Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Saturday, October 22, 2011

Please Dont Judge!


‎''Before you accuse me, take a look at yourself'' ~Eric Clapton

No one enjoys beings judged. 

At least, I cannot think of anyone that enjoys being judged.
Sadly though, there is a whole lot of judging others going on in our day-to-day lives!


To avoid judging,we should reflect on times when we act judgmental.
Learn, grow and reflect on what might be going on inside of you when you form judgments.
Look at all the known facts in a situation.


Be compassionate to ALL living creatures.


Be sensitive to what others might be going through.


Lastly,encourage yourself to accept others as they are.YOU are not at any place to attempt to change anyone....When you find yourself forming an opinion about someone or their actions, take a moment to think of what might be going on in their life instead of JUDGING :)

Source: Wisdom Quotes

ps: mulut orang tak boleh nak sekat.


GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK, TAPI KUMAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK. 

Friday, August 19, 2011

How To Handle?



To handle yourself, use your head;
To handle others, use your heart.

Source: Wisdom Quotes 


Assalamulaikum, 

Kepada diri, tak perlu berdebat dengan orang tentang perkara yang tak penting. Walaupun kita tahu kita benar, tak perlu berdebat. Mahupun bertekak. Lagi-lagi dalam bulan yang mulia ini. Ramadhan kareem. 

Aku pernah baca tapi aku dah lupa buku yang mana(lain kali cuba highlight), "walaupun kita benar tak perlu nak berdebat tentang perkara yang hanya akan membuang masa", "diam". Bukan "diam" sebab kita memang tak "power" nak berdebat, tapi "diam" sebab tak perlu nak membuang masa untuk beritahu kita yang benar. 

"Actions speak louder than words"


Buktikan dengan perbuatan. Apa yang kita buat itu adalah yang dizahirkan dari hati.

Aku pernah juga dengar ustaz/ustazah(dah lupa ustaz atau ustazah yg ckp), 

"akidah yang mantap akan menjadikan ibadah yang benar seterusnya akan menzahirkan akhlak yang baik"


Baik. Bukan baik sahaja. Kita nak baik akhlak. Semua orang boleh jadi baik, tapi sebagai muslim kita lebih lagi dari bukan muslim iaitu baik akhlak. 

Astaghfirullah hal a'zim.

Ujian apabila Allah SWT temukan dengan ramai orang yang tak pernah terfikir untuk bertemu. Ini cara Allah SWT nak tarbiyah (didik) sebelum nanti balik mesia tercinta. Nak "train" macamana nak "handle" situasi dan juga bila nanti berhadapan dengan perkara yang sama. Alhamdulillah :)

Nota:Berhenti dulu menulis untuk buat case report. Baru balik oncall, tadi pergi hospital pukul 7am-9pm. Beruntung sangat ada adik kat sini yang boleh diharap. Tadi dia yang ambil saya balik dari oncall. "aku" itu adalah saya:)


Thursday, March 24, 2011

"Nak give up studi"

"Saya nak give up studi lah sebab rasa tak boleh nak fokus dan tak kuat".

Give up study?

Pernah ke terfikir apa yang sudah kita lalui selama ini sudah banyak dan sudah agak lama walaupun seminggu, sebulan atau setahun. Berapa banyak duit yang sudah habis dan nak dibazirkan kalau nak tinggalkan semua perkara ini sekarang? Tarik nafas dalam-dalam dan fikir dalam-dalam. Jangan buat keputusan dalam keadaan emosi tidak stabil. Lagi-lagi dalam keadaan hati tidak tenang. Nanti kita yang menyesal tidak sudah-sudah.

Dalam kehidupan ini banyak ujian yang perlu kita hadapi. Ini semua ujian yang Allah swt bagi, pernah tak dengar ayat ini dalam Al-Quran? Al-Quran sudah berapa lama tak buka? Tersimpan kemas dalam almari bukan untuk jadi barangan antik. Ambil sekarang dan buka Surah Al-Baqarah, ayat 286. (muka surat 49). Baca betul-betul! 


286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".


Kalau kita rasa kita terperosok jatuh dan sedih. Lihat orang yang di bawah kita yang nasib mereka lagi buruk dari kita. Jangan pandang orang di atas kita. Tak rasa ke kita masih ada family yang sangat sayang kita? Ada makan pakaian cukup dan dapat peluang berada di tempat kita sekarang. Cuba lihat orang-orang yang tak ada peluang belajar. Tak cukup duit nak makan pun.

