Saturday, March 28, 2009

Part2:Life's a bit tough:Thesis oh thesis

Assalamualaikum wbt

Life's a bit tough!hehe.Maafla ye teman2 tajuk dalam English tapi entry ni dalam BM.Seminggu yang lepas sangatlah padat dengan kelas, ke lab untuk experiment thesis.

Selasa lepas,nak dijadikan cerita samples untuk eksperimen saya terpaksa saya buat balik sebab dah berkulat!Dahla pagi2 tu dengan hati yang ceria dan berbunga2 nak mulakan proses seterusnya tapi semuanya tak boleh mula lagi.Saya sampai ke lab masa tu dalam jam 9am.Pak Dikdik iaitu ketua lab di fakultas kimia membuat muka simpati kepada saya:

Pak Dikdik:'Sampel kamu berjamur,kok kelmarin nggak disimpan dalam lemari es?'(dalam loghat indonesia)

Saya terus lihat semua botol2 yang ada 26 semuanya.

Datang seorang lagi researcher yang selalu melakukan eksperimen dengan muka simpati jugak!.

'Kesian ya!itu udah berjamur semuanya.Pelarutnya pakai air jadi emang senang jadi jamur'kata kakak yang saya rasa sedang mengandung dalam bahasa Indonesia.

Saya hadiahkan dia senyuman!(^_^)!yelaa hati rasa nak nangis dengan apa yang berlaku tapi mana boleh nangis depan2 orang nanti tak cool(^_^).suka bajet2 cool!

Saya terus keluar dari lab dan fikir apa yang patut di buat.Saya telefon Dr Nenden,pembimbing thesis saya.

'Sabar aja ya sha!,cuba dibuat lagi tapi kali ini dosisnya dikurangin ya?'kata Dr Nenden.

Kalau diikutkan rasa penat dan geram rasa nak balik rumah studi kat meja,tak pun tidur terus.tapi saya kena berfikiran waras.Kalau tak diteruskan kerja nanti kapan mau siap.Saya masa tu sorang2 je ke lab,sebab partner lab saya balik Malaysia.Ada meeting,persidangan sebab pilihanraya tu,iskhh sibuk betul!Saya terus telefon Alia cerita tentang apa yang berlaku dan saya tanya dia ada tak kawan2 yang boleh tolong untuk siapkan sampel tu.Alia junior twinning UKM-UNPAD yang sekarang sedang bercuti2 tunggu result sebelum balik Malaysia for good this April(jeles2).

"akak,alia ke sana sekarang jugak!nanti Alia tanya kawan2 lain gak"

Alia dan Izmer sorang lagi junior twinning UKM-UNPAD datang membantu saya.Jadi saya ada 2 orang lab assistant pada hari tersebut!gembira2!kerja pada hari tersebut siap!

Terima kasih Alia dan Izmer!Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing=).Masa tengah2 buat lab,Dhaniah telefon.

Dhaniah:Hello.tasha katne?
Saya:tasha kat lab.tgh sedia sampel2 baru.huu.nape dhaniah?dah balik dari hospital?
Dhaniah:takde saje nk jumpa tasha nak citer psl td pi hospital(nada tensen dari dhaniah)
Saya:ok2 jom kita pegi mkn k?kat jatos?(saya tau dhaniah mesti tensen nak citer psl amik data kat RSHS(rumah sakit hasan sadikin)/hospital.

Thesis Dhaniah memerlukan dia ke Hospital untuk ambil data pesakit.Pernah sekali saya temankan Dhaniah ke bahagian Obstetrik dan Ginekologi.Masa tu gembira sgt sebab dapat tengok baby yang kecil2 dan comel kat ruang kanak2.(kat sini tak dikawal ketat macam Malaysia tempat bersalin.Yelaa,saya yang belum lagi intern suka-suki masuk wad bersalin.hehe.Sangat minat O&G tapi saya suka kanak2 nya part.Suci,tenang wajah2 mereka.

