Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Monday, November 7, 2011

Raya Haji

Assalamualaikum wbt

Pertamanya saya ingin mengucapkan,

 Selamat Hari Raya Aidil Adha 1432H 

Alhamdulillah sampai lagi kita semua pada Hari Raya Aidil Adha kali ini. Kali terakhir untuk saya beraya di Bandung. Kali kedua beraya dengan adik di Bandung. Sampai dah lupa kemeriahan sambutan di Kelantan. Kelantan kalau Raya Haji memang macam Raya Aidil Fitri. Tak percaya? Jom ikut saya raya di Kelantan tahun depan. InsyaAllah.

Raya jauh dari kampung halaman mestilah berbeza, makanan semua kita sediakan sendiri. Raya juga dengan kawan-kawan tempat belajar. Semalam saya makan soto ayam(resepi Mak Yan ), nasi minyak (Mak Asyraf, senior adik) dan Puding Kastard (saya dan Hapiji yang buat). Hehe. Suasana semalam hujan rintik-rintik sampailah malam. 


update sebelum balik:
  • 9hb ada judicium(hari bagi results), sebab tu saya tak balik raya haji.
  • barang-barang sudah diangkut secara sedikit-sedikit ke rumah Hapiji.
  • kena sediakan dokumen-dokumen untuk Majlis Sumpah Dokter 24 November nanti.
  • senaraikan apa yang diperlukan untuk lapor diri di Malaysia nanti, kena sediakan masa balik 10hb-21hb November. (banyaknye borang nak kena isi dan juga kena ready) 
  • about me kat sebelah dah berubah :)

Monday, October 24, 2011

Finally



Final week.

Alhamdulillah :)

ps: minggu ni sgt bersemangat nak pergi ke Rumah Sakit Cibabat.

ps lagi: minggu terakhir tak boleh malas-malas. Selamat Hari Isnin! 

Wednesday, October 19, 2011

Lambat (sekolah ke universitas)

"Bila nak kawen?"

"Bila nak abes belajar?" 

Soalan biasa dan kalau nak hitung dengan jari campur tangan dan jari kaki tak cukup dah. Lebih dari beratus kali dah. Biasalah, kalau dah selesai satu perkara mungkin akan ditanya pula bila perkara selanjutnya. 

Saya suka saja orang tanya soalan di atas, sebab lepas diorang tanya boleh minta mereka doakan saya dipermudahkan dan dipercepatkan. Ada peluang untuk minta orang yang tanya doa. Kembali kepada tajuk lambat. Sebenarnya saya nak cerita tentang kisah sepanjang saya menjadi pelajar dari sekolah rendah sampailah tak sampai 2 minggu lagi nak bersara dari bergelar pelajar. Nama sahaja bersara tapi belajar tetap tak boleh berhenti. Betul kan?

Pernah ada seorang kawan yang dah lama tak bertemu tanpa bertanya terlebih dahulu tiba-tiba berkata, 

"tak apa Sha, saya dulu pun extend belajar" 

"erkkkk...." dalam hati sajalah saya terkejut. 

Kawan lama saya tersebut membuatkan kesimpulan awal yang saya extend belajar sebab itulah saya masih belum menamatkan zaman belajar. Saya pun dengan senyuman lebar, 

"Alhamdulillah, setakat ini masih belum kena perpanjang masa belajar (extend)"


Sekolah Rendah
Saya tak masuk Tadika, terus masuk Darjah 1. Namanya Darjah 1 tumpang, masa saya umur 6 tahun. Setahun saya belajar secara tidak formal di Sekolah Rendah Kebangsaan Temangan. Saya memang tak ingat langsung nama kawan-kawan sekelas saya dulu. Setahun belajar di sana dan selepas itu pindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Hamzah 1, kalini secara formal saya masuk sekolah Darjah 1 sehingga Darjah 6. Masih ada kawan-kawan dari sekolah rendah yang masih "keep in touch", takpun baru berjumpa semula masa di matrikulasi. Saya suka sekolah, saya pun tak tahu kenapa saya suka sangat ke sekolah zaman sekolah rendah dulu. Saya pernah ingat rasanya kalau tak dapat A dalam matapelajaran  atau nombor 1 mesti akan sedih atau menangis.

Sekolah Menengah
Bermulalah episod bertukar sekolah dan episod saya merantau jauh. Masa Darjah 6 saya masih ingat dengan jelas waktu itu ada tawaran di sekolah saya untuk masuk ke KYSM (Kolej Yayasan Saad, Melaka). Waktu itu ada beberapa peringkat saringan untuk masuk ke sekolah tersebut. Dari ujian bertulis di Sekolah Rendah Zainab, Kota Bharu sehinggalah pergi ke KYSM untuk pemilihan. Ingat lagi waktu itu Abah yang bawa pergi Kota Bharu untuk ujian tersebut. Dipendekkan cerita, akhirnya saya terpilih. Satu-satunya dari sekolah saya dan satu-satunya budak dari Machang terpilih ke sana. Semua orang gembira, dekat dengan Negeri Sembilan kampung Abah. Masa tu ingat lagi, satu keluarga pergi hantar saya ke sana, abah, ma, along, ila, eji dan adik, arwah atuk, arwah nenek dan juga arwah mamak. Dipendekkan cerita saya hanya bertahan selama seminggu di sana. Hehe. Homesick dan dengan alasan saya nak ke TKC (Tunku Kurshiah College).

Waktu itu sesiapa yang dapat KYSM masih boleh dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang lain. Saya tak pergi ke TKC sebabnya takut nanti masih homesick. Hehe. Nak tergelak pun ada bila teringat dulu. Kembali saya ke Machang, bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Sekolah dekat rumah.

Selepas PMR, saya dapat tawaran ke KISAS pula. Waktu itu hati memang tawar nak ke kisas sebabnya masa Along bersekolah kat sana, sekolah itu sangat buruk. Dalam hati teringin nak pergi MRSM, tetapi rezeki dan jodoh sudah di kisas. Dengan berat hati saya tetap di sana untuk Tingkatan 4 dan 5. Siapa sangka saya jatuh hati dengan kisas. Semuanya saya jatuh hati. Dari guru kepada tempat belajar dan juga kisah belajar bersugguh-sungguh memang saya tak akan lupa. Alhamdulillah memang pengalaman manis sekolah di sana. Banyak perkara saya belajar dan banyak perkara yang saya baru tahu dari sana.

