CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 29, 2009

Cerita Aidiladha :)








Assalamualaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidiladha!
Hari ini sudah 12 Zulhijjah 1430H. Sudah hari ke-3, hari raya:) macam hari raya aidilfitri pula.

Hari raya aidiladha yang lepas, iaitu Jumaat saya ke Jatinangor, iaitu lebih kurang 1 jam lebih dari bandar bandung. Jatinangor adalah kampus UNPAD juga dan tempat saya belajar dari tahun 1 sehingga ke-4. Balik kampung bak kata aida :) sebabnya kami balik ke rumah yang kami dulu, tapi sekarang hanya ada Syaza dan junior2 yang lain. Sangat best dan meriah!

Saya dan kawan2 yang lain bertolak dari sini, sehari sebelum Jumaat, iaitu Khamis petang. Masa hari khamis selesai saja bimbingan dengan Konsulan(spesialis) terus balik dan ambil beg(sebenarnya belum lagi kemas beg sebelumnya:) Lambat kelas saya habis khamis lepas. Tapi yang penting saya pergi ke Jatinangor.

Sampai saja di Jatinangor sudah masuk maghrib, kerana kesesakan lalu lintas, malam raya semua pun nak balik kampung.

Sambutan hari raya kalini, bertambah meriah dengan kehadiran rombongan DSSK(Dato Seri Shahidan Kassim) dan DR MAZA(Dr Mohd Asri Zainal Abidin).*dapat duit raya:) 1st time kot raya haji dapat duit raya!hehe

Jumpa Sepupu
Saya paling tak sangka adalah saya jumpa sepupu saya, di Jatinangor. Masa malam sebelum sambutan Hari Raya, ada ceramah dari DR MAZA di Masjid Ibnu Sina, dalam kampus UNPAD.
Masa tu saya dah perasan seseorang yang macam kenal! tapi mungkin sebab dah penat dan malam saya tak tegur lagi orang tersebut, dan pada pagi semasa khutbah aidiladha oleh DRMAZA, orang yang saya kenal tu berdiri2 sibuk ambil gambar2 kami semua. Saya dah pasti yang orang tersebut adalah Abang Haikal sepupu saya! hehe:) Saya terus tegur dia selepas selesai khutbah semasa acara bergambar:

"Abg ikut rombongan ust Asri ke?"..saya

"Dok eh ikut Shahidan Kassim"..Abg haikal.

"Kak Ma balik kelate ke?tak balik ke raya?"..kak Ma(isteri abg haikal, sebenarnya kak Ma adalah sepupu saya, jadi abg haikal pun jadi sepupu juga lah:)pening pula ayat ni..hehe

"Sebenarnye nak kelik, tapi kete eksiden. pastu bos tepon suh kijo. kak Ma sedih la tu" Abg haikal.."kalu nak pesan barang2 balik kelate buleh la.."

Saya yang rasa nak balik! Boleh tak?

Kami berbual2 lagi dan tak lama sebab saya ke rumah Khairi dan Balqis untuk makan2.

Nota:
*Saya kongsikan gambar2 kami semasa sambutan hari raya Aidiladha. masa cameraman dari rombongan DSSK dan DRMAZA lalu depan saya buat2 juga 'peace' utk family kat msia..! kot2 nnt kuar kat berita kat TV ke. hehe:)*nadia kata ayah die nmpak kwn2 nadia yg familiar kat berita.

*Tarikh Long Case Exam saya adalah pada 3 Desember, khamis depan. Doakan saya dipermudahkan! dapat penguji yang baik, kes yang ok, dan patient yang baik(co-operative).

*Good Luck juga kepada:orang yang tgh exam sekarang!wak molek2..terus fokus..ingat bonda dan ayahanda tercinta dan adik-beradik tersayang(pinjam ayat :) nanti saya upload gambar2 pemandangan yang indah di Jatinangor dan Bandung selepas exam.

*Alhamdulillah sangat2 gembira Aidiladha di Bandung kalini gembira dan meriah, walaupun di kampung halaman tercinta lagi best! pengalaman:)

*Terima kasih kepada insan2 yang sungguh luar biasa dalam hidup saya, yang menjadikan saya insan biasa ini turut merasa semangat anda! saya sangat bersyukur dengan kehadiran anda. Alhamdulillah!

