Assalamualaikum wbt
Masa terbang sangat cepat. Sampai tak sempat nak kejar dan sampai tak sempat nak buat semuanya hari esok dah sampai. Kadang2 penat balik dari rumah sakit nak tidur sekejap tapi sampai esok pagi. Semakin lama semakin cepat masa terbang. Rasa tak? Rasa baru saja semalam saya bersungguh2 belajar OBGYN untuk exam final 2 minggu lepas. Sekarang dah habis minggu pertama kat bahagian Mata pun.
Ya Allah! Sekali fikir sukanya masa cepat terbang=) Tapi fikir sekali lagi, rasa takut pula. Rasa banyak tanggungjawab yang tak buat lagi. Tanggungjawab sebagai hamba-Nya terutamanya. Adoi Adoi, bila fikir guna hati(ada ke fikir guna hati?huhu) rasa banyaknya dosa bagai gunung menghempap diri. Sedih sebak pula rasanya. Hati ni selalu kena sental kuat2 biar bersih supaya pandangan hati itu benar dan tepat. Astaghfirullah hal a'zim susahnya nak jaga hati ni.
Masa belajar kat sini tinggal setahun saja lagi. Saya suka sebab dah nak habis nak balik Malaysia tercinta buat selama2nya. Mesti saya akan rindu zaman belajar ini nanti(kalau panjang umur). Jadi saya tak akan sia2kan peluang belajar ni. Lagi2 belajar jauh dari tempat sendiri. Merantau sudah hampir nak masuk 6 tahun termasuk tahun ni. Banyak pengalaman sudah lalu. Sudah banyak orang yang jumpa. Sudah banyak kisah yang dirasai. Ada yang best dan ada yang tak best. Biasalah inilah dinamakan hidup. Kan Kan?
Saya ada 2 minggu lagi untuk belajar dengan jayanya di Mata. Cepatnya! Baru nak faham dan suka dah nak habis. Semalam saya kata nak belajar rajin2 tapi tak belajar pun sibuk buat perkara lain. Sibuk ke? Atau rehat2 sahaja layan perasaan=D Tak apa perkara yang lepas usah dikenang.
Nurul, kawan baik saya dan juga Hawa selalu bagi nasihat kepada saya, nak apa2 semuanya minta dengan Allah SWT. Semuanya minta dengan Allah SWT, nak hati bersih, nak rajin, nak pandai dan nak jadi baik semuanya minta pada DIA. Kerana DIA lah pemilik hati kita.
Sudah jauh malam dan mari kita tidur dan bermimpi yang indah.
No comments:
Post a Comment