Selepas SPM
Selepas SPM, saya sempat masuk ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah selama 2 bulan. Waktu itu memang tahu tak akan lama di sana. Sambil tunggu keputusan dari interview JPA. Harapan saya tinggi iaitu semoga dapat pergi ke UK atau negara orang putih buat medik. Akhirnya sampul surat pos laju yang tiba di rumah yang isi di dalamnya ada tawaran biasiswa JPA untuk jurusan Perubatan. Alhamdulillah. Lain yang saya sangka, lain pula yang saya dapat. Tawaran ke Indonesia. Tawaran tersebut bersyarat, iaitu saya harus membuat A-Level, di Kolej Teknologi Timur, Sepang selama 2 tahun. Sudahlah pertama kali mendengar nama kolej tersebut ditambah lagi dengan dapat tawaran Indonesia. 

Pernah terjadi suatu episod saya buat keputusan menolak tawaran biasiswa tersebut hanya kerana negara yang saya dapat. Sudah tercatat rezeki saya di Indonesia, dengan hati yang biasa-biasa saya melangkah ke KTT untuk membuat persediaan selama 2 tahun. Kiranya waktu itu tahun 2003 sehingga 2005.

Setelah selesai 2 tahun, kena dapatkan keputusan yang baik untuk A-Level supaya dapat teruskan biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam bidang Perubatan. Alhamdulillah saya dapat mengekalkan biasiswa saya. 

Fly ke Bandung
Pada 22 Ogos 2005 terbanglah saya bersama 40 orang pelajar-pelajar biasiswa JPA. Waktu itu 20 orang dihantar ke Universitas Gajah Mada, Jogjakarta dan 20 orang lagi ke Universitas Padjadjaran, Bandung. Masih ingat lagi waktu itu ramai yang nak ke UGM sebab jurusan perubatan di sana 5 tahun tetapi di UNPAD 6 tahun. Memang dah buat kira-kira akan habis bila jadi semua orang pakat nak pergi yang 5 tahun.

Saya "terpilih" untuk datang ke UNPAD yang jurusan perubatannya adalah 6 tahun. 

Tahun pertama sampailah ke tahun ke 6 saya di Bandung. Alhamdulillah saya masih hidup :) Hehe.

Itulah cerita saya kenapa saya lambat sedikit berbanding kawan sebaya yang sudah beberapa tahun kerja dan juga yang sudah ada anak-anak(ramainya anak!). 

Alhamdulillah. Walaupun pada awalnya saya merasakan biasa-biasa saja untuk masuk ke sekolah dan juga UNPAD tapi pada akhirnya memang luar biasa apa yang saya dapat. Tak pernah saya rasa menyesal memilih jalan ini untuk saya tempuhi sebab banyak yang saya dapat dan siapa sangka akhirnya buat balik kenangan manis:) 

Setakat ini dahulu. Panjang sangat tulisan kalini. 

Bandung, 
with love :) 

Saturday, October 1, 2011

Sebulan

Assalamualaikum wbt, 

Semalam hari terakhir di Puskesmas Cimenyan untuk Ilmu Kesehatan Masyarakat (IKM) / Public Health. Tinggal rotasi terakhir Ilmu Penyakit Dalam(Internal Medicine), sebulan lagi magang dan selesai. Alhamdulillah. Tamatlah riwayat magang. 

Tentang magang kita cerita pada entri lain :)

Sehari sebelum selesai di Puskesmas Cimenyan dapat informasi tentang temuduga SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam). Sebelum ini hanya dengar khabar sahaja yang akan ada interview di sini (bandung), tetiba dah keluar nama. 

Sijil-sijil semua saya tinggal di Malaysia. Nasib baik dokumen-dokumen yang diperlukan semua dalam bentuk softcopy. Sijil SPM, surat beranak saya dan juga ma abah yang tak ada di sini. Alhamdulillah, Nabila boleh diharap. Thanks mommy! Nanti angah belanja masa datang Bandung.

Surat tawaran biasiswa - salah satu dokumen yang kena ada. Nasib baik saya masih simpan surat yang dapat masa tahun 2005 dulu. Ingatkan dah tak guna, niat saya simpan sebagai kenangan sahaja. Hehe. 

Borang-borang, ada 2 borang online yang kena isi. Alhamdulillah satu dah setel. Tinggal satu lagi borang online yang belum setel iaitu borang nak minta belikan tiket dari pakcik jpa dan lapor diri. 

Resume - kena buat resume tentang diri. Seingat saya pernah buat masa interview dulu-dulu masa nak masuk UTP takpun masa nak interview biasiswa dulu-dulu. Rasa dah tak valid dengan ayat-ayat zaman dahulu. Nabila pun dah tolong buatkan contoh, terima kasih lagi mommy! 

Interview - Kurang dari 2 minggu lagi. Nak pakai baju apa? Cakap apa? Belum bersedia. Relax sebelumni pun pernah interview. Dulu-dulu, masa nak masuk KYSM(masa darjah 6), masa nak masuk UTP(masa form 5), masa nak dapat duit dari pakcik JPA(lepas SPM) dan terakhir sekali masa nak masuk UNPAD(masa lepas KTT). InsyaAllah boleh-boleh. 

Ma kata ini hanya formaliti. Betul juga. Along dan Abang Long kan ada kalau nak tanya. 

Saya sebenarnya tak berapa suka nak isi borang online mahupun borang di atas kertas. Entahlah kenapa. Lambat nak isi dan nak mula isi. Kalau dah siap dan selesai rasa gembira dan tak percaya. Percayalah. Tak lama lagi nak masuk alam baru pula. InsyaAllah kalau ada rezeki.

Terima kasih untuk Ma Abah, Along, Nabila sebab sediakan dokumen dan juga mencari dokumen-dokumen kat atas dalam fail di rumah sana. Pagi-pagi lagi Nabila dah sms tanya emel.

Setakat ini dahulu. Harini nak pergi pasar dan masak. Sebulan di sini tak boleh bazirkan. 

ps:lama dah tak tulis panjang kan? InsyaAllah nanti nak tulis hari-hari. 

ps lagi: tajuk lagu kat blog, "cerita hati"

Monday, August 29, 2011

Raya Kat Mana?

Assalamualaikum wbt,

Tahun ini sekali lagi saya akan berhari raya di sini, di negara seberang Indonesia. Kenapa tak balik? Buat dalam entri berikutnya kenapa tak balik. Tak rajin nak tulis dalam entri kalini. 