*Semalam saya oncall 7am-7pm. penat tapi saya rasa gembira dengan kerja yang saya buat! nanti entry seterusnya, mungkin selepas exam saya akan ceritakan pengalaman oncall saya. ada sorang nenek meninggal semasa saya baru sahaja cuba nak pasang EKG untuk tgk wave jantungnya! ;( Al-fatihah buat arwah.

*Life is great and good with everyone around me who love me alott! especially my lovely family and friends(^_^)

*Tahniah untuk Mursyid dan Mursyida! *anak nama Mursyidi eh nnt?hehe:)

Wednesday, November 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!



Assalamualaikum wbt

Belum lagi tiba Aidiladha, bahangnya sudah terasa. Lebih2 lagi bagi saya yang dari negeri pantai timur ini. Aidiladha di sana meriah! Mungkin bagi sesetengah orang, biasa2 saja, tapi tak kira raya haji ke raya aidilfitri pasti seronok bagi saya.

Sejak belajar jauh di bumi seberang ini, iaitu sejak tahun 2005 hanya sekali saya beraya Haji di kampung halaman. Sedih kan? tapi kalau hari raya Aidilfitri terbalik pula, hanya sekali baru saya beraya di sini, jauh dari keluarga, iaitu pada tahun ke-2. Selain dari itu tak pernah miss beraya di rumah, Malaysia..(^___^)hehe. balik sokmo!

Gambar di atas masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas! tema hijau. (tapi Nabila dan Iman sudah lari tema) Along masa ni selsema, tak sihat dan Abg Yusri kerja pada hari raya pertama!

Minggu depan saya ada Long Case Exam-->masih belum bersedia!hOhOhO-->Doakan saya ye teman2 dan kawan2 dan sahabat2 semua! harap2 dapat belajar dengan jayanya..

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua dari saya di Bandung!

p/s:
1) miss Malaysia alotttt!

2)dia tanya tapi tak buat2 pon. tanya saja2 je ke? kenapa buat macam tu? harap2 alert lah dgn apa yang berlaku!


Tuesday, November 24, 2009

Motivasi: Melihat masa hadapan

Masa kecil, saya suka baca Doraemon. Antara yang ada pada Doraemon adalah mesin masa hadapan. Dari situ, saya sering tertanya-tanya apa masa hadapan saya. Pertanyaan itu saya bawa, hinggalah saya dewasa.

Dan konsep masa hadapan saya berubah mengikut tumbesaran saya. Sampai satu tahap, akhirnya saya sedar bahawa, masa hadapan itu dicorak oleh tangan kita sendiri. Masa hadapan kita, diadun dengan keadaan kita hari ini.

Dan kita tidak boleh mengharapkan keajaiban berlaku untuk mencorakkan masa hadapan kita.

Apa yang kita mahu?

Apa yang kita mahu untuk masa hadapan kita?

Mungkin orang yang biasa, dia akan berimpiankan rumah besar, kereta besar, isteri cantik, suami hensem, anak comel, harta banyak, jawatan tinggi dan sebagainya.

Orang yang luar biasa, dia akan mengharap untuk memimpin sebuah kumpulan, menjadi kepala negara, atau hendak mengubah dunia.

Orang yang lebih luar biasa, dia akan bercita-cita untuk kebaikan akhiratnya.

Kita dari golongan mana?

Apa pun golongan kita, semua itu kita putuskan hari ini. Dari apa yang kita hendakkan itu lah, kita sebenarnya memandu diri kita ke arah itu. Jika kita hendak rumah besar, macam mana sekalipun kita akan usaha mendapatkan rumah besar. Secara tidak langsung kita akan mendidik diri kita untuk menjadi orang yang hendakkan rumah besar, kita studi untuk dapat rumah besar, kita kerja untuk dapat rumah besar. Disiplin kita, disiplin untuk mendapatkan rumah besar.

Nampak? Cita-cita, kehendak, harapan, itu semua antara unsur yang mencorakkan peribadi kita. Masa hadapan kita, bergantung kepada apa yang kita cita-citakan, harapan kita, dan kehendak kita.

Justeru, apa yang anda mahu?

Dia hebat, saya tidak hebat

Ayat yang biasa kita dengar, oleh orang yang tak berapa berjaya kepada orang yang berjaya.

“Dia boleh la, dia hebat. Saya ni apa la sangat”

Kalau kita kembali ke belakang, dan melihat semula kehidupan masa lalu kita, sebelum hari ini tiba, apa yang kita fikirkan dalam kepala kita? Pernah kah kita merancang untuk menjadi hebat? Pernah kah kita berusaha untuk menjadi hebat? Pernah kah kita buat plan untuk berjaya? Dan kalau kita sudah buat semua itu, adakah kita bersungguh-sungguh melakukannya?

