Sunday, August 7, 2011

Tak Biasa

Assalamualaikum wbt

Salam Ramadhan Kareem Hari ke-7! Alhamdulillah sampai ke hari ke-7 ramadhan. Masa cepat. 

Semalam masa pergi surau ada ceramah sebelum solat terawih, Ustaz penceramah cakap ada 23 hari lagi sebelum lebaran(hari raya aidilfitri). Terus teringat perbualan dengan ma abah. Tentang nak balik ke tak? Setiap tahun pasti ada saja isu tentang nak balik ke tak. Lagi-lagi sejak masuk klinikal. Tahun lepas saya tak balik. Saya "sacrifice" -__-

Tahun ni? Hati kata nak sangat balik nak jumpa keluarga. Rindu sangat nak sahur dan nak buka puasa sama-sama. Huu. (dah start nak sebak dah). Cuba rasa sendiri datang luar negara memang lain. Hanya orang yang pernah puasa dan raya di luar negara( jauh dengan keluarga yang rasa). Entahlah, isu sensitif betul. 

Tahun ni lain sedikit saja. Mungkinlah atau tak juga. Entah entah tak tahu nak cakap apa. 

Kena "sacrifice" lagi ke? 

Mulut kata ok, tapi hati kata lain -__-

Kadang-kadang malas nak fikir sebab dah penat tanya. Dia pun diam juga. (ok ini dah masuk bab lain ni). Tolong jangan manja sangatlah! 


Hari dia pergi terus demam, itulah bajet kuat buat semua tak ingat nak rehat.

Cintakan manusia, manusia akan pergi. 
Cintakan bunga, bunga akan layu.
Cintakan ALLAH SWT, akan kekal dan sentiasa ada bersama kita.

-___-"


2 comments:

kakchik said...

Assalamualaikum. Sayu je kakchik baca entri ni. Ni mesti tengah rindu sakan nak balik ni. Sabar ya. InsyaAllah sampailah masanya nanti. Selamat berpuasa!

Iman Aisyah said...

Waalaikumussalam kakchik,

:) entri pada awal pagi. Betullah kakchik rindu sakan. Thanks kakchik, memang kena banyak-banyak sabar kalau jauh ni. Banyak yang kena dikorbankan dan kena sabar. InsyaAllah ada rezeki boleh balik nanti.

Selamat berpuasa juga kakchik.
ps:comel fesyen baru kat polyvore yg skirt labuh tu! sweet! :)