahkan orang2 yang dah kerja doktor kat Malaysia(cerita lain kali ya pasal ni). Kurang sedikit penat sebab tak perlu naik angkut untuk pulang. Hari pun dah makin gelap. Rasa penat juga macam nak pengsan, saya memang suka lebih2 padahal takpun=D 

Dah janji dengan K. Fatimah nak ambil buku2 Mata. Rasa tak larat saja nak jalan, hati dah berbelah2 bagi nak pergi. Belum solat maghrib lagi. Resvi ajak teman dia makan Nasi Padang, teman dia berbuka puasa. Saya ikut walaupun rasa nak balik tidur saja. Selesai makan terus rasa tak penat! Rupa2nya penat sebab tak makan =D Saya berjalan ke rumah K. Fatimah  dekat sahaja dengan RSHS. Tak tahu lagi rumah dia sebenarnya sebab dia baru pindah datang Bandung. Nasib baik jumpa. Masuk rumah terus K.Fatimah ajak solat maghrib jemaah. Lepas tu duduk2 dan makan2 kuih kacang gelak2 tengok status FB kawan2 K.Fatimah yang buat2 lawak. Tak sedar dengar azan. Azan isyak masuk jam 7 pm ya kawan2 dekat sini. K.Fatimah ajak solat jemaah isyak lagi sebelum bagi saya balik. Selepas solat semua dan nak siap2 balik, dah tak rasa penat dan dah hilang rasa nak "pengsan" saya tadi. Tenang hati dan gembira pulak sebab harini sibuk tapi best sebab solat jemaah sama2 dan gilir2 jadi imam walaupun biasalah tolak-menolak akan berlaku=D

Tiba2 dan tak pasal2 rindu kat suasana biah solehah kat sebuah sekolah kat Klang dulu. Setiap waktu kena solat jemaah, setiap masa ada peringatan, melihat perkara2 baik dan bersama2 dengan orang2 baik membuatkan hati tenang dan rasa tenang sangat, nak belajar pun memang senang sangat masuk.

Saya masih lagi bersyukur kerana Allah swt sentiasa bagi saya tak berpisah dengan sahabat2 dari sekolah yang sama2 kat Klang dulu. Mereka masih ada di sekeliling saya walaupun ada juga yang jauh.

Itu sahaja harini. Kesimpulan dan pengajaran buatlah sendiri, saya nak berehat dah. Cukup buat harini. Esok kita bangun awal ya.

Nota:
  1. Time2 rasa "hard time" best dengar lagu "Always be there" ni=)
  2. Entri kat atas campur2 perkataan Indonesia dan macam tak tersusun ayat2 dia. Minta maaf ya kawan2.

Friday, April 16, 2010

Hadiah Istimewa 12 APRIL 2010

e-card yang mommy lily-fatiha buat khas untuk saya.
comel kan^_^



Assalamualaikum wbt

Sebenarnya ada cerita disebalik 12 April 2010 tahun ni. Kalau tahun lepas, saya bertemu dengan sahabat2 tercinta dari seluruh bumiwalisongo, tapi tahun ini lain pula jadinya. Tak sangka dan tak pernah terfikir akan terkena lagi. Ermm. Saya dimasukkan ke Rumah Sakit kerana suspected typhoid. Again!

Pengalaman ini saya tak akan lupa. Setiap tahun pada hari ulang tahun saya ada saja perkara2 yang mungkin tak akan buat saya lupa^_^

Baru saja berazam tak nak tinggal kelas dan hospital sepanjang rotasi Paediatrics/Anak ini. Tapi apakan daya. Saya dimasukkan ke wad hari khamis lepas sehingga ahad. Sebenarnya Dr Rudi yang rawat saya tak kata pun hari ahad tu boleh keluar, tapi sebab bosan saya pun dapat idea nak minta keluar hospital. Lagi satu tak naklah sambut birthday dalam wad dengan tangan kena infuse. hehe.

Terima kasih banyak2 kepada yang datang melawat saya di Rumah Sakit Advent dan Rumah Sakit Parahyangan. Pengalaman naik ambulan dengan 5 orang teman tak akan dilupakan. Ramai orang yang teman dari pesakit. hehe.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada yang bawa banyak sangat makanan dan sampai ke harini belum habis lagi dan juga kepada yang Wani yang paksa saya makan banyak2. Kepada teman baik saya, Aimi dan Nadia yang tunggu dan sanggup tidur di wad dengan saya.

