Showing posts with label ulangtahun. Show all posts
Showing posts with label ulangtahun. Show all posts

Monday, March 7, 2011

7 Mac 2011: Selamat Hari Lahir ♥

Ciwalk Bandung, Desember 2010

Selamat Hari Ulang Tahun yang ke - 17 adik! 
Sweet 17th Najeeha A. Hadi

Boleh amik lesen kete dah lepas ni=) Angah doakan adik berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti. Dan juga berjaya di dunia & akhirat. Semoga jadi anak yang solehah. Ocu yang baik buat Iman dan Danish Ikram. 

Adik besar dah! Baru saja rasa zaman-zaman adik sekolah rendah. Baru jugak rasa adik datang kisas lawat angah masa angah tingkatan 5. Sekarang adik yang tingkatan 5. Satu-satunya adik yang masih bersekolah. 

Belajar rajin-rajin! Jangan nakal ;)

Adik dan kawam-kawam(sengaja eja jadi m cara adik=)
Tangkuban Perahu, Desember 2010.

**Nota saya:
  • rindu adik dan rumah dan semua orang2 di rumah!
  • Lagu di blog sekarang adalah Barakallahulakuma by Maher Zain, sempena entri di bawah. Lagu yang sama sampai minggu depan sebab minggu depan ada 2 majlis sahabat baik. Seorang sahabat sepermainan sebantal serumah dan sesemuanya lah. Sorang lagi sahabat sekelas sedorm sesekolah sesemuanya juga. InsyaAllah saya akan balik for good tak lama lagi.
  • Banyak kena revise sekarang. Kena korban dalam masa sebulan setengah ni. Doakan saya doakan saya! 

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabi'ul Awal /15 Februari: "Angah Sakit Kaki Lagi"

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari cuti umum (public holiday) di sini dan juga di Malaysia. Hari libur atau tanggal merah orang di sini panggil. Perancangan semalam berjaya! Alhamdulillah. Puas hati sebab rumah dah setel bersih dan semalam berjaya masak behoon (mi hoon ke?) untuk makan ramai-ramai.

Semalam



Selesai saja kelas petang semalam terus buat rancangan :) Pergi PVJ lepas tu masak dan sediakan makanan. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, sedikit pengisian daripada ustaz-ustaz yang pada mulanya saya minta ustaz mohsein tapi beralih kepada ustaz hazwan dan akhir sekali ustaz zulfahmi yang memberi pengisian. Selepas solat hajat dan isyak berjemaah, diteruskan pula dengan majlis makan-makan. Beramah mesra dengan sesama. Bukan selalu bertemu walaupun satu rumah sakit.

Birthday Hafizi

Dekat-dekat jam 12 am. Kawan-kawan hafizi datang. Saya rancang sudah lama nak bagi hafizi surprise. Nampak gaya memang terkejut betul dia. Saya rasa baik kita biar gambar bercerita :)

Semalam ada salji turun depan rumah ;)

Motor baru pun kena jugak

Kawan-kawan piji yang sporting dan pandai berlakon!

Nampok samo mudo jah? Hehe

Ramai orang tak puah hati kenapa baru 19? Iskhhh.


Semoga panjang umur dan murah rezeki. Berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

**Nota saya: 
  1. Terima kasih kepada Siti Nurul Amirah dan Khairi Fatimah yang pakat sama-sama goreng behoon. Alhamdulillah berjaya juga kita memasak untuk ramai orang. Terima kasih buat semua kawan-kawan Hafizi yang tolong saya semalam juga. Terima kasih juga yang datang semalam.
  2. "Angah sakit kaki lagi". Cerita semalam :) Tapi prank sahaja.
  3. Kaki saya dah sihat walaupun masa duduk untuk solat masih rasa sakit tapi sedikit sahaja. Bak kata seorang sahabat, "Redah saja, baru namanya mujahadah" ;)

Friday, January 21, 2011

Doa Buat Siti

Assalamualaikum wbt

15 Januari 

Sabtu lepas adalah Hari Ulang tahun Siti Nurul Amirah Abd Hamid. Teman serumah saya di sini. Lambat buat entri. InsyaAllah tahun ni akan buat entri untuk semua ahli rumah punya birthday, sebabnya tahun ni dah tahun akhir kami bersama-sama. Buat ingatan dan kenang-kenangan. 

Selamat Ulang Tahun Siti. Semoga kita sama-sama wisuda (graduasi) nanti dan jadi dokter yang berjaya dunia dan akhirat.

Siti adalah orang Kelantan, ibu dan bapa dia dua2 orang Kelantan tapi Siti tinggal di tempat paling maju di Malaysia (ayat saya yang nak usik Siti). Cuba teka kat mana? :)

19 Januari

Bersamaan dengan hari Rabu yang lepas. Hari Ulang Tahun Siti Sarah Mohd Shukor. Hari ulang tahun terakhir sebelum dia jadi emak. Eh salah salah! Saya rasa nak catat hari ulang tahun Cik Siti yang sorang ni sebabnya paling manis kot tahun ni. Saya pun tumpang bahagia. Selesai dia tulis bab 1. InsyaAllah saya tak sabar nak tunggu awak tulis bab 2. 