Sampai bila nak jadi tak kuat? Jangan jadi lembik! Jangan jadi lemah! Kita tak akan kemana-mana dengan macam tu. Nak susahkan berapa ramai orang dengan keputusan kita yang dibuat sebab perkara remeh. Jangan nanti menyesal. Ambil masa fikir dalam-dalam. Jangan pentingkan diri sendiri. 

Ingat satu perkara. Kita hidup ini bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Bangun. Tolonglah bangun dan sedar. Jangan dalam keadaan macam ini Allah SWT tarik nyawa kita. Nak ke? Dalam keadaan kita yang masih meratapi perkara yang remeh temeh. 

Jadilah kuat. Cubalah untuk jadi kuat. Mungkin susah dan perit tapi bangunlah jangan jadi orang yang lemah.

Salam sayang,

Orang yang sangat menyayangi kamu.

Saturday, November 13, 2010

Alhamdulillah, Ok je :)


Assalamualaikum wbt.

Semua pasti sudah tahu mengenai Gunung Merapi di Jogjakarta yang meletus pada 26 Oktober dan 5 November yang lepas. Mungkin setelah letusan pada 5 November lepas iaitu pada hari Jumaat  yang menyebabkan abu dari letusan gunung merapi tersebut sampai ke Bandung.

Jarak Bandung - Jogjakarta 309 km tapi abu volkanik boleh sampai sehingga Bandung. Alhamdulillah hujan turun dan kami di sini tak terasa sangat debu tersebut. Sehingga hari ini setiap pagi atau petang pasti hujan. Alhamdulillah hujan rahmat yang membawa abu pergi. Lapangan terbang di Bandung tutup bermula 5 November sehingga semalam. Pasti ramai yang terkejut dan tertanya2 khabar kami di sini. 

Ramai yang sms dan bertanya khabar menerusi FB. Gembira pula ramai yang ambil tahu dan ambil berat. Hehe. Kalau ahli keluarga memang setiap hari bertanya. Terima kasih semua. Alhamdulillah, Ok je :)

Keadaan di Jogjakarta sedikit berbeza tapi dari berita yang saya baca sudah berkurang aktiviti letusan. Doakan semoga keadaan bertambah baik. Semoga warga penduduk di Jogjakarta juga tabah dan selamat. Doakan juga kawan kita dari sana yang masih belajar di sana. Ada juga kawan2 klinikal yang tidak pulang sebab ingin membantu mangsa2 di sana. Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan mereka semua dalam keadaan baik2.

Beberapa bencana alam berlaku di sini. Sejak beberapa tahun di sini banyak pengalaman sudah dilalui. Alhamdulillah, teruskan berdoa semoga semuanya baik2 sahaja. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku. Setakat ini, Alhamdulillah Ok je :) Untuk ma dan abah, angah dan eji kat sini baik2 dan sihat je :) Alhamdulillah =)



Friday, February 12, 2010

Buat Sahabat2 Marilah Kita

Muhasabah dan Berubah...


Ujian itu tandanya Allah sayangkan kita...


Kita ada banyak kewajipan yang belum kita lakukan..Masih ada waktu lagikah untuk kita membuang masa?


Demi masa.

Sungguh, manusia berada dalam kerugian,

kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

Surah Al-'Asr ayat 1-3


Thursday, February 11, 2010

Bersyukurlah


Bersyukurlah kepada Allah
kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu.

Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu.

Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu.

...Ya Allah,moga dipelihara hati yg selalu mengeluh ini..same2 kita hisab diri ye...

::..bersyukurlah..::


Friday, December 18, 2009

Alhamdulillah::Internal Medicine

Assalamualaikum wbt

Petang semalam adalah hari terakhir bagi rotasi Ilmu Penyakit Dalam(IPD) atau Internal Medicine.