Lepas makan2 dengan Alia,Izmer dan Dhaniah.Saya ajak Dhaniah temankan saya ke lab lagi.Alia dan Izmer ada kerja petang tu.Hehe=)terima kasih Dhaniah!

Selepas semuanya selesai saya sampai di rumah dah dekat2 maghrib.Saya penat tapi masa pagi2 tadi saya kata kat diri saya,kena kuat.Ini ujian.nanti di hujung hari saya akan gembira dengan apa yang saya usahakan.

Terima kasih kepada yang membantu!

Balik2 saja saya terus telefon Ma mengadu.Ma kata biasa la tu.Kena susah dulu nanti senang la.
Ingat ayat Abah juga.Kalau saya rasa susah belajar ataupun susah dengan kehidupan disini saya sms Abah.
'kita kena susah sekarang,nanti masa depan senang.Abah doakan setiap waktu utk anak2 berjaya dalam exams dan masa depan.Amin'..begitulah bunyi sms dari Abah.

Sabar ye tasha!(~~,)!Problem is there.you have to face the fact!

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(al-insyirah ayat 5 dan 6)

Saya suka ulang2 baca ayat di atas.Saya tahu kalau harini saya rasa sangat susah.InsyaAllah di penghujungnya nanti saya akan tersenyum dengan usaha saya selama ini!

1)Doakan thesis saya berjalan dengan lancar.Sekarang dalam proses penulisan bab 1,bab2 dan bab3.
2)Minggu depan hari Selasa,saya exam GUS.Doakan saya juga!
3)9-12April nanti cuti sempena pemilu,iaitu pilihanraya di sini-berkira2 nak merehatkan diri dengan berjumpa sedara2 yang datang ke Bandung.Saya nak larikan diri dari buku2 dan thesis kejap!(jgn buat sambutan birthday saya masa tu.saya takde di rumah-perasan org nk buat~_~)!


Friday, March 27, 2009

Life's a bit tough

Assalamualaikum wbt

Actually this is from my previous blog,multiply and from my friendster.I want to share this with my beloved friends,The story of Nine sahabat(^_^).My beloved sisters here,(u know who u are^_^).My mates,NadiaNabilaHafiziNajeeha.My beloved sister in jogja^_^)!

Forgive me Allah
For the wrongs I have done.
For anger, I shouldn't have
Against anyone.

I know I'm weak Allah,
But I love You, I really do,
And in spite of my weakness,
I know You love me too.

Forgive me for not reading Your word,
And for the times that I stray.
Forgive me for just being too tired
When I don't take the time to pray.

Give me the strength, Oh! Allah,
to do what I should each day.
Let Your love shine through me
So others will follow Your way.

Even though I've failed You Allah,
I know You'll forgive me,
And this I promise Allah,
A better Muslim I will be.

For Your presence is in me
Filling my heart with Your love,
And I have Your reassurance
You're guiding from above.

I love You Allah, and thank You
For the blessings You bestow,
I will tell others about You
So Your goodness they too, will know.



“Aku merasa amat hairan, bila seorang Muslim didatangi saudaranya Muslim yang lain dengan suatu keperluan, malangnya ia tiada menganggap dirinya layak untuk membuat kebajikan. Apakah ia tiada mengharapkan pahala ataupun tiada takut kepada balasan? Sepatutnya ia akan menyegerakan dirinya kepada budi pekerti yang mulia, kerana yang demikian itu akan menunjukkan dia ke jalan yang selamat" -Saidina Ali

Hadith Huzaifah b.Yaman
“Hendaklah kamu berada bersama-sama dengan jemaah kaum muslim dan imam mereka.” Huzaifah bertanya: “Bagaimana ya Rasulullah, kalau tidak ada jemaah dan tidak ada imam mereka?” Rasulullah menjawab: “Hendaklah engkau berada bersama-sama mereka walaupun engkau harus menggigit pohon kurma, sampai akhirnya engkau dijemput oleh maut dalam keadaan yang demikian.” - Riwayat Tabarani

(~_~)Miss home alott!rasa nak balik.rasa senget^_^)=(betmut mcm semut!

