Assalamualaikum wbt.
Semua pasti sudah tahu mengenai Gunung Merapi di Jogjakarta yang meletus pada 26 Oktober dan 5 November yang lepas. Mungkin setelah letusan pada 5 November lepas iaitu pada hari Jumaat yang menyebabkan abu dari letusan gunung merapi tersebut sampai ke Bandung.
Jarak Bandung - Jogjakarta 309 km tapi abu volkanik boleh sampai sehingga Bandung. Alhamdulillah hujan turun dan kami di sini tak terasa sangat debu tersebut. Sehingga hari ini setiap pagi atau petang pasti hujan. Alhamdulillah hujan rahmat yang membawa abu pergi. Lapangan terbang di Bandung tutup bermula 5 November sehingga semalam. Pasti ramai yang terkejut dan tertanya2 khabar kami di sini.

Ramai yang sms dan bertanya khabar menerusi FB. Gembira pula ramai yang ambil tahu dan ambil berat. Hehe. Kalau ahli keluarga memang setiap hari bertanya. Terima kasih semua. Alhamdulillah, Ok je :)
Keadaan di Jogjakarta sedikit berbeza tapi dari berita yang saya baca sudah berkurang aktiviti letusan. Doakan semoga keadaan bertambah baik. Semoga warga penduduk di Jogjakarta juga tabah dan selamat. Doakan juga kawan kita dari sana yang masih belajar di sana. Ada juga kawan2 klinikal yang tidak pulang sebab ingin membantu mangsa2 di sana. Semoga dipermudahkan semuanya. Doakan mereka semua dalam keadaan baik2.
Beberapa bencana alam berlaku di sini. Sejak beberapa tahun di sini banyak pengalaman sudah dilalui. Alhamdulillah, teruskan berdoa semoga semuanya baik2 sahaja. Tiada siapa yang tahu apa yang bakal berlaku. Setakat ini, Alhamdulillah Ok je :) Untuk ma dan abah, angah dan eji kat sini baik2 dan sihat je :) Alhamdulillah =)

**Boleh baca berita selanjutnya di sini:
No comments:
Post a Comment