29 hari sahaja Ramadhan Kareem kita pada tahun ini. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasakan nikmat puasa dan insyaAllah kalau panjang umur esok akan menyambut Hari Raya Puasa/Eidul Fitri.

Saya lebih suka untuk menyebut Eidul Fitr (ada perkataan fitrah di akhir sebutan) -__-

Bagaimana sebulan di bulan Ramadhan? 

Banyakkah perubahan? (sila banyak-banyak muhasabah)

Kali ke- 3

Masuk kali-3 saya berhari raya di perantauan. Jauh dari kampung dan keluarga. Kali pertama adalah masa di tahun ke-2 saya menyambut lebaran di Jatinangor waktu pre-klinikal. Kali kedua di Bandung, waktu klinikal dan kali ke tiga insyaAllah esok rencana ke Jakarta. Pertama kali akan berhari raya di kedutaan Malaysia di Indonesia bersama rakan-rakan.


Salam Eidul Fitri dari Bandung :) Maaf Zahir Batin. 


ps: Riuh rasanya di rumah dengan pertambahan ahli keluarga baru! Tahun depan insyaAllah akan bertambah lagi:) Bandung pun best jugak raya!  


Sunday, June 12, 2011

11hb (sambungan 8hb)

Assalamulaikum wbt

Online dari dalam bilik yang best kat Bandung :) 

Semalam rasa nak nangis dengan apa yang berlaku tapi harini dah senyum. 

A very eventful night - yesterday! 

you,

sorry sangat-sangat. 

Sambungan 8hb

9hb 

Sibuk lengkapkan buku log. Memang tak rugi kalau buat betul-betul. Rasa susah dan stress waktu awal-awal dengan keadaan memang dah dilupakan bila supervisor puas hati dengan buku log saya. Alhamdulillah. 

10hb

Supervisor saya komen setiap orang dalam kumpulan, bila tiba dia komen saya, 

"natasha, kamu ini anemia"

"erkk, anemia?" dalam hati, " ramai jugak kata muka pucat tapi adakah itu maksud anemia yang dokter maksudkan?" senyum balik tanpa tanya maksud anemia tersebut.

Senang hati terus balik bilik kemas barang. Sangat gembira nak balik Bandung. Pindah barang ke Banjar dan balik Bandung. 

Something happened -___-

Anggap ujian dan tak ada rezeki. Sabar sajalah dengan dugaan ini, tapi kalau sorang-sorang memang rasa tak boleh dah nak survive. Adalah ni tak kena yang buat sebelum ni. 

tapi bila sampai kat rumah tempat asal, rasa sangat bahagia. rasa macam mimpi dengan apa yang berlaku.

11hb

Nak dekat petang baru keluar, jumpa ramai orang! Adoi~

Terjumpa sebenarnya. Ada juga memang rancang nak jumpa :) Paling gembira keluar dengan teman serumah makan-makan.



A very wonderful night :)




**Nota: akhirnya tukar jugak lagu kat playlist. Jatuh hati dengan semua lagu dalam playlist :)

Jalan Setia no 15. Bandung

Saturday, May 7, 2011

6 bulan dari 6 tahun

Assalamualaikum wbt

6 bulan untuk magang/praktikal di hospital daerah di sini. Tinggal 6 bulan sahaja lagi? Ada 6 bulan lagi? Alhamdulillah pre-klinikal 4 tahun dan klinikal 1 tahun setengah di rumah sakit hassan sadikin. Exam final juga dah setel, alhamdulillah. Tempat untuk magang juga dah tahu. 

Khamis yang lepas ada pembekalan(briefing) tentang magang nanti. Kami dah tahu semua 6 tempat yang akan kami pergi. Alhamdulillah hanya untuk 3 bulan pertama saya akan pergi ke hospital daerah yang agak jauh. 3 bulan terakhir hanya di sekitar bandar bandung sahaja. Tengok. Perancangan Dia sudah yang terbaik. Ini adalah rencana yang terbaik buat diri saya. 

Terigat lagi hari pertama menjejak kaki di bumi seberang ini, tanggal 22 Ogos 2005. 6 tahun dahulu, seperti biasa jauh dari rumah memang akan sentiasa teringat rumah. Keadaan di sini sangat berbeza dengan negara kita. Sangat respek orang yang boleh survive di sini. Senior2 selamba sahaja saya tengok, saya pun selalu kata dalam diri, " mereka boleh buat, aku pun boleh buat". Alhamdulillah ada rencana Allah swt hantar ke bumi seberang ini yang tak pernah saya terfikir untuk sampai ke sini. (teringat pula masa mula2 dpt tawaran dulu)

Alhamdulillah sudah masuk tahun ke-6. Banyak nampak hikmah kenapa saya terpilih ke sini. Memang banyak cabaran dan dugaan juga kesusahan. Belum masuk lagi tentang belajar, suasana yang kita rasa susah nak sesuaikan diri lagi. Jauh berbeza dengan negara asal kita walaupun hanya bersebelahan sahaja. Memang semuanya menjadikan saya kuat dan rasa kagum pula dengan diri bila ingat semua dahulu. Lagi2 pada tahun pertama. 

6 bulan untuk posting yang major. InsyaAllah, saya akan anggap ini sebagai latihan sebelum HO(housemanship) bila nanti pulang  ke malaysia. Kena asah balik skills medik, jumpa ramai pesakit dan belajar untuk bekerjasama secara berkumpulan. Jangan ambil remeh. Kena buat betul2. Kena bekerjasama dengan baik dengan semua ahli kumpulan yang hanya 5 orang. 

Masa briefing khamis lepas ada satu perkara yang gembira adalah magang tersebut akan selesai pada akhir oktober. Selama ini saya kira2 selesai pertengahan november. Jadi hanya wisuda (graduation) bulan november. 

Saya rancang nanti akan tulis pengalaman di semua hospital daerah yang saya pergi. Berlainan tempat pasti ada banyak pengalaman :)

Ada seminggu sebelum merantau ke seluruh jawa barat. 

**Tambah lagi satu label: magang. label exam pun baru juga tambah.

Friday, May 6, 2011

Comfort Zone

Assalamualaikum wbt

"comfort zone"

Kita selalu suka duduk dalam comfort zone. Rasa berat nak keluar dari comfort zone yang kita rasa selamat dan terbaik buat kita. Mungkin kita sahaja yang rasa comfort, sebab kita dah rasa selesa dengan apa yang kita lalui setiap hari, dah kenal ramai orang, mungkin orang juga dah ramai kenal kita.

Kita rasa selamat. Takut nak keluar dari "comfort zone". 

