Sunday, October 31, 2010

"Awak Jadi Cermin Saya"


Semalam tengah hari seorang kakak senior datang ke rumah untuk melihat tudung. Oh ya kakak ini datang ditemani suaminya. Kakak senior ini sedang membuat magang di rumah sakit luar bandar Bandung. Dia telah selesai rotasi di Rumah Sakit Hassan Sadikin. 

Berbalik kepada cerita tudung tadi, sewaktu kakak tadi hendak mencuba tudung. 

Saya berkata kepada kakak tersebut, 

"Akak cermin ada di belakang, nak tengok cermin tak?"

Sewaktu itu kami berada di ruang tamu rumah saya.

Lantas kakak tersebut memandang suaminya dan berkata,

"Eh takpe, ni ada cermin", merujuk kepada suami yang duduk di depannya.

Kakak tersebut mencuba dan menggayakan tudung di hadapan "cerminnya" yang boleh bercakap.

Saya pun tersenyum dan berkata dalam hati, "Sweetnya"=)

Ok tamat cerita hari ini. 

**Nota : Bestnya ada cermin boleh bercakap dan boleh di bawa kemana2. Senanglah nak bershopping2 mesti tak payah susah mencari cermin sebab dah ada cermin yang bergerak dan boleh bagi pendapat lagi. 

5 comments:

Asielah said...

so sweet......... hehe... suke2.. :)

najihah iman said...

nnti makan nasi minyak sist natasya plak :)

Iman Aisyah said...

Asielah:

Carilah cermin awak. Bila lagi? Hehe :)

Iman Aisyah said...

najihah iman:

Nasi minyak akak? Marilah umoh nnt akak balik. Bila2 pun boleh makan :)

toy! said...

sweetnye..i loikeee!