Assalamualaikum wbt
Pertamanya entri ini sebenarnya dalam bahasa melayu :) Sengaja tajuk dalam BI biar pendek. Kalau dalam BM jadinya Kisah Lepas dan Hari Ini.
3 minggu yang lepas saya di rotasi minor Kulit & Kelamin. Mungkin saya tak berapa suka jadi rasa susah. Tapi sebenarnya senang sahaja. Pernah selepas saya jatuh angkut, kaki sakit. Ada seorang pesakit datang di poliklinik kosmetik dengan keluhan untuk berobat, JERAWAT. Dalam hati saya kata, "sakit lagi kaki saya ini Pak!" Sebenarnya pesakit tersebut seorang lelaki. Pecah rahsia yang lelaki juga sangat menjaga penampilan.
Alhamdulillah, seminggu lepas kurang tidur disebabkan minggu ujian. Saya lulus di rotasi KULKEL(kulit & kelamin). Kalau nak dihitung sebenarnya 2 minggu sahaja belajar termasuk nak hafal nama obat-obatan yang banyak. Seminggu terakhir dah minggu exam.
Alhamdulillah! Semangat tak tengok gambar ni? |
Sabtu yang penuh dengan aktiviti bukan medik. Alhamdulillah akhirnya dapat pergi pengajian dan kelas mengaji. Sudah lama tak berkumpul di pengajian(taklim) bersama-sama orang di sini. Tajuk hari sabtu lepas adalah, "Pengaruh Shalat Terhadap Kehidupan dan Kepribadian". InsyaAllah saya rancang nak tulis dalam blog satu lagi, blog ramai-ramai Al-Humaira'. Jemput baca nanti. Sebenarnya kelas mengaji saya petang, tapi sengaja pergi dengan Hafizi pagi. Hafizi pergi kelas mengaji dia dan saya ke tempat pengajian. Petangnya saya pergi lagi ke Masjid Salman ITB untuk kelas mengaji saya. Hanya sesi berkenalan dengan Ustazah Noni. Rasa nak kutip banyak ilmu selain ilmu medik sebelum balik for good.
Sebelum balik rumah pergi makan di warung pasta dengan Cik Ada :) dekat Jalan Dago depan Rumah Sakit Baromeus.
Ahad pagi lagi sibuk di dapur(chewah bunyinya macam tukang masak berjaya je). Sebenarnya teringin nak makan nasi lemak. Jadi memang kena masak sendirilah. Mana ada jual di kedai makan atau warung. Alhamdulillah menjadi kali ini. Bab nasi yang susah nak masak (supaya tidak keras dan tidak lembik). Lepas masak terus pergi hantar ke Piji dekat rumah senior dia sambil nak tengok juga tempat yang dia selalu lepak. Oklah sebab masa sampai tengok nota-nota dia bersepah di atas lantai, maknanya tengah studi jugak :)
Petang pergi pasar baru untuk survey barang-barang jualan. Bajet macam businesswoman sahaja saya ni. Survey barang Nabila dan Nurul sebenarnya bukan barang jualan. Tapi rindu nak berbisnes lagi! Blogshop dah lama tak update. Tudung pun dah lama tak tengok. Ramai tanya. InsyaAllah nanti nak mula lagi. Jemput lawat blogshop saya ye =)
Sepatutnya balik kena studi untuk pre-test Anesthesiology esoknya. Tetapi tak studi sebab ngantuk dan penat, lagi pula Siva datang rumah. Jadinya tidaklah studi cuma belek-belek sahaja buku sambil dalam hati risau takut keluar soalan esei yang panjang nanti tak tahu nak jawab apa.
Hari ini Isnin: Alhamdulillah tadi pre-test hanya 10 soalan objektif (MCQ). Soalan biasa-biasa saja(poyolah!). Padahal dah tengok soalan past year earlier :) Sebijik keluar! Rezeki kan? Alhamdulillah :)
Anesthesiology
Rasa sudah jatuh hati dengan pelajaran anestesi. Walaupun hari ini penuh satu hari sampai jam 4pm. Rasa tenang dan bahagia di anestesi. Mungkinkah di pagi hari dimulai dengan acara doa yang dikatakan seorang teman? Tidak seperti bahagian lain?
"Anes ni bagian yang siqoh"
*kata saya. Sudah mula rindu biah yang solehah macam sekolah di Klang dulu. Belajar tanpa gangguan tenang dan ibadah sangat terjaga dan dijaga.
*kata saya. Sudah mula rindu biah yang solehah macam sekolah di Klang dulu. Belajar tanpa gangguan tenang dan ibadah sangat terjaga dan dijaga.
"Rindu ki"
*monolog dalam hati sahaja sambil teringat sahabat-sahabat yang sekarang sudah kesemuanya bekerja kecuali saya dan Ninie(paling rajin belajar sedang ambil PHD). Respek dengan dia!
Nota:
- Rezeki itu dari DIA Yang Maha Esa. Alhamdulillah :) Syukur dan sangat gembira bersama keluarga tersayang.
- Buat apa-apa pun memang kena ingat DIA Yang Maha Esa, ALLAH SWT. Jadi jangan sombong!
- Belajar supaya emosi dan hati jadi kuat lagi-lagi dengan keadaan dan orang sekeliling.
- Tahun ini tahun membina kerjaya! Doakan saya semoga berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment