Assalamualaikum wbt.
Sudah lama rasanya tak menulis. Entri sebelum ini adalah lirik lagu dan yang terbaru juga lirik lagu. Sama dengan lagu di blog ini. Suka saya dengar walaupun banyak kali. Cuba dengar sebelum mata terlena ;)
Sebenarnya hari Jumaat lepas ada menulis mengenai entri Dalam Kenangan, tapi tak sampai separuh air mata tak boleh nak tahan bila melihat wajah arwah di FB. Masih terasa yang arwah masih ada dan masih tersenyum. InsyaAllah saya sambung nanti, saya save dalam draft dulu separuh cerita tersebut. Belum lagi sampai seminggu, tapi saya rasa gembira melihat sahabat baik arwah yang sering bersamanya harini sudah tersenyum lebar, kuat sungguh dia. Gembira awak dah senyum dan senyum lebar harini. InsyaAllah sedikit lagi kita akan masuk ke department baru dan dalam suasana baru nanti kita akan lebih kuat. Suka dengan kekuatan sahabat2 serumah arwah.
Minggu ini
Minggu ini adalah minggu ke-2 saya di Bagian Gigi dan Mulut. Minggu terakhir. Di sini hanya 2 minggu. 2 minggu yang mungkin tak akan dilupakan sampai bila2 kalau panjang umur. Harini ada mini CEX. Alhamdulillah dapat bantuan dari Kak Sya buat diagnosis. Tak pasal2 ada Kak Sya tadi. Hee:) Kak Sya ni dentist saya. Differential diagnosis tadi sangat membantu. Terima kasih kakak!
Oh ya. Di sini, kami belajar tentang gigi geligi(plural bagi gigi), kalau di Malaysia tak belajar dan juga di UGM pun tak belajar, melainkan anda mengambil dentist. Mungkin ini jugalah sebab tempoh belajar kami 6 tahun, bukan 5 tahun. Banyak yang kami belajar. Seronok juga sebab dapat pengetahuan tentang gigi dan penyakit gigi. Doktor specialist merangkap ketua bagian juga sangat baik dan sangatlah rajin. Harapan dia sangat tinggi. Tadi dia sampaikan pesanan secara khusus kepada saya. Saya mengangguk sambil tersenyum.
"Natasha kamu harus lebih pintar mengenai antibiotik ini ya"
"Tugasan kamu kelmarin kan?, jadi harus bisa semua nanti waktu ujian khamis nanti."
"InsyaAllah doc", berkata sambil berfikir dalam yang kena bergadang sebelum ujian yang sangat gigih. Chayokk!
**Nota: Apa yang sudah berlaku itu memang sudah ditentukan oleh-Nya, jadi tak perlu terlalu mempersoalkan kenapa. Kadang2 saya pun tak ada jawapan pasti.
No comments:
Post a Comment