Rasa malas. Rasa berat. Tapi...

Sampai bila nak selalu berada di comfort zone? Hakikatnya "dunia luar" perlukan kita. 

Kalau bukan kita siapa lagi? Kalau bukan sekarang bila lagi?

Hakikat memang susah nak bermula. InsyaAllah banyak berdoa. 

Kuncinya DOA dan YAKIN. 

**Nota:
  1. Nak tulis pasal magang tapi belum lagi agaknya. kurang rajin nak tulis panjang lagi tentang magang.
  2. Alhamdulillah I felt happy today that I managed to talk to ma, adik2, iman, danish and get the update, the latest update about home and everything. 
  3. Setakat ini dulu. Tidur awal utk bangun awal :)

Thursday, May 5, 2011

Hari ini (sebelum magang)

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah. Kemas buku tebal dan berat - Done!

Gembira masuk bilik dan tengok tersusun kemas buku. Kalau lepas ni masuk posting mana2 boleh ambil terus. Dengan kata lain senang nak cari. Bahagia rasanya. Bukan lama pun nak kemas buku tadi. Sambil bersembang dengan kakak Nurul dah selesai. Itulah sejak selesai exam final bertangguh. Jangan bertangguh nanti bersepah bilik dan juga rumah anda.

Pernah tak dengar atau terbaca? Saya tak pasti saya baca atau dengar dari orang. Katanya kalau kita lihat keadaan sepah2 atau berselerakan tempat seseorang itu tinggal(bilik/rumah) itu menggambarkan keadaan di dalam kepala seseorang itu. Menggambarkan peribadi seseorang tersebut. Mungkin juga. Ini konklusi saya saja ok. Jangan percaya bulat2. Sila buat pemerhatian dan penelitian anda sendiri. 

*Teori di atas tidak benar untuk keadaan tertentu, especially selepas exam :)

Kemas tak? (bukan bilik saya)

Bukan bilik jugak (tak mainlah warna pink)

Kak Nurul

Semalam lepas usrah di masjid as-syifa' dalam rshs, kami (saya dan kak nurul) solat maghrib di mesko(bilik masa zaman klinikal). Bunyinya dah lama selesai saja klinikal padahal sebulan pun tak sampai lagi. Perasan! Makan pecel lele disimpang 3 dan ikut kak nurul ambil buku2 sebelum pulang ke rumah. Kak nurul ikut balik rumah dan petang tadi baru balik ke pangkal jalan(sorryyy sebab menyebabkan tengok banyak episod CSI dan rancangan masak memasak). Ada berdiskusi tentang perkara2 tertentu sambil2 saya kemas buku. Sambil tengok tv sambil saya baca buku merah buku ajaib juga. Kepunyaan kakak nurul. Dalam hati berharap kak nurul offer buku tu. 

*Kak nurul offer! Hehe(malu nak cakap belum habes baca lagi).

Macam mengarut pun ada pulak dah cerita kat atas, tapi ada konklusi saya nak catat pada hari ini,

Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka(kelompok jahiliyah).
 Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita.

Terima kasih yang banyak kepada kak aisyah untuk tulisan tentang istiqamah yang sangat bermanfaat :)

Komunikasi

Selain dari pelajaran medik yang sangat mencabar yang saya belajar, satu perkara yang paling penting dalam bidang ini adalah komunikasi. Patutlah dulu masa preklinikal, zaman belajar di jatinangor ada subjek komunikasi. Komunikasi antara dokter-pasien. Penting ilmu bercakap ni. Terima kasih ma abah kerana ajar saya bercakap(tiba2 teringat wajah2 mereka). Kembali kepada komunikasi. Kawan saya pernah cerita kepada saya ada seorang residen(orang yg belajar lagi nk jadi specialist) kena buang kerja sebab selalu marah pesakit. Kiranya cakap tak elok. Kalau pesakit tersebut sihat mungkin tak datang berubat kan? Hehe. Tiba2 lagi sokong pesakit.

Kembali kepada alam realiti. Hari ini ada orang bercakap dengan saya tanpa pandang saya pun. Dari jauh. Adoi~ Saya tak dengar dengan jelas pun apa ditanya kawan. Minta maaf banyak2 tak dapat nak tolong jawab. Lagi pula tak molek kata orang kampung saya cara bercakap macam itu. Kembali lagi cara bercakap melalui telefon, cara bertanya, cara meminta tolong dengan orang dan macam2 lagi. Semuanya ada adat kata orang melayu yang penuh adat. Betul kan? 

Mungkin ini pembelajaran hari ini :) 

Esok

Esok akan dibagi penempatan untuk magang dan siapa ahli kumpulan. Seram! Rancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Usaha kita berdoa dan terus berdoa. InsyaAllah.

Belum waktunya bercakap tentang magang. Esok mungkin, sebab tajuk kat atas "Hari ini". 

Jom kita lihat video tentang tawakkal, khas untuk adik yang sangat disayangi, 



Wednesday, May 4, 2011

Jangan Membazir Masa Cuti!

Assalamualaikum wbt

Setelah 'dramatic weeks' 2 minggu lepas, sekarang masa cuti. Cuti sebelum masuk magang. Magang? Apa magang tu? Ramai yang tanya tapi nanti saya akan buat satu entri khas magang, insyaAllah. Sekarang kita tumpukan kepada hari cuti.

Kalau dulu waktu tengah sibuk2 waktu kena ke rumah sakit memang selalu impikan waktu cuti2. Sekarang ada waktu cuti yang agak panjang dan yang paling penting saya tak balik ke Malaysia. Jarang2 tak balik ni. Jadi waktu sekarang kena manfaat betul2.

Jangan Membazir Masa Cuti!

Ramai tanya. 

Tak balik? (balik Malaysia)

Nakkkk balikkkkk (dalam hati)

Realitinya tak balik sebab banyak nak diuruskan dan ada adik juga di sini. Nak tunggu adik yang tengah final exam.  Doakan adik saya kepada semua yang baca ini :) 

Banyak lagi sebab tak balik selain nak jimat juga.

Kemas buku

Buku yang tebal dan banyaklah jugak. Berkira-kira dah macam mana nanti nak bawa ke Malaysia. Sayang semua buku tebal tersebut walaupun kebanyakannya kepunyaan Along. Banyak harta Along yang saya ambil. Harta: Stetoskop, buku2 tebal dan alat2 ENT (mungkin banyak lagi).

Hari ini kena setel kemas! Jangan bertangguh lagi. 