Selamat Ulang Tahun Dr Siti Sarah. Semoga dipermudahkan semuanya dan berjalan lancar. Saya doakan juga awak berjaya dalam kerjaya dan semoga menjadi isteri solehah (eh salah lagi!)

Sarah orang Temerloh, Pahang. Sahabat satu kelas masa tingkatan 5 di sekolah dekat Kg Jawa, Klang :) Satu dorm juga sama dengan Puan Siti Hawa.

**Nota saya:
  • Puan Siti Hawa Azman  pun sahabat saya yang ada nama Siti kat depan. Tak ramai sangat orang-orang dekat nama Siti. Siti Norsaadah Md Sarip, Good Luck final year! Mungkin kita berinduksi bersama-sama?
  • Nak letak gambar semua Siti tapi belum ada kebenaran lagi :) InsyaAllah ada masa dan saya tidak penat bolehlah letak esok esok.

Wednesday, January 12, 2011

11 Januari 2011: Selamat Hari Lahir ♥

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari lahir ma saya,  

Puan Hajjah Rohana Haron :)

Sudah masuk 52 tahun ma saya. Angah doakan ma dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu. Sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dalam menempuh hari-hari yang mendatang. InsyaAllah.

Sudah ada 2 orang cucu yang hero-hero semua :) 

SELAMAT HARI LAHIR!

Hari ini juga hari lahir sahabat baik saya,  

Puan Nurul Hidayah Abdullah Khir :)

Sudah 26 tahun kamu Nurul! Aku doakan kau sentiasa sihat, panjang umur dan ucapan pagi tadi (dalam telepon). Dengar lagu dalam blog ni untuk kau dan juga sahabat kita kat Klang dulu.

Rindu nak jumpa Hana-Chan yang pemalu! 

Ukhuwah fillah abadan abadaa.

Saya sayang kedua-dua mereka. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik dan umur yang panjang buat mereka berdua. 

p/s: nak letak gambar tapi tak tau yang mana satu nak letak. esok-esok cari lagi dalam laptop ini. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk kita merasa kasih-sayang dari-Nya. Semoga Allah SWT redha semua usaha kita. InsyaAllah. 

Nota saya: Kena banyak doa dan Al-Quran tak boleh tinggal.

Wednesday, June 2, 2010

SELAMAT HARI LAHIR NABILA


A very2 happy bestday to my dearest sister Nabila!

Sweet 23rd. May Allah SWT blessing always be with you sister.

Semoga pada hari lahir yang ke-23 ni lebih baik dari semalam.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

Semoga dipercepatkan jodoh ^_^

Aminn!

Semoga menjadi anak yang solehah, kakak yang baik, adik yang baik dan mak cik yang baik buat Iman dan Ikram.

Teruskan berusaha untuk menjadi lebih baik!


Friday, April 16, 2010

Hadiah Istimewa 12 APRIL 2010

e-card yang mommy lily-fatiha buat khas untuk saya.
comel kan^_^



Assalamualaikum wbt

Sebenarnya ada cerita disebalik 12 April 2010 tahun ni. Kalau tahun lepas, saya bertemu dengan sahabat2 tercinta dari seluruh bumiwalisongo, tapi tahun ini lain pula jadinya. Tak sangka dan tak pernah terfikir akan terkena lagi. Ermm. Saya dimasukkan ke Rumah Sakit kerana suspected typhoid. Again!

Pengalaman ini saya tak akan lupa. Setiap tahun pada hari ulang tahun saya ada saja perkara2 yang mungkin tak akan buat saya lupa^_^

Baru saja berazam tak nak tinggal kelas dan hospital sepanjang rotasi Paediatrics/Anak ini. Tapi apakan daya. Saya dimasukkan ke wad hari khamis lepas sehingga ahad. Sebenarnya Dr Rudi yang rawat saya tak kata pun hari ahad tu boleh keluar, tapi sebab bosan saya pun dapat idea nak minta keluar hospital. Lagi satu tak naklah sambut birthday dalam wad dengan tangan kena infuse. hehe.

Terima kasih banyak2 kepada yang datang melawat saya di Rumah Sakit Advent dan Rumah Sakit Parahyangan. Pengalaman naik ambulan dengan 5 orang teman tak akan dilupakan. Ramai orang yang teman dari pesakit. hehe.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada yang bawa banyak sangat makanan dan sampai ke harini belum habis lagi dan juga kepada yang Wani yang paksa saya makan banyak2. Kepada teman baik saya, Aimi dan Nadia yang tunggu dan sanggup tidur di wad dengan saya.

Sakit kena infuse dan masa ambil darah! Buat skin test untuk antibiotic tu pun sakit! Bosan2 juga jadi pesakit yang kena total bed rest! Tak nak dah masuk wad lepas ni. Saya berjanji akan jaga kesihatan dan makan banyak2 lepas ni^_^

Apapun, terima kasih sekali lagi atas kesemua ucapan Happy Birthday tak kira lah di blog, Facebook, panggilan telefon dan juga SMS daripada semua. Setiap ucapan saya balas dengan doa yang sama untuk anda semua juga. Amin untuk doa2nya. Saya mungkin ada balas beberapa tapi maaf sangat2 kalau ada yang tak sempat balas. Kepada yang bagi hadiah juga terima kasih.

1) 12 April juga adalah Birthdate Arwah Mak kepada wani. Wani ni walaupun muda setahun dari saya dah macam kakak saya. hehe. Thanks wani!

2)Rupa2nya ada junior yang nama sama dengan saya, Natasha juga di FKG yang kongsi sama birthdate dengan saya juga. Happy Birthday dik! Teruskan perjuangan.

3)Buat sahabat baik saya Nurul Aimi, jasa2 awak memang sungguh banyak. Orang kuat ni yang uruskan semua pasal kemasukan, sampailah saya keluar wad. Terima kasih Kak Zai juga sebab tolong book wad di RSHS.

4)Buat Siti, housemate saya yang selalu jadi silent reader blog saya ni. Terima kasih bagi hadiah tiramisu masa petang saya keluar dari wad. Katanya itu hadiah birthday dan hadiah keluar dari wad.

5)Buat Wani, Ika dan Fathi yang datang rumah petang isnin bawak surprise cheesecake dan paksa saya tiup lilin juga. Thanks! malu ja kena surprise kat depan pagar rumah. walopon kek tu kecik tapi sangat terharu. hehe.

Apa2pun, semua keletah dan gelagat teman2 saya di sini buat saya semakin sihat dan buat saya tersenyum ingat semua itu. Thanks alott my dearest fren. Really appreciate the thought!


I still believe that the best medicine is the strong insight that keeps you moving on and motivated. Medications are number 2. Have a positive insight. Senyum sokmo:)





Tuesday, April 13, 2010

12 APRIL 2010

Assalamualaikum wbt

Semalam genaplah saya berumur 25 tahun.

25 tahun menjadi Natasha adalah suatu pengalaman yang sangat berharga yang pernah saya lalui. Dari semanis-manis pengalaman kepada sepahit-pahit pengalaman. Alhamdulillah diberikan nikmat kehidupan dari-Nya untuk menempuhi semuanya dengan gembira dan sedih.

Semuanya membuatkan saya tersenyum mengenangkannya dan lebih kuat dalam menjalani hidup ini.

Ya Allah terima kasih di atas nikmat umur yang diberikan.

Terima kasih yang mungkin tak terhingga saya ucapkan kepada ma saya yang melahirkan saya dan membesarkan saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang diberikan. Terima kasih yang tak terhingga juga buat abah saya yang sentiasa memberi dorongan dan juga didikan selama ini. Terima kasih sebab membesarkan Angah selama 25 tahun ini. Pengorbanan ma dan abah tak akan dapat terbalas. InsyaAllah Angah berusaha menjadi anak yang solehah.

Buat kakak sulong saya, Nadia terima kasih menjadi kakak yang sangat baik selama ini, walaupun kadang-kadang kita nangis sama-sama. Adik saya Nabila, yang sentiasa mendengar cerita saya dan membuatkan saya ketawa dengan cerita-cerita lucunya. Satu-satunya adik lelaki saya, Hafizi yang sentiasa melindungi kakak-kakaknya dan suka menyanyi juga. Adik paling bongsu saya, Najeeha yang suka bercerita juga dan suka paksa angah dengar cerita adik^_^ Majalah anime adik buat angah tak bosan kalau dah tak ada kerja sangat nak buat di rumah. Adik-beradik saya adalah pelangi dalam hidup saya. Warna-warna gembira yang membuatkan saya tersenyum gembira apabila teringatkan mereka.

Semoga tahun ini kehidupan saya lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga rezeki saya bertambah. Semoga kehidupan semakin tenang dan ibadah saya sebagai hamba-Nya semakin terjaga dan juga bertambah baik. Semoga diberikan kesihatan yang baik dari-Nya untuk terus menjalani tanggungjawab sebagai hamba-Nya di muka bumi ini. Semoga saya lulus semua rotasi klinikal saya dan pulang ke Malaysia tercinta tepat pada masanya.

Amin Ya Rabb

"Ad-dunya mata’ , khoirul mata’ al mar’atus sholihah".

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah Wanita solehah



Monday, February 1, 2010

Selamat Hari Lahir Secara Berjemaah :)

Along dan Abe Long dan Iman


Iman tengah bergaya pakai spek moksu ke mokla?:)


Iman kat umah Tok di Penang


Jom Allahubabat (versi pelat Iman) kat umah atuk
dan nenek di Mache



Satu2nya jejaka Melayu Terakhir dalam adik-beradik,
Hafizi A.Hadi



Selamat Hari Lahir secara berjemaah buat semua orang2 tersayang di atas. Minggu ni Angah exam jadinya Angah terus buat satu entri untuk semua.

Esok, adalah Hari Lahir Iman yang ke-2.

2 Februari 2008 : Muhammad Yuzairil Iman.Semoga menjadi anak yang soleh buat mama dan papa ye Iman! Rindu dengan Iman!

4 Februari 1983 : Selamat Hari Lahir buat Along saya,
Nadia A.Hadi! Mama kepada Iman. Sweet 27th! hehe..Semoga menjadi isteri solehah di dunia dan akhirat, dan juga mama yang terbaik buat Iman dan bakal adik2 Iman. Sayang dan rindu Along juga!

