Tuesday, August 9, 2011

HO: 90 jam - 54 jam


PENGURANGAN WAKTU KERJA DOKTOR PELATIH AMALAN NEGARA MAJU


Bermula 1 September 2011 ini, Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan untuk melakukan pengurangan waktu bekerja bagi doktor pelatih iaitu daripada 90 jam kepada 54 jam seminggu. Keadaan ini berlaku kerana didapati kebanyakan doktor pelatih yang mengikuti housemanship di hospital kerajaan sering mengalami tekanan, kurang fokus, kurang rehat dan tidak cukup tidur sehingga mengganggu produktiviti serta mutu kerja.

Kajian pada tahun 2009 mendapati 68.7 peratus doktor pelatih mengalami tekanan, 53 peratus berniat meninggalkan bidang perubatan dan 30 hingga 40 peratus menyatakan waktu bekerja dan beban kerja yang tinggi sehingga mereka tiada masa untuk bersosial. Pengurangan jumlah masa bekerja ini dilihat dapat mengurangkan risiko kesilapan dan kecuaian doktor pelatih semasa melakukan rawatan kepada pesakit. Pengurangan waktu bekerja seminggu bagi doktor pelatih adalah perlu kerana dengan tekanan kerja 90 jam seminggu menyebabkan ada sebilangan doktor pelatih yang mengalami masalah mental sehingga berhasrat menukar kerjaya akibat tidak tahan dengan bebanan kerja dan waktu kerja yang sangat panjang.
Sehubungan dengan itu, peraturan baru ini juga dilihat selaras dengan program housemanship yang dijalankan  di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.  Melalui pengurangan masa kerja seminggu ini akan menjadikan doktor-doktor pelatih lebih produktif dengan mendapat rehat yang cukup. Pengurangan waktu bekerja ini juga selaras dengan pertambahan doktor pelatih antara 3000 hingga 4000 orang setahun. Oleh itu, masalah pengurangan waktu bekerja ini telah ditampung dengan pertambahan bilangan doktor pelatih setiap tahun.
Walaupun ada kebimbangan disuarakan oleh doktor pakar tentang kurangnya kemahiran doktor pelatih kelak kerana tidak mendapat pendedahan yang cukup dan kemahiran setelah masa housemanship dikurangkan daripada 90 jam kepada 54 jam seminggu. Selain itu, waktu bekerja secara giliran juga akan dilakukan supaya setiap doktor pelatih akan mempunyai masa rehat yang cukup bagi mendapat kemahiran yang pelbagai sungguhpun waktu kerjanya telah dikurangkan. Selain mendapat rehat yang cukup, seseorang doktor itu akan dapat untuk bersosial, beriadah bersama keluarga dan melakukan aktiviti kecergasan supaya kekal sihat fizikal dan mental.
Kos sepanjang pengajian yang di biayai oleh kerajaan bagi menaja pelajar perubatan di luar negara adalah sangat tinggi dan berbeza kadar yurannya  contohnya bagi seorang pelajar sebanyak RM1,067348 di Australia, RM 1,382200 di Ireland, RM 1,055822 di New Zealand  RM 1,354975 di United Kingdom, dan RM587 735 di India. Melalui perbelanjaan yang besar ini, diharap negara mempunyai seorang doktor yang terbaik kerana perbelanjaan yang sangat besar telah dibelanjakan untuk tujuan tersebut.
Secara keseluruhannya, langkah untuk mengurangkan masa housemanship bagi doktor pelatih ini menunjukkan salah satu keprihatinan pihak kerajaan terhadap isu doktor pelatih yang mengalami masalah tekanan perasaan kerana beban tugas yang tinggi.  Dengan pengurangan masa housemanship ini di harap akan melahirkan doktor yang berminat pada bidang kerjanya serta bersifat mesra pesakit seperti peramah, prihatin dan bertanggungjawab.
Sungguhpun begitu, doktor pelatih perlu bijak untuk mengimbangi masa bagi kerjaya, keluarga dan diri sendiri.  Sesungguhnya pengurusan masa dan nilai adalah sangat penting dalam disiplin seseorang individu atau pekerja dalam apa jua bidang yang diceburi.

Sumber: 

My Notes: The good news is I am in the Surgery Department! Better than in the Puskesmas(nama klinik kesihatan mungkin kat sini). Sudah mula jatuh hati dengan RSUD UB(Rumah Sakit Umum Daerah Ujung Berung Kota Bandung). **kena setelkan semua keje(lipat kain, kemas bilik, baca buku surgery, baca buku "pink" sebelum menulis banyak di sini =) Salam! Jumpa lagi.


1 comment:

Rafahiah Haron said...

good news for us! yeay! Alhamdulillah..=)