From Fatiha my bestie since primary school, she always good in designing beautiful card=) Thanks alott Fatiha. |
Assalamualaikum wbt dan Salam pagi sabtu yang ceria buat semua.
Semalam adalah hari terakhir berada di Rumah Sakit Mata, Cicendo untuk rotasi bahagian Ilmu Kesehatan Mata (Ophthalmology). Selama 3 minggu di sana. Tak terasa, sedar2 sudah minggu ke-3 dan ujian. Alhamdulillah, selesai juga dan pengakhiran yang baik walaupun ramai yang pada awalnya batuk2 dan tak sihat pada awal2 minggu pertama. Saya juga terkena batuk2 dan selsema tapi pada minggu ke-3, menjawab soalan2 dari doktor semalam pun masa ujian sambil2 selsema. Risau juga takut tak dapat fikir dengan baik. Alhamdulillah dapat jawab walaupun tak perfect semuanya.
Minggu pertama
27 September yang lepas rotasi mata bermula. Kalini sedikit berbeza sebabnya junior 2006 sudah masuk klinikal. Jadi bertambah ramai ko-ass(pelajar klinikal) yang masuk klinikal kalini. Hanya kami 10 orang angkatan 2005. Awal2nya kekok juga ada mereka tapi akhirnya seronok juga. Hari pertama sudah ada pre-test untuk mata. Soalannya sama sahaja seperti sebelum2nya. Selepas itu kami ada Hospital Tour, melawat seluruh Rumah Sakit Mata(RSM) Cicendo. Oh ya, Rumah Sakit Mata ini adalah berbeza dari Rumah Sakit Hassan Sadikin. RSM Cicendo adalah Rumah Sakit Mata Nasional dan satu2nya rumah sakit mata milik kerajaan dan sangat besar. Nampak dari luar kecil sahaja kan? Suasana di dalamnya juga agak bagus berbanding RSHS=) Tidak hectic dan kelam kabut. Pesakitnya tetap ramai juga. Pesakit yang datang sudah pasti yang sakit mata. Doktor specialist yang membimbing kumpulan saya adalah Dr Bambang Susetio dan residen yang menjaga kami adalah Dr Santi. Dr Bambang sangatlah humble dan baik hati!
Minggu kedua
Masuk sahaja minggu ke 2 sudah dapat gambaran mengenai mata. Satu yang saya dapat lihat di wajah2 para doktor specialist dan residen2 adalah mereka tidak stress ataupun tension langsung! Suka=) Kalau terserempak pasti tersenyum dan mempunyai masa untuk tersenyum kembali dan menjawab salam kita. Mungkin tidak perlu terkejar2 dan stress barangkali memikirkan tentang tugas. Setiap hari pasti ada bimbingan bersama Dr Bambang untuk membincangkan kes2 yang di ambil dari poliklinik ataupun dari teori. Kami juga melakukan presentasi dalam bentuk Case Report Session(CRS) dan Clinical Science Session(CSS). Pada awalnya, memang kena baca berkali2 untuk memahami tajuk Katarak contohnya. Kalau sudah faham memang rasa best=)
Minggu ketiga
Minggu terakhir dan minggu ujian. Sebelum minggu ini ada Bandung Games pada hujung minggunya. Selalunya, kalau ada ujian pada minggu depannya memang hujung minggunya saya tak akan kemana2. Duduk di bilik membaca hanya akan keluar makan, berhenti solat dan tidur pun sudah tak cukup. Kalini lain pula, jumaat malam sudah ke acara perasmian Bandung Games. Sungguh ramai pelajar Malaysia di Indonesia! Esoknya sabtu satu hari saya di sana, berada di gerai. Pada awalnya nak stay sekejap sahaja, sudahnya sampai malam jadinya. Hanya pada hari ahad mula belajar. Memang rasa banyak nak baca dan banyak lagi tak tahu.
Hari isnin ada mini CEX(clinical examination). Saya adalah orang terakhir. Tunggu2 sampai petang akhirnya pesakit tak datang juga. Jadi saya sendiri ujian hari selasa. Ada 2 hari sebelum ujian SOCA jumaat. Shortcase oral test, rasa seram juga sebab boleh keluar case apa sahaja. 2,3 hari sebelum jumaat, batuk2 dan selsema pula saya. Giliran saya mungkin sebab teman2 lain sudah kena pada awal2 minggu. Dugaan juga sebabnya selsema atau demam pasti menyebabkan kepala sakit dan batuk2 tak boleh tumpukan sepenuh hati belajar. Masa hari khamis malam belajar sampai jam 10 malam sahaja saya tidur dan cuba bangun jam 3 pagi, duduk depan buku cuba baca tapi runny nose tak berenti, tak boleh belajar lagi. Saya teruskan juga dari berhenti kan? Sekurang2nya sedikit pun masuk tak apa dari tak ada langsung. Cabaran sungguh.
Hari isnin ada mini CEX(clinical examination). Saya adalah orang terakhir. Tunggu2 sampai petang akhirnya pesakit tak datang juga. Jadi saya sendiri ujian hari selasa. Ada 2 hari sebelum ujian SOCA jumaat. Shortcase oral test, rasa seram juga sebab boleh keluar case apa sahaja. 2,3 hari sebelum jumaat, batuk2 dan selsema pula saya. Giliran saya mungkin sebab teman2 lain sudah kena pada awal2 minggu. Dugaan juga sebabnya selsema atau demam pasti menyebabkan kepala sakit dan batuk2 tak boleh tumpukan sepenuh hati belajar. Masa hari khamis malam belajar sampai jam 10 malam sahaja saya tidur dan cuba bangun jam 3 pagi, duduk depan buku cuba baca tapi runny nose tak berenti, tak boleh belajar lagi. Saya teruskan juga dari berhenti kan? Sekurang2nya sedikit pun masuk tak apa dari tak ada langsung. Cabaran sungguh.
Adik saya belajar di rumah saya untuk hari rabu sampai jumaat pagi. Kakak kena tunjuk contoh yang baik kan? Hehe. Akhirnya tiba juga ujian hari jumaat, saya dapat kes Ulkus Kornea. Alhamdulillah, masa mini CEX kes ni juga, tapi berbeza penyebab sahaja. Awal2nya saya memang gelabah sedikit tapi part yang paling saya selalu tak dapat ingat adalah ubat untuk treatment. Tapi kalini, saya boleh bagi ubat yang betul sampailah kepada prognosis=) Alhamdulillah. Selalunya saya susah nak hafal dosage2 ubat dengan nama2. Ada satu slack saya buat, masa doktor specialist penguji tanya saya, "Berapa jenis konjungtiva yang ada?", saya jawab ada 3, "Konjungtiva tarsalis superior, konjungtiva tarsalis inferior dan konjungtiva bulbi". Dr macam buat2 macam salah apa yang saya jawab dah gelabah balik jadinya nak bagi jawapan lain. Bila selesai ujian saya check balik betul ja. Ke saja ja Dr tu nak test? Iskhhh.. Ada satu soalan lagi tak dapat jawab, "Injeksi ada berapa?". Soalan ni memang saya lupa jawapan dia. Adoi"(-_-).
Lebih kurang jam 11.30am ada Judicium iaitu pengumuman keputusan. Seram bahagian ini sebabnya kalau tak lulus kena ulang balik 3 minggu. Tak ada remedial langsung. Berdoa banyak2 semoga lulus. Masa Dr Santi umumkan semua lulus sangatlah lega. Lepas tu keputusan di tampal. Saya lihat markah saya, memang tak mengharapkan A sebabnya kalau mengharap nanti tak dapat kecewa. Markah saya adalah, 79.333 iaitu B++. 0.7 lagi nak 80. Tak ada rezeki nak dapat A lagi. Tapi bersyukur dan puas hati sebab sambil2 selsema dan sibuk hujung minggu memang ulangkaji tak sempat sepenuh hati.
Alhamdulillah. Saya suka belajar mata dan rasa nak sambung lagi nanti amik mata. Boleh tak?
Bersama Resvi |
No comments:
Post a Comment