Nanti boleh buat kerja lain lagi. Masak memasak :)

**Hobi tengok CSI :) 


Saturday, April 30, 2011

Dr.

Finally,

Dr is for Drama.

Drama that I have gone through today. 

All the heartache and hardship. Ups and downs in 6 years.

But all in all, I just want to say :)


Actually, Dr is for Doctor :)

**Note: I will write more later! InsyaAllah.

Saturday, April 23, 2011

Hari Cuti Semalam



Assalamualaikum wbt

"Free from classes and hospital for the time being"

Lepas exam final haritu ok lagi. Berehat di rumah catch up balik tidur dan makan (eh tak makan ke sebelum ni?)

Betul! Beberapa orang tegur, 

"Kak Tasha makin kurus lah" junior yang datang rumah semalam :) 

"Akak pun rasalah" (rasa jelah, secara pasti tak sure) 

*Tak penting pula perbualan kat atas.

Semalam satu hari saya kat rumah kat sini saja. Bukan rumah di kampung yang riuh rendah dengan kanak-kanak dan budak kecik(adik) yang boleh kacau. Satu hari semalam saya kemas-kemas, masak dan makan sama-sama(housemate dan adik junior dan adik kandung). Satu hari tengok TV, lama sangat rasa tak tengok TV. Sudahnya rasa tak biasa pula bila cuti kat sini. Sebabnya kalau cuti terus balik kampung halaman yang riuh rendah. 

Semalam ada buat satu entri, sempatlah dalam tak berapa lama publish, kena simpan dalam draft balik :) Nantilah fikir balik tulis dan tulis balik. Mesti ramai tekan tak jumpa entri yang sempat keluar di bloglist. 

Semalam Ustazah sms tentang kelas mengaji juga. Bila ustazah sms cakap tentang pindah kelas sebab petang selalu hujan lebat kat sini. 2 kali dah saya tak datang(sebab balik msia dan exam final). InsyaAllah akan komited.

Semalam juga dapat peringatan tentang diri. Hidup beramai-ramai(jemaah). Boleh ke hidup sorang-sorang? Jemaah itu lebih dari sorang. Penting sangat penting. * Hurai dalam entri lain tentang ini. InsyaAllah semoga ditetapkan hati untuk terus di jalan-Nya. Terima kasih sahabat! 

Setakat ini dahulu. Janji hari ini nak keluar. Nak pergi ITB (bukan universiti diorang, ye adik saya belajar di sana) 

**Letak gambar semalam balik. 

Sunday, March 27, 2011

Yang Terakhir (menulis di sini)

Assalamualaikum wbt

Sampai masanya saya bersara dari kerja menulis di sini, mungkin buat sementara. 

Sebenarnya beberapa hari lepas saya rancang nak menulis entri ini, tetapi ada sahaja halangan dan perkara yang lebih penting yang lebih dahulu perlu dilakukan. Beratnya dan rasa sedih juga nak tulis entri terakhir ini. Kadang-kadang kita kena korbankan sesuatu perkara demi perkara yang lebih penting. Saya akan bersara dari kerja menulis kerana nak tumpukan kepada "full time job as a student". Banyak pula perkara teknikal yang perlu dilakukan bila nak sampai ke penghujung ni. Isi borang semua dan yang paling penting ulangkaji pelajaran. 

Sekarang saya di rotasi klinikal Radiologi dan Kedokteran Nuklir. Rotasi terakhir di Rumah Sakit Hasan Sadikin (RSHS). Sudah seminggu saya di sana, tinggal 2 minggu lagi sebelum selesai semuanya rotasi klinikal di RSHS. Study leave seminggu lebih kurang dan ada final exam. Final exam yang masuk semua rotasi klinikal sebelum ini. Kena ulangkaji semua balik. Setakat mana dah ulangkaji saya? -__- Sedang berusaha gigih. Doakan saya semua. 

  • Ujian MCQ(200 soalan) -  18 April 2011
  • OSCE (12 stations)  - 19, 20,21 April 2011 
Seramnya dan tak sangka cepatnya masa berlalu. Eh tiba tiba dah nak exam final. Dah masuk 6 tahun saya di sini. Banyak pengalaman yang dah dapat setakat ini. Susah senang pahit manis semua ada. Semua itu mematangkan saya hari demi hari. Alhamdulillah, Allah swt tak hadirkan sesuatu dengan sia-sia, walaupun dalam fikiran kita hanya kita yang rasa sedih dan jatuh. 

Mungkin selepas ini saya sudah jarang-jarang update di FB. Kecuali kalau ada gambar terbaru dari family(ma, abah , kakak dan adik-adik)  dan mereka ajak chat baru buka. YM pun dah lama offline untuk semua orang kecuali family :) InsyaAllah kalau sms/call saya jawablah. Bukan nak duduk dalam gua tapi macam kakak saya cakap,

"save the energy to your brain".

Betul jugak kalau difikirkan, baik bukak "buku pink" baca lagi banyak manfaat! 

"kalau penat studi pegi ambill wudu' dan solat sunat" kata-kata nasihat dari orang yang sudah berjaya.

Susah nak jadi dokter ni. Baru tahu ke? :) Lagi-lagi kalau nak ikhlaskan niat dalam belajar dan nak tolong orang dengan tanpa rasa mengeluh rasa penat. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan bersyukur kerana dipilih untuk berada dalam bidang ini. Pekerjaan yang mulia. Pekerjaan yang dapat tolong orang. InsyaAllah semoga "mimpi-mimpi" saya tercapai. 

Jauh datang dan dah banyak duit ma abah kakak yang guna(kadang-kadang duit pakcik  jpa bagi tak cukup) Banyak pengorbanan mereka untuk saya. InsyaAllah ini hadiah untuk mereka nanti. Kena belajar dengan sepenuh hati. Bukan main-main. Nanti nak rawat manusia. Bukan mesin atau robot. 

Dalam kesempatan yang ada juga kena banyak belajar tentang skills kehidupan. Apa dia? Kemahiran hidup. Kemahiran komunikasi dengan baik dan kena sental hati ni supaya hilang apa-apa yang negatif (jangan bagi ruang langsung buat syaitan nak masuk). Kena usaha tak boleh sekadar dengan kata-kata. Banyak lagi kemahiran hidup lain lagi yang saya nak capai. InsyaAllah.

