Monday, April 27, 2009

Ikhlas

Assalamualaikum wbt...

Ikhlas?

Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas?

Kita mungkin selalu dengar kata2.."Saya ikhlas tolong awak..".."Saya ikhlas kawan dengan awak.."

Pelbagai kata2 tentang ikhlas yang diucapkan untuk menyatakan kita ikhlas..tapi betul2 ikhlaskah kita?Apa measureable rate yang boleh kita gunakan untuk mengukur keikhlasan kita?

Ikhlas adalah sesuatu yang bersih dan murni, tak tercampur oleh apa2 pun dan tertuju hanya kepada ALLAH swt..

Hadis pertama dalam hadis arbain:
..."Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.Barangsiapa berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah karena Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah karena dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju"...

Niat dalam berbuat sesuatu..Jadi sebelum melakukan sesuatu ikhlaskan niat dan sucikan hati,luruskan niat kita.Konsep ikhlas kalau nak dibincangkan mungkin banyak yang boleh dibincangkan dan mungkin kalau nak ditulis memang banyak yang boleh dihuraikan.Mungkin saya catatkan sedikit hasil perkongsian mengenai tajuk ikhlas yang dibincangkan dalam 3 kali pertemuan islamic circle baru2 ini.Sentiasa ada yang boleh dikaitkan dengan ikhlas.Bak kata salah seorang ukhti di salah satu circle,bak irama dan lagu (^_^).Begitulah konsep ikhlas dalam kehidupan.

Sifat ikhlas dalam diri perlu dilatih dalam membentuk keperibadian seorang muslim dan yang paling penting sebagai seorang daie, orang yang menyampaikan dan menyeru ke arah kebaikan.

Susah tak nak ikhlas?Dalam pada kita duk kata nak ikhlas dalam pada kita mengucapkan kata2 .."saya ikhlas"..memungkinkan yang wujud riak dan sok alim (bajet2 alim in indonesia=).
Pastu lagu mana nak ikhlas?Susahnya nak ikhlas!Ikhlas membutuhkan perjuangan!Sebelum kita berjuang untuk ikhlas, kita perlu tahu betapa pentingnya ikhlas,kenapa pentingnya ikhlas:

1)Ikhlas rohnya amal
~tanpa ikhlas ibarat tubuh tanpa roh atau nyawa~kalau tubuh tanpa roh atau nyawa, mati!Hati tak akan tenang melakukan sesuatu kerana terpaksa, betul kan?mungkin kita akan merungut2 walaupun kita buat.Kita tak akan rasa gembira kalau melakukan sesuatu kerana mengharapkan sesuatu bukan kerana Allah.Manusia memangnya mudah lupa akan janji, kecewa mungkin akan hadir sekiranya mengharap kepada ganjaran dari manusia.

Sebagai seorang daie'/penyeru/penyampai~cara penyampaian kita sangatlah penting.Kalau cara tak molek, niat tak ikhlas mungkin apa yang nak disampaikan tak akan didengari.
Tetapi kalau kita dah buat yang terbaik, niat kita ikhlaskan untuk menolong agama-Nya..InsyaAllah mungkin bukan kali ini apa yang kita sampaikan akan didengari.Ingatlah yang kita hanya penyampai,hidayah hanya milik Allah swt.

2)Ikhlas adalah salah satu syarat diterima amal.

Allah tak akan terima amal kalau tak ikhlas-HR Abu Daud dan Nasai.

~melakukan sesuatu hanya untuk memenuhi rutinitas atau mahu dipuji hanya penat yang kita dapat.

Sebab kita ahli IMAN, jadi kita wajib datang usrah?
Sebab kita nak dipandang baik, sok suci (bajet baik), kita buat kebaikan?
Sebab kawan2 kita buat benda yang sama jadi kita pun buat?

Renung balik setiap perkara yang kita buat teman2.Dari bangun pagi sampai ke saat ini..Kerana apa?Kerana siapa?

3)Ikhlas penentu nilai/kualiti sesuatu amal

Berbalik kepada hadis pertama dalam hadis arbain.So apa tujuan kita?

Tujuan kita hanya satu..ALLAh swt..

"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dgn ikhlas mentaati-Nya semata2 karena(menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan salat dan menunaikan zakat, dan demikian itulah agama yang lurus (benar)"-(Al bayyinah:5)

4)Ikhlas mendatangkan berkah dan pahala dari Allah swt

"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dgn menyebut2nya dan menyakiti(perasaan penerima), mereka memperolehi pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"-(Al baqarah:262)..

Ikhlas perlu dilatih teman2..Indahnya ikhlas sekiranya kita melakukan setiap sesuatu kerana Allah.Manisnya akan kita rasa!dalam setiap sudut kehidupan kita~(~_^)!


p/s:

1)Minggu ni minggu last kelas, sebelum kehidupan di hospital bermula!insyaAllah doakan saya-dan semua pelajar2 tahun ke-4.
2)Alhamdulillah saya sihat~terima kasih tanya~maaf saya reply dgn kata2 aneh~kenapa tanya dah sihat?(^_^)huhu.Miscommunication sgtlah tak bagus utk kesihatan.
3)Saya harap thesis saya siap sebelum 18may~sebab masa tu dah start exam..











4 comments:

toybesh! said...

kalo kwn sy kate ikhlas tu ibarat kta ke toilet. dah buang mesti dah tak ungkit2 kan. tanak ingat ckit pun. kalo redha pulak lebih tinggi darjat dari ikhlas...redha = "sama saja". apa2 yg berlaku atau yg kita terima baik buruk perasaan kita sama saja =)

pali said...

salams,

iman aisyah. benar sekali kata hukama, ikhlas itu rahsia Allah tak ada makhluk yang tahu.

Bila membaca hadith pertama Imam Nawawi dalam hadith 40, alangkah indah jika setiap hadith itu dibawa dan dicerna dalam diri sebelum pergi satu ke satu. Sedikit yang istiqamah itu lebih baik dari seribu karamah.

Hadith bab niat ni berterusan. Bukan bermakna bila membaca hadith kedua dan seterusnya kita udah selesai dengan hadith sebelum ini, kan?

just my two cents

-anak murid tumpang belajar-

ummujannah said...

to toy a.k.a Tahirah:

hehe.analogi yg best!

sama2 kita latih diri ikhlas!

ummujannah said...

to pali:
salam.
terima kasih pandangan nya.
yupp,Islam itu proses..

..Hakikat Iman itu Ikhlas..