Ada dua jenis manusia di dalam dunia ini.

Genius, dan tidak genius. Dan pada saya, genius dan tidak genius ini, sama sahaja. Kedua-duanya bergantung pada usaha. Kalau kita ni genius, tapi tak pandai guna kegeniusan kita, tak usaha, tak ada cita-cita nak jadi hebat, tak ada impian, maka kita akan berakhir di satu tempat yang tidak sepatutnya dengan kegeniusan kita. Anda boleh check senarai mereka yang genius di dalam Malaysia, dan di mana tempat akhir mereka. Kebanyakannya bukan di universiti, bukan di tempat kerja yang bagus, bukan di tempat kepimpinan.

Kenapa? Kerana mereka tiada harapan, tiada impian, tiada cita-cita untuk menjadi hebat.

Bagi yang tidak genius, apakah tiada harapan? Kita sebenarnya yang memutuskan. Pada saya, kalau kita tidak genius, maka kita perlu menjadi golongan yang berusaha kuat. Yang penting kita ada cita-cita, kemudian kita berusaha separuh mati mencapai apa kita mahu.

Namun siapa antara kita yang berusaha? Maksud saya, berusaha dengan bersungguh-sungguh?

Masa hadapan terindah

Ada orang kata pada saya:

“Buat apa la usaha sungguh-sungguh sangat? Rumah akan hancur, isteri akan hodoh, anak nanti tak comel dah, harta akan susut, kerja akan pencen, last-last mati bukan boleh bawa semua tu. Buat apa susah-susah?”

Saya ketawa. Rumah mana akan hancur? Isteri mana akan hodoh? Anak mana yang tidak comel? Harta mana akan susut? Kerja apa yang akan pencen? Apa benda yang kita tidak boleh bawa masa mati?

Pada saya, semua itu akan kekal abadi. Semuanya boleh bawa masa mati. Andai kita dirikan masa hadapan kita itu, atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT.

Kita kahwin dengan pasangan kita bersama hubungan yang syara’, mengharapkan redha Allah, insyaAllah hubungannya kekal ke syurga, dan dia tidak akan kelihatan buruk langsung di hadapan kita. Kita bina rumah untuk dapat redha Allah, kita guna rumah kita untuk didik anak-anak kita yang terbaik, untuk kita buat majlis amal, maka rumah itu akan kekal mengikuti kita menjadi saksi di akhirat atas amalan kita. Harta kita guna dengan baik, untuk sara keluarga dari sumber yang halal, kita sedekah pula, kita lakukan zakat dengannya, kita beribadah dengan harta kita, maka setiap sen itu akan Allah datangkan semula di akhirat dengan berkali ganda lipat. Kita kerja sebagai wasilah dakwah, kita jadi cikgu kita didik rakan sekerja dan anak murid, kita jadi doktor kita usaha dakwah pesakit dan tunjuk syakhsiah yang baik, kita jadi pemimpin yang adil, yang membina rakyat, yang tidak zalim dan menjaga pula agama Allah, kita jadi apa pun, kita bawa syakhsiah Islam dan usaha buat orang tertawan dengan Islam. Dan semua ini, akan menemani kita dalam perjalanan hayat yang seterusnya.

Masa hadapan terindah di syurga.

Sebab itu, pada saya, mereka yang bercita-cita mendapatkan redha Allah SWT, adalah manusia yang lebih dari luar biasa. Kerana mereka telah melihat sesuatu yang asli, yang abadi, yang terindah bagi diri mereka. Dengan cita-cita ini, mereka mempergunakan apa sahaja yang ada di dunia ini untuk mendapat keredhaan Allah SWT, bukan mereka dipergunakan oleh dunia untuk mengingkari Allah SWT.

Masa hadapan orang sebegini, walau di dunia dia susah, penghujungnya tetap satu, yang terindah.

Apa masa hadapan yang lebih indah, bermakna daripada masa hadapan di syurga Allah SWT?

Penutup: Coraklah masa hadapan

Justeru masa hadapan apa yang kita kehendaki?

Pada saya, melihat masa hadapan amat penting. Masa hadapan ibarat cahaya di tengah kegelapan. Masa hadapan ni macam lampu penunjuk arah. Masa hadapan akan memandu hala tuju hidup kita, pembinaan syakhsiah kita.