Sakit kena infuse dan masa ambil darah! Buat skin test untuk antibiotic tu pun sakit! Bosan2 juga jadi pesakit yang kena total bed rest! Tak nak dah masuk wad lepas ni. Saya berjanji akan jaga kesihatan dan makan banyak2 lepas ni^_^

Apapun, terima kasih sekali lagi atas kesemua ucapan Happy Birthday tak kira lah di blog, Facebook, panggilan telefon dan juga SMS daripada semua. Setiap ucapan saya balas dengan doa yang sama untuk anda semua juga. Amin untuk doa2nya. Saya mungkin ada balas beberapa tapi maaf sangat2 kalau ada yang tak sempat balas. Kepada yang bagi hadiah juga terima kasih.

1) 12 April juga adalah Birthdate Arwah Mak kepada wani. Wani ni walaupun muda setahun dari saya dah macam kakak saya. hehe. Thanks wani!

2)Rupa2nya ada junior yang nama sama dengan saya, Natasha juga di FKG yang kongsi sama birthdate dengan saya juga. Happy Birthday dik! Teruskan perjuangan.

3)Buat sahabat baik saya Nurul Aimi, jasa2 awak memang sungguh banyak. Orang kuat ni yang uruskan semua pasal kemasukan, sampailah saya keluar wad. Terima kasih Kak Zai juga sebab tolong book wad di RSHS.

4)Buat Siti, housemate saya yang selalu jadi silent reader blog saya ni. Terima kasih bagi hadiah tiramisu masa petang saya keluar dari wad. Katanya itu hadiah birthday dan hadiah keluar dari wad.

5)Buat Wani, Ika dan Fathi yang datang rumah petang isnin bawak surprise cheesecake dan paksa saya tiup lilin juga. Thanks! malu ja kena surprise kat depan pagar rumah. walopon kek tu kecik tapi sangat terharu. hehe.

Apa2pun, semua keletah dan gelagat teman2 saya di sini buat saya semakin sihat dan buat saya tersenyum ingat semua itu. Thanks alott my dearest fren. Really appreciate the thought!


I still believe that the best medicine is the strong insight that keeps you moving on and motivated. Medications are number 2. Have a positive insight. Senyum sokmo:)





Tuesday, February 9, 2010

Saturday, January 30, 2010

KENANGAN PERMAI'10

Buku catatan PERMAI'10 yang cantik!

Penceramah Jemputan khas dari Malaysia yang mantap!

Baju PERMAI'10 hijau dan biru(bak kata amad)

Ustaz semasa menyampaikan ceramah

Orang2 besar PERMAI'10

Orang2 besar PERMAI'10 juga, ustaz dan PA

Koas Bandung, 5th year:)suka gambar ni,terutama aimi dan kak ainur yang sangat ceria:)

Peserta orang Hijau

AJK orang Biru

Hijau dan Biru bergabung tenaga :)

Mantap!

Mimi dengan bekas Tunang di akhir PERMAI'10:)


Nota:

1)Saya ambil gambar2 di atas di blog: Amad(klik) banyak lagi gambar di blog amad dan FB ustaz juga amad. Thanx amad, cameraman berjaya.

2)Comel gambar mimi dan khalis. sweet couple!

3)Pengisian PERMAI'10:boleh dibaca di blog ustaz: saifulislam.com(klik)

4) Seeru 'ala barakatillah. Setiap sesuatau berharga.

5)Rindu pula dengan PERMAI dan sahabat2. InsyaAllah sehingga bertemu lagi. Seandainya tidak dibumi Tuhan. Mudah-mudahan di Syurga-Nya nanti. Amin


Tuesday, January 19, 2010

The Memoirs !

Kisasian di Hati'02

Jamuan Hari Raya Aidilfitri'09, IMAN, Jatinangor

Last day in pre-clinical year, Kampus Unpad Jatinangor: Puan INK, Cik Siti dan Cik Tasha

Ikram dengan Muslimah Next Top Model '09 :) at Malam Lailatul Hurul Ain:)
1st time jadi model (^_^)


UKM-UNPAD twinning's :Nik, Ijah, King, Alia dan Tasha with
the big Love King's hold:)
, this pic was taken in Jatos


Notes:
1)Pictures that do more the talking:) Love the pics!

2)Sekarang saya sudah di bahagian psikiatri. Banyak pengalaman baru dapat! Lucu pun ada:) tapi penat nak tulis malam ni.

3)Tak sabar nak tunggu weekend ni..!