Sunday, March 22, 2009

Ukhuwah Itu Indah!

Assalamualaikum wbt

Kerana ukhuwah itu sangat indah dan manis!

‘…merasa erti persahabatan yang dijalin kerana Allah SWT,bebas daripada apa2 kepentingan duniawi.Indahnya anugerah persahabatan itu terlalu bernilai…’

Kawan,teman,sahabat adalah seseorang yang mendapat tempat kedua selepas keluarga kita.Seseorang mungkin lebih rapat dengan sahabatnya berbanding keluarganya.Keluarga kita adalah harta yang bernilai yang kita ada di dunia ini sahabat2,jangan pernah berkata yang keluarga kita terutamanya ibubapa kita tak menyayangi kita.Mana mungkin kita tak disayangi mereka sedangkan kita berada di mana kita berada sekarang,maksud saya kita sekarang sudah besar.Kalau kita tak disayangi mereka sudah tentu kita ini dibuangnya masa kecil2 lagi.(^-^)Alhamdulillah kita sekarang berada di sini,cukup makan,pakai dan Alhamdulillah juga diberi peluang belajar.

Kembali kepada kisah ukhuwah dengan sahabat tadi.Unik kan kisah sahabat?Ukhuwah yang terjalin tanpa kepentingan duniawi, ikhlas semata2 kerana Allah SWT dan juga tanpa pertalian darah,sangatlah manis dan indah jika dapat dirasa.

Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis arbain yang ke 13:

Dari Abu Hamzah Anas bin Malik ra.,pelayan Rasulullah saw,bahwa Rasulullah saw bersabda,

“Seorang di antara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas dapatlah di fahami betapa pentingnya kita menyintai saudara kita sendiri,lebih2 lagi sahabat kita yang bersama2 dalam kehidupan kita.Mungkin hari ini kita tak memerlukan sahabat kita.Tapi esok,luse siapa tahu di saat kita dalam kesusahan,kesedihan sahabatlah yang menjadi tempat mengadu.Lebih2 lagi bagi kita yang belajar di luar negara.

Mungkin dalam mengejar cita2 dan sibuk dengan tugas2 seharian,kita lupa untuk menunaikan hak sahabat kita.Pernahkah terfikir mungkin ada sahabat kita yang pernah berkecil hati dengan kita?Mungkin perlakuan kita?perkataan kita?sampai hati kita berkata sesuatu yang boleh melukakan hati sahabat kita(^-^)

Pernah tak dengar ayat ni?. ‘Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya’

Pernah tak terfikir yang selama ini kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang tak baik buat sahabat kita?Kesian sahabat kita..Jadi mulai saat ini marilah kita menjadi cermin yang memantulkan imej yang paling baik buat sahabat2 kita!

Suatu ketika seorang Sahabat bertanya Rasulullah saw,'Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?'
Jawabnya:'Seorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt,apabila kamu dengar percakapannya,pengetahuan kamu tentang Islam bertambah,apabila kamu melihat kelakuannya,kamu teringat kepada kehidupan akhirat'

Hadiahkanlah senyuman yang paling manis buat sahabat kita(sesama jenis saja ye?=)

1)Maafkan saya sahabat2 semua andai saya pernah membuat anda terluka dengan kata2 saya.Saya hambaNya yang banyak khilaf.
2)Terima kasih kerana menjadi sahabat saya selama ini.
3)Ukhuwah fillah abadan-abadaa(~~,)!!

