Friday, July 27, 2012

Masih Ada

Salam,

Lama tak menulis di sini. Saya masih ada. Nak mula menulis pun rasa janggal.

Sibuk ke? Entahlah sejak masuk medical. Medical disalahkan :D

Alhamdulillah harini masuk hari ke - 7 kita semua menjalani ibadah puasa. Banyak perkara pertama kali saya buat tahun ni, terutamanya pertama kali berpuasa bersama suami tercinta:)

Nota:

  1. Pregnancy : 20 weeks. Alhamdulillah. Doakan saya dan baby sihat dan kuat berpuasa dan bekerja!
  2. 19.8.2012 : End of medical posting. Doakan saya banyak-banyak jugak supaya lulus pada masa yang ditetapkan. Amin!
  3. Kita sambung lain kali lagi ye, banyak perkara nak cerita masa di medical ni.



Friday, March 16, 2012

Alhamdulillah :)

Akad Nikah: 10 Mac 2012
Majlis Kenduri Kesyukuran Perkahwinan: 11 Mac 2012

Wednesday, March 7, 2012

Selamat Datang!

Assalamualaikum wbt,

Selamat datang ke,



Nota saya:
Nota 1: Harini adalah hari terakhir saya kerja di bahagian Pembedahan Kanak-kanak. Saya seronok berkerja dengan kanak-kanak. Consultant sangat best dan suasana yang seronok. Teammates pun seronok! Bab plastik tak berapa ok( kita cerita di lain masa bab ni)

Nota 2: Tinggal 10% lagi persiapan. Alhamdulillah.

Nota 3: Seronok bila kawan dari jauh mesej, "tasha aku dah beli tiket bas dari kedah ke machang"-toy, "kak insyaAllah Bal datang nanti kenduri akak naik bas"-balqis. Terharu sanggup naik bas nak datang. Seronok! 

Nota 4: Blog ✿Tarmizi & Natasha dah lama ada, tapi baru renovation untuk semua. Cantik tak? 

Friday, March 2, 2012

Berat Hati

Nur Jannah menghela nafas panjang setelah membaca mesej dalam telefon bimbitnya. Hati Nur Jannah terasa sesuatu yang tidak kena. Dia pandang ke depan dengan pandangan kosong. Berharap semoga ada kesudahan dan penyelesaian. Dia meneruskan perjalanan untuk pulang. Seperti biasa berjalan pulang dari tempat kerja ke tempat tinggal.

Nur Jannah sangat berharap semoga keadaan berubah, berubah agar lebih baik dan lebih menggembirakan semua pihak. Seboleh mungkin dia tidak mahu menyusahkan orang lain. 

Berfikir sendirian sambil mengimbas waktu di luar negara dahulu. Hidup memang susah untuk mencapai sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi sesuatu perkara besar. Cuba mengingat apa yang dilakukan dahulu.

Bersabar dan berserah. Ikhlas dan banyak berdoa.

Nur Jannah tahu dia mungkin tidak dapat untuk memuaskan hati semua pihak dengan keadaan sekarang. Apa yang penting perkara depan, perkara yang sudah lepas tidak mungkin dapat diundurkan kembali.

Waktu akan mengubah banyak perkara.

*sometimes love hurts.

Nur Jannah adalah Cahaya Syurga :)

Wednesday, February 1, 2012

:)


*39 days to go!

ps: I have a new chatbox------>

Tuesday, January 17, 2012

30 Hari Menjadi HO

Assalamualaikum wbt,

Entri pertama dalam tahun 2012. Entri pertama juga saya tulis masa saya menjadi seorang yang bekerja, bukan lagi pelajar. Hehe. Dah lama rancang nak  menulis dan juga dah rindu nak menulis di sini. Masa saja tak sempat. Sekarang dah tak sama macam belajar dulu, kalau dulu setiap hari boleh online. Sekarang 3, 4 hari atau seminggu baru online. Itupun kalau saya tak penat dan tak rasa bosan. Paling lama online pun tak sampai satu jam dah. Ada perkara yang lebih penting sekarang yang perlu diutamakan.

Alhamdulillah dah masuk sebulan saya menjadi seorang pekerja. Saya lapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri pada 18 Disember tahun lepas. Harini dah 17 Januari 2012. Saya lapor diri di bahagian pembedahan pada 20 Disember yang lepas dan masih lagi di bahagian pembedahan. Alhamdulillah semakin beradaptasi dengan keadaan di sini dan semakin jatuh cinta :)

Memang waktu awal masuk kerja rasa agak susah nak biasakan dengan keadaan. Lagi pula sejak umur 16 tahun lagi dari zaman bersekolah, sambung persediaan dan masuk universiti di luar Kelantan dan juga ke luar negeri. Memang seronok sebab berada di tempat sendiri dan negara sendiri. Tapi sistem yang berbeza semasa belajar medik di negara orang memang mengambil masa untuk kita biasakan diri. Saya kata dalam hati saya boleh buat. Saya bukan jenis orang yang mudah putus asa dan suka berhenti setengah jalan. Ramai pakar perubatan wanita yang berjaya dalam kerjaya dan juga sangat baik dalam agama yang saya kenal. Mereka juga berjaya dalam membina keluarga. Saya boleh! Insya Allah.

Graduan dari Indonesia memang tak ada masalah dalam skills sebab kita memang dah buat semua skills yang nurse buat kat sini. Kita kan dulu masa koas buat kerja nurse. Jadi masalah yang ada, sebenarnya bukan masalah pun adalah untuk biasakan dengan sistem dan term yang mereka gunakan di sini. Saya bagi masa kepada diri sendiri sebulan! Kena berkorban sedikit sahaja. 

Hospital saya sekarang kebanyakan houseman yang kerja di sini dari luar negara, terutama Rusia, Moscow, Ukraine, Indonesia, UK, Ireland dan lain-lain. Setakat yang saya jumpa hanya sedikit jumlah mereka yang dari dalam negara. Memang lain diorang dan boleh nampak diorang belajar dekat mana. Korang semua akan faham apa yang saya tulis bila korang semua pun kerja nanti dan jumpa diorang semua. Hehe. 

Sepanjang sebulan di sini banyak ragam orang yang saya jumpa dan banyak perkara yang saya lalui. Banyak tentang kehidupan saya lihat. Banyak cerita saya dengar dari pesakit. Realiti kehidupan sebenar. Sekarang kehidupan di kelilingi oleh semua lapisan umur dan golongan. Bukan lagi zaman belajar dengan kawan-kawan yang sebaya sahaja. Belajar tentang kehidupan. 

Ramai orang nasihat saya banyak bersabar bila sudah bekerja. Memang kena banyak bersabar, dengan banyak perkara. Saya rasa masa ini lah nak latih sifat sabar dan kawal kemarahan. Memang orang yang mudah marah, menengking dan suka cakap dengan suara tinggi wujud di tempat kerja. Saya sangat bersyukur sebab bilangan mereka hanyalah beberapa orang boleh dibilang dengan jari sahaja. Masih ramai orang yang baik, cakap sangat lembut dan sungguh sabar mengajar saya yang baru masuk. 

Alhamdulillah syukur jumpa mereka yang baik. Terutamanya yang baik akhlak. Tak rugi baik akhlak :)

Bulan ini juga saya agak sibuk, bukan sibuk dengan kerja sahaja tetapi sibuk merancang membina sebuah perkara yang besar. Alhamdulillah tarikh dah ada. Awal bulan 2 nanti saya pasti akan umumkan perkara besar ini. Sekarang masih merancang untuk menunggu umumkan secara formal. Perkara yang pasti menggembirakan semua orang dan kami sekeluarga.

Setakat ini dahulu. Bekerja bersungguh-sungguh  dan kena banyak doa. Memang Allah swt akan tolong kita. Insya Allah.

Nota saya:
Nota 1: Awal bulan haritu saya ambil cuti sehari sebab nak pergi ke Taiping. Jadi cuti saya tinggal 7 hari sahaja lagi. Kena jimat cuti sebab satu posting hanya boleh ambil 8 hari cuti. Saya pun tak nak ada masalah untuk posting pertama ini.

Nota 2: Setiap orang mesti ada wedding dreams kan? Dreams saya SIMPLE YET MEANINGFUL. SIMPLE AND SWEET :)

Nota 3: Ada jodoh jumpa lagi! Bulan kedua kerja kena jadi lagi tere. Tak kira dari universiti mana kita datang . Selamat belajar untuk junior di Bandung dan selamat bekerja untuk kawan-kawan yang baru bekerja!