Friday, August 19, 2011

How To Handle?



To handle yourself, use your head;
To handle others, use your heart.

Source: Wisdom Quotes 


Assalamulaikum, 

Kepada diri, tak perlu berdebat dengan orang tentang perkara yang tak penting. Walaupun kita tahu kita benar, tak perlu berdebat. Mahupun bertekak. Lagi-lagi dalam bulan yang mulia ini. Ramadhan kareem. 

Aku pernah baca tapi aku dah lupa buku yang mana(lain kali cuba highlight), "walaupun kita benar tak perlu nak berdebat tentang perkara yang hanya akan membuang masa", "diam". Bukan "diam" sebab kita memang tak "power" nak berdebat, tapi "diam" sebab tak perlu nak membuang masa untuk beritahu kita yang benar. 

"Actions speak louder than words"


Buktikan dengan perbuatan. Apa yang kita buat itu adalah yang dizahirkan dari hati.

Aku pernah juga dengar ustaz/ustazah(dah lupa ustaz atau ustazah yg ckp), 

"akidah yang mantap akan menjadikan ibadah yang benar seterusnya akan menzahirkan akhlak yang baik"


Baik. Bukan baik sahaja. Kita nak baik akhlak. Semua orang boleh jadi baik, tapi sebagai muslim kita lebih lagi dari bukan muslim iaitu baik akhlak. 

Astaghfirullah hal a'zim.

Ujian apabila Allah SWT temukan dengan ramai orang yang tak pernah terfikir untuk bertemu. Ini cara Allah SWT nak tarbiyah (didik) sebelum nanti balik mesia tercinta. Nak "train" macamana nak "handle" situasi dan juga bila nanti berhadapan dengan perkara yang sama. Alhamdulillah :)

Nota:Berhenti dulu menulis untuk buat case report. Baru balik oncall, tadi pergi hospital pukul 7am-9pm. Beruntung sangat ada adik kat sini yang boleh diharap. Tadi dia yang ambil saya balik dari oncall. "aku" itu adalah saya:)


1 comment:

Fz27 said...

pakaian yang terbaik adalah akhlak yang terbaik...