Saturday, July 24, 2010

TAMAN SYURGA


Assalamualaikum wbt

Sudah menjadi lumrah kehidupan semakin kita ingin menjaga dan tetap teguh dengan prinsip yang ada, saya tahu semakin kuat dugaan dan ujian yang akan datang.

Kadang-kadang berat juga rasanya bila melibatkan soal hati dan perasaan. Saya seboleh-bolehnya ingin menjaga hati2 mereka yang dekat dan mengenali saya supaya tidak terluka. Saya cuba semampu yang saya lakukan. Saya juga manusia biasa yang mempunyai fitrah manusia biasa.

Saya sangat menghormati perasaan dan menghargai hasrat yang disampaikan tetapi caranya biarlah menggambarkan agama kita. Ya, saya mementingkan agama. Pemegang kunci pintu syurga saya nanti akan berganti tangan dari ibubapa kepada orang yang asing. Seorang Imam dalam keluarga nanti.

"Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka"
{Ustaz Dzulkhairi} klik ke blog beliau

4 comments:

sinar_islami said...

Smoga Allah susunkan yang terbaik untuk kita (^_^)

ummujannah said...

sinar:

amin. Semoga Allah permudahkan semua urusan kita=)

Unknown said...

wah...baguslah kalau kamu berfikiran begitu.Saya suka dgn kata-kata ust Dzul,ada benarnya....Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?

ummujannah said...

insyaAllah semoga ditetapkan hati dijalan-Nya.