Petang semalam juga iaitu pada jam 2 pm ada Judicium untuk rotasi ini. Judicium adalah hari di mana keputusan kami diumumkan. Sama ada lulus atau gagal, untuk lulus adalah A atau B sahaja. Secara automatis akan gagal rotasi ini kalau dapat selain dari A dan B. Markah untuk lulus pula adalah 68% dan keatas. Semasa saya dan teman2 sedang menunggu di luar dewan di tingkat 5 bangunan IPD tersebut, hati ni berdebar Tuhan sahaja yang tahu. Kalau gagal kami masih diberikan peluang untuk ambil ujian pada hari selasa depan, tapi saya mengharapkan dan berdoa supaya saya lulus untuk rotasi klinikal pertama ini. Dalam hati saya istighfar banyak2 dan pengakhirannya saya berserah kepada Yang Esa.

9 minggu di rotasi ini penuh cabaran, onak dan kerja keras. Pejam celik dah minggu terakhir dan hari pengumuman keputusan tiba jua. Ini juga adalah Department yang boleh dikatakan major.

Saya masuk rotasi ini pada 19 Oktober lalu, setelah 3 bulan bercuti panjang di Malaysia. Selalunya susah dan lambat sedikit nak dapat momentum untuk belajar kalau selepas cuti panjang. Salah saya juga, Ma dan Along dah suruh belajar masa cuti tapi saya tetap bercuti sesungguhnya. hehe. Padan muka! Terpaksa bekerja keras.

Pada saya Internal Medicine ataupun dalam Bahasa Indonesianya adalah Ilmu Penyakit Dalam sangatlah menarik walaupun bacaan haruslah banyak! 80-90% penyakit adalah dalam rotasi ini. Jadi belajar betul2! Kepada adik2 junior pula kebanyakan kes2 yang kita belajar masa 2nd-4th year ada di rotasi ini. Aplikasi pengetahuan dahulu adalah sekarang. Klinikalnya adalah sekarang. Jadi sila belajar dengan betul2 kes2 di tutorial sekarang. Kutip banyak2 dan baca banyak2 tentang Anatomy, Physiology, Histology dan Pharmacology penyakit2 tersebut. Sudah masuk klinikal nanti tinggal aplikasi sahaja.-->sepatutnya, belajar dari mula:) tapi biasalah usaha gigih kita hanya akan muncul apabila ada exam sahaja. hehe. termasuklah saya:) tapi tak terlambat untuk kita ubah strategi belajar dan yang penting kita teruskan usaha dan fokus.

Berbalik kepada pengumuman keputusan tadi, nama kami dipanggil seorang demi seorang untuk masuk. Berdebar memang sangat tinggi! Ada juga saya tengok seorang kawan mukanya macam dah nak menangis. InsyaAllah boleh. Itulah adalah ayat saya, walaupun dalam hati pun risau juga:)

8 orang pertama dipanggil dan nama saya tiada dalam senarai. Masih ramai diluar. Setelah 5 orang pertama yang dipanggil berada di dalam dewan, mereka keluar. Dari raut wajah mereka, terlihat sedih dan wajah2 yang keluar tunduk, mereka gagal untuk rotasi ini. Pada saya mereka belum lagi lulus! Masih ada peluang. Jangan putus asa kawan2!

Nama dipanggil lagi, dimulai dengan nama Aditya Fahmi, dia memang antara mahasiswa yang score! Dalam hati saya, mesti dipanggil ikut markah. Tak berapa lama nama saya dipanggil:) Kami berdiri di hadapan konsulan2 yang ada. Konsulan adalah consultant kalau di Malaysia. Spesialis yang sudah ambil sub-spesialis. Ketua IPD, Prof Rully memanggil nama 6 orang mahasiswa untuk maju kehadapan, termasuklah tadi ada Aditya Fahmi, budak terer! Mereka adalah mahasiswa yang mendapat A. Jadi saya tahulah yang saya dapat B, mungkin juga B+. hehe.

Walau apa pun nilainya, saat doktor konsulan tadi mengeluarkan ayat, "Bagi tepukan yang gemuruh untuk anda semua karena sudah lulus di IPD"..
Saya memandang teman disebelah saya, Nurlitasari dan tersenyum, Alhamdulillah!
Lega rasa hati. Syukur sangat2! Hilang segala rasa penat dan mengantuk sebelumnya.

Alhamdulillah dan Alhamdulillah saya sudah lulus rotasi pertama saya iaitu Internal Medicine.
Saya tahu ini semua tidak akan berlaku tanpa izin Yang Esa, banyak dugaan pada awal2 saya masuk klinikal, tapi saya berdoa tidak putus2 supaya Allah memberi kemudahan kepada saya. Tiada kata untuk saya gambarkan bahawa betapa Allah swt banyak membantu saya.

Kedua ibubapa saya, Ma dan Abah yang boleh dikatakan hampir setiap hari telefon saya dan memberi saya kata2 semangat. Saya sangat2 berterima kasih buat doa mereka. Along, Ila, Eg dan adik mereka juga sangat membantu masa saya rasa jatuh.

Buat teman2 saya juga:) terima kasih doakan saya.

Buat seorang teman yang masih tengah berusaha bersungguh2 sekarang. Terima kasih kata2 semangat anda dan terima kasih selalu buat saya selalu tersenyum. Buat yang terbaik untuk exam awak! InsyaAllah boleh:) Terus fokus dan berusaha gigih anak muda, walaupun saya tahu awak memang seorang yang berusaha gigih. Terima kasih.

Nota:
Lagu blog saya ni bertajuk 'Kau Kawan, Sahabat dan Teman'. Suka lagu ini. Khas untuk teman yang tengah gigih berusaha dan untuk semua teman2 saya yang lain juga:)

Sunday, October 18, 2009

KEMBALI

Assalamualaikum wbt...

Setelah lama saya sepi seketika dari menulis blog ini, kini saya kembali. Kembali untuk meng'update' blog yang hampir sebulan lebih saya tinggalkan. Artikel terakhir adalah terjemahan surah Al-Kausar. Saya jatuh dan mencuba untuk bangun. Kadang2 terfikir untuk hapuskan saja blog ini, tapi rasa sayang masih ada! Bukan sesuka hati boleh kita 'delete' dan letak sesuatu.

Hampir 3 bulan saya cuti dan berada di Malaysia. Pertengahan bulan Ogos saya ada datang sekejap ke Bandung untuk konvokesyen Sarjana Kedokteran. Kini saya dapat 'title', Natasha A.Hadi, S.Ked.

Sepanjang 3 bulan di Malaysia, Alhamdulillah menyambut sebulan Ramadhan sepenuhnya bersama2 keluarga.

Macam2 berlaku sepanjang 3 bulan~kalau nak cerita tak tidur pula saya malam ni. Lain kali saja lah.

InsyaAllah isnin nanti saya dah mula jadi co-ass di Rumah Sakit Hassan Sadikin, Bandung. Hidup semakin berubah dan saya harus menyesuaikan diri.

Banyak nak diceritakan dan banyak yang tak dapat di luahkan dengan kata2.

Saya berhenti di sini dulu, sekadar nak mengkhabarkan yang saya masih ada di sini.

1)Nak cari buku Maria~...(terima kasih pengalaman)

2)Kena tidur sebab esok pagi2, housemate ajak ke pasar. oh ye! saya ada housemate baru, sekarang rumah baru, dan semua baru..hehe..housemate saya:miss F, miss S, miss D dan miss N. nanti akan diceritakan siapa mereka.

3)artikel Renungan di bawah adalah untuk seseorang yang rasa itu adalah untuknya.

4)co -ass=intern, maksudnya kehidupan saya akan sepenuhnya di hospital. harap2 sihat dan kuat..!

Sekian.

Sunday, July 5, 2009

Cerita Judicium(^_^)


Assalamualaikum wbt...

Jumaat, 3 Juli 2009

Judicium 1 bagi mahasiswa tahun ke-4..entry sebelum ini saya ada sebut mengenai Judicium 1 ini, kenapa ada Judicium 1?mesti ada yang kedua? betul2(^_^)! malah ada Judicium 3..

Pada hari tersebut saya bangun sangat awal, sebelum Subuh lagi...walaupun pada malam sebelumnya saya tidur lambat sebab tak boleh tidur setelah bercakap2 di telefon dengan seseorang. (^_~)! pening kepala~kalau Tasha jadi kanak2 selamanya kan best(^-^)

Pagi Jumaat yang mawaddah saya harapkan. Hati berdebar sebab pada harini saya akan dapat keputusan untuk tahun ke-4 dan keputusan Department paper yang ada 46 semuanya iaitu keputusan dari tahun pertama sehingga tahun keempat. Harini adalah hari yang akan menentukan sama ada saya akan mengikuti wisuda(graduation) pada bulan Agustus nanti.