Wednesday, March 18, 2009

Kematian

Assalamualaikum wbt

Sejak masuk bulan Mac ni banyak berita tentang kematian yang saya terima..
Masa tengah chatting dengan emi yang berada jauh di Russia:
5 Mac
"Tasha,mak arwah ayah aku meninggal semalam"..
"Innalillah..."balas saya."kenapa mi?"tanya saya
"hypertension aku rasa"kata Emi..
Emi baru sahaja kehilangan ayahnya kerana COPD(chronic obstructive pulmonary disease) kalau tak silap saya 2 tahun lepas masa tahun 2007.Pada tahun yang sama,iaitu pada awal tahun saya sempat berjumpa dengan ayah Emi yang datang bercuti di Bandung bersama ahli keluarga emi yang besar.Best sangat masa jadi tour guide masa tu.Seronok bersama keluarga Emi.Bukan pertama kali keluar bersama keluarga Emi,yang pertama masa kat Mid Valley dulu kan mi?Comel je masa tu..Iskh sedih sebab terbayang arwah ayah Emi..Allah swt lebih sayangkan ayah mung mi!

11 Mac
"Salam.Saudari Ida(jogja) telah kehilangan ibunya pada jam 6.30pm(waktu malaysia).Doakan arwah ibunya.ini no Malaysia Ida..."lebih kurang begitu lah bunyi sms yang saya terima.

Ida adalah teman saya yang belajar di Jogjakarta,kami sama2 pelajar tajaan JPA yang 1st batch dihantar ke Indonesia..Ida sedang bercuti sebelum masuk Koas(gelaran untuk intern di sini).
Saya langsung sms Ida..Saya tahu Ida kuat.Tabahkan hati Ida.Jaga diri(~~,)!
Mana mungkin hati saya tidak tersentuh dengan kematian ibu Ida..Mak,Ummi,Ibu,Mama kita yang meninggal.Cuba bayangkan mungkin pada suatu hari kita tengah bergelak tawa,kita tengah sibuk belajar,datang sms dari kampung yang menyatakan mak kita meninggal..Doakan semoga saya dan kita semua kuat untuk menerima ketentuan dari Illahi.

17 Mac
Hati saya tergerak untuk menegur Ninie di YM.
"Tak tdo lagi ninie?" tanya saya memandangkan kalau di Malaysia jam sudah 2.30am
"Dop lagi."balas ninie.
"Tasha,toki aku meninggal td.. tlg doakn k"kata Ninie lagi.
"Ya Allah..Innalillah.."Lepas tu mung balik ke dop ganu?mung duk mano?tanya saya lagi.
"Aku balik esok Tasha,tengah siapkan keje ni."
Ninie kuatkan semangat ye!Saya beritahu Ninie yang saya sejak saya belajar di sini,saya dah mengalami situasi yang macam Ninie alami tapi Ninie bernasib baik kerana dapat pulang untuk melihat arwah tokinya buat kali terakhir.Sekarang hanya tinggal nenek di sebelah mak saya saja,Ninie kata sama lah kita.Huu.Pemilik kita lebih sayangkan mereka..
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.Ameen!

Dalam kenangan
Sejak saya di sini sudah dua kali saya tak pulang di saat hati saya memang meronta2 untuk pulang ke Malaysia.
Pertama kali adalah pada malam 12 April 2007.Sms yang membuatkan air mata saya tak berenti mengalir dari kakak saya Nadia.."Nenek dah tak da".
Sms kedua yang menyebabkan hati saya sebak adalah pada 20 Oktober 2008,iaitu selepas lebih kurang 2minggu selepas pulang dari Malaysia.Saya sempat bertemu atuk saya buat kali terakhir.Sms dari adik saya,"atok dah meninggal"..Rasa tak percaya sebab baru saja jumpa atuk.Tuhan lebih sayangkan atuk dan nenek saya..Atuk dan Nenek sebelah ayah saya yang tinggal di Seremban,dua2nya berasal dari Padang,Indonesia.Kisah atuk pernah saya coretkan di multiply. klik~*moment to remember*~
Hargailah kedua ibubapa dan atuknenek anda sekiranya meraka masih di dunia.Berbuatlah sehabis baik yang anda mampu lakukan kepada meraka.Balaslah jasa mereka kerana membesarkan anda dan berkorban untuk anda.

