Saturday, May 7, 2011

6 bulan dari 6 tahun

Assalamualaikum wbt

6 bulan untuk magang/praktikal di hospital daerah di sini. Tinggal 6 bulan sahaja lagi? Ada 6 bulan lagi? Alhamdulillah pre-klinikal 4 tahun dan klinikal 1 tahun setengah di rumah sakit hassan sadikin. Exam final juga dah setel, alhamdulillah. Tempat untuk magang juga dah tahu. 

Khamis yang lepas ada pembekalan(briefing) tentang magang nanti. Kami dah tahu semua 6 tempat yang akan kami pergi. Alhamdulillah hanya untuk 3 bulan pertama saya akan pergi ke hospital daerah yang agak jauh. 3 bulan terakhir hanya di sekitar bandar bandung sahaja. Tengok. Perancangan Dia sudah yang terbaik. Ini adalah rencana yang terbaik buat diri saya. 

Terigat lagi hari pertama menjejak kaki di bumi seberang ini, tanggal 22 Ogos 2005. 6 tahun dahulu, seperti biasa jauh dari rumah memang akan sentiasa teringat rumah. Keadaan di sini sangat berbeza dengan negara kita. Sangat respek orang yang boleh survive di sini. Senior2 selamba sahaja saya tengok, saya pun selalu kata dalam diri, " mereka boleh buat, aku pun boleh buat". Alhamdulillah ada rencana Allah swt hantar ke bumi seberang ini yang tak pernah saya terfikir untuk sampai ke sini. (teringat pula masa mula2 dpt tawaran dulu)

Alhamdulillah sudah masuk tahun ke-6. Banyak nampak hikmah kenapa saya terpilih ke sini. Memang banyak cabaran dan dugaan juga kesusahan. Belum masuk lagi tentang belajar, suasana yang kita rasa susah nak sesuaikan diri lagi. Jauh berbeza dengan negara asal kita walaupun hanya bersebelahan sahaja. Memang semuanya menjadikan saya kuat dan rasa kagum pula dengan diri bila ingat semua dahulu. Lagi2 pada tahun pertama. 

6 bulan untuk posting yang major. InsyaAllah, saya akan anggap ini sebagai latihan sebelum HO(housemanship) bila nanti pulang  ke malaysia. Kena asah balik skills medik, jumpa ramai pesakit dan belajar untuk bekerjasama secara berkumpulan. Jangan ambil remeh. Kena buat betul2. Kena bekerjasama dengan baik dengan semua ahli kumpulan yang hanya 5 orang. 

Masa briefing khamis lepas ada satu perkara yang gembira adalah magang tersebut akan selesai pada akhir oktober. Selama ini saya kira2 selesai pertengahan november. Jadi hanya wisuda (graduation) bulan november. 

Saya rancang nanti akan tulis pengalaman di semua hospital daerah yang saya pergi. Berlainan tempat pasti ada banyak pengalaman :)

Ada seminggu sebelum merantau ke seluruh jawa barat. 

**Tambah lagi satu label: magang. label exam pun baru juga tambah.

No comments: