Monday, November 29, 2010

Selesai THT masuk BEDAH

Assalamualaikum wbt

Lama sudah tidak menulis di sini. Sebenarnya ada yang membuatkan niat saya terbantut. Talian internet yang kadang2 tidak lancar dan juga laptop lama ni yang membuat hal, sudah terlalu lamakah laptop. Eh laptop ni memang sudah lama. Kena beli  baru ni. Jom beli sekarang. Macam nak beli sayur kat pasar pula gayanya. Hehe. Berangan macam sudah bekerja pula. Minta maaf tersasul pasal laptop pula. Ok ok sekarang cerita mengenai kesibukan beberapa minggu ini. 

THT (telinga hidung tenggorokan)

3 minggu lepas saya rotasi di THT. THT adalah singkatan seperti di atas. Kalau dalam Bahasa Inggerisnya adalah ENT (ear nose throat). Sesekali kita guna bahasa di sini ya. Bila lagi kan nak guna. Tak lama lagi saja di sini. Jadi mari kita manfaatkan masa sekarang dan semua yang ada sekarang. Live life to the fullest! =)

Minggu pertama

THT bermula setelah saya bercuti selama seminggu. Seminggu yang bersemangat untuk masuk ke THT. Sebelum masuk sudah tahu konsulen(specialist yang sudah mengambil subspecialist dan membimbing kami). Ramai yang berkata-kata sebelumnya konsulen tersebut strict. Sangat mementingkan ATTITUDE. Masa masuk awal pagi ada briefing. Dokter tersebut sudah berpesan dan menanyakan kepada kami siapa dari Malaysia. Dalam hati berdebar juga tapi takkan nak mengaku orang sini =D Sebenarnya dokter cuma nak pesan, "Kamu datang jauh2 jangan malukan UNPAD, Indonesia". Dalam kata lain kena belajar rajin2. Ok noted doc! Hal yang kedua adalah dokter  memang sensitif dengan perkara TIDUR dan LAMBAT. Jadi jangan lambat dan jangan sesuka hati tidur semasa kuliah :)

Minggu pertama sudah macam minggu peperiksaan. Maksudnya bagi saya adalah  kalau minggu peperiksaan adalah akan kurang tidur dan tidur sambil bermimpi mengenai penyakit dan kes apa yang akan masuk exam. Jarang kalau di department lain akan kurang tidur sewaktu di minggu pertama =D Hehe. Minggu pertama berjumpa dengan residen yang akan membimbing kami. Oh ya selain konsulen ada juga residen. Selalunya memang sebelum presentasi kasus depan konsulen akan berdiskusi dengan jayanya bersama residen. Terima kasih dok! Hasilnya presentasi kami di hadapan konsulen memuaskan. Alhamdulillah :) 

Minggu kedua dan ketiga

Sudah masuk ke minggu yang oncall back to back pada minggu kedua, tetapi oncall di THT sangatlah bahagia :) Bak kata berpindah tempat tidur sahaja. Kasus yang dilihat hanyalah epistaksis (pendarahan hidung). Itupun pergi ke unit kecemasan secara berjemaah. Santai sahaja! Ada 5 kali oncall semuanya. Di ruangan wad ada beberapa kasus. Masuk minggu ketiga sibuk dengan presentasi kasus yang didapati di poliklinik. Terasa macam terkejar-kejar. Pulang lewat malam (lewat malam bagi sebuah department yang kecil) untuk pulang setelah berkumandang azan maghrib. 7 to 7 juga kadang2. Salah satu sebab juga lama tak tulis blog. Jadi kalau saya tak update blog itu adalah indikasi sibuk. Boleh pulak. Hehe. Sampai rindu nak menulis. Hari khamis saya ujian bertulis yang susah macam nak ambil spesialis sahaja soalannya.  3 jam menulis jawapan. Alhamdulillah dapat jalani THT dengan baik dan dapat belajar banyak dari residen dan spesialis. Suka!

Nota : Keputusan belum keluar lagi untuk department tersebut. Semoga saya dan kawan2 lulus dengan jayanya. Doakan saya doakan saya semoga saya lulus. amin.

Cik Bedah

:) Harini masuk BEDAH ataupun dalam nama inggerisnya adalah SURGERY. 

Menarik dan rasa best macam belajar di IPD (ilmu penyakit dalam), Internal Medicine dahulu. Saya dah tahu kenapa sebabnya saya suka jumpa pesakit dan di sini dan IPD dulu banyak belajar dari pesakit terutama di poliklinik. Eh eh sekejap. Sebelum sebelum ini tidak bertemu pesakitkah? Definisi saya sendiri :)  Peningkan baca. Tak apa tak masuk exam dan baca sambil senyum ( eh tiba2 pasal senyum pulak!) Setiap kali senyum pasti teringat dekat orang yang sentiasa bagi pesanan suruh senyum sokmo. Erkkkk..Pastu bila di bawah stress senyum dan terus rasa OK :)

Harini lihat 3 penyakit  dan jumpa 3 pesakit : Rectal Carcinoma, Cholelitiasis & Inguinal Hernia (ini kasus yang saya kena periksa) Hari pertama sudah kena periksa pesakit yang sakit ini. (memang dalam hati punyalah rasa gelabah sebab campur segan dengan pesakit) tapi dokter sangat memahami sebab  dokter yang buat dulu. Lega!  

Nota : Semoga tetap terus sihat dan semangat sehingga ke hujung. InsyaAllah! Doakan saya. Esok ma, abah dan adik bongsu datang sini. Yeayea! :) Sangat bahagia. Alhamdulillah.

*Kali pertama menulis satu entri lengkap menggunakan google chrome. Mozilla ada masalah tak boleh nak buka new post tak boleh loading. Salah satu sebab juga lambat menulis di sini :)

Saturday, November 27, 2010

Menulis di sana sementara

Assalamualaikum wbt

Semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ceria. Semoga sentiasa di dalam redha-Nya kehidupan kita setiap hari. Amin. InsyaAllah.

Buat masa sekarang saya menulis di sana dahulu. Di "buku kerja" saya.

Jemput ke sana :✿moments✿

Semoga bermanfaat. InsyaAllah :)

Hujung minggu sabtu dan ahad saya nak ke Saphire 5. Nak jumpa Oki Setiana. Heroin KCB. Hehe.

Salam,

Jumpa lagi. Jangan lupa senyum :)


Saturday, November 20, 2010

Bila hendak kahwin?


Bicara Murabbi : Bila hendak kahwin?
Oleh : BroHamzah

Nasihat, bicara dan tinta murabbi adalah perkara yang sangat penting dalam mengukuhkan diri kita di dalam memproses diri ini . Saya fikir, amatlah wajar untuk saya kongsikan dengan sidang pembaca dan sahabat-sahabat blogger sekalian bicara dan kalam mutiara murabbi-murabbi saya yang sempat saya tulis, rakam dan petik daripada blog mereka.

Semoga perkongsian ini bukan sahaja untuk diri saya. Tetapi untuk manfaat, peringatan, dorongan dan sokongan kita dalam mempertingkatkan kualiti diri kita semua. InsyaAllah.

Sebagai permulaan ini, saya memetik suatu artikel ringkas daripada seorang murabbi saya, Abu Umar berkaitan isu yang sangat sesuai buat para remaja, pemuda dan pemudi masa kini.

Artikel : Bila hendak kahwin?

Oleh : Abu Umar
http://my.opera.com/azmibhr/blog/

Ada seorang remaja yang bertanya pada saya, bilakah masa yang sesuai untuk dia berfikir tentang kahwin.

Jawab saya; bila kita mula rasa bertanggungjawab untuk mengurus kehidupan kita maka kita sebenarnya sudah bersedia untuk itu. Itulah kunci bagi GERBANG PERKAHWINAN iaitu RASA TANGGUNGJAWAB dan KEMATANGAN.

Kata saya lagi, selagi kita rasa duit kita adalah duit kita dan kos pengajian kita itu tanggungjawab ibu dan ayah kita maka tangguhkan dulu untuk fikir tentang kahwin. Memang saya perhatikan hari ini ada pelajar-pelajar yang terima biasiswa atau pinjaman lalu mereka gunakan sepenuhnya untuk memenuhi minat dan kesukaan mereka : tukar HP, beli kamera ribuan ringgit dan sebagainya. Bahkan tidak terlintas difikiran mereka untuk meringankan bebanan ibu ayah mereka .... “ Mereka ini, kata saya pada remaja yang bertanya tadi ; "Kalau kawin pun, bahagianya hanya sekejap saja."

Rumahtangga bukan senda gurau; tanggungjawab kita bertambah, amanah kita semakin berat bahkan bermacam-macam ujian yang sedang menunggu di perjalanan. Tetapi, jika kita mula serius memikirkan tanggungjawab kita sebagai anak, anggota masyarakat, hamba Allah dan pemimpin umat maka anda sebenarnya sudah bersedia untuk memikirkannya walaupun umur anda masih terlalu muda.