Allahyarhamah Abidah Adam
Pertama kali juga teman baik yang pernah belajar bersama,classmate masa di Kisas,kelas 5/7,pernah makan bersama,pernah hidup susah senang di asrama meninggal dunia.Satu batch saya terkejut denganItalic berita tersebut.Abidah muda setahun dari kami semua kerana dia masuk darjah satu awal(cerita Abidah tentang sekolah Agama private masih segar di ingatan).Abidah seorang yang pandai dalam bidang pelajaran dan sentiasa bersemangat untuk belajar tanpa putus asa.Kami sama2 berlumba2 dalam pelajaran.Abidah seorang yang bijak dan memang wajar arwah mendapat tawaran biasiswa Petronas untuk menyambung pelajaran di US.Saya masih ingat tempat persediaan arwah adalah di KTJ(Kolej Tuanku Jaafar),manakala saya di KTT(Kolej Teknologi Timur)..Saya selalu merendah diri kepada arwah yang kolej saya biasa saja,tak macam KTJ memang well-known.Kali terakhir kami bertemu masa reunion batch'02 pertama kali di Kisas.Ingat lagi waktu itu Emi masih lagi di Intec,Shah Alam.Kami menyibuk2 di rumah Emi di Intec sebelum bertolak ke Kisas.Tarikh arwah fly ke US sama dengan tarikh saya fly ke sini,22 Ogos 2005..Flight saya masa tu lambat sedikit saja berbanding arwah tapi saya tak sempat bertemu arwah kerana kami semua perlu masuk awal untuk briefing dari JPA.Saya masih ingat masa tu Hawa and the geng yang datang lambat sedikit pun tak sempat bertemu saya.Hanya Nurul dan Ninie bersama mashimaro besar(hadiah sebelum fly) yang sempat saya jumpa.Semasa saya pulang bercuti akhir tahun pertama,Sarah telefon saya menyampaikan berita tentang Abidah yang terlibat dalam kemalangan.Terkejut kerana baru setahun Bid di US,tak dapat gambarkan perasaan ahli keluarga arwah yang kali terakhir berjumpa arwah adalah masa menghantar anak perempuan nya berangkat setahun lalu ke US,menyambut kepulangan jenazah anak mereka..Berita cepat tersebar,kerana batch kami memang mantap sedikit ukhuwahnya.
Allah swt lebih sayangkan arwah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 beriman.Semangat arwah dalam bidang pelajaran akan saya teruskan dan tak akan saya lupakan.InsyaALLAH.

Saat ini
Sahabat2 sekalian pernah tak terfikir yang mungkin ajal kita sampai takat harini saja,mungkin tinggal sejam,sehari,sebulan atau setahun lagi?Ajal,jodoh,rezeki adalah rahsia Allah swt.Mungkin tak sempat berbuat apa2,mungkin kita tak bersedia untuk mati,tapi mati itu pasti!Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati!Bersediakah kita teman2 dan sahabat2?Dah banyakkah amalan kita yang kita ingin bawa menuju alam yang abadi?Sudah bersediakah kita?atau masih kita fikirkan hal remeh-temeh?Cukupkah amalan kita selama ini?Ingatlah teman2 bahawa kematian itu pasti,pertemuan dengan Pencipta kita adalah pasti.

YA ALLAH
Ampunilah segala dosa2 ku yang umpama buih2 di lautan.
Matikanlah aku dalam keadaan husnul khatimah...Ameen.

Daripada DIA kita datang dan kepada DIA juga kita pasti kembali!

Saturday, March 14, 2009

Kita Hanya Merancang

Assalamualaikum wbt

Hampir seminggu tidak meninggalkan jejak..Sudah berjanji dengan diri untuk sentiasa update blog supaya tidak bersawang.Cuba untuk menulis dan menyampaikan yang terbaik.Hakikat kehidupan realiti tugas banyak menanti di hadapan menyebabkan hasrat untuk menulis sentiasa terbantut.Hari ini saya sampaikan saja cerita saya.

Minggu lepas adalah exam week,Alhamdulillah sudah selesai 2 paper tetapi tinggal satu paper lagi saya belum ambil iaitu paper GUS(genitourinary system)Kenapa laa tak ambil lagi?Bukan hari rabu lepas ke patutnya.Hee.Panjang ceritanya.

