Assalamualaikum wbt...
"siapa yang sangka bila tiba masa kita utk pergi selamanya...takkan terduga jika saat ini Tuhan tentukan akulah orgnya"
Begitulah bunyi shout out Nurul Hidayah Abdullah Khir,kawan baik saya.Deskmate masa 5/7 di kisas dulu.
Saya terus buzz nurul.wah!
"Best shout!"..Saya dedicated kepada Nurul.."Al-Mar'ah As Solehah Ukhti habibati Nurul.Ameen"
Sekolah kehidupan
Saya sangat sayangkan kawan2 saya dari Kisas!Kami banyak berjuang,menangis,bergembira,suka-duka,menerima kata2 dari 'mereka2' dulu yang suka menghukum dengan kata2.Alhamdulillah kami sekarang berada di sini.Alhamdulillah semuanya bolehla dikatakan berjaya setakat ini,walaupun tidaklah sejauh mana lagi sampainya,tapi Alhamdulillah!
"Add-maths korang lulus ke tak?"kata seseorang suatu ketika dahulu.masih segar pertanyaan tersebut.Saya masih ingat,masa tu di akhir tingkatan 4.
Saya menelan air liur langsung memandang Nurul di sebelah.Nurul faham apa signal yang cuba saya sampaikan.
"Iskhh,dia ni patutnya tanya dapat A ke tak?ni tak, tanye lulus ke tak,muka2 kami ni tak pandai sgt ke?"..saya berkata tp hanya di dalam hati.tak mungkin untuk dizahirkan dengan kata2.
Perbualan tersebut tamat di situ sahaja dan pada tahun hadapan tuan punya diri yang bertanya tersebut telah mengetahui jawapannya.Masa tahun kami,iaitu batch'02,batch pertama yang kelas diasingkan lelaki dan perempuan dan batch terakhir juga sistem tersebut dilaksanakan.Saya pun tak berapa pasti kenapa.Batch di bawah kami kelas sudah dicampur.Masa batch saya juga hanya ada satu kelas lelaki dan satu kelas perempuan yang di'streaming'.Saya dan Nurul berada di kelas tersebut,kelas 5/7.Alhamdulillah.Bermulalah perjuangan kami!
Saya rasa tahap kerajinan saya masa form 4 dan 5 lebih rajin dari sekarang,lebih rajin dari zaman matriks,Kuala Pilah,lebih rajin dari zaman A-level,KTT..Saya rindukan zaman2 dahulu.zaman semua orang belajar bersungguh2 dan hati sangat tenang belajar,tanpa gangguan2 dari luar dan perkara2 tak patut.Mungkingkah kerana biah yang solehah,kerana bumi waqafan yang di'jaga'.Mungkin ya atau mungkinkah saya ini semakin lama semakin kurang semangat mahu belajar secara ikhlas.Bukan kerana hendak mengejar lulus sahaja,sekarang.
Berbalik kepada 'kata2' awal tadi.Banyak ujian dan dugaan dari mereka2 yang saya pun tak berapa pasti kenapa ye kata2 tersebut sanggup dikeluarkan.Mungkin masa tu belum matang lagi.Hehe.Apa2 pun saya dah lupakan itu semua dan yang paling penting kami,saya dan orang2 tersebut dahulu dah melihat siapa kami sebenarnya.Hehe.Belum lagi masuk cerita pasal ketua pelajar (pengawas di kisas dipanggil dengan nama ketua pelajar),kalau Ketua bagi semua pelajar2,adalah ketua umum.
Kenapa saya namakan kisas adalah sekolah kehidupan?sebab banyak perkara2 tentang kehidupan saya belajar dari kisas.Saya kenal apa itu usrah di kisas,usrah saya yang pertama masa di tingkatan 4 adalah bersama Nurul.2 orang sahaja,dan naqibahnya adalah Kak Jannah,masa tu tingkatan 5.Dah terputus hubungan dengan Kak Jannah,teringin nak jumpa akak balik!Mungkin tak sangka adik2 dia yang nakal ni dulu dah besar.
Saya belajar erti kesusahan hidup di asrama di kisas.Pertama kali saya ke asrama adalah ke KYSM (sekarang KYUEM),tapi jodoh dengan kisas lagi kuat,saya hanya mampu berada di sana selama seminggu,sebab utama keluar homesick.hehe.Kalau saya tinggal saja di KYSM mungkin saya tak dapat masuk kisas,sebab kolej tersebut tingkatan 1-5.Dunia sangatlah kecil,suami Nurul sekelas dengan saya masa di KYSM, 1 rajin.Saya sangat gembira saya keluar dari sekolah tersebut,walaupun pada awalnya sedikit menyesal.Rupa2nya Allah SWT nak hadiahkan saya dengan sesuatu yang lebih berharga buat saya.Alhamdulillah.
Saya kenal dan mula belajar dengan banyak perkara di kisas,selain akademik yang pada masa tersebut sangatlah dititikberatkan oleh Pengetua,Ustaz Abdullah (Pengetua Sekolah Agama Naim sebelumnya).
"Kita tengok sapa yang mati sebab belajar"...kata2 Ustaz Abdullah yang masih segar dalam ingatan.Saya sangat kagumi semangatnya yang tak pernah putus memberi semangat kepada kami.Kami masa tu complain pasal penat belajar rasanya.
Berbalik kepada kawan2 tadi.Saya sangat sayang kepada kawan2 saya dari kisas,ramai yang telah berjaya,terus berjuang tapi ada juga yang tersasar sedikit,mungkin terlupa.Alhamdulillah saya sentiasa di'jaga' oleh kawan2 kisas,dari keluar dari kisas sampailah sekarang.Alhamdulillah.Bertemu dengan junior2 dan super-duper junior,mahupun senior.Terima kasih anda2 dan anda2!
Walaupun dah hampir 7 tahun berlalu sejak zaman tersebut,tapi pengalaman2 yang saya kutip.Mutiara2 yang saya jumpa dan kumpul banyak membentuk saya hari ini.Alhamdulillah!
Sampai di sini dahulu kisah saya dan sekolah kehidupan.nanti akan di sambung,maaflah kalau macam tak nyambung sedikit tulisan di atas.
Dedicated to Nurul:jaga diri dan baby tu ye!Sentiasa doakan kamu!
to Emi,Ninie,Dee,Intan,Hawa,Sheila,Aida:take care!I care alott too!
Semoga kita terus berjuang dan berjuang dalam sekolah bernama kehidupan ini.
1)Masa dah tak banyak tinggal.Masa yang ada jangan disia2kan.Masa yang tersisa dan masa yang sia2,tak banyak masa dah yang tinggal!
2)Saya sayangkan kamu semua kawan2 dan sahabat saya tak kira dari sekolah kehidupan mana yang saya jumpa anda!
3)Saya akan cuba memahami anda kerana anda sahabat saya.Itulah sebab nya..InsyaAllah!Saya sayang anda sebab itu saya berusaha untuk memahami anda.
4)maaf sebab nak letak gambar tapi tak dapat masuk pula.nanti saya edit ye!(^_^)!~
12 comments:
salam.
tasha! hehe teringat kisah2 lame lak bace entri ni..
mmg kite ni da ditakdirkan jd bestfren kan mase kat kisas. yela, ko balik dari kys, aku pun mase f4 patutnya g kys gak tp xjadi. last2 kite jumpe kat kisas gak kan. hehe.
ingt tak 1st time mase kite jadi baik due org masetu time kite ponteng assembly. haha.
ingt tak psl usrah. kitela org yg slalu ponteng usrah. kesian kak jannah siap bawak buah g naik atas sbb ingtkan kite sakit tak g usrah sbenanye saje ponteng. huhu rase cam besalah gila. dahla slalu suro dia ajar bahase arab. hehe. serius la mmg nak sangat2 jumpe dia balik kan..
salam nurul!
airmata dah rasa nak turun bila baca komen ko..(sedih2)
best2!semua tu membentuk kita hari ini kan?
dulu kita suka-suki je=)yang penting harini.dulu2 tuh nakal2 je.
tulaa.kak jannah kan terer arab!kamu pun sama!
rasa kak jannah kat UIA..kita jumpa die jom!ingat tak ainur rahmah?nnt nak jumpa die jugak!pencarian dah berjumpa.kecil sungguh dunia.
ingat tak?waktu haikal kamu kata,ada sorang natasha yg kuar msa form 1 kat kys,'Oh kamu laa natasha itu'hehe=)masa tu ramai sgt nama natasha..hehe.Tingkatan 1 rajin.
*ukhti habibati!ukhuwah fillah abadan abadaa!kim salam kat baby comel(^_^)!
Teruskan menulis dan Happy Eid Milad...
salam..
akak dak kisas rupenyer..
best bace entry ni.terigt gak zaman skolh mziah dl..
tapi zaman di u ni lagi mencabar..
terutama dlm pjuangan..
cabaran yang membuatkan hati ini sayu bila nk tinggalkn u x lama lg.
papepun..tq ye atas pkongsian pengalamn..sy tunggu sambungn entri..ws =?)
to tintamurabbi:
syukran ucapan nya.InsyaAllah saya akan terus menulis.
hari lahir saya 12 April,lambat lagi.
to maziah:
sama2..insyaAllah akan ada sambungan nanti.tQ for coming too.
perjuangan nama pun berjuang,jalannya tak mudah dan tak senang,kerana namanya perjuangan kita kena berjuang!Alhamdulillah ada ramai teman2 yang sm2 berjuang..
semoga kita terus di jalan ini!semoga terus thabat dan tabah di jalan ini..Ameen.
hahaha, suka aku baca entry melibatkan kisas2 nih. hhehe.
to upin_ipin:
lagi suka kenangan di zaman kisas sgt best.walopon kami bukanlah geng yg siqah!huu..
Alhamdulillah semua org 'are growing with age'.
~*moment to remember*~..akan mencatatkan byk lagi psl kisas..tggu ye!hehe=)
tq for ur visit!
teruskan berusaha.jgn malas2!(utk diri sendiri jugak)
salam akak..
terharu bace kisah akak ni..
rindu kisas..cikgu ainon,cikgu zalina,cikgu saadiah,ustzh hayati paling best ajr arab...
betul sejak saya tgl kisas ni makin malas pulak....
seronok blaja kat kisas..suka lumba2 study ngan kawan...huhuhu
p/s:akak escape usrah..saya suka escape bce mathurat esp time subuh(ngantok)...huhuhu
to muniri edogawa:
salam,
hehe=)sedih2..zaman kerajinan dahulu..hati sgtlah bersih fikiran tajam!
rindu2 cikgu2 dulu..cikgu hasnah,cikgu farhana..
rajin2!jom berusaha!
kantoi escape!
thnx for visiting=)
hehe..best2...
tapi sgt betul..kat sek dulu sgt raji n dari skrg....
fuh..kena smgt2 lg...
chai yuk!!!!!=]
to khairiFMJ a.k.a jiran akak yg best:
betul2..masa sekolah sgtlah konsisten belajar.rasa sentiasa semangat..xtaulaa nape khairi skng kurang skit tahap kerajinan.
tp Alhamdulillah kita sedar yg tahap kerajinan kita perlu diperbaiki,jom2 kita sama2 berusaha!
*thanx khairi dtg blog akak=)thnx semua2nya menjadi pendgr cerita akak=)really impressed u!~sayang kamu(^_^)
Salam, 'Ainur Rahmah ? itu teacher saya tu , ajar debat. hehe, beliau ada cakap beliau ex Kisas. kecil sungguh dunia ni.
Post a Comment