Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Assalamualaikum wbt
Cerita Hari Ahad
Tengah hari hujung minggu
Keputusan exam comprehensive yang 200 soalan (yang saya rasa nak nangis lepas jawab) keluar hari ini. Saya waktu itu memang tidak ada apa-apa kerja penting, langsung bersiap-siap ke sana. Bangunan administration (P3D). Janji dengan wani dan aimi ke sana. Jumpa mereka di pintu pagar, naik sama-sama, berdebar sama-sama dan tengok keputusan sama-sama. Nilai kita berbeza dan saya cepat-cepat balik rumah.
Dalam lif sudah tekan hp untuk call ma, (kat sini ada line pulak dlm lif kan? ;) Ma kata, ini ujian. Along call juga petang hari yang sama. Hafizi sms juga, tapi akhir sms dia tanya, "dah makan ke belum?" hehe. Jarang tanya macamtu :)
Waktu malam
Call shahida, zatul dan janji dengan siti malam ini kita berkampung sampai hari selasa(hari ini). Nazurah pun call, katanya " tasha nnt HO taktaulah mcmane kan?" hehe. Nasihat yang bagus :)
Kami habiskan soalan final sampai pukul 1 pagi lebih.
Isnin
Kami berkampung lagi, kira macam all out juga lah untuk kertas akhir ni. Saya tak habis-habis cakap,
"kita kena usaha lebih skit je, kita tahu banyak benda nnt"
Shahida gelak :)
Buku tebal, buku dalam almari, dan internet memang semua kami guna nak cari jawapan.
1.00pm
Tersebar berita yang keputusan OSCE pula yang akan keluar. Berdebar tapi dalam hati redha dengan keputusan yang akan dapat.
Alhamdulillah :) Kami semua lulus. Kami : saya, siti, shahida, zatul. Tahniah untuk Nadia(housemate bukan kakak saya, nama saja sama). Dah boleh panggil Dr. Nadia.
Lega sedikit hati. Senyum. Teruskan lagi belajar sampai malam.
Hari ini.
Dalam dekat-dekat pukul 8 am masuk dewan exam. Baca doa dan Bismillah, terus isi borang jawapan dengan nama dan no mahasiswa. Bertarung lebih kurang 4 jam setengah dalam dewan. Baca betul-betul dan cuba jawab sebaik mungkin.
Tepat jam 11.30am keluar dewan. siti tunggu di luar dewan, ada nadia yang sengaja datang. Tanya siti,
"macamane tadi?"
"semoga semua dari kita lulus"
Sekarang tinggal kuasa tawakkal dan doa sahaja. Doa banyak-banyak.
*Masa : antara cepat atau lambat sahaja. Allah swt memang akan menguji dengan apa yang kita nak sangat. apa yang kita impikan sangat. apa yang kita sayang. Sampai masanya kita akan sampai pada apa yang kita impikan juga. InsyaAllah :)
Nota :
- Penat tak dapat nak tidur , jadi terpaksa "menulis" kat sini :)
- Terima kasih abah, ma, along yang pagi-pagi lagi call. Terima kasih kawan-kawan yang sms pagi tadi juga.
- Terima kasih juga yang tulis di wall di FB. Suka baca. Suka juga baca status kawan-kawan batch saya yang lain.
- Buat kawan-kawan yang masih ada exam OSCE, teruskan semangat dan do the very best! Semoga dipermudahkan semuanya. Kita akan sama-sama amik gambar baling-baling topi graduation sekali lagi sama-sama :)
No comments:
Post a Comment