InsyaAllah tahun ini adalah tahun untuk membina kerjaya. Tak lama lagi akan turun ke dunia nyata. Sudah ada tanggungjawab kepada pesakit. Kalau sebelum ini masih boleh tanya-tanya dokter, residen atau konsulen. Lepas ini kena buat sendiri dan kena bertanggungjawab kepada pesakit. Tak lama lagi juga akan pulang ke negara asal. Rindunya nak balik lama-lama -__-

Negara asal. Macam balik ke tempat asal. Risau pun ada sebab sudah lama tak balik dan menetap secara lama di sana. Hehe. Sejak tingkatan 4 lagi balik pun ketika cuti sahaja. Kali ni tak lama lagi akan balik untuk kebaikan (for good). InsyaAllah akan berkhidmat untuk negara asal. Jadi geng Along dan Abang Long :)

Rasanya setakat ini dahulu dari saya. Ada rezeki dan panjang umur kita jumpa lagi di sini. Doakan saya semoga saya sentiasa sihat, berjaya dalam peperiksaan akhir nanti dan juga dapat pulang dengan selamat nanti. 

Doakan saya ya semua :)

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi doakan saya. Semoga Allah swt juga memberi kejayaan kepada anda semua juga. InsyaAllah.


Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandi Kalau ada umur yang panjang Boleh kita berjumpa lagi.


Nota 1 : petang tadi baru balik dari pasar baru beli kain untuk balik msia dalam masa terdekat sebelum final exam, balik jumpa keluarga untuk ambil semangat dan restu. Sekejap sahaja sambil renew visa.

Nota 2 : "buku pink" = Al-Quran kecik saya.

Nota 3 : Good luck untuk semua kawan satu batch yang nak final exam jugak! untuk junior yang nak exam pre-klinikal jugak.

Nota 4 : Menulis sambil tunggu Fathimah Az-Zahra yang dalam perjalanan nak datang sini. Fathimah ex-classmate dan juga ex-dormmate di kisas. Dia dah selesai kerja belajar di Universitas Trisakti, Jakarta.  (kalau nak tahu dak2 kisas batch saya ramai di sini (indonesia) kadang2 mmg tak kenal lagi2 kalau yg lelaki. 

p/s: akan buka jugak di sini tapi hanya untuk baca dan lihat-lihat update kawan-kawan sahaja. 

Thursday, March 24, 2011

"Nak give up studi"

"Saya nak give up studi lah sebab rasa tak boleh nak fokus dan tak kuat".

Give up study?

Pernah ke terfikir apa yang sudah kita lalui selama ini sudah banyak dan sudah agak lama walaupun seminggu, sebulan atau setahun. Berapa banyak duit yang sudah habis dan nak dibazirkan kalau nak tinggalkan semua perkara ini sekarang? Tarik nafas dalam-dalam dan fikir dalam-dalam. Jangan buat keputusan dalam keadaan emosi tidak stabil. Lagi-lagi dalam keadaan hati tidak tenang. Nanti kita yang menyesal tidak sudah-sudah.

Dalam kehidupan ini banyak ujian yang perlu kita hadapi. Ini semua ujian yang Allah swt bagi, pernah tak dengar ayat ini dalam Al-Quran? Al-Quran sudah berapa lama tak buka? Tersimpan kemas dalam almari bukan untuk jadi barangan antik. Ambil sekarang dan buka Surah Al-Baqarah, ayat 286. (muka surat 49). Baca betul-betul! 


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Kalau kita rasa kita terperosok jatuh dan sedih. Lihat orang yang di bawah kita yang nasib mereka lagi buruk dari kita. Jangan pandang orang di atas kita. Tak rasa ke kita masih ada family yang sangat sayang kita? Ada makan pakaian cukup dan dapat peluang berada di tempat kita sekarang. Cuba lihat orang-orang yang tak ada peluang belajar. Tak cukup duit nak makan pun.

Sampai bila nak jadi tak kuat? Jangan jadi lembik! Jangan jadi lemah! Kita tak akan kemana-mana dengan macam tu. Nak susahkan berapa ramai orang dengan keputusan kita yang dibuat sebab perkara remeh. Jangan nanti menyesal. Ambil masa fikir dalam-dalam. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Ingat satu perkara. Kita hidup ini bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Bangun. Tolonglah bangun dan sedar. Jangan dalam keadaan macam ini Allah SWT tarik nyawa kita. Nak ke? Dalam keadaan kita yang masih meratapi perkara yang remeh temeh. 

Jadilah kuat. Cubalah untuk jadi kuat. Mungkin susah dan perit tapi bangunlah jangan jadi orang yang lemah.

Salam sayang,

Orang yang sangat menyayangi kamu.

Sunday, March 13, 2011

Bercuti di Bandung : Flyover

Assalamualaikum wbt

Boleh dikira sambungan dari entri : Bercuti di Bandung : Kawah Putih

Bukan gambar yang saya ambil sendiri. Tapi saya sudah lama bercita-cita nak ambil gambar yang macam "Jambatan Pulau Pinang" ini. Sayalah yang panggil. Hari ini sambil nak hilangkan mengantuk tiba-tiba jumpa di blog seorang pelancong. 


Rumah Sakit Hassan Sadikin bawah flyover tu lah. Tempat saya keja belaja

Tangkuban Perahu kat belakang tu?
Peta Pulau Jawa

Kredit: Aku Sebutir Pasir

**Entri untuk menghilangkan mengantuk ;) Mari sambung belajar!

Monday, February 21, 2011

Sebagai Seorang Pelajar

Kesenangan akan datang setelah kesusahan

 Assalamualaikum wbt

5.23 am waktu saya mula menulis entri ini. Hari masih gelap di luar. Subuh sudah berlalu lebih kurang 1 jam yang lalu. Alhamdulillah sempat bangun setengah jam sebelum subuh. Nikmat munajat di tengah malam(walaupun tidak terlalu tengah malam). Sudah lama tidak menulis pada awal pagi. Selalunya pasti tergesa-gesa sebab banyak perkara belum beres. Sebenarnya ada juga yang belum studi lagi, tapi sebagai seorang pelajar memang selamanya tak akan beres untuk belajar. 

Hari ini sudah mulai minggu peperiksaan. Sekarang saya di rotasi Penyakit Kulit dan Kelamin. Rotasi minor saya, jadi hanya 3 minggu dan minggu ke -3 adalah minggu evaluasi. Rasa sangat cepat. Sudah tak lama untuk ujian akhir (comprehensive exam). Adoi~ 

Saya masih pelajar. Rutin seorang pelajar ada ujian dan peperiksaan, memang tak boleh lari. Kalau tak nak semua ini kena tunggu kerja nanti. Haritu sewaktu call Tahirah yang sudah jadi HO dia kata perkara yang best tentang kerja adalah tidak ada exam. Along pun pernah cakap perkara yang sama.