Sebelum tiba hari Jumaat, iaitu hari judicium ini, macam2 cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Saya pernah rasa kecewa kerana markah SOCA, kerana OSCE tahun ke-3 yang saya harus ulang 12 station yang dah setahun saya tinggalkan. Saya pernah rasa yang saya tak dapat lakukan semua itu. Peperiksaan OSCE (clinical exam) yang dimaklumkan 3 hari sebelum ujian, kami dimaklumkan yang kami harus datang lagi pada 30 Juni untuk ambil semua 12 station clinical exam tahun ke-3, kami harus belajar semua clinical skills yang dah setahun kami tinggalkan. Saya jumpa Dekan, Penolong Dekan, malah semua2 yang atas2 yang sebelum ini saya tak pernah jumpa. Jawapan yang diberikan adalah.."because it is stated in the new rules"...aduss! saya dan 14 orang rakan2 lain lalui juga exam tersebut, dan Alhamdulillah semua yang ambil lulus! Alhamdulillah~Lega hati saya dan teman2 saya~

Cerita di Hari itu (^_^)

Pagi2 lagi Mak dah telefon saya, rasa sebak sebab risau nak dapat keputusan..sebenarnya sebab semalam juga. hehe. saya dah penin lagi(~_^)!saya tetap seperti dulu...boleh ke berubah cepat2??..

Kembali kepada cerita judicium. Saya ke Fakulti dengan mengenakan Jas(kot) AlmaMater warna biru yang ada lambang UNPAD. Saya ingatkan diri saya yang keputusan dah tercatat saya lulus ke tak. Walau apa pun saya dapat, saya hanya tawakal kepada ALLAH SWT. Saya tenang.

Saya ingat kata2 Mak masa Mak telefon saya di pagi hari, "Angah sebagai orang Islam yang sebenar2nya kita sebenarnya tak perlu risau dengan apa2 yang kita bakal dapat, Islam mengajar kita semuanya. Jika kita benar2 beramal dengan Islam dan mengamalkan ajaran Islam, kita akan tenang." Lagi sebak dibuatnya..hehe(^_~)!

Semua mahasiswa tahun ke-4 berkumpul didalam satu dewan besar, Dr Najwa, selaku Ketua Fakultas kedokteran memberi ucapan dan menerangkan syarat2 untuk kami mendapat Sarjana Kedokteran (S.ked)..Harus lulus semua mata pelajaran yang kami tempuhi sepanjang 4 tahun di Fakultas kedokteran.

Setelah itu kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan slip keputusan kami di beri oleh dosen(dokter) pembimbing. Giliran saya adalah yang terakhir dalam kumpulan tersebut, lagi laa berdebar(^_^), sebelum saya ada beberapa teman2 yang dah lulus dan nampak wajah2 gembira mereka. Nadia, teman yang namanya di atas saya masuk dulu untuk mengambil keputusan. Setelah Nadia keluar dan giliran saya untuk masuk sempat Nadia bisikkan kepada saya, "Saya rasa awak lulus semua jugak!"..ohyeke?saya masuk dan Dr Astrid mengucapkan.."Congratulation Natasha!"..dan saya pandang slip keputusan yang dokter tunjukkan,

"ELIGIBLE FOR GRADUATION FROM UNDERGRADUATE PROGRAM"

Alhamdulillah~!dan dengan spontan saya bersalam dengan Dr Astrid. Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah~(^_^)!~

Wednesday, June 10, 2009

Jadi Dokter Harus Kuat!

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dah selesai exam~rasa lega dan rasa nak senyum sampai ke telinga(~_^)!...
Penat terasa, hampir sebulan peperiksaan dijalankan, dari peperiksaan bertulis,
oral test, dan membuat clinical exam..

Sungguh
capek deh!Lucu juga teringat cerita teman2 ,"aku still xleh tido semalam, dah tdo tibe2 terjage,tak tau nak wat ape"..hehe..dah biasa musim exam tidur tak menentu dan berjaga di malam hari, Biological clock pun ikut sama..hampir sebulan juga kami dalam mood ber'exam'..

Alhamdulillah SOCA dan OSCE sudah lepas, alhamdulillah~alhamdulillah.(~_^)!

SOCA adalah Oral Case exam. saya diuji dengan satu kes yang akan saya dapat pada masa tersebut, dalam masa 30minit waktu diberi untuk persediaan iaitu menulis diatas kertas dan mengingat balik Basic science dan Clinical..Selepas itu 20minit pula diperuntukkan untuk present case yang diberi tadi..dan markah dari ujian 20minit tersebut akan menyumbang kepada 4 subjek yang saya ambil semasa tahun ke-4 ini.Markah dari SOCA ini menyumbang 50% dari markah setiap subjek. 50% lagi datang dari ujian bertulis yang dijalankan di setiap hujung sistem. Jadi besar juga nilai markah tersebut..seterusnya nilai markah tersebut akan di hitung dalam CGPA saya..

Tahun pertama saya, saya akan menangis atau sedih kalau tak dapat A..pertama kali SOCA pada tahun pertama, saya masih ingat saya dapat 97%, kali ke dua 93%, kali ke tiga 75% dan kali terakhir pada tahun pertama saya dapat 88% (ingat tu semua!..hehe)..yelaa, mana boleh lupa, saya masih ingat pertama kali saya dapat B iaitu 75%, saya sangatlah down, sebaik saja Dr Gaga(wah2 ingat lagi~3tahun lps dah=) memberi nilai (markah), saya tanya Doktor,

"Why i can't get A?which part i did't explain?"..dengan ayat ringkas Dr Gaga menjawab, "You are not systematically explain your SOCA".."oh..ok..Thank you doc"..saya keluar menuju toilet dan menangis..(~_^)~!

Tahun kedua hanya ada sekali sahaja SOCA iaitu di hujung tahun dan menggabungkan 3 sistem yang dipelajari pada tahun tersebut..Markah SOCA tahun kedua saya dapat 77.5%..Saya masih ingat saya tak berpuas hati juga, yelaa mestilah dah dapat B nak A..Iskh2...!apala tasha ni tak bersyukur(~_^)!tapi ingat2 balik Alhamdulillah!~

Tahun ketiga, markah SOCA saya 69%..Perasaannya juga biasa2 saja..(tgk tu tak bersyukur lagi!~apa laa nak jadi ni..hehe)

Tahun keempat, iaitu baru2 ini, markah SOCA saya menunjukkan kemerosotan yang sangat jatuh, saya dapat 53%~ini adalah markah tidak lulus kalau di sini. (nak tau tak?selama ini saya tak tau pun markah untuk lulus SOCA tu adalah 56% dan ke atas..huhu..koya sungguh mung tasha(^_~)!Masa Dr Prahyudi jemput masuk untuk memberitahu markah, doktor tanya saya,

"Is it hard for you Natasha this case?"..Dah agak dah mesti ada tak kena ni..

"Can you study again?"tanya doc lagi..

"But doc, i've to submit my thesis this friday?how much i get?"

"Natasha, I am not making this a burden to you, but see at the bright and positive side, you can master more the topic which you are not understand"..."You are not alone"..

Saya tak nak markah tak lulus itu, tapi saya tak suka minta doktor tambah, saya kena terima..Rasa macam teruk sangat2..macam tak belajar langsung!apa yang dah saya buat selama ini?Hari itu hari Isnin dan saya giliran yang terakhir untuk SOCA, saya tak langsung pulang ke rumah..Saya duduk di As-Syifaa dan menangis(~_^)!hehe..(dop abeh2 nangis..)Saya tahu yang pada hari tersebut ramai yang nangis2 sebab dapat markah rendah dan ramai juga yang tak lulus..Tapi saya tak pernah tak lulus..Rasa sangatlah tak best..macam2 saya fikir!Macam2 datang dalam fikiran..Dah 4 tahun disini, rasa penat belajar..Sedih!Saya sedih.(~_^)!

Pagi esoknya saya bangun, saya kena belajar lagi untuk ambil lagi exam SOCA tersebut pada keesokkannya iaitu hari rabu..Pada mulanya, saya rasa sangat down dan terdetik di hati nak give up medical school!tak patut2..Iskh2..teringat balik lucu je rasa..hehe..

Macamana saya boleh bangun lagi?(yelaa saya kan tak suka orang yang tak bersemangat dalam hidup, jadi saya tak suka saya down terlalu lama)

Saya ambil buku motivasi tulisan Prof Dr. Muhaya, 'How to become a good and successful medical student'..Saya baca part yang saya tak sangka, saya akan lalui(koya lagi=)~!"What do I do if I fail the exam?"..Never give up!(nasihat pertama Prof Dr Muhaya..Ada 10 nasihat beliau..(nanti bakal dikongsikan=)

Saya bangun dan saya fikir saya tak boleh jadi begini..kalau asyik down, tak kemana!duk atas katil tidur saja pun tak kemana!Saya kena bangun..Saya kena usaha lagi untuk seterusnya..Saya bukanlah gagal teruk, cuma secebis ujian dalam kehidupan..Bukan gagal dalam kehidupan lagi (bak kata seorang teman=), hanya gagal exam biasala..

Saya bayangkan wajah2 orang yang saya sayang Ma, Abah, Along, Ila, Eg, Jiha..Saya kena kuat..Wajah2 pelangi saya yang tak mahu saya gagal!pelangi tak nak saya gagal.Pelangi akan tetap Indah..!Saya menjadi harapan~

Alhamdulillah saya dah lepas SOCA(selepas kali kedua amik) dan OSCE ...Alhamdulillah dah dapat result..Alhamdulillah..!
Alhamdulillah tadi dah jumpa doktor penguji (examiner thesis), dan pembimbing saya..Slide saya perlukan perbaikan sedikit lagi..Alhamdulillah dapat ikut sidang(presentation) thesis nanti!Doakan sidang saya 19 Juni nanti Jam 10 am..(~_^)..

Hikmah sangatlah banyak dari peristiwa SOCA tersebut..hehe..Saya tau ramai yang tak sangka2 yang dia akan tak lulus ataupun dapat markah rendah!Bila dah tak dapat lulus, mesti terfikir kalau lulus pun cukuplah, bila dapat lulus nak A lagi..Jadi apa pun kita dapat sebagai manusia, fitrah sentiasa nak yang tertinggi..Bersyukur dan redha dengan apa yang berlaku!

p/s:dedicated untuk teman2 dan adik2 di UNPAD, jgn lama2 rs tak normal dan down tu!nak sedih boleh tapi cepat2 bangkit!Chayok2!


Saturday, May 30, 2009

Ujian Tarbiyah Kehidupan~

Assalamualaikum wbt...

Maaf teman2 semua saya tak dapat mencoret sesuatu yang panjang buat semua, sedikit berhabuk blog ini...tengah bertarung dengan final exam 4th year..Susah bangat kok mau jadi dokter (dibaca dalam slanga Indonesia(^_~)!

Entry dari Saifulislam..Musibah Itu Rahsia Kebaikan menarik hati saya..kesian Ummu saif ada placenta praevea (placenta yang sepatutnya di atas berada di bawah~sila baca obgyn lagi ye!), boleh menyebabkan pendarahan yang banyak..Syafakillah buat Ummu saif..

Entry dari Nurul juga sangat menarik hati saya..blognya ~*Beautiful Moments*~, sebenarnya blognya dari KDU(Kolej Damansara Utama), sampailah Nurul sekarang, nak jadi mommy-to-be dah..banyak suka-duka Nurul yang merupakan bestfren saya sejak form 4 di Kisas lagi yang kami lalui bersama..Nikmat dan Ujian Allah..tajuk entry Nurul yang menyebabkan saya tertarik adalah kata syukur kepada Pemilik diri, Allah swt..Alhamdulillah diboldkan beberapa kali(^_~)!~tasha rindu kamu sebenarnya Nurul..tak lama dah nak balik kita jumpa~Semoga Kal dan Nurul dipermudahkan semuanya!


Alhamdulillah syukur sangat2 tesis saya, dua2 supervisor saya dah approve untuk sidang dan saya pun puas hati dengan hasil tesis saya!lega rasa=)cuma menunggu sidang nanti~Alhamdulillah~

Ujian2 yang datang itu banyak rahsia kebaikan bak kata Ustaz Hasrizal..betul2!walaupun pada awalnya heartache tapi manisnya dapat kita rasa!Mutiara2 perlu kita kutip sebelum menempuh alam yang baru nanti..alam baru?..hehe(~_^)!

Setakat ini saja dari saya~ada OSCE yang perlu distudikan..harap2 dipermudahkan lisan dan kefahaman dan dapat examiner yang baik2(~_^)!OSCE saya hari rabu nanti!

~*Buat adik2 1st, 2nd dan 3rd year!GoodLuck exam~Do things to the best of your ability, then tawakkal a'la Allah swt*~