Wednesday, July 28, 2010

Obstetrics & Gynaecology

Assalamualaikum wbt

Bandung sekarang dah masuk musim winter. Sejuk betul sekarang ni lebih2 lagi pada waktu pagi dan malam2. Aikss..mesti berkerut2 orang baca ni sejak bila pulak ye Bandung ada musim winter?hehe. Berlebihan pula saya mendefinisi keadaan sejuk sekarang, memang sejuk tapi taklah sampai kepada winter nama pun negara khatulistiwa. Lebih kurang macam Cameron atau Genting Highland saja sejuknya. Ditambah sejuk sebab musim hujan juga. Alhamdulillah=)

Sudah masuk minggu kedua saya di rotasi Obstetrics & Gynecology(O&G) . Tajuk kat atas macam saya nak cerita pasal O&G sahaja. Kali ni saya update sebentar saja. InsyaAllah ada masa nanti saya akan bercerita tentang apa yang saya belajar dan saya juga akan berkongsi tentang pengalaman pertama kali membantu persalinan. Sungguh hati tersentuh melihatkan para ibu melahirkan anak yang comel. Comel sungguh bayi ni! Sekarang ni semua penyakit yang saya belajar adalah berkaitan dengan wanita dan pesakitnya juga semuanya adalah wanita. Kalau obstetrics iaitu yang berkaitan kehamilan, 2 nyawa yang perlu ditangani.

Dah lama cuti susah betul nak back on the track. Hati masih di Malaysia tapi jasad sudah di sini. Masih terngiang2 suara anak2 saudara saya yang comel belaka. Petah sungguh Iman sekarang. Adik Iman, Muhammad Danish Ikram juga sangatlah comel. Rasa nak cubit2 ja pipi diorang(marah Along kalo baca ni=) Cepat betul masa berlalu dah ada adik Iman.

Sedikit-sedikit nanti lama-lama jadi bukit. Pernah dengar tak peribahasa ni? Itulah yang saya cuba membiasakan kembali untuk belajar dengan gigih dan membiasakan untuk oncall dan juga keadaan hospital yang hectic. Susah juga ya kalau dah cuti lama2 ni. Sebelum balik saya dah berjanji yang saya akan belajar bukan kerana untuk lulus lagi ataupun belajar bukan kerana untuk exam sahaja.

Saya belajar kerana saya ingin menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Sebelum saya diberi tanggungjawab sendiri nanti di Malaysia, saya kena pastikan saya benar-benar sudah bersedia untuk merawat pesakit. Saya ingin menjadikan pekerjaan saya nanti sebagai satu ibadah. Saya ingin membantu orang dengan pekerjaan saya nanti. InsyaAllah.

Tak lama lagi saya berada di sini. Bumi walisongo yang banyak mengajar saya tentang kehidupan. Berada jauh dari keluarga sudah hampir 5 tahun. Inilah pengorbanan demi menuntut ilmu. Tak akan saya sia-siakan harapan keluarga dan tuntutan agama. Saya banyak mengenal erti kehidupan dan juga perubahan di sini.

Nota:

1) Hafizi akan sampai lebih kurang jam 9 lebih nanti. Gembiranya akan ada keluarga di sini! Senanglah saya nak kemana-mana nanti sudah ada yang akan jadi peneman. Semoga dipermudahkan perjalanan menuntut ilmu adik!

2) Berusaha dan terus berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Kalau bukan sekarang, bila lagi?

3) Tahniah kepada sahabat-sahabat yang sudah bertunang dan ada juga yang baru dapat baby. Comel sungguh baby diorang. Bila saya nak ada baby ni? habeslah kalau ma dan abah baca ni. hehe

Oh Cinta

Jika Allah mengkehendaki sesiapa pun boleh jadi jodoh kamu

Saturday, July 24, 2010

TAMAN SYURGA


Assalamualaikum wbt

Sudah menjadi lumrah kehidupan semakin kita ingin menjaga dan tetap teguh dengan prinsip yang ada, saya tahu semakin kuat dugaan dan ujian yang akan datang.