4)Semoga awak juga sentiasa dalam keadaan ok dan ceria sokmo. Jumpa lagi:)

5)Lagu dalam blog ni dah bertukar kepada Ketika Cinta Bertasbih.

Sunday, November 22, 2009

ALLAH Knows

Assalamualaikum wbt.

This morning I woke up and my bestie in Jogja buzz me tru YM, she asked me to hear to this song by Zain Bhika, and when i go through the lyric. It touches me! feel like crying. I dedicated this song to my housemates here, especially Siti, Ana, Niah and Dya(loves u all!)

To Tahirah who said that: wajib tengok video ni tasha!..ok2..million thanx to u!*loves u too!

To Nurul for that day!: i know u girls always be with me*loves mummy hana and baby hana!



To u: I also dedicated this song to u! u asked me, "what do u want me to do to comfort u?"..but in the end..Nothing..This is hard for me! u should know that..



When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Sunday, November 1, 2009

Tahniah Hamidah Che Ali

Assalamualaikum wbt..

Tak terlalu lambat mungkin saya ingin berkongsi gambar Emi dan Solah. Walimah Emi yang diadakan pada Hari Raya ke-3 yang lalu di Kuala Terengganu dan pertama kali saya ke Terengganu walaupun Terengganu sebelah saja dengan Kelantan.

Gambar2 yang cantik dari photographer:












Nota**:
1)Kenapa ada tasha dan ninie je? sebabnya hari raya, jadi ninie dan saya yg dekat ni mmg wajib dtg..hehe.

2)Sila lawat web page www.fazrien.com untuk lebih byk lagi gambar2 yg cantik!


Sunday, October 18, 2009

KEMBALI

Assalamualaikum wbt...

Setelah lama saya sepi seketika dari menulis blog ini, kini saya kembali. Kembali untuk meng'update' blog yang hampir sebulan lebih saya tinggalkan. Artikel terakhir adalah terjemahan surah Al-Kausar. Saya jatuh dan mencuba untuk bangun. Kadang2 terfikir untuk hapuskan saja blog ini, tapi rasa sayang masih ada! Bukan sesuka hati boleh kita 'delete' dan letak sesuatu.

Hampir 3 bulan saya cuti dan berada di Malaysia. Pertengahan bulan Ogos saya ada datang sekejap ke Bandung untuk konvokesyen Sarjana Kedokteran. Kini saya dapat 'title', Natasha A.Hadi, S.Ked.

Sepanjang 3 bulan di Malaysia, Alhamdulillah menyambut sebulan Ramadhan sepenuhnya bersama2 keluarga.

Macam2 berlaku sepanjang 3 bulan~kalau nak cerita tak tidur pula saya malam ni. Lain kali saja lah.

InsyaAllah isnin nanti saya dah mula jadi co-ass di Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung. Hidup semakin berubah dan saya harus menyesuaikan diri.

Banyak nak diceritakan dan banyak yang tak dapat di luahkan dengan kata2.

Saya berhenti di sini dulu, sekadar nak mengkhabarkan yang saya masih ada di sini.

1)Nak cari buku Maria~...(terima kasih pengalaman)

2)Kena tidur sebab esok pagi2, housemate ajak ke pasar. oh ye! saya ada housemate baru, sekarang rumah baru, dan semua baru..hehe..housemate saya:miss F, miss S, miss D dan miss N. nanti akan diceritakan siapa mereka.

3)artikel Renungan di bawah adalah untuk seseorang yang rasa itu adalah untuknya.

4)co -ass=intern, maksudnya kehidupan saya akan sepenuhnya di hospital. harap2 sihat dan kuat..!

Sekian.

Wednesday, July 22, 2009

Nama-nama Yang Takkan Ku Lupakan..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali dalam diri dan hati, akan insan2 yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..

Nama2 yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama2 mereka yang dekat dihatiku apabila aku memerlukan..

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama2 yang penting di zaman kanak2, zaman remajaku, dan juga mereka yang kini sudah lama tak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama2 mereka yang sentiasa di sampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..

Nama2 yang telah ku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..

Nama2 insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak wujud lagi di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama2 yang hadir dalam kehidupanku untuk sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku..

Aku sangat hargai insan2 yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri menjadi hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya..

Menukar setiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan..

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkan dirimu menjadi sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu..

Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan dihatiku..

Bersahabat adalah suatu rahmat..

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..

Semoga ukhuwah yang kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah SAW..

SAHABAT SEMUA MARILAH KITA LAKSANAKAN AMANAH BERSAMA!!!



Wednesday, July 15, 2009

PERJALANAN

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar teman seperjuangan semua? Semoga berada dalam limpah dan rahmah-Nya sentiasa. Alhamdulillah dah seminggu saya di rumah, Baiti Jannati(^_^)!

Minggu lepas saya transit di LCCT lama juga sebab flite dari KL ke KB delay sampai ke malam. Dalam perjalanan saya tempoh hari dari Bandung saya bersama Azura, tapi dia pulang ke Shah Alam kerana rumahnya di sana dan saya menunggu flite ke KB.

Seperti biasa saya akan ke surau LCCT untuk berehat2 dan solat sebelum menunggu flite seterusnya. Perjalanan kali ini saya lihat ramai jemaah tabligh ada di LCCT. Dari dalam dan luar negara. Ramai sungguh! Baru saya teringat yang mereka ada Ijtima' di Sepang. Nurul pun ada beritahu yang suaminya pun akan ke sana. Lihat dari wajah mereka sungguh kental semangat mereka.

Perjalanan saya, saya dipertemukan oleh dua orang Muslimah yang saya dapat teka mereka dari jemaah mana dari pakaian dan cara mereka bertanya kepada saya..(kamu ni tasha biar benar, xdalaa sebab kebanyakan mereka sama je style pakaian, jadi itu konklusi saya..hehe-betul saya teka!).

Sebaik saya masuk ke surau saya duduk di depan seseorang yang sedang tidur sambil wajahnya ditutup, rupanya adik junior saya, agak lama saya di situ sampailah dia bangun baru saya perasan, dia dari Kedah menunggu flite ke Bandung. Setelah sembang2 dan Wani, junior saya minta diri untuk check-in, flite dia lagi awal dari saya.

Kembali kepada cerita dua orang muslimah tadi sebenarnya mereka adik-beradik(^_^)!setelah tanya2 kemana nak pergi dan flite pukul berapa, saya minta diri untuk solat. Sebaik selesai solat, kakaknya tanya saya:

"Kat sana ada ikut usrah ke?"..saya senyum dan terkejut sebab baru saja kenal dia tanya saya begitu..saya senyum dan belum sempat saya jawab lagi, kakak tu tanya lagi,

"Ke awak jadi naqibah?"...saya lantas teringat adik2 usrah..(^_^)!

saya senyum lagi dan jawab..
"Adalaa jugak ikut"..

"Kat sana jadi MPP(majlis perwakilan pelajar) ke..ada join apa2 ke?"..kakak tu tanya lagi.

"Ahli biasa saja"...saya jawab dan saya rasa banyak lagi soalan2 akak ni..

"Macamana belajar kat sana dan berapa pointer yang awk dapat?"..saya jawab biasa2 saja..

Selesai solat dan dah rasa lapar kami makan di Food Garden, kat sana saya pulak yang tanya akak tu. hehe.

"Ada join apa2 kat sana2?"

Akak tu suruh saya teka dan saya teka seperti yang saya rasakan di awal tadi, dan betul!(^_^)!

"Ramaikan kak cuba tgk sekeliling kita org2 yang nak pegi ijtima'..hardcore sungguh mereka...bagus2!"

Seterusnya kami berbual2 lagi mengenai berita2 yang saya terlepas sejak tak berada di Malaysia dan cerita2 di Universiti akak tu (bekas universiti sebab die dah abeh belajar)..

Banyak yang kami kongsi dan saya sangat gembira bertemu dengan dua adik beradik tersebut. Rupa2nya akak tu tanya pointer saya sebab nak teka saya ni dari jemaah mana sebenarnya..kelakarje..baru saya tau..hehe..pointer saya biasa2 saja..!tak layak kot(^_^) saya pun biasa2 saja.

Saya saudara seISLAM sama dengan akak tu, sama dengan awak Muslim dan Muslimah yang sedang membaca ini! Tujuan kita sama kan? ISLAM agama kita~

Perjalanan saya masih jauh, mungkin baru bermula..Doakan saya semoga saya terus di jalan Islam~

"Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam) dan menyuruh orang berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." (Al-Imran : 104)


Tuesday, July 7, 2009

Hanya Tinggal...



Saya, Teteh Reza dan Alia



KakAlia, KakAimi dan Saya



Hanya tinggal...

Kenangan(^_^)...Ukhuwah ...

Jauh dimata tapi dekat dihati(^_^)!