15 Februari 1992 : Selamat Hari Lahir yang ke 18 buat satu2nya jejaka dalam keluarga saya, Hafizi A.Hadi. Tak lama lagi nak masuk Universiti dah, buat yang terbaik sekarang! Angah doakan juga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

25 Februari 1983 : Selamat Hari Lahir buat Abe Long, papa Iman yang ke 27 juga! Angah doakan Abe Long jadi papa yang soleh dan menjadi doktor pakar yang berjaya!

Tak lupa buat sahabat baik saya,

Puan Siti Hawa Azman, yang akan menyambut ulang tahun yang ke- 25 tahun. 10 Februari nanti. Sweet 25th. Hadiah dah dapat in adavance kan? hehe. Semoga tahun ini murah rezeki dan dipermudahkan semuanya. Amin. Doakan semoga bertambah ahli keluarga juga.

Buat teman serumah saya,

Nadia Mohamad, Selamat Ulang Tahun yang ke- 25 juga! Semoga dilimpahi rahmah-Nya dan dipermudahkan semuanya. Amin.

Sayang korang semua! Doakan Angah di sini. Tak sabar nak balik Malaysia :)


Friday, January 15, 2010

The best pic of my life:)

Abah dan Iman. 26 Julai 2008.

Iman dan Hafizi. 11 Januari 2009.
(Poksu Joned kat belakang dan anak Kak Na kat dpn)


Tajuk entri adik saya Nabila sebenarnya dalam blognya. Sengaja saya copy dan paste gambar2 tersebut di blog saya sebab blog adik saya private.

Kenapa saya tulis tarikh di sebelah tajuk gambar?

Tarikh tersebut bermakna untuk Bonda dan Ayahanda saya.

26 Julai 2008. Abah genap 50 Tahun. Alhamdulillah. Syukur Abah masih lagi diberi kesihatan dan peluang untuk menikmati hidup oleh-Nya

Kata Abah "Jubli emas!.."

11 Januari 2009. Ma saya genap 50 Tahun. Alhamdulillah, pemegang kunci syurga saya masih diberi kesihatan dan peluang untuk menikmati hidup di bawah rahmah-Nya bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah.

Gambar pertama, Abah bersama cucu pertama Iman dalam keluarga. Masa ni lebih kurang 6 bulan umur Iman. Masa ini ada kenduri kesyukuran sedikit di rumah.

Gambar kedua pula, ada kenduri kesyukuran juga bersama keluarga besar Ma saya. Baru tahun lepas dan Iman masa ini sebulan lagi nak sampai setahun. Nampak kan perbezaan Iman dalam gambar tu? hehe.

Kedua2 situasi di atas, saya berada di Malaysia. Berpeluang bersama meraikan dan berkumpul bersama2 keluarga sempena kenduri kesyukuran. Tahun ini tak dapat cuti pada 11 Januari.

Setakat ini dahulu entri dari saya.

Alhamdulillah department neuro sudah selesai.

Bye2 to neurology, say hi to psychiatry and be prepared to end up in forensic:D

Gambar2 kat atas menandakan saya sangat2 rindu kepada orang2 yang dalam gambar dan juga orang2 di Malaysia.

I will be back soon! InsyaAllah.


Nota:
1)Malam ini kerja2 update akan dilakukan.

2)dan juga menyelesaikan perkara2 yang tertangguh.

3)Ya Allah swt, permudahkan semuanya. Amin.

Monday, January 11, 2010

Selamat Hari Lahir!

Abah, Ma dan Iman

Nurul, Haikal dan Hana(dlm perut Ibu lagi masa ni:)


Assamualaikum wbt

11 Januari 2011. Tarikh ini sangat bermakna buat saya kerana tarikh ini adalah hari ulang tahun orang2 yang tersayang saya. Merekalah Ma, Ibu dan sahabat baik saya. Mereka yang memahami saya:)

SELAMAT HARI LAHIR yang ke-51,
PUAN HAJJAH ROHANA HARON.

Ma saya, sahabat saya dan orang yang paling rapat dengan saya dan paling penting kunci syurga saya masih lagi dengan Ma saya sebelum berpindah kepada orang lain nanti. InsyaAllah.

Hari ini Ma saya dah masuk ke umur 51 tahun. Alhamdulillah diberi peluang untuk terus berada di dunia ini dan masih lagi tak jemu memberi kasih sayang kepada semua 5 orang cahaya mata dan sekarang sudah ada seorang menantu dan juga seorang cucu yang comel:). Terima kasih Ma! Jasa dan pengorbanan Ma saya memang tidak dapat dibalas. Alhamdulillah saya sangat2 bersyukur dikurniakan seorang Ma yang memahami, sentiasa memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam perjalanan hidup saya ini. Angah banyak belajar dari Ma.

Angah minta maaf tahun ini Angah tak dapat cuti masa hari lahir Ma. Sangat rindu semasa kita satu keluarga sambut ulang tahun Ma yang ke -50 tahun lepas. Waktu itu, semua ada dan kenduri kesyukuran yang kita buat walaupun tak sebesar mana, tapi sangat meriah. Alhamdulillah. 2 tahun sebelum ini berpeluang balik ke Malaysia setiap kali hari ulang tahun Ma, tapi kali ini Angah tak dapat balik. InsyaAllah tak lama dah nak balik. Tak sabar nak balik for good(^_^)
Angah doakan Ma dipermudahkan segala urusan sempena tahun baru ini dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..InsyaAllah! Tak lama lagi akan bertambah lagi ahli keluarga besar kita:)

SELAMAT HARI LAHIR yang ke-25,
PUAN NURUL HIDAYAH ABDULLAH KHIR.