Jadi wahai hatiku sabarlah dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh jangan putus asa kerana masa anda akan tiba tak lama lagi. Semangat jangan lari tetaplah dengan saya. Semoga dipermudahkan perjalanan di akhir-akhir ini. InsyaAllah.

Sebagai seorang pelajar, kurang tidur kurang makan(betul ke?) adalah perkara biasa. Jadi jangan mengeluh sangat. Kena berkorban banyak untuk berjaya. Kena usaha sungguh-sungguh supaya tidak menyesal nanti. 

Sebagai seorang pelajar dan bukan pelajar juga, doa sangat penting. Salah satu usaha juga tak boleh main-main. Kena berkorban tidur malam dan berusaha untuk banyakkan munajat di tengah malam. Ibadah juga kena jaga sangat-sangat. Ingat! Ilmu itu adalah suci jadi hanya akan diterima oleh hati yang suci juga. 

Setakat ini dahulu rasanya. Nota-nota saya sudah panggil untuk dibaca :) Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat. Saya doakan sahabat-sahabat dan juga anda semua juga. InsyaAllah.

**Lagu di blog sekarang adalah, "Akan Ku Jumpa"

Tuesday, February 15, 2011

12 Rabi'ul Awal /15 Februari: "Angah Sakit Kaki Lagi"

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari cuti umum (public holiday) di sini dan juga di Malaysia. Hari libur atau tanggal merah orang di sini panggil. Perancangan semalam berjaya! Alhamdulillah. Puas hati sebab rumah dah setel bersih dan semalam berjaya masak behoon (mi hoon ke?) untuk makan ramai-ramai.

Semalam



Selesai saja kelas petang semalam terus buat rancangan :) Pergi PVJ lepas tu masak dan sediakan makanan. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, sedikit pengisian daripada ustaz-ustaz yang pada mulanya saya minta ustaz mohsein tapi beralih kepada ustaz hazwan dan akhir sekali ustaz zulfahmi yang memberi pengisian. Selepas solat hajat dan isyak berjemaah, diteruskan pula dengan majlis makan-makan. Beramah mesra dengan sesama. Bukan selalu bertemu walaupun satu rumah sakit.

Birthday Hafizi

Dekat-dekat jam 12 am. Kawan-kawan hafizi datang. Saya rancang sudah lama nak bagi hafizi surprise. Nampak gaya memang terkejut betul dia. Saya rasa baik kita biar gambar bercerita :)

Semalam ada salji turun depan rumah ;)

Motor baru pun kena jugak

Kawan-kawan piji yang sporting dan pandai berlakon!

Nampok samo mudo jah? Hehe

Ramai orang tak puah hati kenapa baru 19? Iskhhh.


Semoga panjang umur dan murah rezeki. Berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabb.

**Nota saya: 
  1. Terima kasih kepada Siti Nurul Amirah dan Khairi Fatimah yang pakat sama-sama goreng behoon. Alhamdulillah berjaya juga kita memasak untuk ramai orang. Terima kasih buat semua kawan-kawan Hafizi yang tolong saya semalam juga. Terima kasih juga yang datang semalam.
  2. "Angah sakit kaki lagi". Cerita semalam :) Tapi prank sahaja.
  3. Kaki saya dah sihat walaupun masa duduk untuk solat masih rasa sakit tapi sedikit sahaja. Bak kata seorang sahabat, "Redah saja, baru namanya mujahadah" ;)

Sunday, February 13, 2011

Hari Ahad Di Bandung

Assalamualaikum wbt

Kalau masa rotasi Bedah (surgery) dulu hidup agak sedikit berantakan dan macam tidak terurus. Hahaha (walaupun kadang-kadang agak berlebihan), tapi tak adalah terlalu teruk. Semuanya pengalaman kan? Kalau tak lalui tak tahu dan kalau tak buat tak akan dapat pengalaman dan mungkin tak berani nak buat bila dah kerja betul-betul nanti di negara sendiri. Pengalaman menambah keyakinan. Kembali kepada hari ini.

Pagi lagi Along ada telefon tanya khabar. Tanyakan Hafizi. Oh ya, adik saya Hafizi belajar di Bandung juga. Cuma bukan satu universiti. Dia di Institut Teknologi Bandung (ITB). Baru saja datang. Tak pernah pun terfikir "budak kecik" dulu dah besar dan masuk U dekat dengan saya. Belajar rajin-rajin Jiji (iman panggil dia nama ni). 

Sekarang masuk rotasi minor. Jadi tak ada oncall (shift malam). Rotasi sekarang Kulit Kelamin (dermatovenerology). Rasa sangat berbeza dengan 9 minggu di Bedah. Macam selang satu hari ada oncall. Mengantuk dan penat, tak sempat baca buku. Sekarang semua sudah berbeza, pergi rumah sakit (hospital) jam 7 am dan balik jam 3.30 pm. Banyak masa untuk study dan tidak stress. Belum stress mungkin sebab baru seminggu. Hehe. Baru seminggu masuk Kulit ni. Oklah, cuma saya belum banyak membaca lagi. Sudah lama rasanya tidak berada di meja belajar dan membaca buku secara berjam-jam. Semangat! 

Hari ini pagi-pagi ini kemas sedikit bilik dan nak baca tentang penyakit kulit. Lepas zohor ada plan nak ke pesta buku bersama Ada dan Khairi (orang kaya baru dapat elaun klinikal. Hehe) Harini kena siapkan semua 'list-to-do'. Tiket masih belum beli lagi untuk balik bulan 4. Tengah survey entah untuk kali yang ke berapa. Tak apa tak lama lagi berakhir semua ini. Beberapa bulan lagi untuk bertahan. InsyaAllah semoga berjaya dengan cemerlang dan jadi dokter yang berjaya :)

Cuci Gambar

Hari ini juga nak tengok gambar yang banyak dalam file nak cuci untuk Nabila. Nak bagi hadiah apa untuk Nabila nanti ye? 

Oklah kena belajar dulu. Tak lama lagi kalau dah kerja pasti rindu zaman menjadi pelajar ni. 