Statistik tahun 2007 menunjukkan setiap HARI, 56 pasangan yang bercerai dan kadar ini meningkat setiap tahun, bahkan kebanyakan kes perceraian ini melibatkan pasangan muda.

Saya bukan ingin menakut-nakutkan, sekadar memberi peringatan supaya kita melihat PERKAHWINAN ini dengan pengertian yang lebih lengkap dan matang.


Mungkin ada yang merasakan perkahwinannya akan melepaskannya dirinya dari masalah orang bujang. Ya, selesai masalah bujang dan kita perlu bersedia untuk masalah dalam hidup berumahtangga pula. Bukankah hidup ini merupakan ujian ?. Sebut tentang perkahwinan ini , terdapat 3 perkara yang dibincangkan oleh ulamak semasa :

(1) Mahar yang tinggi, bahkan bukan-bukan.
(2) Aurat, masa tulah nak dedah semuanya
(3)Tasyabbuh; bercampur perkara-perkara syubhah, meniru orang-orang kafir dan sebagainya. (Potong kek, pakai gaun ala kristian, bersanding ala hindu dan sebagainya)

“ Kita perlu ingat, jika kita tidak mulakan binaan rumahtangga dngan menjaga keberkatan Allah, bila ada masalah nanti kita akan rasa sukar untuk bersimpuh mengadu kepadaNya. Memang segala masalah itu datang dari Allah tetapi untuk menadah tangan memohon kekuatan dan pertolonganNya tidak semudah yang kita gambarkan. Ketika perahu dilanda gelombang tak semua manusia dapat kembali pada rasa kehambaan untuk merendah diri memohon kepadaNya dan tidak semua suara yang berdoa itu dikenali oleh Allah untuk diperkenankanNya.”

Abu Umar

Kesimpulan

(1) Kita harus melihat pembinaan dan pembentukan rumahtangga dengan pandangan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT

(2) Kematangan, kedewasaan dan kebijaksanaan kita di dalam mengemudi kehidupan terletak sepenuhnya kepada kita. Kitalah yang akan membuat keputusan dan pemilihan.

(3) Memelihara jalan-jalan menuju pembentukan baitul muslim dan aspek-aspek keberkatan di dalam pembinaan rumahtangga adalah sesuatu yang serius dan harus dilihat dengan penilaiaan syara’.

(4) Penyerahan kepada jalan yang syara’ dan berusaha untuk menepati kehendak Allah SWT dalam melaksanakan pembinaan “masjid” ini adalah suatu perjuangan yang suci. Kita lah yang akan melakukan pemilihan, sama ada ingin mengikut trend, rentak dan penilaian masyarakat semasa atau mengikut sepenuh segala acuan dan trend yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Tetapi, selalunya akan ada suara yang memberikan peringatan kepada kita :

“ Kamu ini, harus kita ikut perkembangan semasa. Jangan kolot dan berfikiran lama. Ingat itu.”

Friday, November 19, 2010

Sepanjang Perjalanan

Berjalan di sekeliling alam
Sepanjang perjalanan
Terpukau aku membaca pesan
Kebesaran Illahi

Segalanya telah nampak sempurna
Gunung ladang air angkasa raya
Hanya satu kata yang bisa ku ucap
Maha Suci Allah pencipta alam semesta ini

Berarah pohon di tepi jalan
Sepanjang perjalanan
Sejuknya sampai hinggap di hati
Membuatku bahagia

Edcoustic

Thursday, November 18, 2010

I Believe

 :)

I believe in the impossible
If I reach deep within my heart
Overcome any obstacle
Won't let this dream fall apart
See I strive to be the very best
Shine my light for all to see
Cause anything is possible
When you believe yeah

Thanks to the words above Hanis Haizi ;) Love to read about your passion. Keep up your good work!

**Nota saya:
Sebenarnya saya nak tulis tentang sambutan raya haji kelmarin untuk bacaan keluarga di kampung. Sekarang sudah cuti sekolah jadi mesti orang kat rumah nak baca tulisan saya :) Hehe. Nanti hujung minggu Angah tulis, khamis malamni ada oncall dan jumaat kelas lagi. InsyaAllah sabtu dan ahad free. Walaupun ahad malam ada oncall, tapi suka sebab last oncall di E.N.T.(ear nose throat) *kat sini diaorang panggil THT(telinga hidung tenggorokan).

