Monday, November 1, 2010

Eh awak orang Kelantan?

Assalamualaikum wbt.

Saya jarang2 akan ambil pusing kisah orang2 yang memandang rendah orang Kelantan ni ataupun dalam kata yang tak enak didengar sedikit menghina orang dari negeri Kelantan. Sebelum final bola saya ada lihat suatu petikan akhbar kartun tentang red warrior. Lucu dan kesian pula rasa dekat orang yang suka hati sahaja buat kartun macam tu.

Klik kanan mouse untuk baca lebih besar

Diskriminasi sungguh. Tak begitu? Koya koya koya maju sangat dia tu*

Pernah saya mengalami sendiri semasa saya di sebuah kolej persediaan di Sepang. Seorang rakan bertanya kepada saya,

"Rumah awak mesti rumah kayu kan? Ada TV tak?" kata rakan tersebut(dengan nada yang serius), pada pendapat dia semua rumah di Kelantan rumah kayu yang buruk2.

Saya rasa nak tergelak pun ada. Mungkin dia tak pernah datang ke Kelantan rasanya. Saya balas dengan senyuman dan saya tunjukkan gambar rumah "kayu" saya.

Satu lagi ayat yang sering didengar,

"Eh orang Kelantan ke? Mesti tak reti speaking, biasanya orang Kelantan ni tak reti speaking" Merujuk kepada penggunaan bahasa Inggeris di kalangan orang Kelantan.

Koya koya lagi orang yang berkata tersebut. Senyum saja. Action speaks louder than words.

Kalau nak senaraikan satu2 pencapaian orang Kelantan nanti penuh satu blog ni pula =) 

Pertama kali saya keluar dari Kelantan untuk bersekolah adalah sewaktu tingkatan 1 di KYSM tapi tak lama hanya seminggu. Kali kedua adalah masa tingkatan 4 untuk bersekolah di sebuah sekolah di Klang. Di sana memang tak ada masalah sebab pengetua pun dari Kelantan. Malahan majoriti guru2 dari Kelantan dan Terengganu. Mungkin ada sedikit diskriminasi kepada yang dari negeri lain pula. Hehe =) 

Saya sayangkan Kelantan dan cintakan Negeri Sembilan. Saya juga bukanlah terlalu assobiyah ataupun fanatik terhadap negeri sampaikan kalau pasangan pun mesti nak dari Kelantan(tiba2 cam tak ada kena mengenalah pulak)

*Tiba2 rasa nak cakap pasal Kelantan sebab saya rindukan kampung saya. Rasa lama dah tak balik dah 3 bulan rasanya. Tahun ni dah tak ada plan balik. Tak apa sebab ramai nak datang sini. Yeay! Suka suka =)


Solat tetap diutamakan



14 comments:

queenlyana said...

sya :

Its happened to most of us kot. Especially those who lived away from Kelantan.. you, me and many others.

Yang saya paling faham ttg orang kita, kita tak kan mudah melatah kalau tak dijolok, tidak dicucuk. Tapi kalau sudah dijentik-jentik, marahnya bisa jadi luar biasa. red warrior kan ? hehe

Paling penting kena ingat, tiada siapa-siapa boleh minta dilahirkan di negeri mana-mana. Allah sudah takdirkan begitu. Why discriminated peoples by the place they were born ? Not fair at all.

Yang mendiskriminasi itulah yang lebih kurang bertamadun.

Ada cara mahu menegur. Bukan menghukum membabi buta, meletakkan salah pada yang tiada kena mengena.

Allah knows better.

* maaf, tidak komen dalam "bahasa kita" .. hanya sekadar berharap yang lain-lain untuk lebih mengerti *

Iman Aisyah said...

Lyana:

"Why discriminated peoples by the place they were born ? Not fair at all."

Saya pun rasa yang memandang rendah itu sudah lupa asal kita sama sahaja. Dari DIA, lagi2 kalau sama2 Islam. Kadang2 orang Kelantan biasa sahaja. Tak tahu punca pun diorang tak suka. Tak dinafikan ada satu nila yang rosakkan susu. Itu lumrah kan. Kan?

Kalo menurut kawan saya yang dari kelantan jugak orang yang tanpa sebab tidak suka orang Kelantan ni, sama ada cinta ditolak orang Kelantan atau sesuatu yang berkenaan Kelantan dia alami adalah negatif. Jadi main pukul rata saja macam pukul telur tu tak bagus tu.

Oklah, Kelantan apa2 pun sungguh damai dan sejahtera. Makanan sangatlah banyak dan best.

*Oh tak apa, kita guna Bahasa Melayu baku supaya ramai yang bisa ngerti. Tok susoh kito nok translate=)

toy! said...

say no to racism!!

Abu Huzaifah said...

Boooo....
Hahaha

Khumaera Ismail said...

tp..byk da sy jumpe org2 klntn yg terlalu assobiyah..na kawen pun ngan org klntn jgk..tp ada jgk yg baek, sgt2 baek..

najihah iman said...

sist..
against klantan,perkara normal dah.
redha je diorg nak kate ape. :)
paling best,ade org tanye,
"kt klantan ade airport tak" huu..
=.=

kate 1 malaysia,tp utusan-rtm menten against klate.

kakchik said...

salam tasha.
kita kena terima hakikat negeri kita memang menerima banyak diskriminasi sejak dulu dan lebih2 lagi sejak 20 tahun terkini. masa di u dulu orang selalu ingat kakchik orang selangor atau johor sebab selalu guna bahasa standard padahal diorang tak tahu, balik je rumah sewa, bahasa kelate jugak yang kakchik guna hehehe. kawan ramai cina dan india, orang negeri pantai barat pulak tu, kalau cakap guna dialek kelate, alamat terlopong la. sebab itu kakchik wujudkan KakChik's Wardrobe dan Keluargaku Sayang, kedua-duanya adalah medan kakchik untuk menyebarkan Islam dan mentarbiah pembaca tentang Kelantan dan orang Kelantan. Alhamdulillah sedikit sebanyak, ada juga hasilnya. Masalah utama yg menyebabkan orang negeri lain prasangka terhadap kita dan negeri Kelantan ni ialah akibat propaganda media. Paling nyata. Yang miskin, akhlak buruk, mundur tu semuanya ada di Kelantan, padahal Kelantan bukanlah negeri termiskin, kita no 8 terkaya di Malaysia. :)

Iman Aisyah said...

toy :

Agreed! Thanks for reading :)

Iman Aisyah said...

Abu Huzaifah/Mohsien:

Terima kasih komen membina anda. Jangan kecewa n9 kalah. Booo balik.

Iman Aisyah said...

Khumaera Ismail :

Biasalah dalam perjalanan kehidupan ni mesti ada jumpa. Tak semestinya dari Kelantan.

"tp ada jgk yg baek, sgt2 baek.."

Saya tahu awak refer kat sape ayat ni, mesti Encik Suami hok dari Kelantan tu kan? :) Hehe

Thanks for reading!

Iman Aisyah said...

kakchik :

Kakak thanks a lot komen akak!

Memberi nilai tambah dengan fakta dan komen yang membina :)

"no 8 terkaya di Malaysia. :)" kaya jugak negeri kita ini ya!

Teruskan menulis dan usaha kakchik. Tasha insyaAllah akan terus memberi sokongan. Banyak dapat dari tulisan kakchik. Semoga Allah swt redha dengan usaha kakchik.

Iman Aisyah said...

najihah iman :

Lucu pun ada orang yang tanya ada airport ke tak kat Kelantan. Padahal, satu hari ada 5 kali flight airasia dan juga 5 kali flight MAS lagi belum campur firefly lagi :)

Menunjukkan ramai orang kita ulang alik KL-KB.

*darak sungguh demo hok oyak gtu;)

Abu Huzaifah said...

Atas kepentingan politik golongan tertentu, Kelantan telah di gambarkan oleh media arus perdana sejak bertahun-tahun sebagai negeri termiskin dan termundur sepanjang sejarah Malaysia tanpa memerhatikan fact and figure.

Penelantaran fizikal akibat dikriminasi politik dan juga tekanan mental dan emosi dengan pelbagai presepsi yang di terima oleh rakyat Kelantan mewujudkan sikap yang sedikit keras dan defensif. tak caye? try la lepak dalam penjara sebulan.

Pada rakyat Kelantan sendiri, anda telah meletakkan imej ISLAM pada nama anda dengan memilih ulama' sebagai pemimpin anda. Ketika memakai imej agama, diharapkan menghasilkan sesuatu yang sempurna. Jadi, hati-hatilah dalam taip tindakan kuatir menjadi fitnah kepada agama. Seperti orang yang berkopiah beli nombor ekor pasti lebih di hina masyarakat daripada orang berambut merah walau hakikatnya sama di mata Tuhan.

Pada semua, berlaku adilah kerana adil lebih hampir dengan TAQWA.

Aku orang Malaysia (Negeri Sembilan)..kih3..

red and yellow said...

eh betollah setuju! ;)
ramai yg expect no-good dri rong kalte
tp nk bantah habis2 pon x bleh
cuma setiap kali orng tanye "eh orng klantan msti camni balbalablah(bkn dri perspektif baek)"
sy mesti jawab " setiap orng perangai laen ,mane de ikot negeri"