Saturday, March 28, 2009

Part2:Life's a bit tough:Thesis oh thesis

Assalamualaikum wbt

Life's a bit tough!hehe.Maafla ye teman2 tajuk dalam English tapi entry ni dalam BM.Seminggu yang lepas sangatlah padat dengan kelas, ke lab untuk experiment thesis.

Selasa lepas,nak dijadikan cerita samples untuk eksperimen saya terpaksa saya buat balik sebab dah berkulat!Dahla pagi2 tu dengan hati yang ceria dan berbunga2 nak mulakan proses seterusnya tapi semuanya tak boleh mula lagi.Saya sampai ke lab masa tu dalam jam 9am.Pak Dikdik iaitu ketua lab di fakultas kimia membuat muka simpati kepada saya:

Pak Dikdik:'Sampel kamu berjamur,kok kelmarin nggak disimpan dalam lemari es?'(dalam loghat indonesia)

Saya terus lihat semua botol2 yang ada 26 semuanya.

Datang seorang lagi researcher yang selalu melakukan eksperimen dengan muka simpati jugak!.

'Kesian ya!itu udah berjamur semuanya.Pelarutnya pakai air jadi emang senang jadi jamur'kata kakak yang saya rasa sedang mengandung dalam bahasa Indonesia.

Saya hadiahkan dia senyuman!(^_^)!yelaa hati rasa nak nangis dengan apa yang berlaku tapi mana boleh nangis depan2 orang nanti tak cool(^_^).suka bajet2 cool!

Saya terus keluar dari lab dan fikir apa yang patut di buat.Saya telefon Dr Nenden,pembimbing thesis saya.

'Sabar aja ya sha!,cuba dibuat lagi tapi kali ini dosisnya dikurangin ya?'kata Dr Nenden.

Kalau diikutkan rasa penat dan geram rasa nak balik rumah studi kat meja,tak pun tidur terus.tapi saya kena berfikiran waras.Kalau tak diteruskan kerja nanti kapan mau siap.Saya masa tu sorang2 je ke lab,sebab partner lab saya balik Malaysia.Ada meeting,persidangan sebab pilihanraya tu,iskhh sibuk betul!Saya terus telefon Alia cerita tentang apa yang berlaku dan saya tanya dia ada tak kawan2 yang boleh tolong untuk siapkan sampel tu.Alia junior twinning UKM-UNPAD yang sekarang sedang bercuti2 tunggu result sebelum balik Malaysia for good this April(jeles2).

"akak,alia ke sana sekarang jugak!nanti Alia tanya kawan2 lain gak"

Alia dan Izmer sorang lagi junior twinning UKM-UNPAD datang membantu saya.Jadi saya ada 2 orang lab assistant pada hari tersebut!gembira2!kerja pada hari tersebut siap!

Terima kasih Alia dan Izmer!Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing=).Masa tengah2 buat lab,Dhaniah telefon.

Dhaniah:Hello.tasha katne?
Saya:tasha kat lab.tgh sedia sampel2 baru.huu.nape dhaniah?dah balik dari hospital?
Dhaniah:takde saje nk jumpa tasha nak citer psl td pi hospital(nada tensen dari dhaniah)
Saya:ok2 jom kita pegi mkn k?kat jatos?(saya tau dhaniah mesti tensen nak citer psl amik data kat RSHS(rumah sakit hasan sadikin)/hospital.

Thesis Dhaniah memerlukan dia ke Hospital untuk ambil data pesakit.Pernah sekali saya temankan Dhaniah ke bahagian Obstetrik dan Ginekologi.Masa tu gembira sgt sebab dapat tengok baby yang kecil2 dan comel kat ruang kanak2.(kat sini tak dikawal ketat macam Malaysia tempat bersalin.Yelaa,saya yang belum lagi intern suka-suki masuk wad bersalin.hehe.Sangat minat O&G tapi saya suka kanak2 nya part.Suci,tenang wajah2 mereka.

Lepas makan2 dengan Alia,Izmer dan Dhaniah.Saya ajak Dhaniah temankan saya ke lab lagi.Alia dan Izmer ada kerja petang tu.Hehe=)terima kasih Dhaniah!

Selepas semuanya selesai saya sampai di rumah dah dekat2 maghrib.Saya penat tapi masa pagi2 tadi saya kata kat diri saya,kena kuat.Ini ujian.nanti di hujung hari saya akan gembira dengan apa yang saya usahakan.

Terima kasih kepada yang membantu!

Balik2 saja saya terus telefon Ma mengadu.Ma kata biasa la tu.Kena susah dulu nanti senang la.
Ingat ayat Abah juga.Kalau saya rasa susah belajar ataupun susah dengan kehidupan disini saya sms Abah.
'kita kena susah sekarang,nanti masa depan senang.Abah doakan setiap waktu utk anak2 berjaya dalam exams dan masa depan.Amin'..begitulah bunyi sms dari Abah.

Sabar ye tasha!(~~,)!Problem is there.you have to face the fact!

"maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"
(al-insyirah ayat 5 dan 6)

Saya suka ulang2 baca ayat di atas.Saya tahu kalau harini saya rasa sangat susah.InsyaAllah di penghujungnya nanti saya akan tersenyum dengan usaha saya selama ini!

1)Doakan thesis saya berjalan dengan lancar.Sekarang dalam proses penulisan bab 1,bab2 dan bab3.
2)Minggu depan hari Selasa,saya exam GUS.Doakan saya juga!
3)9-12April nanti cuti sempena pemilu,iaitu pilihanraya di sini-berkira2 nak merehatkan diri dengan berjumpa sedara2 yang datang ke Bandung.Saya nak larikan diri dari buku2 dan thesis kejap!(jgn buat sambutan birthday saya masa tu.saya takde di rumah-perasan org nk buat~_~)!


3 comments:

dhaniah said...

sama2!! anything for friends....

ummujannah said...

Salam.
thanx dhaniah

*Friends make a good time even better*

pali said...

ya iman aisyah!

teruskan optimis!~ ganbatee~