Jalan2 baca blog jumpa blog tentang tulisan kat atas. Saya memang suka orang yang ada "great passion in what they are doing". Dalam kata mudah orang yang gigih berusaha untuk kecerahan masa depan. Tak kira dalam apa2 bidang pun. Semoga semangat diorang dapat saya serapkan dalam diri saya yang kadang2 'up and down' jugak ni. Kalau rasa nak jatuh cepat2 usaha naik balik. Tak kira berapa banyak kali pun. Kena usaha! :)

Monday, November 15, 2010

Ithar

setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar dan serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada

 

andai engkau belum lagi mampu untuk mendahulukan orang lain lebih dari engkau ( ithar), andai engkau belum mampu untuk mencapai setinggi-tinggi ukhuwah itu dengan mereka yang berada di sekeliling engkau, sekurang-kurangnya berlapang dada lah....

berlapang dada, bila orang lain berkata apa-apa. baik benda benar atau tidak
berlapang dada, bila orang tu membuat kita tertunggu-tunggu
berlapang dada, bila berselisih pendapat (engkau fikir, pandangan semua orang sama? )

cuba tolak sekejap kepentingan diri sendiri tu.

dan mari jadi muslim yang mukmin, yang takut pada Allah! (takwa)

**Nota saya : 
Balik dari hospital tadi tiba-tiba rasa nak buka balik buku catatan "keluarga" yang dah lama tak buka dan baca catatan lama. Pentingnya tarbiyah(pendidikan). Lebih-lebih lagi untuk hati. Hati ini memang kena sental selalu, tak boleh biar sahaja. Astaghfirullah hal a'zim. Senangnya kalau nak condong ke arah perkara tak baik. 

p/s: ayat di atas memang saya suka sangat dari tulisan seorang adik dari sekolah di Klang dahulu. Terima kasih dik :) suka baca FTI :)

Sabar dan Ikhlas

Sunday, November 14, 2010

"Big Sister"

Assalamualaikum wbt.

"Big Sister" yang dimaksudkan adalah Along :) Bukan fizikal tapi semangat dan kekuatan. Dalam diam saya banyak admire kakak saya :) Along saya konsisten belajar.

Kami ke sekolah yang sama di Machang dan juga Klang. Kami ambil bidang yang sama. Banyak pengorbanan Along ni pada saya. Anak ke-2, suka ikut anak pertama. Semua buku2 tebal dan berat nak angkat yang saya ada semua ambil dari Along. Tapi ada satu yang saya belum ikut lagi, Along dah kawen. Hehe. Kalau ma baca ni abehlah saya. Hehe.(padahal ma saya memang suka baca blog saya secara sekaligus, walaupun bukan setiap hari). 

Sebenarnya semalam masa baca buku Clinical Medicine yang Along belikan untuk saya teringatkan Along, rindu anak2 dia dan rindu rumah. Mulalah bila dengar orang dah bercakap2 mengenai Hari Raya Haji. Sensitif jugalah bab cuti ni. Tahun depan insyaAllah panjang umur saya boleh raya kat rumah! Yeay! Setahun saja lagi. Ke tak sampai setahun? OK jangan sedih sebab ramai nak datang bulan 12 nanti. Orang yang sibuk kerja pun nak datang :) Hehe. *excited=)

2007 : waktu ni Along tengah pregnant iman, ma dan abang long dalam gambar.
Letak gambar ni biar semangat sokmo=)


 **Nota saya:
  1. 2 minggu lagi di ENT department = Easy No Tension, Along kata.-__-
  2. Back to back oncall sampai ahad depan.
  3. Tahniah buat Cik Siti Solehah(haha bagi nama baru pulak kat dia), untuk selangkah ke alam baru=) Takpa empunya diri tahu siapa dia. Semoga dipermudahkan perjalanan dan usaha membina "masjid". Very happy for U dear!

Good words :)


  • "Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up."Thomas Edison1847-1931, Inventor and Scientist
  • Your thoughts lead to feelings, which lead to actions, which lead to results.So, what are your thoughts, beliefs and habits? How do you really feel about yourself? How much confidence do you have in yourself?

  • Training and managing your own minds the most important skill you could everown, in terms of both happiness and success

  • say this daily. I AM establishing an intention to be more of WHO I REALLY AM.? I stand in the awareness of my Infinite Potential to create the life of my dreams.? My life is fulfilling and joyous!? I choose wisely.

  • The happiest people do not have the best of everything but they simply make the best of everything. Live simply, speak kindly, care deeply and love generously

  • Self empowerment results in inner stability, personality development and SUCCESS. It comes from self-confidence, self appreciation and self confidence.

  • secret of life- The first is think. Think about the values you wish to live your life by. The second is believe. Believe in yourself based on the thinking you've done about the values you're going to live your life by.The third is dream. Dream about the things that can be, based on your belief in yourself and the values you're going to live by. The last is dare. Dare to make your dreams become reality, based on your belief in yourself and your values." And with that, Walter E. Disney said to the little boy, "Think, Believe, Dream, and Dare
  • When we are over-focused on the results we want, we miss the enjoyment of the activity itself.

  • Stop thinking and feeling as if you’re a failure, because you’re not. How can others accept you if YOU can’t accept YOU? 

  • The world is your classroom. Don’t feel stupid or doomed forever just because you made a mistake or “failed” at something. See how your experience is a lesson to learn from. Everything has a silver lining—no exceptions.

  • Take things one step at a time. Don't expect massive changes overnight. Self empowerment is a process of taking lots of small steps that ultimately add up to something amazingly beautiful and profound.

  • Self empowerment results in inner stability, personality development and SUCCESS. It comes from self-confidence, self appreciation and self confidence.

  • We are all here to learn our lessons. Our parents, school teachers, friends, colleagues, officemates, neighbors... they are our teachers. When we open our heart and mind to a path of self empowerment, we increase our chances of happiness, success, and lasting inner peace.

  • When people feel down and low about themselves, help them up. Rather than join others in feeling low, choose to help them out through leading by example. The more you radiate confidence, the more others will also feel and start to absorb that confidence themselves. 

     

    **Note: The words above are taken from Prof Dr Muhaya's page. 


Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah, Ok je :)


Assalamualaikum wbt.

Semua pasti sudah tahu mengenai Gunung Merapi di Jogjakarta yang meletus pada 26 Oktober dan 5 November yang lepas. Mungkin setelah letusan pada 5 November lepas iaitu pada hari Jumaat  yang menyebabkan abu dari letusan gunung merapi tersebut sampai ke Bandung.

Jarak Bandung - Jogjakarta 309 km tapi abu volkanik boleh sampai sehingga Bandung. Alhamdulillah hujan turun dan kami di sini tak terasa sangat debu tersebut. Sehingga hari ini setiap pagi atau petang pasti hujan. Alhamdulillah hujan rahmat yang membawa abu pergi. Lapangan terbang di Bandung tutup bermula 5 November sehingga semalam. Pasti ramai yang terkejut dan tertanya2 khabar kami di sini. 

Ramai yang sms dan bertanya khabar menerusi FB. Gembira pula ramai yang ambil tahu dan ambil berat. Hehe. Kalau ahli keluarga memang setiap hari bertanya. Terima kasih semua. Alhamdulillah, Ok je :)

Keadaan di Jogjakarta sedikit berbeza tapi dari berita yang saya baca sudah berkurang aktiviti letusan. Doakan semoga keadaan bertambah baik. Semoga warga penduduk di Jogjakarta juga tabah dan selamat. Doakan juga kawan kita dari sana yang masih belajar di sana. Ada juga kawan2 klinikal yang tidak pulang sebab ingin membantu mangsa2 di sana. Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan mereka semua dalam keadaan baik2.

Beberapa bencana alam berlaku di sini. Sejak beberapa tahun di sini banyak pengalaman sudah dilalui. Alhamdulillah, teruskan berdoa semoga semuanya baik2 sahaja. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku. Setakat ini, Alhamdulillah Ok je :) Untuk ma dan abah, angah dan eji kat sini baik2 dan sihat je :) Alhamdulillah =)



Wednesday, November 10, 2010

Mimpi Yang Indah

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
Di sebalik kepayahan

Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
TInggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan

Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti
 

Monday, November 8, 2010

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

Assalamualaikum wbt.

'Surely we belong to Allah and to Him shall we return'

Pagi tadi sewaktu di ruang kuliah setelah lebih kurang 2 jam kuliah, saya baru lihat hp, ada sms dan miss called. Miss called dari ma dan sms dari adik Hafizi. Mesti ada sesuatu, buka sms.