Rabu,11 Mac 2009

Malam sebelumnya selepas isyak saya sudah tidur,penat seharian mentelaah untuk exam pada hari ini.Jadi jam 3am saya sudah bangun memandangkan past year's question untuk paper GUS belum saya habiskan.Seperti yang selalu saya buat sebaik sahaja bangun saya akan buka tingkap bilik saya supaya saya dapat menghirup udara pagi yang segar!Selesai solat sunat saya langsung ke meja studi dan mula mengulangkaji.Mula terasa gatal di jari manis tangan kanan saya.Saya tak layan sangat sangkaan saya gatal biasa.Saya ambil minyak mestica(kelantan je ada minyak ni..hee) saya sapu di tangan.Lebih kurang jam 4.30am azan subuh berkumandang dari kampung belakang rumah saya.Selepas solat dan ma'thurat saya sambung lagi past year's tadi.Tanpa disangka jari-jari tangan kanan saya sudah jadi gemuk!hee.Merah disebabkan saya garu tadi dan mula merebak ke tapak tangan dan ke jari2 di tangan kiri.Ya Allah saya mula panik sebab gatal biasa yang saya sangkakan rupanya adalah allergic mungkin kesan dari gigitan ulat kecil.Huu.Saya keluar bilik dan terus mengadu ke teman serumah,Kem dan menunjukkan tangan yang bengkak.

"Boleh tak ni ambil exam?"tanya Kem.
"Badan sihat saja tapi tangan ni rasa tak mampu kot nak tanda 200 soalan sambil menggaru"sambil tersenyum saya membalas.

Lantas saya telefon Fazliana,bertanyakan prosedur untuk tidak mengambil exam dan susulan.Fazliana pernah sakit dan ambil susulan masa Respiratory sytem.

Jam 6am saya ke klinik dan ambil MC,terus saya makan antihistamine(side effect=mengantuk)..Jadi saya tidur saja selepas makan ubat kerana jam 1pm saya harus berjumpa doktor pembimbing untuk thesis..

Itulah peristiwa kenapa saya tak ambil exam lagi.Saya diberi masa seminggu sebelum ambil paper tersebut.Gembira juga sebab saya boleh mengulangkaji dengan banyak lagi!


Sesuatu perancangan kalau tak di 'approve' oleh Tuan kita Pemilik diri dan semesta alam tak akan terjadi.Kita hanya merancang dan yang menentukan adalah Allah Subhanahu wa taa'la(swt).Kalau sesuatu perkara Dia kata 'jadi' maka jadilah!

Ya ALLAH,rasa kerdil aku disisimu,mungkin aku dipandang ataupun tidak.Mungkin aku hanya sebutir pasir kecil dalam timbunan pasir,aku akan berusaha untuk menjadi mutiara berkilau!

Itulah kehidupan yang kita lalui setiap hari,banyak perkara yang mungkin tak pernah terfikir oleh akal pendek kita untuk terjadi sedemikian rupa akan berlaku.Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha untuk menjadi yang terbaik sebagai seorang hambaNYA di dunia yang fana ini.

Teman-teman yang dikasihi..
Dalam bersekolah dalam sekolah kehidupan ini.Sama-samalah kita menjadi 'pelajar' yang terbaik untuk mendapat markah yang terbaik untuk dipersembahkan di hari yang abadi kelak,iaitu di akhirat.Sesungguhnya dunia hanya singgahan untuk kita lalui.

"Dalam hal keduniaan,pandanglah orang yang lebih rendah dari kita,nescaya kita akan berasa cukup dengan apa yang ada.Dalam hal akhirat,ibadah,agama pandanglah mereka yang lagi banyak ilmu agamanya dari kita,dan berusahalah untuk menambah ilmu kita yang mungkin tak seberapa cuma"

Sedikit peringatan buat saya dan semua,yang baik bolehlah dibuat teladan dan yang buruk jadikanlah sempadan.

Wassalam.



Sunday, March 8, 2009

Adik

Assalamualaikum wbt

7 Mac 2009

Harini ulang tahun yang ke-15 adik bongsu saya Najeeha..

Sweet-15th adik!

Saya sms adik pagi2 lagi,sebab seminggu sebelum masuk bulan Mac adik dah ingatkan tentang hari ulang tahunnya pada harini.Jadi saya dah bercadang untuk telefon adik.

Adik saya,cepat matang berbanding umurnya.Mungkin kerana berkawan dengan kakak2nya yang semuanya dah besar..Sekarang di rumah hanya adik dan hafizi iaitu adik lelaki saya yang tingkatan 5 di rumah..

Adik saya tempat saya praktis bahasa Arab saya balik supaya tak hilang di telan zaman.Adik belajar bahasa Arab komunikasi untuk PMR..

Saya:"Ma ismuki?"
Adik:"Ismi Najeeha"
Saya:"Kaifahaluki?"
Adik:"Bikhair,Alhamdulillah"


Perbualan di antara saya dan adik masa adik mula2 belajar bahasa Arab di tingkatan 1.
Sungguh comel!mungkin sekarang adik dah tau banyak words dari Angah!Adik pun bercita2 nak ikut jejak langkah saya dan Along masuk ke sekolah di Klang itu=)InsyaAllah.

Angah doakan adik berjaya di dunia dan akhirat.Ameen!


1.Maaf saya tidak dapat tulis entry yang dijanjikan lagi.Kepala saya fikir banyak perkara.Saya berharap dapat menulis dari hati.InsyaAllah.
2.Saya tengah study bersama Alia, sambil Alia 'bernasyid'-rindu zaman asrama masa belajar dalam dorm.
3.Doakan saya exam minggu hadapan.11Mac-13Mac.

*11mac-Genitourinary system Exam

*12mac-Bioethic and humanity Programme VIII
*13mac-Public Health IV

Wednesday, March 4, 2009

Iman Aisyah

Assalamualaikum wbt

Iman Aisyah adalah nama yang saya gunakan untuk blog,alam maya.Cuma di facebook dan friendster saya menggunakan nama saya sendiri iaitu Natasha A.Hadi.

Maafkan saya tidak memperkenalkan diri saya pertama kali menulis di blogspot ini.Ramai yang ingat saya ni betul-betul nama aisyah.InsyaAllah cuba mengikut teladan dari Aisyah Humaira isteri Rasulullah saw.

Saya selesa menggunakan nama Iman Aisyah.Rasa macam comel dan penuh makna.Pernah ada yang bertanya kenapa?

Saya menjawab,
"Glemer sangat nanti kalo guna nama Natasha.hehe.macam drama Natasha lak."


1.Saya sedang mengantuk tapi memaksa diri untuk menghabiskan tajuk Chronic Kidney Disease.
2.Esok nak kena pegi lab,Alhamdulillah dah start buat untuk thesis.
3.Saya sangat rindu rumah dan makanan ma masak!

Sunday, March 1, 2009

Cerita Di Sini

Assalamualaikum wbt

Hari minggu ahad,1 Maret 2009 Bandung.

Sudah 2 bulan dalam tahun 2009 berlalu,sedar tak sedar masa berlalu sangat pantas.Rasa baru ja semalam masuk tahun 2009.

2 bulan pertama tahun 2009.Januari dan Februari yang sangat sibuk dan penat!Penah saya terfikit nak pause sekejap dan balik malaysia berehat di kampung halaman tercinta.Hee(~~,).Tinggi betul cita-cita,(macam movie pulak nak tekan pause,pastu sambung balik).Rindunya kat keluarga,ma,abah,kakak dan adik-adik.