Nurul ini adalah sahabat baik saya dari kisas. Kami mula kenal sewaktu mula sekelas masa tingkatan 4/3. Masa tu semua kelas muslimat. Nurul awal2 ujian dah dapat 10 A dari 11 matapelajaran yang diambil. Sangat terer buat karangan Bahasa Arab macam dia buat karangan dalam Bahasa Melayu saja. Ayat2 BM Nurul pun memang 'bombastic'. Dulu saya suka tiru ayat2 dia. Maksudnya cuba guna perkataan2 yang dia guna.

Kalau nak cerita pengalaman kami semasa di kisas memang panjang entri ini. Masa naik tingkatan 5 kami masih lagi sekelas, iaitu kelas 5/7. Tapi masa tingkatan 5 Nurul jadi Ketua Pelajar (pengawas) dan saya pelajar2 biasa sahaja. Sebenarnya hampir semua sahabat2 baik saya jadi Ketua Pelajar, termasuk Nurul, Ninie, Intan dan Emi. Saya, Dee dan Hawa jadi pelajar2 biasa saja:) Dalam kelas 5/7, saya dan Nurul adalah deskmate.

Selesai SPM, saya dan Nurul dapat tawaran program fasttrack di UTP, Nurul terima tawaran tersebut dan masuk UTP. Saya memang sudah buat keputusan nak ambil Perubatan waktu itu. Bermula masuk UTP, maka bermulalah perjalanan hidup Nurul bersama Petronas. hehe. Biasiswa Petronas banyak! hehe. Nurul dapat lagi tawaran pergi oversea, Australia untuk buat Engineering.

Dipendekkan cerita sekarang Nurul dah pun bekerja di KLCC dengan jawatan Drilling Engineer. Alhamdulillah. Tarikh 9/9/09 yang lepas dikurniakan seorang cahaya mata, Hana Haikal yang sangat comel (saya belum jumpa live lagi, cuma jumpa masa dlm perut Nurul ja).

Alhamdulillah Nurul dan Haikal sekarang aktif dalam membantu Agama Allah. Alhamdulillah dikurniakan seorang sahabat macam Nurul. Lembut dan baik dalam kata2, jarang dan mungkin tak pernah dengar Nurul marah. Terima kasih Nurul dan Haikal. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin.

Buat Ma saya, Angah sayangkan Ma dan mungkin terlalu berharga jasa2 Ma dan juga Abah selama ini. Angah akan jadi anak yang solehah dan taat perintah Allah swt.

Buat Nurul, sayangkan kamu juga! Tak sabar nak jumpa baby Hana dan kita sembang2 lagi pasal perjalanan hidup kita.

Nota:
1)Minggu ini adalah minggu terakhir untuk Department Neurology. Rabu nanti saya ada ujian Long Case dan Jumaat adalah SOCA(oral test). Doakan saya semoga berjaya!

2)Selamat hari lahir juga buat Amira Fatin, satu batch dengan saya. dan juga Siti Nurhaliza yang mengalunkan Asma' ul husna di blog saya ini:)

Monday, July 27, 2009

Berkumpul di Rumah

Assalamualaikum wbt

26 Julai 2009 Ahad

Selamat Hari Lahir Abah

Semalam adalah Hari Lahir Abah yang ke-51, kami menyambutnya dengan membuat sedikit makan2 di rumah, pada malam sebelumnya sebab hari Ahad adalah hari kerja di Kelantan. Along dan keluarga yang baru balik dari Penang pun ada di rumah, Nabila pun pulang. Jadi semua adik-beradik saya ada di rumah.

Nasi Dagang dan Mi Kari. 2 makanan yang saya tolong Mak buat, saya dah pandai buat! Best2!

Cerita mengenai makanan, sekarang ni musim buah, jadi tiap2 hari mesti ada buah durian yang luruh dari kebun di belakang rumah. Saya setakat seulas saja mampu makan, tapi saya suka manggis! Makan banyak2 pun tak apa.

Berkumpul di Rumah

Sejak Along dah berkeluarga, saya belajar jauh, Nabila nun jauh di utara jarang2 dapat kami berkumpul di rumah. Mujurlah adik saya Hafizi dan Najeeha belajar di sekolah berhampiran dengan rumah saja. Kalau tak mesti Mak dan Abah dua orang saja di rumah. Jarang2 berkumpul mesti banyaklah cerita yang perlu di 'update' dan komen2 tentang diri masing2. hehe. Kalau dengan Nabila tak habis2 nak cerita sekejap di dalam bilik, di ruang tamu, banyak kami nak bualkan. Perbualan kami kadang2 cukup ahlinya, kadang2 saya berdua saja dengan Nabila. Ahli2 yang cukup mestilah semua adik-beradik 'join'. Terasa semua orang dah semakin dewasa(^_^)!

Ingat lagi kami dulu2 sama2 main masak2, bergaduh dan lepastu mesti ada yang nangis. Kalau bab bergaduh tu mesti tak tunggu satu hari lepas tu dah baik balik, kelakar saja kalau diingat balik. Itulah air dicincang tak akan putus! Dah besar2 ni masing2 bercerita mengenai kerja, tugasan di universiti dan perihal di sekolah. Kadang2 Along mengimbau kenangan lalu, ada satu cerita pasal gula2.

"Angah ingat tak masa kita pegi ngaji Quran kat sebelah umah masa kecik2 dulu?masa tu Mok Yah( guru ngaji, isteri kpd Imam di kampung) marah sape2 yang makan cokelat( gula2 in 'kelate') sambil ngaji?"...Along.

"Tak ingat pulak"...balas saya sambil nak 'recall' balik.

"Masa tu angah kena marah dgn Mok Yah sebab makan cokelat, tapi masa tu sebenarnye Along makan jugak, tapi senyap2 kata tak makan..hehe"...balas Along sambil kami sama2 ketawa.

Dulu saya tinggal sebelah rumah Pak Imam kampung ini. Rumah kami yang dulu rumah kayu yang ada telaga, tandas yang separuh atapnya beratapkan langit yang biru. Sekarang, dah lama saya rasa seingat saya masa saya UPSR saya dah di rumah sekarang, masih di kampung yang sama tapi di seberang jalan.

Semua anak2 di kampung saya mengaji di rumah Pak Imam tu, garang juga seingat saya. Geli hati teringat kalau maghrib menjelma, selesai mandi nanti masing2 akan mengendong muqqadam kecil ke rumah sebelah. Di rumah pun Abah akan ajar kami mengaji lagi, saya rasa kalau di rumah Pak Imam itu hanya syarat saja mengaji pergi mengaji sebab selebihnya rasa saya pergi untuk berjumpa kawan2 dan bermain2.

Cerita di zaman2 kanak2 ribena sungguh banyak kalau nak dicoretkan, belum cerita saya kena marah dengan Mak sebab ke sawah dengan sepupu saya Karimah, kawan baik saya dulu, sama umur dengan saya, tapi sekarang Karimah dah ada sorang anak dan tinggal di Gua Musang. Mungkin di lain masa pula(^_^)! InsyaAllah~

**Nota:

1)Kalau dah di rumah saya jarang2 dan mungkin memang tak keluar dengan kawan2, sebab tu saya suka suruh kawan2 datang ke rumah saya saja. Masak2, makan2 dan jadi jurukomen tak rasmi Buletin Utama. hehe.

2)26 Julai juga adalah Hari Ulang Tahun Amy juga! sweet 24th(^_^)..Jumaat lepas Amy datang rumah bersama2 Mak dan adik2nya sebab nak ambil 'souvenir' yang saya tempah di Bandung. Banyak 'souvenir2' tu..Hawa, jangan jeles, saya dah di cop untuk menjadi pengipas nanti(^_^)!

3)Maaf 'entry' sebelum ini saya tak tulis sendiri. Iman selalu datang rumah jadi apa lagi saya pun sibuklaa main2 dengan Iman.

4)Terima kasih buku2 tu! semua pun dah tgk2 dan berminat baca, satu family. hehe. InsyaAllah bermanfaat untuk semua.

5)Doakan saya semoga dipermudahkan semuanya!

Thursday, July 23, 2009

Selamat Pendek Umur

Assalamualaikum wbt...

Saya kongsikan sedikit e-mel yang saya dapat dari seorang sahabat mengenai Selamat Pendek Umur..semoga kita dapat sesuatu...InsyaAllah..

“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
“Untuk apa kita mati?”
“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan.”
“Satu permulaan? Maksud kau?”
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”
“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Terkesima dia. Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.

“Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentok bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.”
“Jika demikian apa ada pada umur?”
“Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji,” balas saya. Seronok sekali sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah.

“Maksudnya kita abadi?”
“Ya, tapi bukan abadi seperti Khalik (pencipta) yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.”
“Jika demikian, umur itu relatif juga kan?”
“Ya, kan Einstein pun fahamnya begitu? Masih ingat Teori Relativiti masa?”
“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”
“Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.”
Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya, berfalsafah kekadang lebih indah.

“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi’i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.

“Umar Ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.

“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.

“Harta boleh panjangkan umur…sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur…hubungkan silaturahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”

“Apakah rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur itu?”
“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”
“Hasilnya?”
“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!”
“Tapi kita bukan mereka?”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”
“Kita lebih bijak daripada mereka?”
“Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang professor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Professor lebih berharga daripada seorang driver. Gaji mereka lebih tinggi.”
“Maksudnya, umur seorang professor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?”
“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang professor. Itu sahaja.”
“Kau tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?”
“Tidak begitu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat…tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama’?”
“Maksudnya?”
“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang professor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ professor itu lebih panjang daripada umur driver lantaran ilmu dan amalannya yang lebih tinggi dan berharaga!”

“Ah, surah al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.

“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana terlalu mencintai hidup.”

“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apa pun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke-40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.

“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar, selamat panjang umur?” dia bertanya hairan.

“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ku berbeza daripada biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Iulah maksud selamat panjang umur!”


Dipetik daripada buku "Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd. Juoi"

Di waktu segala jalan hubungan bumi ditutup orang, jalan hubungan ke langit lapang terluang...

Wednesday, April 22, 2009

Part 2 : 12 April (^_^)!

Assalamualaikum wbt...

Saya(12April),Hasmah(11April),Aiman(30Mac),Huda(tlg pegang kek=)

12 April 2009,Ahad..Saya sangat sukakan tarikh ini dan apabila dikenang kembali banyak kenangan manis pada hari tersebut..Mungkin tak tergambar dek kata2,tapi ~*moment to remember*~

Pagi 12 April:cermin..check kamera(^_^)


Mungkin dah 24 tahun umur dan tak sangka dah setahun dari tahun lepas.
Bak kata Alia dalam ucapan terakhir di Jatinangor,Bandung semasa Majlis Jalinan Mahabbah yang lepas.."..kepada bakal2 jenazah sekalian.. "..terkejut juga saya yang di sebelah Alia,terus saya pandang Alia,dan Alia ulang lagi.."betul kan,bakal jenazah?"..dalam maksud ayat yang terkesan di hati tersebut.Lalu saya mengangguk perlahan2..

"..Terima kasih IMAN.Alhamdulillah anugerah IMAN dan sahabat2 IMAN yang 'comel2' semua..(ucapan ringkas dari saya)..saya ulas sedikit sejarah IMAN.."


Dua orang adik Usrah yg malu2 dan comel2,Hani dan Fana(sgt suka)


Bersyukur saya sentiasa dikelilingi oleh insan2 dan sahabat2 yang luar biasa..(^_^)..
Insan biasa yang sentiasa berusaha untuk kuat dikelilingi insan2 luar biasa yang kuat2 dan sihat.hehe.

Saya kongsikan
..kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.http://www.darulnuman.com/mhikmah/bulan.html

APRIL
  1. Sangat aktif dan dinamik.
  2. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  3. Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  4. Punya daya mental yang sangat kuat.
  5. Suka diberi perhatian.
  6. Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  7. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  8. Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  9. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  10. Emosi cepat terusik.
  11. Cuba kawal perasaan.
  12. Kecenderungan bersifat pendendam.
  13. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  14. Kuat daya ingatan.
  15. Gerak hati yang sangat kuat.
  16. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  17. Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  18. Sangat cemburu dan terlalu cemburu
Mungkin ada beberapa yang cocok dengan saya ataupun anda2 yang lahir pada bulan April..Hehe..


1)Happy Birthday~semoga beroleh keberkatan umur..Ameen..
2)nak-Bercinta sampai ke syurga!(harap2dibelikan^_^)


Monday, April 20, 2009

12 April dan Seminggu yang Pasif

Assalamualaikum wbt...

Seminggu yang Pasif

Alhamdulillah saya sudah sihat kembali,semakin sihat dan badan kembali bermaya.Seminggu yang lepas hanyalah seminggu yang pasif kerana saya terkena Typhoid(demam kepialu) lagi (kali ni dah kali ke-3 saya kena sejak saya di Bandung).

Maaf teman2 kerana dah lama tak update blog.Rindu nak menulis tapi saya tak mampu bangun dari katil pun seminggu yang lepas.Saya hanya 'bedrest' di rumah,tak ke kelas,tak ke lab untuk buat thesis dan tak kemana2.Makanan saya disediakan oleh teman2 serumah dan ibu Eni (yg tlg kami buat kerja2 rumah).Saya tak buat apa2 pun hanya rehat2,rasa macam penat2 dan tak larat sangat2..Malaise (a vague feeling of discomfort) and myalgia (muscular pain)-symptoms untuk Typhoid fever..

Mula2 balik dari klinik buat Lab Test, keputusannya saya Typhoid..huhu.Rasa nak nangis (dah nangis sebenarnya(^_^)-memikirkan bukan sehari dua akan sembuh-memikirkan thesis saya tak siap lagi ).Saya cuba nak lawan dan buat selamba saja tapi bila start baca buku tak sampai berapa patah perkataan dan cuba buat case review,mula pening kepala (frontal headache-symptoms thyphoid juge) menyerang-tak boleh concentrate studi.

Saya pasrah-mungkin sakit yang saya rasa menghapus dosa2 saya yang lepas dan dengan cara ini sajalah Allah swt bagi saya peluang untuk saya sedar nikmat sihat itu adalah anugerah sangat berharga.Saya kuatkan semangat dan kata pada diri,yang ujian ini saya boleh lalui.Kata2 semangat dari Abah dan Ma yang sangat bimbangkan saya mungkin menguatkan semangat saya nak sembuh cepat.Kawan2 juga ramai yang datang melawat-Terima kasih banyak2..Syukran Jazilan(~~,)!

Alhamdulillah hati tenang dan bersemangat nak siapkan semua tugas2 yang tak dapat buat.Gembira!



12 April 2009

Sehari sebelum seminggu yang Pasif adalah hari yang sangat gembira bagi saya.(^_^)!
Harini ini adalah Hari ulang tahun saya yang ke-24 ;)..K
enapa sangat gembira?sebab pagi dan malamnya saya di sambut oleh mereka2 yang sangat saya sayangi dan di dua tempat yang berbeza (dgn teman2 disini dan sedara2)..Sungguh bermakna hari tersebut dan manis untuk dikenang!Ucapan dari semua sahabat2 dan teman2 saya yang dekat mahupun yang jauh sangat saya hargai (org2 di Malaysia dan di sini dan yg jauh juga yg dekat-walaupun jauh tapi dekat di hati.hehe)

Saya masih ingat perbualan antara saya dan
Sarah(sedara perempuan dari Malaysia)..Masa tu malam sebelum 12 April.Kami sedara2 perempuan tidur dalam satu kamar hotel, 4orang semuanya.

"Akak tak tido lagi ke?Kenapa?"tanya Sarah melihatkan
saya tgh membaca sesuatu dari handphone yang bercahaya dlm kegelapan.Masa tu yang lain dah tidur.Sarah yang mungkin sedar saya belum tidur lagi.

"A'ah..tgh berfikir"selamba saja saya jawab.Malas nak memberitahu Sarah yang esok birthday saya.Nanti riuh pulak cik Sarah ni wish birthday saya,tak pasal2 terjaga yang lain..

Sebenarnya jam masa tu 12 am waktu Indonesia..waktu di sini lewat satu jam dari waktu Malaysia.Sebelum jam 12am di sini,saya sebenarnya dah tunggu siapalah orang yang wish birthday saya paling awal..hehe..(itulah yang saya fikir-buang masa lak-ada lagi fikir sebenarnya,yelaa dah menginjak satu tahun dekat kepada kematian-byk perkara bermain di fikiran).

Esoknya saya senyum2 saja bangun pagi.Sedara2 saya belum tahu birthday saya.Saja2 nak surprise tapi surprise saya sekejap saja..lepas tu terus dah pecah rahasia.Hari Ahad itu hari terakhir mereka di Bandung..nak balik dah,kejap je rasa..Rindu2.


Pada malamnya..IMAN(Islamic Malaysian Association) mengadakan majlis Jalinan Mahabbah sempena rakan2 Twinning UNPAD-UKM yang nak balik for good ke Malaysia dan untuk kami pelajar Tahun ke-4 yang nanti akan berpindah ke Bandung (dekat hospital-lambat lagi nak pergi rasanya bulan 8 ^_^).

Saya dah dapat rasa tarikh majlis yang sama dengan Birthdate saya,mesti ada sambutan Birthday.hehe.(tapi sambutannya sungguh di luar dugaan-Best2-makan2 pun best),tak pasal2 kena buat ucapan (semua pelajar2 4th year dan 5th year).Saya ni bukannya biasa bagi ucapan2 ni.Slide shownya sweet=)


Terima kasih ye ucapannya,mungkin sedikit lambat untuk saya ucapkan terima kasih..Ada yang saya sempat balas terima kasih-takut2 ada yg terlupa utk saya ucapkan terima kasih..
Gembira dengan ucapan dan doa dari semua sahabat2.Ameen!

Ucapan yang terakhir adalah dari Nurul:(sorry nurul,tasha baru buka emel-lambat tau psl haikal)

Saya kongsikan ucapan dari emelnya-walaupun saya baru sahaja buka tapi sangat terharu,sebab rupa2nya Nurul terlambat wish sebab Haikal sakit..

salam. tasha, happy belated birthday. haritu mase alarm bunyi tak sempat nak wish ko. hehe. masetu tngh bizi jage haikal. for yr info, aku 2 3 hari ni asyik ulang alik jumpe doctor. bukan aku sakit, tp haikal. smalam baru buat mri scan. doc ckp ade disc slip kat spine. tp stakat ni alhamdulillah la tak teruk sampai kene operate. esok g buat follow up lg. smalam doc kasi dia cuti 1 bulan sbb kne rehat. lps sebulan nnti baru tngk balik cane. mebi kitorang balik kg nnti parent aku dtg amik. balik kg senang sket sbb kat sini aku dahla takleh masak lg n kadang2 aku x larat nak angkat dia dahla tngh pegnen ni.skarang pon aku jarang online. kne jage haikal n jage diri sendiri n baby jugak. ko doakan sume slamat k..

1)Terima kasih nurul-jaga diri dan haikal baik2.Tasha doakan semuanya selamat.InsyaAllah!Sabar ye(^_^)kamu kuat!Nurul yang nampak lembut tapi sebenarnya sgt kuat!

2)Terima kasih sekali lagi kepada semua teman2 yang wish Birthday..Sangat2 saya hargai doanya.Ameen.

3)Tahniah Dr Nadia dan Dr Yusri sebab dah jadi MO(medical officer)-nanti balik boleh lah bagi hadiah yg Birthday yg dah lama beli tu(^_^)!dimaafkan walaupun lambat wish Birthday Angah sebab kamu berdua sibuk dgn Iman yang sgt saya rindu!

3)Tahniah Ukhti Marhamah yang selamat melahirkan baby yg sgt comel Tuan Ilham pada 11 April yg lepas..Semoga ukhti sihat dan semoga Ilham jadi anak solehah mcm ummi dan abinya.Teruskan berjuang..dhuhasakeenah2-blog Marhamah.

4)Doakan saya sihat dan kuat,dalam masa terdekat ini.Sebulan lagi nak final exam!Cepatnya masa berlalu~~

5)Nak-Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin (harap2diabeli)

6)Takziah buat saudara Ridzwan,junior Twinning '08 yang baru sahaja kehilangan ibunya minggu lepas,kena stroke katanya juga-ahli unit UPMI,IMAN sama dgn saya tapi baru perasan.maaf dik!Sabar ye=)Semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Ameen!Al-Fatihah.