Kadang-kadang berat juga rasanya bila melibatkan soal hati dan perasaan. Saya seboleh-bolehnya ingin menjaga hati2 mereka yang dekat dan mengenali saya supaya tidak terluka. Saya cuba semampu yang saya lakukan. Saya juga manusia biasa yang mempunyai fitrah manusia biasa.

Saya sangat menghormati perasaan dan menghargai hasrat yang disampaikan tetapi caranya biarlah menggambarkan agama kita. Ya, saya mementingkan agama. Pemegang kunci pintu syurga saya nanti akan berganti tangan dari ibubapa kepada orang yang asing. Seorang Imam dalam keluarga nanti.

"Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka"
{Ustaz Dzulkhairi} klik ke blog beliau

Wednesday, July 21, 2010

The Best


Forget about the people in the picture just highlight on the words ^_^

"sometimes we dont have the best of things, but we know how to make the best of the things that we have "



Kembali

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua?

Sudah cukup sebulan agaknya saya tak menulis apa2 di blog ini. Rindu juga nak menulis dan beberapa kali niat nak menulis masa di rumah, tetapi ada perkara yang lebih menarik yang nak dilakukan di rumah lebih2 lagi dengan dua orang 'budak kecik' kat rumah. hehe.

Alhamdulillah saya sampai dengan selamat di bumi bandung ini. Setelah melalui perjalanan yang hujan sepanjang hari semasa nak fly dari kelantan dah mula hujan. Bila flight tu fly tak berapa smooth mulalah saya imagine macam2 yang tak patut, seram juga kalau fly dalam keadaan hujan. Alhamdulillah dah selamat sampai, ahad malam yang lepas. Sudah masuk hari ke-4 saya di sini baru sempat nak update blog yang sudah lama saya tinggalkan ni.

Lama juga saya bercuti selama 6 minggu, sebulan lebih jugalah. Kalau dah berada di klinikal ni susah nak dapat cuti lama2, tak macam masa pre-klinikal dulu, pernah cuti hampir 3 bulan. Lama kan? Siap boleh puasa dan raya lagi kat Malaysia. Banyak perkara yang dilakukan di rumah dan banyak buku saya dah baca(bukan buku medic:) Nanti saya kongsikan kat sini ye!

Isnin lepas saya masuk department baru, Obstetrics and Gynaecology(O&G) iaitu perbidanan dan sakit puan. Kiranya minggu ni adalah minggu pertama saya dan minggu ni hanya ada pembekalan(kuliah tentang rotasi yang akan kami tempuhi selama 9 minggu ke depan). Semoga saya dapat lalui rotasi baru ini dengan baik. Amin!

Department O&G ni adalah department major saya yang ke-3 ^_^ Tinggal satu lagi department major iaitu surgery! InsyaAllah kiranya separuh lagi rotasi klinikal ini perlu saya tempuhi. Kalau tiada aral melintang tinggal setahun lagi saya di sini dan InsyaAllah tahun depan saya akan pulang for good ke Malaysia tercinta. InsyaAllah. Doakan saya ye semua!

Sedar tak sedar sudah masuk bulan syaaban maknanya bulan depan adalah ramadhan. Cepatkan?dah nak ramadhan dah. Jom kita praktis puasa bulan syaaban ni.

Rasanya setakat ini dahulu, nanti saya akan sambung lagi. Masih ada buku2 yang belum di kemas. Baju dan barang2 makanan sudah dikemas. Sedikit2 nanti selesai semua. yeay!

Semoga Allah swt memberkati kita pada hari ini. Mari kita semua mulakan hari dengan senyuman ^_^ anak muda gigih berusaha suka cakap senyum sokmo. Senyuman yang tulus buat hari2 yang kita lalui lebih ceria. InsyaAllah.