Jangan lupa senyum sokmo :) 

Saturday, February 12, 2011

Hari Sabtu Di Bandung

Iman dengan Atuk. Iman sekarang dah umur 3 tahun. Bukan lagi 'budak kecik'.
Assalamualaikum wbt

Minggu lepas hari sabtu yang sama saya masih di rumah bersama Iman dan Danish Ikram. Besar dah dua orang 'budak kecik' dulu. Biasalah kalau di rumah memang suka duduk di rumah sahaja. Bersenang-senang tengok TV dan makan-makan :) Paling penting bersama keluarga. Ziarah saudara-mara yang saya dah rancang dari awal.

Hari sabtu di Bandung. Hari ini sabtu pertama. Sejak semalam sudah rancang dari awal aktiviti hari ini. Awal-awal pagi kemas bilik kemas semua buku-buku. Banyak juga buku bukan medik yang saya ada yang saya beli di sini. Nanti nak bawa balik semua ke Malaysia. Dah mula berkira-kira. Bulan 4 nanti saya wajib balik. Eh boleh pulak ada wajib? Saya dah tak boleh tinggal di Indonesia lagi -__- 

Survey tiket dah berapa kali dengan harapan harga tiket menjadi murah. Rasa-rasanya malam ni dah kena beli sebelum menjadi mahal lagi. Tak nak jadi macam balik hari tu lagi dengan tiket sangat mahal bagi saya untuk seminggu. 

Oklah. Khairi dan Badihah sudah tunggu untuk aktiviti hari ini! Jumpa Mina juga nanti. InsyaAllah :) 

Hidup ini kena bergerak tak boleh 'static'. Kena bangun tak boleh terperangkap dengan kisah-kisah yang tak patut - ayat untuk hari ini. 

Jangan lupa senyum sokmo! :)

Sunday, January 2, 2011

Part 1 : Tahun 1431H / 2010 M

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah tahun 1431H dan 2010M sudah melabuhkan tirai masing-masing. Syukur masih dipanjangkan umur dan diberi kesempatan oleh-Nya untuk sampai ke tahun baru 1432H / 2011M. Rasa sungguh cepat masa berlalu. Harini sudah 27 Muharram dan 2 Januari. Mari kita lihat sedikit apa yang dah berlaku setahun lepas. Semoga ini akan menjadi pelajaran dan pengalaman yang sangat bermanfaat buat saya. InsyaAllah.

Tahun Klinikal

Setahun penuh 2010 adalah tahun klinikal saya di Rumah Sakit Hassan Sadikin (RSHS), Bandung. Penuh pengalaman, pelajaran, dugaan, cabaran, naik dan turun, pahit dan manis. Semuanya menjadikan saya lebih kuat dan banyak yang saya dapat belajar bukan sahaja dari bidang perubatan tapi banyak belajar tentang kehidupan di sini. 

Bermula bulan Januari-Jun saya tak balik ke Malaysia. Sebenarnya sejak mula tahun klinikal pada bulan Oktober 2009 - Jun 2010 saya tak pulang ke Malaysia. Lama kan? Rasa tak percaya  dengan diri dapat bertahan di sini. Awal Jun 2010 saya pulang ke Malaysia selama 6 minggu. Memang banyak saya buat kalau di rumah. Pertengahan Julai 2010 pulang kembali ke sini, bumi Bandung. Sehingga saya menulis harini itulah kalini terakhir saya pulang bercuti ke Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada diri saya dengan pencapaian ini, pulang ke Malaysia sekali sahaja dalam setahun. Belum pernah lagi tahun sebelumnya saya pulang hanya sekali. Selalunya 2-3 kali dalam setahun. Cukup menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha di Bandung. Alhamdulillah sudah selesai rotasi klinikal yang mencabar. Rotasi klinikal yang sudah dan bakal  selesai:
  1. Ilmu Penyakit Dalam (internal medicine)
  2. Saraf (neurology)-Jiwa (psychiatric)- Forensik (forensic)
  3. Ilmu Kesehatan Anak (paediatrics)
  4. Ilmu Kesehatan Masyarakat (public health)
  5. Obstetriks & Ginekologi (obstetrics & gynaecology)
  6. Telinga Hidung Tenggorokan (ear nose throat)- Mata (ophthalmology)- Gigi Mulut (teeth and oral)
  7. Ilmu Bedah (surgery)
  8. Radiologi (radiology) - Anestasi (anaesthesiology)- Kulit&Kelamin (dermatovenerology)
Tinggal rotasi surgery yang minggu depan sudah masuk minggu ke-6. Yeay! :) Rotasi major terakhir. Tinggal 3 lagi rotasi minor (no 8). Semoga saya lulus dengan baik semua rotasi klinikal. Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan saya semua! 

Awal-awal masuk klinikal memang rasa boleh ke tak buat ni (monolog dalaman), tapi semakin lama semakin dapat sesuaikan diri. Sekarang kalau jalan-jalan di rumah sakit dan ada keluarga pesakit tanya, "Neng(anak), ruang(wad) 17 di mana?". Dah boleh jawab tanpa teragak-agak lagi. Sudah tahu selok-belok RSHS. Besar RSHS ini. Boleh kurus sesiapa yang masuk klinikal di sini.

Ma saya cakap, 

"Ma tengok angah semakin kuat  sejak masuk klinikal, lagi-lagi di sini" (ma bandingkan tempat along belajar di Malaysia dengan tempat saya belajar di sini). 

Baru-baru ini ma ada beritahu melalui telefon katanya lagi, 

"Susah belajar di sana, ma tahu tak sama dengan tempat along belajar, asrama di belakang sahaja". Bandar Cheras dibandingkan dengan Bandung :) Sungguh jauh. Ada kelebihan dan kekurangan di sini dan juga di sana. 

Oh lupa nak cakap ma, abah dan adik bongsu saya datang di sini awal bulan 12 haritu :) Sangatlah bahagia ada keluarga datang! Terima kasih ma abah adik datang lawat angah dan Hafizi di sini.

*sambungan nanti, ada jemputan makan pulut kuning dari Cik Ada :)

**Nota saya : 
  1. Malam ni oncall di surgery yang ke -10. Yeay! Haritu saya oncall pada malam tahun baru. Memang banyak pesakit (dapat kes yang tiada pada hari biasa).
  2. Saya kongsikan salah satu azam baru saya setelah membaca artikel yang sangat bermanfaat di blog Memberi Menambah Kelebihan Diri : saifulislam.com
  3. "Memberi, tidak pernah mengurangkan apa yang ada pada diri, malah menyuntik subur berkat dan kemajuan." Lebih memberi dan lebih memahami erti hidup pada memberi.
  
“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.”
[Al-Israa' 17: 7]