Sunday, November 14, 2010

"Big Sister"

Assalamualaikum wbt.

"Big Sister" yang dimaksudkan adalah Along :) Bukan fizikal tapi semangat dan kekuatan. Dalam diam saya banyak admire kakak saya :) Along saya konsisten belajar.

Kami ke sekolah yang sama di Machang dan juga Klang. Kami ambil bidang yang sama. Banyak pengorbanan Along ni pada saya. Anak ke-2, suka ikut anak pertama. Semua buku2 tebal dan berat nak angkat yang saya ada semua ambil dari Along. Tapi ada satu yang saya belum ikut lagi, Along dah kawen. Hehe. Kalau ma baca ni abehlah saya. Hehe.(padahal ma saya memang suka baca blog saya secara sekaligus, walaupun bukan setiap hari). 

Sebenarnya semalam masa baca buku Clinical Medicine yang Along belikan untuk saya teringatkan Along, rindu anak2 dia dan rindu rumah. Mulalah bila dengar orang dah bercakap2 mengenai Hari Raya Haji. Sensitif jugalah bab cuti ni. Tahun depan insyaAllah panjang umur saya boleh raya kat rumah! Yeay! Setahun saja lagi. Ke tak sampai setahun? OK jangan sedih sebab ramai nak datang bulan 12 nanti. Orang yang sibuk kerja pun nak datang :) Hehe. *excited=)

2007 : waktu ni Along tengah pregnant iman, ma dan abang long dalam gambar.
Letak gambar ni biar semangat sokmo=)


 **Nota saya:
  1. 2 minggu lagi di ENT department = Easy No Tension, Along kata.-__-
  2. Back to back oncall sampai ahad depan.
  3. Tahniah buat Cik Siti Solehah(haha bagi nama baru pulak kat dia), untuk selangkah ke alam baru=) Takpa empunya diri tahu siapa dia. Semoga dipermudahkan perjalanan dan usaha membina "masjid". Very happy for U dear!

4 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Wah. Family awak datang December ni ye?! Siapa la pulak orang yang sibuk bekerja tu? Nak kata saya, saya tak plan lagi nak pergi sana. Hehe. Apapun semoga semuanya ok di ENT ni ye. Nanti happy2 time ramai guests datang nanti ye =)

Erm.. Kalau saya ke sana bulan 3 nanti awak busy tak? Ahaks ;)

Jacknaim said...

x lama lagi bakal menyusul la persamaan kak tasya dgn kak long nye.. kena kawen masa belajar jugak..sempat lg nih..aahahaha

Iman Aisyah said...

Sarah:
Abah, ma dan adik bongsu datang. Orang sibuklah tu. Orang sibuk yang lain pun ada juge :) Hehe. Awak pon orang sibuk juga. Thanks. Doakan saya lulus dengan jayanya ye. Betul2 waktu sekarang ni berusaha dulu. nanti happy2 time ramai datang.

Awak punye pasal mmg OK je. Saya tunggu tau nanti bulan 3!!Dengan hati berbunga2 saya tunggu awak=)

Iman Aisyah said...

Naim:
InsyaAllah ada rezeki dan ada jodoh. Hehe. Taktau bila lah tu=D Takpe2 masih sabar lagi=) Dalam hal ini Along beza skit dengan kak.