Ya Allah! Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Nenek saudara meninggal pagi tadi. Mak mertua kepada abang ma. Abang ma yang paling rapat dengan ma, keluarga kami denga keluarga abang ma memang rapat. Kiranya ibubapa kedua saya adalah mereka. Tadi sewaktu break sekejap terus call ma, tanya keadaan. Sedih juga tapi kena teruskan semula kerja sebab harini hari pertama di department baru. 

Satu keadaan yang saya tak suka dalam bidang kerja saya adalah sekiranya kami berhadapan dengan kematian, selepas selesai kerja sambung kembali kerja lain  seperti tidak ada apa2 yang berlaku sebelumnya. Ahli keluarga kelihatan sedih tapi bukan tidak sedih tapi menangis dalam hati sahaja kalau berhadapan dengan keadaan seperti ini. Masih segar ingatan pesakit pertama meninggal dulu.

Hadiahkan Al-Fatihah kepada nenek saudara saya dan doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin. Amin.

Kali terakhir jumpa arwah masa pergi ikut sepupu saya ambil buah dekat dengan rumah arwah waktu balik haritu. Sempat bersalam dan bertanya khabar. Inilah perjalanan kehidupan kita memang menuju ke alam sana. Kena terima.

Kebelakangan ini beberapa kematian berlaku. Bukan orang jauh tapi dekat. Ini peringatan dari-Nya.

Sunday, November 7, 2010

Semangat!

Assalamualaikum wbt.

Seminggu sudah bercuti. Sudah tamat cuti. Sudah buat semua perkara yang dirancang. Alhamdulillah dimudahkan oleh-Nya. Pekerjaan yang kalau waktu dah mula klinikal balik mesti tak dapat buat, pun dah buat. Aktiviti2 membaca, menulis dan memasak pun dah buat. Cuma tak banyak yang sempat baca. Nak baca novel tapi tak sempat :)

Seminggu yang digunakan untuk kumpul kembali kekuatan yang hilang, semangat yang pudar dan kerajinan yang menurun. Alhamdulillah di akhir cuti mendapat banyak pencerahan dan perkongsian yang bermanfaat. Semoga ini menjadi bekal untuk 3 minggu ke depan. InsyaAllah. Kalau panjang umur untuk waktu depan yang masih perlu ditempuh.

Beberapa perkara 'unexpected' berlaku. Contohnya, hari Jumaat lepas dapat berjumpa adik2 'keluarga' lama. Sama2 makan Pecel Lele dan murah rezeki bila salah seorang adik cepat2 membayar makanan saya. Terima kasih NIMY :)

Hari ini, tiba2 buka di FB lihat status Kak Kamariah. "Stranded in Bandung". Eh baru ingat yang Kak Kamariah kata nak datang Bandung. Keluar dengan Kak Kamariah dan Abang Amin dan juga adik saya Hafizi. Merasa makan di Hotel Arion Swiss. Makanan yang mahal bagi saya yang masih bergelar pelajar ini :) Banyak berkongsi pengalaman dan Kak Kamariah juga bagi nasihat yang sangat berguna. Terima kasih banyak2 Kakak :) Semangat! 

InsyaAllah akan konvo buat kali ke 2 pada 2011
Housemates saya :) Semoga nanti kita sama2 berkonvo lagi, saya, Yana, Nadia dan Siti :)

Kesimpulan saya

Matlamat yang dasyat sungguh penting supaya dalam perjalanan menuju matlamat tidak mudah jatuh dan rebah. Kalau kalau rebah pun  di tengah jalan senang nak bangun kembali. Waktu sekarang ini kena guna betul2 sebab waktu sekarang tak dapat ada  atau diulang lagi nanti. InsyaAllah usaha sungguh2 dalam semua perkara. Kena berusaha kalau nak rajin, nak bersemangat dan nak 'score' dalam exam. Enjoy student life!

**Nota :
  1. Esok dah mula rotasi baru selama 3 minggu ke depan. Mungkin aktiviti menulis kena kurangkan tapi mungkin juga tidak =) Oncall sudah bermula setelah 6 minggu lepas tidak ada oncall.
  2. Ada beberapa entri dalam draft. Ada juga hutang entri, insyaAllah akan saya tulis juga walaupun lambat.
  3. Gembira ramai nak datang sini =)
  4. Gambar konvokesyen setahun yang lepas. Eh di sini kalau selesai pre-klinikal ada konvokesyen. Nanti dah selesai semua pun ada satu lagi konvo. Saje letak supaya bersemangat.

Saturday, November 6, 2010

Untuk Kak Ana

Assalamualaikum wbt

Akhirnya entri ini dapat saya tulis. Berjanji dengan Kak Ana semalam tapi apakan daya internet tidak bisa disambung pula. Kak Ana ini adalah rakan sekolah lama satu batch dengan saya waktu sekolah di Klang dahulu. Kak Ana satu tahun di atas saya umurnya sebab itu saya panggil Kak Ana :)

Kali terakhir jumpa Kak Ana masa balik Malaysia bulan Julai haritu. Itupun waktu di lapangan terbang di Kelantan, tapi kami tak bertegur sapa. Hanya melihat dari jauh sahaja sambil berfikir, "Eh macam kenal". "Tapi betul ke?". Sampai ke sudah akhirnya kami tak bertegur sapa.

Waktu di ruang menunggu niat hati kalaulah nanti Kak Ana dekat dengan saya waktu beratur nak tegur. Tapi Kak Ana tempah 'hot seat', jadi dia diutamakan naik dahulu. Sewaktu di dalam pesawat saya lihat Kak Ana sudah duduk dan sedang buka buku bersedia untuk membaca. Muka serius. Sudah tak berani nak tegur. Tiba di LCCT sewaktu di tempat menunggu bagasi saya lihat sekeliling mungkin ada Kak Ana, tapi dah tak ada. Dalam hati, "Orang lain kot, tak mungkin dia."

Sampai sahaja di Bandung saya menulis status di FB, "Alhamdulillah selamat sampai di Bandung". Tiba-tiba sahaja dapat mesej di kotak mesej. 

Hye Tasha
*Kak Ana July 19 at 12:56am  
Assalamualaikum.....Tasha....sy rasa..kita naik flight yg sama td! sy nk tegur...tp...senyum tak jadi...adoiyaa...masih ingatkah sy?hehe... 
*Iman Aisyah July 19 at 12:58am
waalaikumsalam.....saya pun rasa dah..duk kelih2 banyak kali jugak..tapi awak pun dok senyum saya pun rasa salah ore doh la..hehe...awak pakai tdg biru kan td?kerja dah ke? 

Selepas itu kami pun chat panjang di ruangan chat dan juga YM. Kisah lucu betul. Dalam banyak-banyak perbualan kami seperti biasa saya sengaja buat soalan cepu emas,
Saya : Sorang je ke Kak?
Kak Ana : Aah tu yang sedih suami dengan anak tak balik sekali.
Saya : Oh akak kawen tak btau.
Kak Ana : Eh mana ada dah kawen, belumlah. Buat lawak je.
Saya : Oh yeke. Saya pun belum kawen.
Kak Ana : Tau sebab baca kat blog awak.
Saya : Aiksss? Ada ke entri saya kat blog macam yang cakap saya belum kawen?
Kak Ana : Kak suka baca blog awak dengan Sarah. Tapi silent reader, sebab tu tau perkembangan.
Saya : Oiccc. Peminat blog saya secara senyap ye :)
Baru-baru ini dalam pada sibuk2 saya sempat juga buka invitation dalam FB. Biasalah suka lihat siapa yang akan berkahwin. Eh eh. Kak Ana. Senyap2 Kak Ana jemput. Semalam baru berkesempatan bertanya Kak Ana secara lengkap dan menemuramah Kak Ana. Terima kasih cerita Kak Ana yang best! Boleh buat novel satu. Hehe. Semoga dipermudahkan semuanya Akak. Nanti jumpa akak insyaAllah saya tegur dulu, tapi lepas ni dah ada Puan dah. 

**Nota:
*Nama di atas yang ada star adalah bukan nama sebenar di FB :)

Thursday, November 4, 2010

Beautiful Pictures!




At first glance, it looks like a giant child armed with a box of crayons has been set loose upon the landscape.

Vivid stripes of purple, yellow, red, pink, orange and green make up a glorious technicolour patchwork.

Yet far from being a child's sketchbook, this is, in fact, the northern Netherlands in the middle of the tulip season.


Source:
**Notes:
  1. I always came across photos of my friends who study oversea, I mean the country where there are Tulips, I felt envy with them =) I wish to have photos with the tulips. The real one not fake!
  2. Tulips are very beautiful. Dont you think so?
  3. Ok ok I have finished my works and that's why I am writing about the flower, not writing actually but just collecting them from the web. 
  4. InsyaAllah ada rezeki bolehlah ke sana. Masa sekarang belajar rajin2 dan fokus apa yang di hadapan.
  5. Alhamdulillah a beautiful morning =)

Tuesday, November 2, 2010

Bercuti di Bandung : Kawah Putih

Assalamualaikum wbt dan salam ceria.

Sudah lama tak ada entri bergambar, jadi harini kita tengok gambar Kawah Putih, ini adalah sisa dari gunung berapi yang dah tak aktif lagi. Enjoy!

Macam pantai pun ada kan?
Sebenarnya kalau tengok di sekeliling sebenarnya di kelilingi oleh bukit2 yang tinggi
Cantik kan ^_^
Hafizi, saya dan Tho/Tahirah
Jejaka melayu terakhir. Hahaha
Ok. Sudah mulai berkabut. Sangat sejuk ok.
Husna sangat sejuk. Penuh gaya adik Tho yang comel ni =)
Husna kata dia ada tanduk rusa yang panjang =D
Cerah kembali suasana
Kabut sudah mulai berkurang
Kami pun dah penat, masa untuk pulang. Jom!
**Nota:
  1. Entri ini untuk orang yang sedang sibuk bekerja=) Tengoklah gambar ni dulu sebelum datang sini. Cantik kan? Nanti saya upload gambar tempat lain pulak lagi ya. Ni baru satu tempat.
  2. Kita lupakan isu entri Kelantan di bawah. Hot juga nampak gayanya. Hehe. Peace=D Rileks. Cool.
  3. Gambar kat atas masa Tho/Tahirah datang sini bersama mak dan adik Husna sebelum ke Jogja untuk berwisuda(konvokesyen). It was a great time!
  4. Saya dah banyak kali pergi ke Kawah Putih ini tapi tak penah jemu. Best dan sangat cantik pemandangan di sana.

Monday, November 1, 2010

Eh awak orang Kelantan?

Assalamualaikum wbt.

Saya jarang2 akan ambil pusing kisah orang2 yang memandang rendah orang Kelantan ni ataupun dalam kata yang tak enak didengar sedikit menghina orang dari negeri Kelantan. Sebelum final bola saya ada lihat suatu petikan akhbar kartun tentang red warrior. Lucu dan kesian pula rasa dekat orang yang suka hati sahaja buat kartun macam tu.

Klik kanan mouse untuk baca lebih besar

Diskriminasi sungguh. Tak begitu? Koya koya koya maju sangat dia tu*

Pernah saya mengalami sendiri semasa saya di sebuah kolej persediaan di Sepang. Seorang rakan bertanya kepada saya,

"Rumah awak mesti rumah kayu kan? Ada TV tak?" kata rakan tersebut(dengan nada yang serius), pada pendapat dia semua rumah di Kelantan rumah kayu yang buruk2.

Saya rasa nak tergelak pun ada. Mungkin dia tak pernah datang ke Kelantan rasanya. Saya balas dengan senyuman dan saya tunjukkan gambar rumah "kayu" saya.

Satu lagi ayat yang sering didengar,

"Eh orang Kelantan ke? Mesti tak reti speaking, biasanya orang Kelantan ni tak reti speaking" Merujuk kepada penggunaan bahasa Inggeris di kalangan orang Kelantan.

Koya koya lagi orang yang berkata tersebut. Senyum saja. Action speaks louder than words.

Kalau nak senaraikan satu2 pencapaian orang Kelantan nanti penuh satu blog ni pula =) 

Pertama kali saya keluar dari Kelantan untuk bersekolah adalah sewaktu tingkatan 1 di KYSM tapi tak lama hanya seminggu. Kali kedua adalah masa tingkatan 4 untuk bersekolah di sebuah sekolah di Klang. Di sana memang tak ada masalah sebab pengetua pun dari Kelantan. Malahan majoriti guru2 dari Kelantan dan Terengganu. Mungkin ada sedikit diskriminasi kepada yang dari negeri lain pula. Hehe =) 

Saya sayangkan Kelantan dan cintakan Negeri Sembilan. Saya juga bukanlah terlalu assobiyah ataupun fanatik terhadap negeri sampaikan kalau pasangan pun mesti nak dari Kelantan(tiba2 cam tak ada kena mengenalah pulak)

*Tiba2 rasa nak cakap pasal Kelantan sebab saya rindukan kampung saya. Rasa lama dah tak balik dah 3 bulan rasanya. Tahun ni dah tak ada plan balik. Tak apa sebab ramai nak datang sini. Yeay! Suka suka =)


Solat tetap diutamakan