Cerita Semalam

27/2/2009

Hari Jumaat,hari terakhir untuk Genitourinary System.Maksudnya exam sudah semakin dekat.Di sini setiap kali habis satu sistem/blok kami akan ada exam.Kali ini,saya sangat gembira kerana sudah lama kami tak ada study break untuk exam,tapi kali ini ada lebih kurang 10 hari sebelum exam saya akan bercuti.Gembira tapi masih banyak lagi yang belum revise.Gembira kerana saya tak perlu bersiap-siap untuk ke kelas,saya boleh belajar dengan senang hati di rumah.Ada satu lagi sistem sebelum saya menyelesaikan tahun ke-4.
Doakan saya dapat yang terbaik,saya akan berusaha bersungguh dengan bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik dalam masa yang tersisa ini!

Petang Jumaat

Muslimat IMAN menganjurkan satu program yang bertemakan "Tautan Hati", ini sebenarnya adalah kesinambungan dari tema "Eratkan Ukhuwah,Gencarkan Tarbiyah".
Program melibatkan semua ahli IMAN dan Biro Agama KUBI muslimat lebih kurang 46 orang semuanya.Program bermula dengan solat maghrib dan isyak berjemaah di tempat yang telah ditetapkan iaitu di Bale 4 dan Cikuda.Saya sebagai Panitia a.k.a peserta bersama-sama dengan yang lain di Bale 4 kerana paling dekat dengan rumah saya.Sesi diteruskan dengan sedikit ta'lim dan sesi taaruf.Lebih kurang jam 3pagi sekali lagi saya,aimi,alia dan khairi ke Bale 4 untuk Qiam bersama-sama adik-adik junior.Di Bale 4,kesemuanya adalah junior 1st year..Saya teringatkan zaman sekolah dulu,banyak aktiviti-aktiviti bersama puteri(gelaran untuk pelajar perempuan di KISAS, putera untuk pelajar lelaki) yang kami lakukan bersama,sangat manis ukhuwah!

28/2/2009

Lebih kurang jam 9 pagi.Semua muslimat berkumpul di depan Bale 1 untuk menunggu angkut(kenderaan macam van kecil, digunakan sebagai pengangkutan awam di sini,macam bas mini kat malaysia kot).Kami menuju ke Kiara Payung yang terletak lebih kurang 15 minit dari kampus UNPAD dan dari Bale.Dekat saja.Kiara Payung adalah tapak perkhemahan yang menyediakan banyak aktiviti outdoor seperti flying fox,rock climbing dan lain-lain.Pagi ini kami akan melakukan aktiviti outdoor yang sangat mencabar.Cuaca yang pada awalnya hujan rintik-rintik menyebabkan saya mengambil keputusan berpayung sahaja dan melihat yang lain memulakan aktiviti,saya baru saja baik dari demam,tak mahu ambil risiko untuk demam lagi.Tapi apabila saja hujan dah berenti melihatkan ke'best'san aktiviti yang muslimat lain cuba saya pun tak mahu ketinggalan.Hehe.Dengan ajakan dari teman-teman saya mencuba juga beberapa aktiviti.Sungguh best dan bersemangat teman-teman lain.Aktiviti di Kiara Payung tamat lebih kurang jam 3 petang.Kami menunggu angkut untuk kembali ke Wisma Pedca,berhampiran Bale, iaitu di perkarangan rumah saya.Aktiviti diteruskan dengan sesi muhasabah oleh aimi dan akhir sekali sambutan ulang tahun ijah,mina,teha dan eti.Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki!

Alhamdulillah program tamat dengan jayanya.Bersyukur walaupun ada yang kepenatan.Kepada ijah yang datang jauh,ukhuwah yang kita rasakan walau pun penat sangat manis, semanis kek blueberry yang kita makan sama-sama semalam(~~,)!Terima kasih buat amad dan fahmi sebagai penghantar makanan.Jasamu dikenang.

Alhamdulillah saya pun dah rasa fully recovered from fever setelah aktiviti semalam.Betullah kata Along saya kena banyak exercise untuk fit dan sihat.

Saya rasa setakat ini dahulu untuk kalini.Saya akan sambung cerita di Kiara Payung dalam post yang akan datang!Tunggu ye kawan-kawan.Saya kena study dulu.

Wassalam.