Wednesday, February 9, 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang

...Inikan Pula Tempat Bermain.

Assalamualaikum wbt semua.

Sekali sekala tulis peribahasa dulu sebelum bagi salam :) Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Alhamdulillah saya sihat tapi ada sakit sedikit di buku lali (ankle)

Hari Penuh Sejarah

Harini saya sibuk sebab majlis pernikahan saya. (merapu pulak dah!). Ok Ok kembali cerita asal.

Sebenarnya seperti hari hari biasa saya ke kelas dengan menaiki angkut (sejenis kenderaan macam van kecil iaitu kenderaan awam). Dengan membayar Rp1000 ~ 40sen saya sampai ke depan Rumah Sakit (hospital). Bangun sebelum subuh lagi dan tahniah untuk diri sebab berjaya bangun lebih awal dari hari sebelumnya. Kalau biasanya bangun sebab dengar azan dan akan rasa menyesal sebab rasa lambat bangun dan tak ada peluang nak qiam dan doa banyak-banyak. Alhamdulillah harini Allah swt permudahkan. 

Rancang untuk keluar dan  sampai jam 6.30am di depan kosan (asrama tempat tinggal) kawan satu kelompok untuk ambil nota presentasi kelompok kami. 3 orang presentasi pagi tadi, saya, Fathy dan Resvi. Judul presentasi kelompok kami adalah Kortikosteroid. Banyak kena baca! Jadi disebabkan banyak  dan terlajak saya membaca sampai jam 6.10am, baru tersedar dan terus bersiap-siap nak ambil nota yang Fathy sudah print. 

Keluar rumah terus tunggu angkut untuk ke kosan Fathy yang sebenarnya dalam 5 minit kalau berjalan saja. Dekat sangat tapi saya tunggu dan naik juga angkut. Waktu masa tu sudah 6.30am waktu saya naik angkut. Tergesa-gesa tapi sempat lagi nak  menyapa ibu hamil Puan Ida dan Cik Wani Robaai ( satu batch ada 2 orang Wani, jadi elok letak nama ayah :) Naik angkut sudah ada Kak Zai. Nasib ada dia seorang sahaja .Sempat lagi tegur dia kacau kata banyaknya minyak wangi pakai.

Disebabkan kosan Fathy tadi terlalu dekat dan saya pula masih nak tegur Kak Zai. Dengan tergesa-gesa beritahu Bapak yang bawa angkut supaya berhenti di depan pagar kosan. Masa tu saya rasa tergesa-gesa saya nak kejar masa dan turun tanpa berhati-hati. Terus gedebush!! Betul-betul depan pintu pagar. Kenapa nasib baik ada Kak Zai sorang di angkut? Sebab kalaulah ramai orang mesti semua panik. Saya pula cuba berusaha untuk bangun tapi tak berjaya. Sprained ankle! Adoi kakiku. Orang sprained ankle main bola atau sebab aktif bersukan tapi saya sebab berkejar pagi-pagi nak pergi ambil nota dan nak ke rumah sakit. 

Rasa nikmat kaki itu bila sudah kena macam ini. Senyum sambil tulis kisah ini dan ingat peristiwa pagi tadi. Dengan saya berjalan dengan secara sangat perlahan (jarang buat). Semua yang kenal dan terjumpa di sekitar rumah sakit akan tanya. Kenapa kaki? Mujur sekarang sudah selesai rotasi bedah dan tengah rotasi kulit. Banyak duduk saja. Setiap sesuatu berlaku memang sudah ada waktu dan sebab. 

Doakan kaki saya cepat sihat. Sebab saya ada plan nak beriadah (jogging). Sudah lama plan tapi belum buat lagi. Lebih-lebih lagi tadi ada orang tegur dari jauh sambil kata, makin gemuk ya kamu! -___- Adoi adoi!

8 comments:

Jacknaim said...

tersasul bab pernikahan plak..macam dah x sabar..maklum lah adik bakal menambah koleksi menantu utk cg rohana..hehe

Hawa Azman said...

angkut tu memang bahaya pun. kena naik dan turun dengan hati2. huhu.. cuak je duduk dalam tu. rasa macam nak terbalik je. =P

Rafahiah Haron said...

ini ceritanya rupanya..huhu...dapat rasa SAKIT tuu..sian kak Tasha, mesti kecewa kan sbb dah bgn awal prepare semua awal2 tiba2 jadi hal2 mcm tu last minute. Kalau saya, dah menangis2 kot. Hehe..

Sabar k kak Tasha..u r a strong girl. Hope kak Tasha cpt sembuh n xde komplikasi. Amin :)

Iman Aisyah said...

Naim:

Iskh panjang2 entri kat atas tuh hok ayat 1st tu jah dio highlight.

InsyaAllah masih sabar menunggu :D

Iman Aisyah said...

Hawa:

Aku yang nak terburu-buru kot smlm. Nasib baik kaki je skit. Biasalah aku ni biasa jalan cepat rasalah bila kena jalan slow :)

Iman Aisyah said...

Yah:

Thanks Yah! Dah buat x-ray & alhamdulillah OK lagi tulang kaki. Tak sempat nak nangis sebab kul 7am dah kena present & test. Pastu pegi poli sume pulak.

p/s: Baru harini pegi jumpa dokte. Dokte tanya masih beraktivitas ya setelah jatuh? Huuu.

sinar_islami said...

Nak tergelak lak baca bab nikah :P
Hati-hati akak. Moga keadaan baik2 aja di sana.

Iman Aisyah said...

Amboi dia. Bab nikah jugak dia nampak ye Sha ni ;D Biasalah merapu.

InsyaAllah,amin.