Teringat saya akan hadith niat.

“Setiap amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang apa yang diniatkannya, barangsiapa yang niat hijrahnya kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan bergerak kepada Allah dan rasul-Nya, barangsiapa yang berhijrah kerana perempuan untuk dikahwininya, atau dunia kerana inginkan kesenangannya, maka dia akan berhijrah kepada apa yang diniatkan hijrah olehnya” Hadith riwayat An-Nawawi.

Sama-sama kita corak masa hadapan kita.

Harapnya, masa hadapan kita adalah untuk Islam.

ps: di sini saya letakkan satu sajak bahasa inggeris nukilan pemilik gambar di atas. Gambar di atas bertajuk ‘The Light of Future’ oleh Gilad, saya ambil dari Deviant Art.

With the darkness closing in, I gaze into the light
The darker my past, the brighter my future
The emptiness ahead is filled with my dreams
With my actions

You never know when stepping in the light
If you are blinded by your future
Or skeptic from your past
Tired of your present

You need a change, you need hope
No more darkness in your life
This leap may be one you fear
But now, the future is near


mari menjadi hamba

Sunday, November 22, 2009

ALLAH Knows

Assalamualaikum wbt.

This morning I woke up and my bestie in Jogja buzz me tru YM, she asked me to hear to this song by Zain Bhika, and when i go through the lyric. It touches me! feel like crying. I dedicated this song to my housemates here, especially Siti, Ana, Niah and Dya(loves u all!)

To Tahirah who said that: wajib tengok video ni tasha!..ok2..million thanx to u!*loves u too!

To Nurul for that day!: i know u girls always be with me*loves mummy hana and baby hana!



To u: I also dedicated this song to u! u asked me, "what do u want me to do to comfort u?"..but in the end..Nothing..This is hard for me! u should know that..



When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

Saturday, November 21, 2009

Masa Terbang!



Assalamualaikum wbt

Masa terbang! Cepatkan masa berlalu?

Semalam Jumaat dan harini dah Sabtu..maksudnya tak lama lagi giliran untuk peperiksaan saya akan tiba, peperiksaan pertama saya untuk tahun klinikal ini.

Kelam kabut dan serabut. hehe! saya rindukan saat2 saya belajar dengan sangat rajin semasa zaman2 sekolah di kisas dulu. rindukan suasana tersebut! tapi zaman itu dah lama berlalu, zaman SPM.

Kini adik saya Hafizi A.Hadi pula yang sedang menduduki peperiksaan SPM, bermula 18 November yang lepas. Rasa baru saja semalam saya teman adik lelaki saya itu di sekolahnya semasa peperiksaan UPSR. dah besar dia!*Angah doakan EG dapat yang terbaik dan nanti dapat sambung belajar yang macam EG nak! Doakan untuk adik2 saya ye semua! Semoga adik saya dipermudahkan peperiksaannya.

Najeeha A.Hadi, adik saya yang bongsu pun baru saja selesai menduduki peperiksaan PMR. Tak lama lagi keputusan akan keluar. Angah doakan semoga adik dapat yang terbaik macam yang adik nak! *nanti boleh datang Bandung ajak Nabila sama* Bestnya kalau korang datang!

Nabila A.Hadi adik saya yang di bawah saya baru sahaja selesai peperiksaan akhir, tengah tunggu praktikal. Nabila dah kerja tahun depan!

Saya pula masih di sini. kadang2 rasa macam kelam-kabut saja, tapi seronok juga dengan kehidupan sekarang. Walaupun ada yang tak best!
Saya redah je lah..
Tak lama lagi dah nak habis, sepatutnya kena belajar rajin2 dan buat betul2 klinikal ni. tapi..(banyak tapi lak..!)

*Nota:
1)Gambar Iman tu tgh cuba pakai topi konvokesyen saya! sambil2 nak possing dlm bilik Najeeha, masa ni Najeeha belum lagi exam PMR..tgk buku2 belakang Iman tuh!*Rindu Iman*

2)Gambar family masa raya haritu* semua adik-beradik nampak sama besar kan?*abg yusri kerja masa ni, takda dlm gambar*Rindu semua orang!nak balikkkkkkk(^__^)

Friday, November 20, 2009

CINTA SEMPURNA



Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk memnaggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
Ku sanjung setiap
Kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Tulusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu 'tuk menanggung
Sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhh