Seminggu yang Pasif
Alhamdulillah saya sudah sihat kembali,semakin sihat dan badan kembali bermaya.Seminggu yang lepas hanyalah seminggu yang pasif kerana saya terkena Typhoid(demam kepialu) lagi (kali ni dah kali ke-3 saya kena sejak saya di Bandung).
Maaf teman2 kerana dah lama tak update blog.Rindu nak menulis tapi saya tak mampu bangun dari katil pun seminggu yang lepas.Saya hanya 'bedrest' di rumah,tak ke kelas,tak ke lab untuk buat thesis dan tak kemana2.Makanan saya disediakan oleh teman2 serumah dan ibu Eni (yg tlg kami buat kerja2 rumah).Saya tak buat apa2 pun hanya rehat2,rasa macam penat2 dan tak larat sangat2..Malaise (a vague feeling of discomfort) and myalgia (muscular pain)-symptoms untuk Typhoid fever..
Mula2 balik dari klinik buat Lab Test, keputusannya saya Typhoid..huhu.Rasa nak nangis (dah nangis sebenarnya(^_^)-memikirkan bukan sehari dua akan sembuh-memikirkan thesis saya tak siap lagi ).Saya cuba nak lawan dan buat selamba saja tapi bila start baca buku tak sampai berapa patah perkataan dan cuba buat case review,mula pening kepala (frontal headache-symptoms thyphoid juge) menyerang-tak boleh concentrate studi.
Saya pasrah-mungkin sakit yang saya rasa menghapus dosa2 saya yang lepas dan dengan cara ini sajalah Allah swt bagi saya peluang untuk saya sedar nikmat sihat itu adalah anugerah sangat berharga.Saya kuatkan semangat dan kata pada diri,yang ujian ini saya boleh lalui.Kata2 semangat dari Abah dan Ma yang sangat bimbangkan saya mungkin menguatkan semangat saya nak sembuh cepat.Kawan2 juga ramai yang datang melawat-Terima kasih banyak2..Syukran Jazilan(~~,)!
Alhamdulillah hati tenang dan bersemangat nak siapkan semua tugas2 yang tak dapat buat.Gembira!
12 April 2009
Sehari sebelum seminggu yang Pasif adalah hari yang sangat gembira bagi saya.(^_^)!
Harini ini adalah Hari ulang tahun saya yang ke-24 ;)..Kenapa sangat gembira?sebab pagi dan malamnya saya di sambut oleh mereka2 yang sangat saya sayangi dan di dua tempat yang berbeza (dgn teman2 disini dan sedara2)..Sungguh bermakna hari tersebut dan manis untuk dikenang!Ucapan dari semua sahabat2 dan teman2 saya yang dekat mahupun yang jauh sangat saya hargai (org2 di Malaysia dan di sini dan yg jauh juga yg dekat-walaupun jauh tapi dekat di hati.hehe)
Saya masih ingat perbualan antara saya dan Sarah(sedara perempuan dari Malaysia)..Masa tu malam sebelum 12 April.Kami sedara2 perempuan tidur dalam satu kamar hotel, 4orang semuanya.
"Akak tak tido lagi ke?Kenapa?"tanya Sarah melihatkan saya tgh membaca sesuatu dari handphone yang bercahaya dlm kegelapan.Masa tu yang lain dah tidur.Sarah yang mungkin sedar saya belum tidur lagi.
"A'ah..tgh berfikir"selamba saja saya jawab.Malas nak memberitahu Sarah yang esok birthday saya.Nanti riuh pulak cik Sarah ni wish birthday saya,tak pasal2 terjaga yang lain..
Sebenarnya jam masa tu 12 am waktu Indonesia..waktu di sini lewat satu jam dari waktu Malaysia.Sebelum jam 12am di sini,saya sebenarnya dah tunggu siapalah orang yang wish birthday saya paling awal..hehe..(itulah yang saya fikir-buang masa lak-ada lagi fikir sebenarnya,yelaa dah menginjak satu tahun dekat kepada kematian-byk perkara bermain di fikiran).
