Assalamualaikum wbt
Hari ini hari cuti umum (public holiday) di sini dan juga di Malaysia. Hari libur atau tanggal merah orang di sini panggil. Perancangan semalam berjaya! Alhamdulillah. Puas hati sebab rumah dah setel bersih dan semalam berjaya masak behoon (mi hoon ke?) untuk makan ramai-ramai.
Semalam
Selesai saja kelas petang semalam terus buat rancangan :) Pergi PVJ lepas tu masak dan sediakan makanan. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, sedikit pengisian daripada ustaz-ustaz yang pada mulanya saya minta ustaz mohsein tapi beralih kepada ustaz hazwan dan akhir sekali ustaz zulfahmi yang memberi pengisian. Selepas solat hajat dan isyak berjemaah, diteruskan pula dengan majlis makan-makan. Beramah mesra dengan sesama. Bukan selalu bertemu walaupun satu rumah sakit.
Birthday Hafizi
Dekat-dekat jam 12 am. Kawan-kawan hafizi datang. Saya rancang sudah lama nak bagi hafizi surprise. Nampak gaya memang terkejut betul dia. Saya rasa baik kita biar gambar bercerita :)
Semalam ada salji turun depan rumah ;) |
Motor baru pun kena jugak |
Kawan-kawan piji yang sporting dan pandai berlakon! |
Nampok samo mudo jah? Hehe |
Ramai orang tak puah hati kenapa baru 19? Iskhhh. |
Semoga panjang umur dan murah rezeki. Berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.
**Nota saya:
- Terima kasih kepada Siti Nurul Amirah dan Khairi Fatimah yang pakat sama-sama goreng behoon. Alhamdulillah berjaya juga kita memasak untuk ramai orang. Terima kasih buat semua kawan-kawan Hafizi yang tolong saya semalam juga. Terima kasih juga yang datang semalam.
- "Angah sakit kaki lagi". Cerita semalam :) Tapi prank sahaja.
- Kaki saya dah sihat walaupun masa duduk untuk solat masih rasa sakit tapi sedikit sahaja. Bak kata seorang sahabat, "Redah saja, baru namanya mujahadah" ;)
No comments:
Post a Comment