Esoknya saya senyum2 saja bangun pagi.Sedara2 saya belum tahu birthday saya.Saja2 nak surprise tapi surprise saya sekejap saja..lepas tu terus dah pecah rahasia.Hari Ahad itu hari terakhir mereka di Bandung..nak balik dah,kejap je rasa..Rindu2.
Pada malamnya..IMAN(Islamic Malaysian Association) mengadakan majlis Jalinan Mahabbah sempena rakan2 Twinning UNPAD-UKM yang nak balik for good ke Malaysia dan untuk kami pelajar Tahun ke-4 yang nanti akan berpindah ke Bandung (dekat hospital-lambat lagi nak pergi rasanya bulan 8 ^_^).
Saya dah dapat rasa tarikh majlis yang sama dengan Birthdate saya,mesti ada sambutan Birthday.hehe.(tapi sambutannya sungguh di luar dugaan-Best2-makan2 pun best),tak pasal2 kena buat ucapan (semua pelajar2 4th year dan 5th year).Saya ni bukannya biasa bagi ucapan2 ni.Slide shownya sweet=)
Terima kasih ye ucapannya,mungkin sedikit lambat untuk saya ucapkan terima kasih..Ada yang saya sempat balas terima kasih-takut2 ada yg terlupa utk saya ucapkan terima kasih..
Gembira dengan ucapan dan doa dari semua sahabat2.Ameen!
Ucapan yang terakhir adalah dari Nurul:(sorry nurul,tasha baru buka emel-lambat tau psl haikal)
Saya kongsikan ucapan dari emelnya-walaupun saya baru sahaja buka tapi sangat terharu,sebab rupa2nya Nurul terlambat wish sebab Haikal sakit..
salam. tasha, happy belated birthday. haritu mase alarm bunyi tak sempat nak wish ko. hehe. masetu tngh bizi jage haikal. for yr info, aku 2 3 hari ni asyik ulang alik jumpe doctor. bukan aku sakit, tp haikal. smalam baru buat mri scan. doc ckp ade disc slip kat spine. tp stakat ni alhamdulillah la tak teruk sampai kene operate. esok g buat follow up lg. smalam doc kasi dia cuti 1 bulan sbb kne rehat. lps sebulan nnti baru tngk balik cane. mebi kitorang balik kg nnti parent aku dtg amik. balik kg senang sket sbb kat sini aku dahla takleh masak lg n kadang2 aku x larat nak angkat dia dahla tngh pegnen ni.skarang pon aku jarang online. kne jage haikal n jage diri sendiri n baby jugak. ko doakan sume slamat k..
1)Terima kasih nurul-jaga diri dan haikal baik2.Tasha doakan semuanya selamat.InsyaAllah!Sabar ye(^_^)kamu kuat!Nurul yang nampak lembut tapi sebenarnya sgt kuat!
2)Terima kasih sekali lagi kepada semua teman2 yang wish Birthday..Sangat2 saya hargai doanya.Ameen.
3)Tahniah Dr Nadia dan Dr Yusri sebab dah jadi MO(medical officer)-nanti balik boleh lah bagi hadiah yg Birthday yg dah lama beli tu(^_^)!dimaafkan walaupun lambat wish Birthday Angah sebab kamu berdua sibuk dgn Iman yang sgt saya rindu!
3)Tahniah Ukhti Marhamah yang selamat melahirkan baby yg sgt comel Tuan Ilham pada 11 April yg lepas..Semoga ukhti sihat dan semoga Ilham jadi anak solehah mcm ummi dan abinya.Teruskan berjuang..dhuhasakeenah2-blog Marhamah.
4)Doakan saya sihat dan kuat,dalam masa terdekat ini.Sebulan lagi nak final exam!Cepatnya masa berlalu~~
5)Nak-Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin (harap2diabeli)
6)Takziah buat saudara Ridzwan,junior Twinning '08 yang baru sahaja kehilangan ibunya minggu lepas,kena stroke katanya juga-ahli unit UPMI,IMAN sama dgn saya tapi baru perasan.maaf dik!Sabar ye=)Semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Ameen!Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment